Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 08 November 2018 15:20

IKBN KINARUT TURUT MERIAH HBNS 2018

 

 

IKBN KINARUT TURUT MERIAH HBNS 2018

 

 

SANDAKAN ; Kemeriahan sambutan Hari Belia Negeri Sabah (HBNS) 2018 dengan kehadiran ribuan belia daripada seluruh daerah-daerah di Negeri Sabah telah berkunjung ke sambutan HBNS 2018 yang diadakan di Kompleks Sandakan, Sabah baru-baru ini.

 

HSNS 2018 diadakan selama tiga hari bermula 02 November hingga 04 November dan telah disempurnakan oleh YB Dato Dr. Hj. Jaujan Hj. Sambakong Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah.

 

Pelbagai pameran-pameran TVET dan aktiviti-aktiviti yang diadakan pada kali ini dengan mengadakan pertandingan antaranya Gen-Y (Mobile Legend), Fifa 2018, Pes 2018, Battle Ground dan pelbagai lagi buat belia-belia Seluruh Negeri Sabah sempena Sambutan Hari Belia Negeri Sabah (HBNS) 2018.

 

Turut hadir pada sambutan Hari Belia Negri Sabah 2018 iaitu Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Datuk Poon Ming Fung@Frankie, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Awang Damit Awang Anak dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah YB Arunarnsin Taib.




 

 

PROGRAM GERBANG KERJAYA IKBN KINARUT DAPAT SAMBUTAN HANGAT PIHAK INDUSTRI DAN BELIA SETEMPAT

 

 

KINARUT ; Program Gerbang Kerjaya IKBN Kinarut 2018 yang telah dirasmikan oleh YB. Tuan Azhar Datuk Haji Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri Sabah adalah merupakan satu platform bagi mewujudkan kerjasama public-private partnership dan mendekatkan hubungan antara IKBN dengan industri agar graduan lepasan IKBN mendapat peluang pekerjaan selari dengan latihan kemahiran yang diperolehi, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran IKBN.

 

Melalui program ini telah termeterainya tiga Memorandum Persefahaman (MOU) di antara IKBN Kinarut dengan pihak Industri iaitu Maritime Technoadvance and Services Sdn Bhd (MOU Emas), Grandis Hotels and Resorts Sdn Bhd (MOU Perak) dan Banseng Refrigeration and Electrical Co. Sdn Bhd (MOU Perak).

 

Dengan terjalinnya ikatan MOU antara kedua belah pihak, maka para pelajar IKBN Kinarut kini berpeluang untuk menjalani latihan industri di syarikat-syarikat tersebut sekaligus mempunyai peluang untuk membina kerjaya di situ.

 

Disamping itu juga, Program Gerbang Kerjaya ini turut diisi dengan ceramah kerjaya oleh pihak Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), ceramah keusahawanan oleh Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Bumiputera Sabah, sesi perkongsian kerjaya oleh presiden alumni IKBN Kinarut dan dialog industrI bersama syarikat FH Corporation.

 

Aktiviti Program Gerbang Kerjaya ini diakhiri dengan sesi temuduga terbuka yang telah berlangsung dari awal pagi lagi melibatkan syarikat-syarikat seperti Sedafiat Sdn Bhd, Wehaya Sdn Bhd, Wadah Sejati Sdn Bhd dan lain-lain lagi.

 

 

YPGO PUPUK MINAT PELAJAR CEBURI PERNIAGAAN

 

 

KOTA KINABALU ; Program Youngpreneurs Go (YPGO) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah satu galakan bagi memupuk minat pelajar-pelajar IKBN Kinarut khususnya untuk menceburi bidang perniagaan yang telah di adakan di dewan kuliah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 

Program YPGO (SSM) dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Shafie Apdal. “Program YPGo SSM 2018 ini bertujuan memberi pendedahan sekaligus menggalakkan belia dan pelajar-pelajar Kemahiran dan TVET serta IPTA/IPTS menceburi bidang keusahawanan sekalipun mereka mengikuti pengajian dalam bidang lain,” kata beliau.

 

Tambah beliau , kerajaan negeri akan berusaha memastikan agar latihan-latihan yang diberikan ada hubungkait dengan usaha melahirkan ramai usahawan muda di Bandar malah di luar Bandar.”Oleh itu, bagi peringakat awal perniagaan, usahawan muda perlu mendaftar syarikat dan secara tidak langsung  memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan  pinjaman dan juga pelbagai maklumat perkhidmatan dalam perniagaan,”jelasnya.

