Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 15 July 2019 08:59

World Youth Skills Day

Sabtu, 06 July 2019 09:21

Kem Penjelajahan Lasak ARPRM 2/2019

Kem Penjelajahan Lasak ARPRM 2/2019
~jalan lasak, rakit, kayak, survival cooking, camp craft~

5-6 JULAI 2019
KEM PAYA PAHLAWAN, JITRA

Isnin, 08 July 2019 09:03

Minggu Paradigma 2/2019

TAHNIAH & SYABAS kepada semua pelajar baharu kerana berjaya mengharungi Minggu Paradigma 2/2019 pada 1 -7 Julai 2019.

Terima kasih JK Minggu Paradigma, MPP dan pegawai yang terlibat dalam menjayakan MP 2/2019

Jitra , 4 Julai 2019 : Bertempat Di Makmal Lukisan Senibina IKBN Jitra, Satu Bengkel Kefahaman Personel (Tenaga Pengajar)

Siri 1 Telah Di Anjuran Oleh Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti (CPKK), IKBN Jitra.Bengkel Ini Diadakan Sebelum Bermulanya

Sesi Pembelajaran Bagi Sesi Julai 2019 Untuk Memberi Panduan Kepada Semua Tenaga Pengajar.

Unit agama, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Jitra telah menganjurkan program “ Citra Ibadah – Cintai Solat ” yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 26 hingga 28 Ogos 2018.

Program tersebut telah dibuat di Surau Mawaddah, IKBN Jitra. Peserta program adalah seramai 150 orang pelajar islam dari jurusan kimpalan, operasi pemesinan, motosikal, kereta, jahitan pakaian wanita dan elektrik.

Program sebegini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepentingan solat yang sempurna dalam diri dari masa ke semasa melalui pendidikan dan latihan yang berterusan. Selain itu, melahirkan para pelajar yang memahami dan mengetahui tatacara yang betul solat mengikut Rasulullah. Adalah dicadangkan program seperti ini berterusan supaya tiada alasan pelajar tidak solat sebab tidak mengetahui tatacara solat yang betul dan minat para pelajar untuk solat tidak terhenti sekadar disuruh dan dipaksa. Apabila solat dijaga dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya bukan sekadar di dunia tetapi berjaya di akhirat. InshaAllah.

Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang program adalah teori bersuci, wudhuk dan solat, amali wudhuk, tayammum, solat dan solat berjemaah serta aktiviti riadah.

 

 

JITRA, 16 Ogos 2018 - Penyerahan Bendera Kontinjen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra sempena Kejohanan Sukan ILKBS SeMalaysia kali ke-32 Tahun 2018 yang bermula pada 17 sehingga 19 Ogos 2018 telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Pengarah IKBN Jitra En. Mohd Saipuddin Bin Zakaria. IKBN Jitra menyertai kesemua acara yang di pertandingan pada kejohanan tersebut iaitu Bola Sepak 9 sebelah, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Ping Pong.

Tuan Pengarah juga turut memberikan kata-kata semangat kepada para atlit untuk berjuang sehabis baik dalam setiap acara yang dipertandingkan dan turut menekankan aspek disiplin semasa bersukan. Semangat berpasukan yang tinggi dalam bersukan akan memberikan lebih kejayaan kepada pasukan. Para atlit juga dianggap sebagai pahlawan IKBN Jitra yang akan turun berperang untuk menentang musuh dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Sejurus selesai majlis tersebut Kontinjen IKBN Jitra terus bertolak ke IKBN Pekan selaku tuan rumah Kejohanan bagi tahun ini dengan segunung semangat kesukanan dan harapan untuk meraih kejayaan seiring dengan tag line IKBN Jitra, Terbang Tinggi Mengukir Nama.

Sempena Bulan Kemerdekaan dan sambutan Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke – 61, Jabatan Teknologi Tekstil mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Sayangi Malaysiaku dengan menyusun beberapa aktiviti bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan staf, pelajar dan anak – anak staf. Program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 hb dan 30 hb Ogos 2018 bertempat di sekitar ruang legar Galeri Batik. Antara program atau pertandingan yang dianjurkan ialah:

1. Pertandingan Mewarna Batik Kategori Kanak – kanak

2. Pertandingan Mewarna Batik Kategori Terbuka

3. Pertandingan Mewarna Poster

4. Pertandingan 'Selfie' Merdeka

5. Pertandingan Pakaian Beragam Kanak - kanak

6. Pertandingan Mewarna Tile Kategori Terbuka

Sambutan yang diterima dari pelbagai pihak amat menggalakkan. Penyampaian hadiah bagi pemenang disempurnakan oleh Pengarah IKBN Jitra pada 30hb Ogos 2018. Diharap program sebegini dapat diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan.

