Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

PENDAFTARAN PELAJAR BARU INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) KINARUT SESI 2/2020 TAHUN 2021

 

KINARUT, 1 Mac 2021 – Selepas tertangguh hampir setahun, IKBN Kinarut akhirnya menerima masuk pendaftaran seramai 102 orang pelajar baru bagi Sesi 2/2020 Tahun 2021 pada Isnin yang melibatkan enam (6) kursus iaitu Penjaga Jentera Elektrik A1 (PJE-A1), Penjaga Jentera Elektrik A4-Pengalaman (PJE-A4), Peyejukbekuan Dan Penyaman Komersial (PPUK), Penyejukbekuan Dan Penyaman Domestik (PPUD), Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) dan Pendawaian Elektrik Tiga Fasa (PW4).

 

 

 

 

 

Pendaftaran yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Julai 2020 dan Januari 2021 ini terpaksa ditangguhkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan jangkitan COVID-19.

 

 

 

Sebagai langkah pencegahan, sesi ini dilaksanakan mengikut Standard Operating Procedure (S.O.P) seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sesi pendaftaran dibahagikan kepada tiga (3) sesi mengikut jurusan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5 petang. Semua pelajar turut diingatkan agar sentiasa menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menggunakan hand sanitizer sepanjang berada di Institut.

 

KINARUT 25 Februari 2021;  Budaya membaca perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar kerana ia merupakan salah satu aspek atau pencetus utama dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan pembentukan peribadi yang baik.

 

Melalui amalan membaca juga, dapat meningkatkan keyakinan para pelajar dalam membincangkan isu-isu terkini dengan pihak luar. Perkara itu dinyatakan oleh Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut semasa berlangsungnya sesi penyerahan hadiah kepada Ikon Membaca IKBN Kinarut pada Khamis.

 

Program yang dilaksanakan pada tahun 2020 itu merupakan inisiatif Perpustakaan IKBN Kinarut. Meskipun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 pada tahun 2020 terutamanya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), program ini tetap dilaksanakan dalam suasana norma baharu yang mana para pelajar masih dibenarkan untuk mengunjungi Perpustakaan IKBN Kinarut untuk meminjam buku.

 

Setiap pelajar yang meminjam dimohon untuk mengisi borang ulasan buku dan diserahkan kepada pihak perpustakaan untuk direkodkan.Program Ikon membaca adalah inisiatif oleh Perpustakaan IKBN Kinarut dalam usaha menggalakkan dan membudayakan amalan membaca terutama dalam kalangan generasi muda.

 

Menurut Puan Zuarini binti Jumai, program ini akan dilaksanakan secara berterusan setiap tahun bagi mewujudkan budaya membaca dalam kalangan pelajar-pelajar IKBN Kinarut.

 

Buat julung kalinya, Saudari Julia binti Nordin, pelajar Jurusan Pelukis Pelan Senibina Semester 3 telah dipilih sebagai Ikon Membaca IKBN Kinarut bagi tahun 2020. Beliau menerima hadiah berbentuk wang tunai dan buku.

 

 Turut menerima hadiah adalah Saudari Nurul Amirah Syahirah Binti Abdul Basir dan Saudara Azrul Bin Armin juga pelajar Jurusan PPS Semester 3. Hadiah disampaikan oleh Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Encik Ahmad Rithaudin bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Encik Muhammad Nazri bin Tumin, Ketua Cwangan Hubungan Industri dan Puan Sopiah binti Kasnan,  Pembantu Perpustakaan IKBN Kinarut Sabah.

 

 

ENGLISH FOR PROFESSIONAL COMMUNICATION IKBN KINARUT 2020

 

 

KINARUT, 16 NOVEMBER 2020 ; The Ministry of Youth and Sports in collaboration with Empire Putra College has organized the English for Professional Communication course for the students of Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut on November 11 to 15, 2020.

 

This program is one of the initiatives by the ministry to improve students’ communication skills, specifically for the purpose of job interviews and professional careers.

 

The five days program is packed with challenging yet fun problem-based learning activities. There were five PBL activities which comprise of public speaking techniques, pitching and presentation skills, analyzing job advertisement as well as writing cover letter and resume.

 

The lectures and presentations were done virtually via Zoom video conference. After each lecture, students were asked to do discussion in group and then present their findings.

 

The combination of theoretical and practical activities is shown to be engaging and effective. All activities ran smoothly, with a few glitches because of internet connection limitation. However, it did not affect the overall course experience.

 

Sixteen students from different field of studies participated in this program. They testified that they have learned a lot and had so much fun even though it was tiring.

 

On the last day of the program, the director of IKBN Kinarut, Puan Zuarini Jumai has come to congratulate the students for completing the program and reward them for their dedication to learn and improve themselves.

 

 

LAWATAN KHAS TEAM PERIKANAN IKBN KINARUT KE PEJABAT KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH

 

 

TUARAN ; Pasukan rintis Projek Perikanan IKBN Kinarut telah berkunjung ke Pejabat Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Negeri Sabah (Ko-Nelayan) pada Khamis bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan penggunaan teknologi berasaskan Internet of Things (IoTs) yang digunakan dalam bidang akuakultur di Sabah.

