Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 22 November 2018 09:16

LEPASAN TVET DISARAN BERDAFTAR DENGAN MBOT

 

 

 

LEPASAN TVET DISARAN BERDAFTAR DENGAN MBOT

 

 

 

KINARUT ; Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) merupakan sebuah badan professional untuk mendaftarkan dan mengiktiraf juruteknik/jurutera dan lepasan TVET sebagai professional berkaitan kemahiran dan teknologi.

 

Sehubungan dengan itu taklimat mengenai pentingnya lepasan TVET berdaftar dengan MBOT telah diadakan bertempat di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut hari ini.

 

Taklimat selama dua jam itu telah disampaikan oleh Encik Khairuddin dan Encik Amiza dari Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT).

 

Terdapat 23 bidang professional yang boleh didaftarkan dengan lembaga tersebut

 

 

KOMPONEN PENJELAJAHAN LASAK SIRI 2/2018 ARP IKBN KINARUT

 

KINARUT; – Laungan kata-kata "Biar Haus! Panas Mentari Tetapku Redah" membakar semangat para pelajar IKBN Kinarut sempena Program Penjelajahan Lasak Tahap Perak dan Gangsa Siri 2/2018 bertempat di kawasan sekitar Kinarut pada 16-18 November 2018.

 

Program yang berkonsepkan rekreasi fizikal ini merupakan kali yang keempat diadakan di IKBN Kinarut selepas sesi pertama pada tahun 2017 telah memberi impak perubahan yang lebih positif kepada para peserta Perak dan Gangsa ARP IKBN Kinarut.

 

Aktiviti penjelajahan lasak ini merupakan salah satu komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPMM) IKBN Kinarut bagi kategori Perak dan Gangsa bertujuan untuk membentuk semangat berpasukan dan keyakinan diri peserta melalui penjelajahan disamping mengenali diri ketika di luar zon keselesaan.

 

Perjalanan mereka bermula daripada IKBN Kinarut menuju ke Pantai Beringgis dengan jarak sejauh 14KM perjalanan pantai sebelum menuju ke Nuluhon Outbound School Kinarut dan menggunakan laluan hutan (trail) menembusi perkampungan Kampung Gusi dan seterusnya menggunakan laluan jalan raya menuju ke IKBN Kinarut dan pada keesokan harinya menuju ke Taman Limauan menggunakan jalan hutan dan kampung.

 

Pelbagai halangan yang ditempuhi oleh peserta sepanjang program ini berlangsung seperti berjalan kaki sejauh 48KM dalam keadaan cuaca yang sangat panas disamping terpaksa menempuhi laluan yang berbukit,curam dan juga licin.

 

Terdapat peserta yang mengalami kekejangan otot semasa mengikuti program ini namun berjaya meneruskan perjalanan apabila dibantu oleh rakan-rakan peserta yang lain.

 

Selain daripada aktiviti menjelajah pelbagai aktiviti dapat dimanfaatkan oleh semua peserta semasa program tersebut termasuk slot Kraf Perkhemahan, Taklimat Pertolongan Cemas, Latihan dalam Kumpulan(LDK), aktiviti membersihkan sampah di pantai Beringgis serta sesi mengumpul dan mengenalpasti 20 jenis tumbuhan sepanjang perjalanan mereka.

 

Turut hadir dalam penutupan program tersebut iaitu Encik Himran Bin Entoh, Timbalan Pengarah IKBN Kinarut. Semasa penutupan program berkenaan beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menamatkan penjelajahan tersebut dan memberikan kata-kata semangat kepada para peserta agar terus memberikan komitmen kepada program ARPRM IKBN Kinarut sehingga berjaya ditauliahkan pingat Emas.

 

 

KURSUS PERSIJILAN JURUTEKNIK BERTAULIAH SEKTOR PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA (RACS)

 

 

KINARUT; Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut telah menjalankan Kursus Persijilan Juruteknik Bertauliah Sektor Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (RACS) kepada 27 orang pelajar Semester 2 di Bahagian Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.

 

Kursus ini dianjurkan sepenuhnya oleh Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut sebagai Pusat Bertauliah yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.

 

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada semua pelajar berkaitan dengan bahan pendingin yang digunakan di dalam sektor penyejukbekuan dan penyaman udara. Oleh itu, kursus ini merupakan satu pentauliahan dari pihak Jabatan Alam Sekitar yang mewajibkan semua juruteknik, pengeluar sektor penyejukbekuan dan penyaman udara memiliki tauliah pengendalian bahan pendingin di bawah Akta 127.

 

Pengajar bertauliah yang terlibat bagi kursus kali ini adalah En. Agoh Salleh Sinua, En. Suhaimi bin Muhamad dan Pn. Rosmiwati binti Abdul Rahman.

 

 

‘IN-HOUSE TRAINING’ TINGKAT KEMAHIRAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN

 

 

KINARUT ; Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut baru-baru ini terlibat kursus “In-House Training dalam bidang aircond yang dianjurkan oleh Jabatan Penyejukbekuan & Penyaman Udara.