Khamis, 30 August 2018 08:45

PROGRAM GERBANG KERJAYA ZON UTARA 2018

JITRA, 31 Julai 2018 - IKBN Jitra selaku tuan rumah kali ini telah menganjurkan satu Program Gerbang Kerjaya Zon Utara Tahun 2018.Program ini telah menyediakan satu platform khusus kepada pihak industri bersama ILKBS bagi mewujudkan kerjasama strategik serta persefahaman yang erat di antara kerajaan dengan pihak industri melalui Program Gerbang Kerjaya 2018, Zon Utara pada hari ini, di mana program ini telah dirangka dan akan dilaksanakan sebanyak 6 Zon dan ini adalah program yang pertama dilaksanakan pada tahun ini.

Program Gerbang Kerjaya adalah satu platform khas yang diwujudkan kepada pengajar dan pelajar melalui MoU yang temertai di antara kedua-dua pihak, industri dan ILKBS ia secara tidak langsung akan memberi nilai tambah kepada proses penigkatan diri pengajar dan pelajar. Kandungan MoU itu sendiri yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak mampu meningkatkan keupayaan pengajar dan pelajar dalam menguasai serta mengikuti latihan kemahiran yang menepati keperluan dan kehendak pasaran di industri disamping itu juga ia turut dapat meningkatkan tahap kebolehpasaran pelajar lepasan ILKBS.

Melalui program pada hari ini, pihak industri dengan sendirinya dapat menilai kemampuan para pelajar dengan melihat produk-produk inovasi yang dipamerkan, hasil inovasi dan ciptaan pelajar itu sendiri di mana ada sesetengahnya telah mememangi anugerah di dalam pertandingan inovasi.

Dengan perlaksanaan kerjasama yang telah termertai ini, para pelajar turut menerima manfaat secara terus melalui aspek pelaksanaan latihan industri, kursus dan taklimat kerjaya serta penempatan pekerjaan bagi MoU bertaraf emas. Sebanyak 5 syarikat telah terlibat memertai MoU bersama 5 buah ILKBS. Zon Utara iaitu Syarikat Rosdzita bin Arifin - IKBN Jitra, Syarikat Asiatech Scaffold Engineering Sdn. Bhd. - IKBN Kuala Perlis, Syarikat CGC Enterprise - IKTBN Bukit Mertajam , syarikat JMF Bistari Enterprise - IKBN Naka dan syarikat Prostine Glory Sdn Bhd - IKBN Seri Iskandar.

Program kali ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Zakiah binti Mat Jali, Pengarah Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan mewakili YBrs. Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia. Antara dif-dif jemputan yang turut hadir bersama adalah Pengarah Cawangan Kreatif dan Kerjasama Strategik, Pengarah dan Timbalan Pengarah 5 buah ILKBS Zon Utara, Pengarah JBSN Kedah, Pengerusi Alumni dan para jemputan lain serta pelajar-pelajar sekolah yang berhampiran.

 

Pada 27-29 Julai 2018 berlangsung Malaysia Superbike Championship Pirelli Round 2 di Litar SIC Sepang, Selangor.Seramai 60 Pelumba telah mengambil bahagian dalam 5 Kategori yang dipertandingkan pada kali ini.4 orang pelajar Tahap 3 dan diketuai oleh bekas pelajar IKBN Jitra dan seorang pelajar yang menjalani latihan Industri telah menyertai perlumbaan tersebut sebagai mekanik dan kru serta dibantu oleh seorang Tenaga Pengajar dari Bahagian Penyelenggaraan Motosikal Jabatan Automotif IKBN Jitra, Kedah.

Perlumbaan ini diwakili oleh 2 orang rider dengan dibantu oleh 3 jentera perlumbaan bagi kategori Super 250 Open + Rookie yang mewakili team Promax NJT IKBNJ Racing Team iaitu Saudara Luth Harith Bin Erwan selaku rider utama dan saudara Surya Narayana sebagai rider sekunder.

Pada hari perlumbaan terdapat 2 race iaitu sebelah petang yang dimenangi oleh Promax NJT IKBNJ Racing Team di tempat pertama dan ke -3 untuk menaiki podium dan pada hari ke-2 sebelah pagi pula Promax NJT IKBNJ Racing Team sekali lagi berjaya dimenangi saudara Luth Harith Bin Erwan selaku juara untuk menaiki podium manakala rider sekunder iaitu Saudara Surya Narayana gagal menaiki podium kerana masalah teknikal pada jentera pada lap ke 6.

Kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan oleh Tenaga Pengajar dan para pelajar IKBN Jitra semasa pertandingan tersebut berlangsung mendapat pujian daripada  Encik Erwan Bin Ahmad selaku pengurus dan jurulatih pasukan. Secara keseluruhannya beliau rasa amat berpuas hati sepanjang perlumbaan tersebut berlangsung.

Halaman 1 dari 10
 
Find us on Facebook
Follow Us