 

Selain itu, lawatan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana bidang perikanan ini mampu menyediakan peluang kerjaya atau keusahawanan kepada belia-belia bagi menyokong hasrat kerajaan untuk memperkasakan industri perikanan terutamanya di Negeri Sabah.

 

Lawatan ini juga dilaksanakan bagi melihat potensi dan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan di antara IKBN Kinarut dan pihak Ko-Nelayan terutamanya dalam meningkatkan penggunaan teknologi bagi mengukuhkan industri perikanan sedia ada di Sabah.

 

Selain itu, Pihak Ko- Nelayan turut menyuarakan minat untuk menghantar pegawai dan kakitangan menyertai kursus separuh masa dalam mengukuhkan lagi kemahiran mereka bidang teknikal seperti elektrik dan aircond.

 

Lawatan ini diketuai oleh Puan Zuarini Binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut bersama 8 orang pegawai IKBN. Turut bersama dalam sesi tersebut adalah Puan Cabrini Chia, Timbalan Pengurus Besar, pegawai dan kakitangan Ko-Nelayan, Sabah.

 

 

JALINAN KERJASAMA IKBN KINARUT DAN MARDI SABAH KE ARAH PELAKSANAAN SMART FARMING DALAM PENANAMAN AKUAPONIK

 

 

SEPANGGAR, KOTA KINABALU ; MARDI Sabah telah menyatakan persetujuan menjalin kerjsama dengan IKBN Kinarut bagi membantu Team Agro IKBN Kinarut dari aspek kepakaran dan khidmat nasihat dalam melaksanakan penanaman Akuaponik menggunakan kaedah smart farming.

 

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Pn. Helda binti Souki, Pengarah MARDI Sabah semasa pertemuan bersama Team Agro IKBN Kinarut di Pejabat MARDI.

 

Semasa perbincangan tersebut, Pihak MARDI bersedia untuk membantu memberi khidmat nasihat dalam pelaksanaan smart farming di IKBN Kinarut bermula daripada penyediaan pelan penanaman akuaponik seperti proses percambahan benih, pemasangan sistem, pemantauan sehingga penghasilan tanaman.

 

Pada masa yg sama pihak MARDI Sabah turut bersetuju untuk menawarkan tempat kepada peserta2 smart farming IKBN Kinarut kelak untuk menjadi usahawan tani dengan bimbingan MARDI melalui program Agropreneur Muda.

 

 

 

LAWATAN IKBN KINARUT KE PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SABAH

 

 

KOTA KINABALU ;  IKBN Kinarut yang diketuai oleh Pengarah IKBN Kinarut, Puan Zuarini Bt Jumai  bersama tiga orang pegawai dan dua pelajar telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah bagi membincangkan input untuk memperolehi pandangan dan nasihat bagi mengeluarkan produk cenderahati selaras dengan dasar membeli barangan buatan Malaysia.

 

Rombongan lawatan IKBN tersebut disambut baik oleh pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah yang diketuai oleh Pengarah Cawangan Sabah Encik Abdul Halim bin Ali, pereka teknikal En Jaini Bin Lakat dan pereka bahagian grafik En Allbendoy Widin.

 

Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat oleh pihak IKBN dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah dalam lawatan tersebut, banyak teknik rekabentuk seni arca yang diperolehi serta bagaimana untuk menjadikan sesuatu produk itu kelihatan premium dari segi tema dan hasil grafik dengan menggunakan bahan-bahan yang digunakan di bengkel yang akhirnya bermutu dan bernilai untuk dikomersial kan.

 

Hasil perbincangan tersebut, pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah sudi untuk membantu IKBN Kinarut bagi merealisasikan penggeluaran produk kraf dari bahan tembaga tersebut dan program susulan akan dijalankan dalam masa terdekat.

 

 

 

 

PERTANDINGAN ESPORT DAN FUTSAL PERINGKAT IKBN KINARUT

 

 

KINARUT ; Unit Bina Insan Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut telah mengadakan pertandingan Esport dan Futsal yang melibatkan pelajar-pelajar khususnya yang diadakan di perkarangan padang kawad dan juga Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Program ini diadakan selaras dengan Dasar Sukan Negara yang ingin membentuk satu masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu untuk meningkatkan semangat kesukanan dan kepentingan aktiviti hiburan bagi kepentingan sosial dikalangan pelajar.

 

Sehubungan dengan itu, membudayakan gaya hidup sihat serta merupakan salah satu kaedah terapi minda dan mengeratkan hubungan dikalangan pelajar dan memberi pendedahan serta menarik minat pelajar menceburi bidang sukan dan hiburan secara seimbang.

