Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERINGKAT IKBN KINARUT

 

 

KINARUT, 29 FEBRUARI 2020 – Seramai 95 orang pelajar dan beberapa pegawai dan kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah terlibat program kursus pengurusan jenazah peringkat IKBN Kinarut 2020  yang dianjurkan oleh Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut  yang diadakan di Surau Al-Hidayah, IKBN Kinarut.

 

Program kursus pengurusan jenazah ini bertujuan sebagai wadah untuk warga IKBN Kinarut bagi menimba ilmu berkaitan hal ehwal agama islam khususnya serta memupuk nilai-nilai kemanusiaan dan dapat berbakti kepada masyarakat melalui ilmu yang telah dipelajar bagi mewujudkan sikap kerjasama serta tanggungjawab dimasa akan dating umumnya.

 

Taklimat kusrus pengurusan jenazah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Fauzi iaitu merupakan Tajhiz Jenazah merangkap tenaga pengajar di Mahad Tahfiz Darul Hadis Sabah dan turut dibantu oleh Ustaz Sabran Sabirullah daripada IKBN Kinarut.

 

Menerusi kursus ini, sebahagian besar pelajar-pelajar IKBN Kinarut dapat mengetahui tentang cara-cara pengurusan jenazah yang betul serta dapat menambahkan lagi pengetahuan dan melakukan penambahbaikan dari sudut kefahaman pelajar mengenai cara-cara pengurusan jenazah mengikut syarak.

 

 

 

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL SUKAN PERINGKAT IKBN KINARUT 2020

 

 

KINARUT, 28 FEBRUARI 2020 – Satu majlis penyampaian hadiah sempena karnival sukan peringkat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut 2020 yang diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut semalam.

 

Karnival sukan ini diadakan bertujuan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang kompehensif dan mengukuhkan serta mengeratkan lagi silaturahim dikalangan pelajar-pelajar IKBN Kinarut. Selain itu dapat memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar betapa pentingnya bersukan dalam mewujudkan persekitaran hidup yang sihat.

 

Pelbagai acara yang dipertandingkan pada karnival sukan pada kali ini antaranya pertandingan futsal lelaki, futsal perempuan, bola sepak 9 sebelah dan bola tampar campuran.

 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Zuarini Jumai, Pengarah IKBN Kinarut kepada pemenang-pemenang mengikut kategori sukan kepada ketua pasukan masing-masing.

 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Himran entoh, Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pegawai-Pegawai, Kakitangan dan pelajar-pelajar IKBN Kinarut.

 

 

PERHIMPUNAN MESRA BULANAN BILANGAN 2/2020 IKBN KINARUT

 

 

KINARUT, 25 FEBRUARI 2020 ; Perhimpunan Mesra Bulanan bersama Pengarah Bilangan 2/2020 yang dihoskan oleh Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP)  telah diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar turut menyampaikan taklimat perkongsian info berkenaan Dekriminalisasi Penggunaan Dadah  pada perhimpunan kali ini bagi dikongsikan kepada warga IKBN Kinarut tentang cara-cara pencegahan dan langkah untuk menghindari daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah

 

Pada majlis tersebut juga, Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan Januari 2020 telah diberikan kepada Encik A. Bromeo Jamal daripada Jabatan Elektrik, Encik Maslan Jair daripada Jabatan Awam, Encik Amir Takim daripada Jabatan Penyejukbekuan & Penyaman Udara, Ustaz Sabran Sabirullah daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Encik M.Azman@Manap A.Arsad daripada Unit Kewangan.

 

 

Penyampaian bagi pemenang pertandingan nyanyian peringkat IKBN Kinarut juga telah disampaikan oleh Puan Zuarini Jumai, Pengarah IKBN Kinarut kepada pelajar-pelajar yang memenangi tempat pertama , kedua dan ketiga.

 

Perhimpunan tersebut turut dihadari oleh semua pegawai-pegawai, kakitangan dan pelajar-pelajar  IKBN Kinarut.

 

 

 

 

PROGRAM BICARA ILMU IKBN KINARUT BERSAMA KPDNHEP

 

 

 

KINARUT ; Program Bicara Ilmu bertemakan “Gerakan Pengguna Siswa Pengguna Bermaklumat” pelajar dan kakitangan IKBN Kinarut bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut baru-baru ini.