 

 “Selain itu, antara program menarik yang berlangsung adalah taklimat bersama Ikon Usahawan selebriti tanah air seperti Altimate, Siti Nordiana dan Nabila Razali, seminar keusahawan, taklimat daripada agensi-agensi berkaitan keusahawanan serta aktiviti seperti Pertandingan Pidato, dan riadah seperti Treasure Hunt,”.

 

Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  Chong Chieng Jen dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abg Fenner.

 

 

IKBN KINARUT TURUN PADANG LAGI BANTU PUSAT TAHFIZ

 

 

KINARUT ; Pusat Pendidikan Islam Fil Dzilalil Quran, Kota Belud sekali lagi memohon kerjasama Jabatan Elektrik IKBN Kinarut bagi membantu kerja-kerja pendawaian elektrik asrama perempuan yang baru Pondok Fil Dzilalil Quran Kota Belud yang hampir siap.

 

Menurut Hj Zaipudin Hj Ahmad, mudir Pondok Fil Dzilalil Quran asrama yang baru dalam pembinaan tersebut bagi pengambilan baru pelajar-pelajar wanita yang akan bermula pada awal tahun 2019.

 

Pihak IKBN pada dasarnya bersetuju untuk membantu pihak pondok tahfiz dari segi kepakaran tenaga kerja manakala pihak pondok tahfiz akan menyediakan bahan-bahan peralatan untuk pendawaian.

Jumaat, 19 October 2018 16:51

PROGRAM 1 STAFF 1 BUKU

 

 

PROGRAM 1 STAFF 1 BUKU

 

 

KINARUT, 19 OKTOBER 2018 – Perhimpunan Mesra Bulanan bersama Pengarah Bilangan ke 9/2018 yang dihoskan Unit Pentadbiran  yang diadakan di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Dalam perhimpunan pada kali ini, satu program “1 Staff 1 Buku” bagi menambah koleksi-koleksi buku untuk dikongsikan bersama dan ditempatkan di perpustakan IKBN Kinarut telah dilancarkan oleh Tuan Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut.

 

Pada majlis tersebut Penganugerahan Pekerja Cemerlang bagi bulan September 2018 telah diberikan kepada Encik Mohd Taufik Sumari daripada Jabatan Elektrik dan Encik Mohammad Natsir Chatib daripada Jabatan Aircond Komersial.

 

Disamping itu, majlis sambutan hari lahir bagi bulan September juga telah diraihkan dengan upacara pemberian cenderahati dan memotong kek kepada pegawai-pegawai yang menyambut hari kelahiran pada bulan Oktober 2018.

 

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Tuan Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah Latihan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

JURUSAN PENDAWAIAN ELEKTRIK MENJUARAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI KEMAHIRAN 2018

 

KINARUT; Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengadakan satu pertandingan kawad kaki peringkat IKBN Kinarut 2018 sebagai satu elemen wajib dalam pemantapan jati diri.

 

Encik Rozaidi Md Yusof selaku Kem Komanden, berkata idea memperkenalkan program pertandingan kawad kaki untuk semua pelajar itu bagi menerapkan budaya disiplin dan semangat patriotik yang tinggi dikalangan pelajar-pelajar IKBN.

 

"Melalui kemahiran berkawad kaki, pelajar akan belajar mendengar arahan dengan lebih baik daripada ketua dan bertindak mengikut arahan.

 

"Disiplin tinggi yang dipupuk semasa sesi latihan dan ketika pertandingan mampu mendidik pelajar supaya lebih fokus dengan pembelajaran di institut," katanya lagi.

 

“2 orang hakim professional daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang diketuai oleh Encik Pg Hazley Pg Kassim telah dijemput mengadili pertandingan kawad kaki pada kali ini.”

 

“Penglibatan 6 kontinjen mengikut jurusan iaitu Penjaga Jentera elektrik, Pendawaian Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Komersial, Lukisan Senibina dan Binaan Bangunan telah bertanding pada kali ini, dan Jurusan Pendawaian elektrik telah menjuarai pertandingan kawad kaki 2018 manakala Mohd Idham Munabi dinobatkan sebagai ketua platun terbaik.” Katanya lagi.

 

Turut hadir pada majlis tersebut iaitu Tuan Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Timbalan Pengarah Latihan Encik Suhaidi Mustar, Timbalan Pengarah HEP Himran entoh dan pegawai-pegawai IKBN Kinarut.