 

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut berkaitan dengan pemasangan, pendawaian, membaik pulih kerosakan & selenggara alat penyaman udara.

 

“Menurut Encik Sophian Kandar Ketua Jabatan Aircond, perlunya kemahiran pemasangan sistem mengikut spesifikasi dan amalan kejuruteraan yang betul dipelajari agar menjamin pengoperasian yang diharapkan.”

 

“Oleh itu, Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut bercadang untuk menganjurkan Kursus secara “In-House Training kepada kakitangan IKBN Kinarut tanpa perlu keluar dari institut untuk tujuan penjimatan.” Katanya lagi

 

kursus ini turut memberi peluang untuk meningkatkan kemahiran “softskill” pegawai dan kakitangan dalam tempoh masa yang singkat serta dapat memaksimakan penggunaan peralatan dan mesin yang sedia ada di Bahagian Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara tanpa perlu keluar dari institut untuk tujuan penjimatan.

 

‘IN HOUSE TRAINING’ UNTUK TINGKAT PENGETAHUAN PENGAJAR

 

 

KINARUT ; Jabatan Awam bahagian Jurubina Bangunan baru-baru ini telah berjaya melaksanakan kursus Scaffolding Erection (A Frame Type) kepada seramai 15 orang pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut.

 

Tujuan kursus in house ini adalah untuk memberi pengetahuan asas mengenai perencah jenis A kepada semua pengajar Jabatan Awam dan Jabatan Elektrik dalam tempoh yang singkat.

 

Selain sebagai langkah penjimatan kursus ini penting kerana perencah jenis A frame (Erection and Dismantiling) sering digunakan disektor pembinaan bagi tujuan struktur sementara dalam membantu kerja-kerja pemasangan dan pembinaan komponen bangunan.

 

 

PERHIMPUNAN BULANAN DISEMARAKKAN DENGAN SAMBUTAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

 

 

KINARUT, 13 NOVEMBER 2018 – Perhimpunan Mesra Bulanan bersama Pengarah Bilangan ke 10/2018 yang dihoskan Jabatan Penjaga Jentera Elektrik  yang diadakan di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Dalam perhimpunan pada kali ini, sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pelbagai tayangan kisah-kisah Nabi S.A.W dan persembahan nasyid yang dipersembahkan oleh kumpulan seni PJE yang dipimpin oleh Encik Hafis Harun.

 

Pada majlis tersebut Penganugerahan Pekerja Cemerlang bagi bulan Oktober 2018 telah diberikan kepada Encik Muhd Jais Jalun daripada Jabatan Elektrik, Puan Fatimah Anisah Mohammad daripada Jabatan Aircond dan Puan Malini Sulaiman daripada Jabatan Awam.

 

Disamping itu, majlis sambutan hari lahir bagi bulan November juga telah diraihkan dengan upacara pemberian cenderahati dan memotong kek kepada pegawai-pegawai yang menyambut hari kelahiran pada bulan November 2018.

 

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Tuan Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah Latihan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR IKBN KINARUT KE PAPASEMY SABAH

 

 

KOTA KINABALU ; Seramai 30 orang pegawai dan pelajar Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut mengadakan satu lawatan sambil belajar bagi menjalinkan kerjasama dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Technical and Vocational Education and Training (TVET) bersama pihak Panasonic Appliances Air-Conditioning System Engineering Malaysia (PAPASEMY).

 

Inisiatif ini adalah bagi memenuhi keperluan tenaga mahir yang berkemahiran dalam industri dengan usahasama Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn. Bhd. (PAPAMY1) menerusi Panasonic Appliances Air-Conditioning System Engineering Malaysia (PAPASEMY)dan Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut (IKBN) Kinarut.

 

Menurut Encik Eric Phan Tze Wei iaitu Regional Manager East Malaysia, (PAPASEMY) ada menawarkan Latihan Industri selama 3 bulan dan peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar Jurusan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut yang bertempat di Kilang Panasonic Shan Alam, Selangor.

 

Selain itu pihak IKBN Kinarut turut membincangkan Latihan Sangkut Industri (LSI) bagi tenaga pengajar Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) yang bertempat di Panasonic Appliances Air-Conditioning System Engineering Malaysia (PAPASEMY) cawangan Sabah.

 

Turut serta dalam lawatan sambil belajar tersebut, Encik Mohd Sophian Kandar Ketua Jabatan PPU IKBN Kinarut, Encik Kelaman bin Samad dan Encik Agoh Salleh Sinua.

Khamis, 08 November 2018 15:25

PROGRAM “JIWA MURNI” DI PUSAT TAHFIZ

 

 

PROGRAM “JIWA MURNI” DI PUSAT TAHFIZ

 

 

KOTA BELUD ; Tidak sampai dua minggu selepas pihak pengurusan tahfiz memohon bantuan IKBN Kinarut, hari ini kerja-kerja pendawaian elektrik Pusat Pendidikan Islam Fil Dzilalil Quran telah berjaya disempurnakan oleh Team Elektrik IKBN Kinarut.