 

Program ini diadakan bertujuan bagi memperkenalkan dan mempromosikan ahli Gerakan Pengguna Siswa yang merupakan entiti kumpulan yang berstuktur dan berkepimpinan serta majlis pelancaran penubuhan Gerakan Pengguna Siswa yang yang disempurnakan oleh Puan Zuarini Jumai, Pengarah IKBN Kinarut.

 

Sesi program bual bicara tersebut melibatkan dua orang moderator iaitu Puan Nur Fifi Suryanie Abd Gani iaitu Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Sabah dan Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah Penguran dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut.

 

 

PELAJAR IKBN KINARUT TURUT SERTA MEMERIAHKAN PROGRAM LE TOUR DE LANGKAWI

 

 

 

KOTA KINABALU, 6 FEBUARI 2020 ; Seramai 120 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut terlibat dalam Program Le Tour De Langkawi yang diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu semalam.

 

Program tersebut ditelah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal Ketua Menteri Sabah serta pelbagai agensi swasta, NGO, badan berkanun dan kerajaan turut serta mengadakan pameran bagi memeriahkan lagi program Le Tour De Langkawi yang merupakan julung kalinya diadakan di Negeri Sabah Dibawah Bayu.

 

Menurut Encik Januin Johny, Pegawai Belia dan Sukan IKBN Kinarut menyatakan pelbagai acara sukaneka dan sukan tradisional dipertandingankan dalam program tersebut dan penglibatan pelajar-pelajar IKBN Kinarut untuk menyertaikan beberapa acara sukan.

 

Turut serta dalam program tersebut iaitu Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Jajali Zahari Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar serta beberapa orang pegawai IKBN Kinarut.

Jumaat, 07 February 2020 14:42

INTERVIEW WITH THE DIRECTOR OF IKBN KINARUT

 

 

INTERVIEW WITH THE DIRECTOR OF IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; The English Club had the honour of sitting with the director of IKBN Kinarut to an interview session on the 4th of February 2020. The interview were attended by twelve members of the English Club including the six new members.

 

 

The objectives of the interview are to improve the member's communication skill and to increase their self-confidence. At the same time the interview intended to be a platform for the members to knowthe director better and vice versa.

 

Ten questions were prepared by the interviewers, Jeavie and Benedict from the English Club ranging from work or professional related questions to fun trivia questions. The director had also shared a little bit about her life before the first question was asked, to break the ice since she said the members look tense and nervous.

 

 

From the interview the English Club members learnt that stress could be managed by exercising positive thinking and enjoying the work. To enjoy the work you must put your emotion in check and give yourself a break to do something that you love.

 

 

Apart from that the members learnt about the director’s strong work ethics and principles which are to have integrity, not delaying any work, ready to face any challenges and self-discipline. Surrounding yourself with good environment and attitude is important in building self-discipline, to move towards success.

 

 

At the end of the interview, English Club thank the director for her time and enthusiasm in sharing her valuable life experiences that have surely benefits everyone.

 

 

LAWATAN PELAJAR IKBN KINARUT KE STESEN JANAKUASA HIDRO PANGI

 

 

 

TENOM ; Seramai 9 orang pegawai dan 22 orang pelajar semester 7 daripada Jurusan Penjaga Jentera Elektrik A4 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Stesen janakuasa Hidro Pangi, Tenom pada 06 Februari 2020 yang lalu.

 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam sejauh kira-kira 160km melalui jalan tambunan. Setibanya di stesen janakuasa program dimulai dengan taklimat dan penerangan oleh Jurutera Stesen diikuti dengan ucapan daripada En. Mohd Yasser Bin Ayob Ketua Jabatan Elektrik IKBN Kinarut.

 

Tujuan lawatan ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar jurusan A4 secara umumnya berkaitan sistem janakuasa hidro. Pelajar juga didedahkan secara teknikal berkaitan operasi janakuasa hidro yang lengkap bermula daripada sumber penggerak janakuasa, penjanaan tenaga dan sistem penghantaran tenaga kepada Pusat Penghantaran Beban (Load Dispatch Centre).

 

Selain itu program ini juga dapat menjalinkan hubungan industri diantara pihak SESB dan IKBN Kinarut secara amnya sekaligus dapat meneruskan kesinambungan proses latihan kemahiran yang berkesan dan berdaya saing.

Khamis, 06 February 2020 15:44

LAWATAN UNIT AUDIT DALAM KBS KE IKBN KINARUT

 

 

LAWATAN UNIT AUDIT DALAM KBS KE IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT, 5 FEBUARI 2020 ; Unit Audit Dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan mengadakan lawatan kerja ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut kelmarin.