Isnin, 15 October 2018 16:51

E-SPORT DAPAT SAMBUTAN HSN 2018

 

 

E-SPORT DAPAT SAMBUTAN HSN 2018

 

 

KINARUT ; Hari Sukan Negara 2018 peringkat IKBN Kinarut yang diadakan diseluruh perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah berlangsung dengan meriahnya baru-baru ini.

 

Penglibatan semua pelajar-pelajar termasuk pegawai serta keluarga turut hadir meluangkan masa menyertai acara yang cukup menyeronokkan, menyihatkan tubuh badan sekali gus mengisi masa lapang seisi keluarga bersama-sama.

 

Pelbagai acara yang diadakan antaranya Fun Run 4KM, Senamrobik, Futsal, Bola Keranjang (3 on 3), Sukan Tradisional, Penalty Shoot, Bola Tampar Campuran dan E-Sport (Mobile Legend dan Fifa 2019).

 

Menurut penyelaras program, Encik Januin Johny berkata, acara E-sport merupakan acara baru diadakan pada tahun ini dan mendapat penyertaan yang paling ramai dikalangan pelajar-pelajar serta anak-anak pegawai semasa program tersebut.

 

“Masing-masing ada aktiviti kegemaran dan dalam acara Hari Sukan Negara 2018 ini, semua orang boleh melakukan apa yang mereka gemarkan termasuk daripada golongan kanak-kanak sehinggalah kepada warga emas,” kata Encik Januin lagi.

 

Hari Sukan Negara 2018 peringkat IKBN Kinarut dimeriahkan lagi dengan peluang peserta memenangi pelbagai hadiah dan hamper menerusi cabutan tekit bertuah.

 

 

PAPAMY TAWAR TEMPAT LATIHAN AIRCOND KEPADA PELAJAR IKBN

 

 

KINARUT, Syarikat Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) Shah Alam yang diketuai oleh Senior Manager Corporate HR Department, Puan Say Mei Mei dan beberapa orang pegawai yang lain telah mengadakan lawatan ke IKBN Kinarut.

 

Lawatan ini merupakan kali pertama daripada pihak PAPAMY ke IKBN Kinarut bagi membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan antara kedua-dua belah pihak menerusi keperluan tenaga kerja dalam industri air-conditioning.

 

Menurut Encik Ahmad Rithaudin Ibrahim, Ketua Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Kinarut, pihak syarikat PAPAMY ingin menawarkan tempat latihan industri kepada para pelajar IKBN Kinarut khususnya dalam bidang PPU Komersil dan Domestik.

 

Menerusi pertemuan tersebut , pihak syarikat menawarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif tambahan kepada pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan industri di syarikat mereka, kata Encik Ahmad Rithaudin lagi.

 

IKBN Kinarut dan juga pihak PAPAMY berhasrat agar pertemuan ini akan menjadi platform dalam mewujudkan kerjasama strategik yang lebih akrab antara kedua belah pihak dan dapat memberi impak yang positif kepada pelajar-pelajar IKBN.

 

 

PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI IKBN KINARUT

 

 

KINARUT ; Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut Sabah tidak ketinggalan mengikut jejak beberapa IPT yang lain dalam menjayakan konsep pembelajaran sepanjang hayat atau ‘Life Long Learning Programme’ melalui kursus-kursus separuh masa dalam bidang elektrik.

 

Pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu konsep dimana semua orang boleh menambah ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi.

 

Baru-baru ini seramai 139 orang pelajar dewasa yang berumur diantara 30-59 tahun telah diraikan dalam majlis konvokesyen IKBN Kinarut kali ke-11 di IKBN Kinarut.

 

Majlis penganugerahan sijil telah disempurnakan oleh yang berbahagia Dato’ Dr Wasitah Hj Mohd Yusof Ketua Pengarah Institut Kemahiran Belia Dan Sukan Malaysia.

 

Menurut Tuan Haji Razali Pengarah IKBN Kinarut sejajar dengan pembangunan ekonomi Negara, ramai orang semakin sedar akan perlunya meningkatkan ilmu dan Kemahiran demi ke kemajuan dan kepuasan diri.

 

Katanya lagi pembelajaran sepanjang Hayat dapat meningkatkan potensi individu samada yang sudah bekerja atau belum untuk meningkat Kemahiran berdasarkan pengalaman dan latihan.

 

“Hal ini juga dituntut oleh majikan dan Industri bagi meningkatkan produktiviti” tambah beliau lagi.

