Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

LAWATAN PELAJAR SEKOLAH TINGGI KOTA KINABALU DAN SMK PULAU GAYA KE IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT; 25 OKTOBER 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut (IKBN Kinarut) telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar Sekolah Tinggi Kota Kinabalu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya seramai 129 orang dan 12 orang guru pengiring.

 

Objektif lawatan adalah bagi mendapatkan informasi berkaitan kemahiran teknikal dan vokasional, melihat peluang latihan kemahiran teknikal serta pendedahan laluan pendidikan dan peluang kerjaya dalam kemahiran dan teknikal.

 

Taklimat disampaikan oleh Encik Nadzmi @ Nyugem Berinyau daripada Cawangan Hal Ehwal Pelajar serta melibatkan Unit Cawangan Hubungan Industri iaitu Encik Hisyam Taip dan Encik Mohd Firdaus Daud dan pelajar-pelajar kemudian dibawa melawat ke bengkel-bengkel di IKBN Kinarut disamping penerangan daripada setiap Ketua Jabatan mengenai fungsi dan program latihan di setiap jabatan. 

 

 

GELANGGANG BARU BOLA KERANJANG IKBN KINARUT DIRASMIKAN

 

 

KINARUT; 14 OKTOBER 2017 – Sempena dengan sambutan Hari Sukan Negara IKBN Kinarut telah berlangsung pertandingan akhir bola keranjang diantara Team Sekolah Awam dan Sekolah Elektrik bertempat di padang baru bola keranjang IKBN Kinarut.

 

Terdahulu daripada itu, satu Majlis Perasmian Gelanggang baru tesebut telah dilakukan oleh Encik Badari Ag. Damit yang mewakili Y.Bhs Dr. Hajah Wasitah Haji Mohd Yusof Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

 

Gelanggang baru bola keranjang yang digunakan adalah hasil usaha pelajar-pelajar IKBN yang bergotong-royong untuk membaiki gelanggang yang telah rosak akibat mendapan tanah.

 

Turut hadir pada majlis tersebut iaitu Encik Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut dan Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan Sukan Malaysia.

 

 

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LEARN & EARN IKBN KINARUT

 

 

KINARUT; 14 Oktober 2017- Majlis pelancaran Program LEARN & EARN SKILL BOOT CAMP TO ENABLE YOUTHS TO ACQUIRE INCOME GENERATING SKILLS TOUCH POINT 2017 IKBN Kinarut telah dirasmikan oleh Puan Zakiah binti Mat Jali, Pengarah Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan KBS dengan penyerahan geran pelaksanaan sebanyak RM 66,680.00 kepada Timbalan Pengarah Encik Suhaidi bin Mustar.

 

Program kepada golongan belia tersebut bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sekaligus meningkatkan sumber pendapatan dengan menggunakan latihan kemahiran yang diberikan oleh IKBN Kinarut.

 

Sebanyak dua kursus akan dijalankan dibawah program tersebut iaitu Kursus Modul Papan Suis Utama dan Kawalan Motor Voltan Rendah dan Kursus Refrigerant Service Sector (RSS) bagi golongan belia secara percuma sepanjang bula OKtober 2017 ini.

 

Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah Encik Haji Razali bin Mohamad, Pengarah IKBN Kinarut dan Encik Saifoul Bahari bin Saad, Penolong Pengarah (PMO), pegawai-pegawai Jabatan Elektrik dan peserta kursus separuh masa.

 

 

PRA PELANCARAN PROGRAM PENJAGA JENTERA ELEKTRIK B0 11kV

 

 

KINARUT; Hasrat daripada pihak Suruhanjaya Tenaga untuk mewujudkan pusat latihan kekompetenan bagi kursus Penjaga Jentera Elektrik Voltan Tinggi Kategori B0 11kV di Sabah akhirnya direalisasikan pra pelancaran Program Penjaga Jentera Elektrik B0 11kV oleh Ketua Pengarah BPKBS Y.Bhs Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof.

 

Majlis Pra Pelancaran Program Penjaga Jentera Elektrik B0 11kV telah disempurnakan oleh Pn Zakiah binti Mat Jali, Pengarah Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan KBS bagi mewakili Y.Bhs Dr. hajah Wasitah bin Haji Mohd Yusof.

 

Menurut Ketua Jabatan Elektrik iaitu Encik Mohd Yasser bin Ayob, sebanyak 4 kursus telah berjaya dilaksanakan iaitu kursus modul kendalian pencawang 11kV kepada Pegawai Suruhanjaya Peperiksaan PJE B0 11kV kepada calon terbuka B0 terhad.

 

Beliau juga berkata bahawa kursus ini akan menjadi tumpuan kepada pekerja mahir diluar yang ingin meningkatkan sijil kekompetenan sendiri di atas keperluan dan pematuhan Akta Bekalan Elektrik 1990.

 

Turut serta adalah Tuan Haji Razali bin Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Suhaidi bin Mustar Timbalan Pengarah, Encik Mohd Yasser bin Ayob Ketua Jabatan Elektrik, pegawai-pegawai Jabatan Elektrik dan peserta kursus separuh masa bagi meraihkan majlis tersebut.

 

 

MAJLIS KONVOKESYEN IKBN KINARUT KALI KE-10 MERIAH

 

 

KINARUT; 14 OKTOBER 2017 – Majlis Konvokesyen IKBN Kinarut telah berlangsung dengan meriahnya yang di adakan di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut dirasmikan oleh Y.Bhs Dr. Hajah Wasitah binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran (BPK), Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

 

Majlis itu menyaksikan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Kompeten Suruhanjaya Tenaga kepada 339 orang graduan yang melibatkan Sekolah Elektrik seramai 185 orang, Sekolah Awam seramai 125 orang dan Sekolah Elektronik seramai 32 orang graduan di IKBN Kinarut ini.