 

Seramai 2 orang kakitangan yang terlibat  dalam lawatan ini  terdiri daripada Audit Dalam KBS iaitu Encik Ainul Adnan Abdul Rahaman dan Encik Amirul Asyraf Baba.

 

Objektif utama lawatan kerja ini adalah untuk  membuat penandaarasan (benchmarking) terhadap beberapa perkara berhubung dengan pelaksanaan auditan terutamanya berkaitan kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan, kawalan terhadap barang berharga dan kawalan umum.

 

Menerusi lawatan kerja ini, teguran dan amanat daripada pihak audit akan dimanfaatkan bagi membantu IKBN Kinaurt dalam menambahbaik kertas kerja pengauditan dan perancangan program pengauditan berasaskan risiko yang sedia ada serta meningkatkan mutu perkhidmatan audit di IKBN Kinarut khususnya.

 

 

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL DIANTARA DUA INSTITUSI TVET

 

 

 

MONTFORT ; Satu perlawanan persahabatan futsal antara pasukan Institut Latihat Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut menentang pasukan Montfort Youth Training Centre pada hari selasa, 4 Febuari 2020 di Dewan Montfort, Kinarut.

 

Perlawanan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara IKBN Kinarut bersama Montfort Youth Training Centre serta dapat berkongsi info-info penting TVET agar dapat dikongsikan kepada pelajar-pelajar di kedua-dua pihak.

 

Menurut Puan Hirfarrinah Pudian, Pegawai Belia dan Sukan yang mengiringi pasukan IKBN Kinarut menyatakan perlawanan berlangsung dengan sangat sengit dengan kedua-dua pasukan saling menyerang dan bertahan dengan baik.

 

Menurut beliau lagi, pihak Montfort mengatakan bahawa sukan merupakan satu platform terbaik dalam mengeratkan hubungan diantara kedua-dua pihak dan bercadang akan berkunjung ke IKBN Kinarut untuk mengadakan lagi perlawanan persahabatan bagi acara sukan yang pelbagai.

 

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR DARIPADA JABATAN AWAM IKBN KINARUT

 

 

 

PUTATAN, 29 JANUARI 2020 ; Lawatan yang mengambil tempat di St Catherine Church, Putatan merupakan lawatan sambil belajar yang pertama bagi tahun ini ke lapangan sebenar pembinaan untuk Jabatan Awam IKBN Kinarut. Ianya bermatlamat memberi pendedahan terperinci kepada kumpulan peserta berkaitan proses penyediaan rekabentuk dan pembinaan kompleks bangunan jenis rumah ibadat ini.

 

Program ini melibatkan seramai 34 orang pelajar di bawah Jabatan Awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar Bahagian Jurubina Bangunan dan Bahagian Pelukis Pelan Senibina. Kumpulan ini diiringi oleh sembilan orang pegawai pengiring.

 

Kehadiran peserta disambut mesra oleh Chairman of The Steering Building Committee of St. Catherine Church, Datuk Stephen Sondoh, The Principles, JK Chartered Architect Sdn. Bhd., Dr. Tan Jun Kwang, Encik Tony Mojigoh dan Encik Dominic Chong. Taklimat tapak disampaikan Encik Ridwan Hadim selaku Architect Designer.

 

Dalam ucapan aluan beliau, Yang Berbahagia Dr. Tan Jun Kwang menjelaskan Senibina (Architecture) adalah suatu bidang yang menggabung jalin seni dengan sains bagi merealisasikan idea dan konsep rekabentuk kepada sebuah binaan yang menarik. Skala dan perkadaran (Scale & Proportion) adalah suatu elemen penting untuk dikuasai oleh seorang perekabentuk supaya dapat menghasilkan rekaan yang bukan sahaja menarik secara estetiknya, malahan jua realistik sari segi kejuruteraan dan pembinaanya.

 

Dalam proses itu, kefahaman berkenaan segala prosedur, peraturan mahupun undang-undang yang sedang dikuatkuasakan pihak berkuasa berkaitan pembinaan juga haruslah difahami sejelas-jelasnya.

 

Program seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa kerana ia sangat bermanfaat dan berguna terutamanya kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan latihan di IKBN Kinarut, di samping memastikan mutu latihan kemahiran Institut ini sentiasa ditingkatkan supaya selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Adalah diharapkan program lawatan ini dapat memberi perspektif baru di kalangan peserta berkenaan bidang latihan yang sedang mereka ikuti di Institut ini.

Halaman 3 dari 33