 

Sejak dilaksanakan kursus-kursus separuh masa iaitu pada tahun 2015, pada masa sekarang seramai 600 orang dewasa telah berjaya dapat meningkatkan Kemahiran masing-masing melalui program pembelajaran sepanjang hayat tersebut di IKBN Kinarut.

 

Apa yang menarik sebahagian besar daripada pelajar-pelajar dewasa ini adalah terdiri daripada kontrak-kontrak elektrik dan pembinaan yang ingin ‘upgrade’ lessen perniaga mereka ketahap lebih tinggi untuk memudahkan urusan niaga mereka.

 

Menurut En Yasser Ayob Ketua Jabatan Elektrik antara kursus-kursus yang sering mendapat sambutan di IKBN Kinarut ini ialah kursus Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal (PW2) dan Tiga Fasa (PW4) manakala bagi kursus Penjaga Jentera Elektrik voltan rendah iaitu A0, A1, A4 dan voltan tinggi B0 11kV.

 

Dari segi umum memang diakui kebanyakan daripada mereka bermula dari umur seawal 30an sehingga 59 tahun dan rata-rata telah bekerja samada di sektor swasta atau bekerja sendiri, kata En Mohd Yasser lagi.

 

Ditanya mengapa ramai memilih berlatih di IKBN Kinarut, En Yasser berkata memang ada Institusi TVET lain menawarkan jurusan yang sama tetapi kelebihan IKBN Kinarut ialah adanya jurusan Elektrik A4 dan BO yang tidak ada ditawarkan ditempat lain.

 

Menurut beliau lagi apa yang penting bakal pelajar kursus separuh masa mestilah mereka yang sudah bekerja dalam bidang elektrik dan di IKBN Kinarut mereka akan didedahkan dengan akta dan peraturan Suruhanjaya Tenaga.

 

Sehingga hujung tahun 2018 ini adalah dijangkakan IKBN Kinarut sudah mendapat keuntungan hamper setengah juta ringgit melalui Tabung Amanah Latih IKBN Kinarut dibawah program Life Long Learning.

 

Akhirnya beliau menggesa orang ramai yang hendak memohon kursus boleh datang semula ke IKBN atau download borang permohonan melalui laman facebook IKBN PJE Kinarut sendiri.

 

 

308 TERIMA SIJIL DAN DIPLOMA MAJLIS KONVOKESYEN IKBN KINARUT KALI KE-11

 

 

KINARUT ; 29 SEPTEMBER 2018 – Seramai 308 orang graduan IKBN Kinarut telah menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen IKBN Kinarut telah berlangsung dengan meriahnya yang di adakan di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut.

 

Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhs Dato’ Dr. Hajah Wasitah binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

 

Buat julung kalinya seramai 187 orang graduan kursus separuh masa bidang elektrik Penjaga Jentera Elektrik A0, A1, A4 dan Pendawaian Elektrik PW2 dan PW4 menerima sijil kompeten Suruhanjaya Tenaga (ST) pada majlis kali ini.

 

Majlis itu menyaksikan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Kompeten Suruhanjaya Tenaga kepada 187 orang graduan yang melibatkan kursus sepenuh masa dan penglibatan separuh masa buat julung kalinya IKBN Kinarut pada kali ini.

 

Ivan Joannes, graduan Sijil Teknologi Awam (Lukisan Senibina – SKM 3) penerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan manakala Aedrick Agus graduan Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik – SKM 2) dan Azalan Abdul Majid graduan Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A1) di anugerahkan sebagai Graduan Terbaik.

 

Anugerah Khas Usahawan Cemerlang IKBN Kinarut 2018 telah diberikan kepada Cik Siti Zarina Mangkasar pelajar IKBN Kinarut dalam Jurusan Lukisan Senibina SKM 3. Cik Zarina merupakan seorang usahawan berjaya yang kini merupakan Pengurus Syarikat Zarirah Enterprise dan telah mendapat projek pembangunan sekolah di daerah Semporna bernilai 2.4 juta ringgit. 

Dalam majlis konvokesyen kali yang ke-11 ini juga, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) telah mengadakan satu majlis Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik peringkat ILKBS kepada 7 IKTBN dan IKBN mengikut kategori masing-masing.

 

Turut hadir pada majlis tersebut iaitu, Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pengarah-Pengarah IKTBN dan IKBN Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dan Wakil-Wakil Kerajaan Negeri dan NGO.

Halaman 13 dari 33