Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

PAROI, 27 APRIL 2018  Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan antara staf Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong dan Alumni IKTBN Chembong di Padang Kompleks Sukan Paroi, Senawang Negeri Sembilan.

RAWANG, 27 APRIL 2018 – Bahagian Hubungan Industri (BHI) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan lawatan ke Man Truck & Bus (M) Sdn Bhd di Rawang pada hari ini.

CHEMBONG, 26 APRIL 2018 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Program Taklimat Pemasaran Produk, Demo Detailing & Glass Coating dan Majlis Perjumpaan Alumni di Dewan Perdana hari ini.

JEMPOL, 22 APRIL 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth promosi dan pengambilan di Program Karnival Pendidikan, Usahawan Dan Kerjaya Peringkat Daerah Jempol Tahun 2018 di Kompleks Rakan Muda Jempol, Negeri Sembilan. Program tersebut dianjurkan oleh Kolej Komuniti Jempol bersama pejabat ADUN Serting.

ULU YAM, 22 APRIL 2018 – Persatuan Pengakap Malaysia Daerah Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) IKTBN Chembong telah menganjurkan Kursus Kelana (2K) Sem Jan 2018 pada 21 hingga 22 April 2018 bertempat di Tapak Perkhemahan P2 Hutan Lipur Sg Tua, Ulu Yam, Selangor.

PORT DICKSON, 18 APRIL 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth promosi dan pengambilan di Program Belia Mahir anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Sri Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.

CHEMBONG, 18 APRIL 2018  Syarikat CTRM Aero Composite Sdn Bhd telah mengadakan lawatan perbincangan kerjasama dan temuduga pada hari ini.

REMBAU, 15 APRIL 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan di 3 kem PLKN iaitu Bintangor, De Bana dan Ulu Pari sempena Hari Kerjaya PLKN Seluruh Malaysia.

CHEMBONG, 13 APRIL 2018  Syarikat Sunway Heavy Machinery Sdn Bhd telah mengadakan taklimat kerjaya dan temuduga pada hari ini.

PWTC, 11 APRIL 2018 – Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara MyHSR Corporation dgn Institusi TVET dan IPTA. YBrs. Dr. Wasitah Mohd Yusof, KP BPKB mewakili KBS bagi pertukaran MoU bersama MyHSR disaksikan oleh YBrs. Pn. Ramona Mohd Razali, TKSU (S) telah berlangsung pada hari ini. Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ong Ka Chuan, Menteri II MITI mewakili YAB Perdana Menteri Malaysia.

Halaman 5 dari 21