 

Projek ‘ Jiwa Murni ‘ selama tiga hari ini telah diketuai oleh pengajar Encik Jais Jalun dan dibantu oleh 9 orang pelajar daripada jurusan pendawaian elektrik PW4.

 

“ Pada mulanya kami mensasarkan kerja-kerja pendawaian bangunan seluas 60X80 kaki yang mengandungi 7 bilik dan satu tandas besar siap dalam masa lima hari tetapi pelajar-pelajar saya dapat menyiapkan kerja-kerja pendawaian cuma dalam masa 3 hari saja,” kata Encik Jais.

 

Beliau berbangga pelajar-pelajar beliau dapat mengalas tugas yang diberikan, apa yang boleh mempercepatkan kerja-kerja pendawaian ialah pelajar-pelajar saya bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam tanpa henti, tambah beliau lagi.

 

Selain daripada tenaga kepakaran pihak IKBN juga menanggung bahan-bahan peralatan melalui sumbangan semua staf dan koperasi IKBN Kinarut.

 

Ini adalah sumbangan kali ke-3 pihak IKBN keatas pusat tahfiz ini yang buat masa sekarang mempunyai 22 orang pelajar dimana ada pelajar daripada pusat tahfiz ini yang sudah belajar di Mesir dan Indonesia untuk melanjutkan pengajian mereka.

Khamis, 08 November 2018 15:20

IKBN KINARUT TURUT MERIAH HBNS 2018

 

 

IKBN KINARUT TURUT MERIAH HBNS 2018

 

 

SANDAKAN ; Kemeriahan sambutan Hari Belia Negeri Sabah (HBNS) 2018 dengan kehadiran ribuan belia daripada seluruh daerah-daerah di Negeri Sabah telah berkunjung ke sambutan HBNS 2018 yang diadakan di Kompleks Sandakan, Sabah baru-baru ini.

 

HSNS 2018 diadakan selama tiga hari bermula 02 November hingga 04 November dan telah disempurnakan oleh YB Dato Dr. Hj. Jaujan Hj. Sambakong Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah.

 

Pelbagai pameran-pameran TVET dan aktiviti-aktiviti yang diadakan pada kali ini dengan mengadakan pertandingan antaranya Gen-Y (Mobile Legend), Fifa 2018, Pes 2018, Battle Ground dan pelbagai lagi buat belia-belia Seluruh Negeri Sabah sempena Sambutan Hari Belia Negeri Sabah (HBNS) 2018.

 

Turut hadir pada sambutan Hari Belia Negri Sabah 2018 iaitu Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Datuk Poon Ming Fung@Frankie, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Awang Damit Awang Anak dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah YB Arunarnsin Taib.




 

 

PROGRAM GERBANG KERJAYA IKBN KINARUT DAPAT SAMBUTAN HANGAT PIHAK INDUSTRI DAN BELIA SETEMPAT

 

 

KINARUT ; Program Gerbang Kerjaya IKBN Kinarut 2018 yang telah dirasmikan oleh YB. Tuan Azhar Datuk Haji Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri Sabah adalah merupakan satu platform bagi mewujudkan kerjasama public-private partnership dan mendekatkan hubungan antara IKBN dengan industri agar graduan lepasan IKBN mendapat peluang pekerjaan selari dengan latihan kemahiran yang diperolehi, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran IKBN.

 

Melalui program ini telah termeterainya tiga Memorandum Persefahaman (MOU) di antara IKBN Kinarut dengan pihak Industri iaitu Maritime Technoadvance and Services Sdn Bhd (MOU Emas), Grandis Hotels and Resorts Sdn Bhd (MOU Perak) dan Banseng Refrigeration and Electrical Co. Sdn Bhd (MOU Perak).

 

Dengan terjalinnya ikatan MOU antara kedua belah pihak, maka para pelajar IKBN Kinarut kini berpeluang untuk menjalani latihan industri di syarikat-syarikat tersebut sekaligus mempunyai peluang untuk membina kerjaya di situ.

 

Disamping itu juga, Program Gerbang Kerjaya ini turut diisi dengan ceramah kerjaya oleh pihak Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), ceramah keusahawanan oleh Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Bumiputera Sabah, sesi perkongsian kerjaya oleh presiden alumni IKBN Kinarut dan dialog industrI bersama syarikat FH Corporation.

 

Aktiviti Program Gerbang Kerjaya ini diakhiri dengan sesi temuduga terbuka yang telah berlangsung dari awal pagi lagi melibatkan syarikat-syarikat seperti Sedafiat Sdn Bhd, Wehaya Sdn Bhd, Wadah Sejati Sdn Bhd dan lain-lain lagi.

Halaman 12 dari 33