 

 

PERTANDINGAN TAKBIR HARI RAYA PERINGKAT IKBN KINARUT

 

 

KINARUT ; Seramai 74 orang pelajar semester akhir terlibat dalam pertandingan takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha  yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar yang  diadakan di Surau Al-Hidayah, IKBN Kinarut baru-baru ini.

 

Pertandingan ini diadakan bagi melahirkan anak muda belia-belia Islam yang mahir, lancar serta pandai melaungkan Takbir Hari Raya dimana dapat mewujudkan ikatan mahabbah serta silaturahim sesama pegawai, kakitangan serta pelajar muslim IKBN Kinarut dan  memperingatkan semula kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihi Salam dan Nabi Ismail Alaihi Salam.

 

Selain melatih serta memberi pendedahan kepada anak muda khususnya pelajar IKBN Kinarut mempelajari cara bacaan betul takbir termasuk tahmid sempurna dalam mendendangkan takbir raya serta menghayat lagu-lagu takbir Hari Raya dengan lebih baik.

 

Pertandingan ini juga merupakan satu latihan pembiasaan agar semua jawatankuasa, jemaah dan belia-belia masjid mahir dalam pembawaan lagu-lagu takbir Hari Raya dengan lebih baik pada masa akan datang dan sekali gus mereka akan mengetahui kesilapan-kesilapan dalam pembawaan lagu-lagu takbir Hari Raya.

 

 

 

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE PUSAT BERTAULIAH PROGRAM PENJAGA JENTERA ELEKTRIK VOLTAN TINGGI B0 11 KV DI IKBN KINARUT

 

 

KINARUT, PAPAR ; YB Senator Wan Ahmad Fahysal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah melakukan Lawatan ke Pusat Bertauliah Program Penjaga Jentera Elektrik Voltan Tinggi (BO 11KV) di IKBN Kinarut, Papar, Sabah.

 

Lawatan ini diadakan untuk melihat sendiri mengenai pelaksanaan program Penjaga Jentera Elektrik Voltan Tinggi ( BO 11KV) di Kinarut yg mana IKBN Kinarut merupakan satu- satunya ILKA yang menawarkan kursus ini di Sabah dan Sarawak . YB Timbalan Menteri sebelum itu semasa menyampaikan ucapan menyatakan bahawa permintaan terhadap kursus penjaga jentera ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada orang luar yang memohon kursus ini diperbanyakkan pelaksanaannya memandangkan penjaga jentera ini mempunyai permintaan yang tinggi daripada pihak industri.

 

Beliau turut menyatakan bahawa dengan adanya program BO 11KV ini, Kinarut bukan sahaja dapat memenuhi keperluan sebagai hub bidang Elektrik di Sabah dan Sarawak, malah memenuhi keperluan di luar.

 

Turut hadir pada sesi ini adalah En Jefri Nuri, Pengurus Suruhanjaya Tenaga Kawasan Pantai Barat Sabah dan En Christy Wilfred A Gahis, wakil daripada PETRONAS Carigali Sdn.Bhd.

 

Terdahulu sebelum itu, dalam sesi yang berasingan, YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa bersama pelajar IKBN Kinarut. Semasa sesi tersebut, YB Timbalan telah menyampaikan hasrat ingin melihat penglibatan lebih ramai wanita terlibat dalam bidang TVET serta menekankan kepentingan untuk para belia mempelajari kemahiran baru melalui program reskilling agar mereka tidak ketinggalan dengan perubahan teknologi yg bergerak pantas.

 

Beliau turut menggalakkan pelajar- pelajar IKBN Kinarut sentiasa peka dengan setiap program yg ditawarkan oleh KBS serta mengambil peluang menyertai program- program yg boleh membantu meningkatkan pendapatan seperti GIG Economy dan Global Online Workforce (GLOW) yg membolehkan belia memasarkan atau menjual produk mereka sehingga ke pasaran luar secara online.

 

 

 

KOLABORASI ABM BERSAMA IKBN KINARUT DALAM PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI PEMBINAAN 2020

 

 

KINARUT ;  Sesi kunjungan hormat daripada Akademi Binaan Malaysia (ABM) yg diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah iaitu En.Tarzulke IKBN Kinarut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Kinarut pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

 

Hasil daripada kunjungan hormat tersebut, terdapat beberapa peluang kerjasama yang boleh diwujudkan antara pihak IKBN dan ABM iaitu penawaran penyertaan lepasan IKBN Kinarut dlm Program Perantisan Industri Pembinaan bagi tahun 2020 oleh pihak ABM Wilayah Sabah.

 

Program Perantisan ini akan membuka peluang kepada belia bekerja dlm industri berkaitan pembinaan. Belia akan menjalani program perantis selama 3 bulan dan diberi elaun sebanyak 800 rggt sebulan.

 

Selain itu juga, program akreditasi oleh pihak CIDB yang melayakkan pelajar semester akhir mendapat Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) mengikut bidang kursus serta peluang kursus peningkatan kemahiran kepada pengajar IKBN yang boleh ditawarkan oleh ABM seperti Building Information Modelling (BIM).

Halaman 1 dari 33