 

Sudirman Jumahari, graduan Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A4) penerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan manakala Darwin Imam graduan Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Binaan Bangunan) di anugerahkan sebagai Graduan Terbaik.

 

Dalam majlis konvokesyen kali yang ke-10 ini, purata Pencapaian Peperiksaan Akhir (CGPA) dan Suruhanjaya Tenaga pelajar sangat membanggakan sehingga mencapai 96 peratus bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016.

 

Turut hadir pada majlis tersebut iaitu Tuan Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pengarah-Pengarah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Alor Gajah, Bukit Mertajam, Kuala Perlis, Bandar Penawar, Peretak, Chembong, Wakaf Tapai dan Miri.

 

 

GELANGGANG BOLA KERANJANG DISIAPKAN DENGAN SEMANGAT TOLONG MENOLONG

 

 

KINARUT; Bermula dengan permintaan pelajar wanita untuk bermain bola keranjang akhirnya gelanggang bola keranjang di IKBN Kinarut yang rosak berjaya dipulihkan dan dibaiki semula oleh pelajar-pelajar IKBN sendiri dengan semangat tolong-menolong.

 

Gelanggang yang asalnya telah dibina oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) tahun 2003 bagi kegunaan pelajar telah mengalami kerosakan kerana mendapan tanah dan tidak dapat digunakan kerana air yang bertakung dan tidak rata.

 

Atas semangat tolong menolong diantara pengajar dan semua pelajar IKBN akhirnya pihak pengurusan berjaya menyiapkan gelanggang bola keranjang tersebut bagi kegunaan pelajar-pelajar IKBN.

 

Gelanggang bola keranjang ini turut dilengkapi dengan lampu limpah bagi tujuan permainan pada waktu malam.

 

Sempena dengan Hari Sukan Negara 2017, Majlis Perasmian Gelanggang Bola Keranjang ini akan dirasmikan oleh YBhg Dr Wasitah Hj Yusof Ketua Pengarah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Kementerian Belia dan Sukan pada 14 Oktober 2017 selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke-10 IKBN Kinarut.

 

 

PROGRAM GERAK BAKTI PELATIH IKBN KINARUT BERMULA

 

 

KINARUT ; Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Kuala II, Darul Qalam merupakan madrasah tahfiz yang pertama di Negeri Sabah mendapat sentuhan pelajar-pelajar IKBN Kinarut untuk Program Gerak Bakti perihatin, dinamik dan murni atau singkatan PERDANA.

 

Menurut Encik Zazali projek ini bertujuan untuk memberi khidmat masyarakat dalam bidang teknologi awam, elektrik dan mekanikal bagi segala kemudahan awam yang dikenalpasti.

 

Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Kuala II yang terletak di Kg. Gusi di daerah Kinarut mempunyai seramai 20 orang pelajar tahfiz yang kebanyakannya anak-anak dari kawasan-kawasan yang berhampiran.

 

Seramai 8 orang pelajar sementara 4 yang terdiri dari peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) IKBN Kinarut telah menjalinkan kerja-kerja pendawaian elektrik dan kerja-kerja menukar papan suis yang lebih selamat.

 

Menurut Ustad Azmin Amirhamzah 23, salah seorang tenaga pengajar di madrasah tersebut, rumah tahfiz yang mereka gunakan sekarang adalah rumah wakaf yang memerlukan sokongan dan bantuan dari orang ramai.

 

Menurut Encik Zazali lagi, projek ini akan berterusan sehingga bulan November 2017 dengan melibatkan madrasah tahfiz di daerah-daerah lain seluruh sabah.

Khamis, 14 September 2017 15:04

IKBN KINARUT JALIN KERJASAMA DENGAN 4 INDUSTRI

 

 

IKBN KINARUT JALIN KERJASAMA DENGAN 4 INDUSTRI

KINARUT; 14 September 2017 – IKBN Kinarut hari ini berjaya jalin kerjasama dengan empat buah Industri melalui program Gerbang Kerjaya 2017 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar Timbalan Menteri Pembangunan Infastruktur Negeri Sabah. 

 

Jalinan Memorandum Persefahaman tersebut diadakan bagi memperkukuhkan antara agensi kerajaan dan swasta yang menandatangani MoU bersama ILKBS dan membina hubungan kerjasama strategik dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar ILKBS.

 

Antara Industri yang terlibat memeteraikan MoU pada majlis tersebut ialah Syarikat Teras Muhim Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Urusan Encik Adsman Jupri, Syarikat Eramaz Sdn Bhd diwakili oleh Encik Francisco Byran Alun, S’kan Style Hotel pula diwakili oleh Encik Azmi Amir dan Syarikat Teras Perdana Enterprise diwakili oleh Encik Edris Jupri.

 

Pertukaran dokumen MoU ini telah disaksikan oleh YB Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar Pembantu Menteri Pembangunan Infastruktur Negeri Sabah merangkap Adun N.21 Kawang.

 

Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang program ini diadakan antaranya ialah Taklimat Kerjaya oleh Wakil daripada Jabatan Tenaga Kerja, Perkongsian kerjaya bersama pengerusi Alumni IKBN Kinarut iaitu Encik Azrie Aziz, Dialog bersama industri daripada Telekom Malaysia dan Program Temuduga Terbuka oleh syarikat-syarikat yang telah menjalinkan kerjasama MoU bersama IKBN Kinarut.

 

 

HEP IKBN KINARUT LAWAT PUSAT LATIHAN BELIA MONTFORT

 

 

KINARUT ; Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Pusat Latih Belia Montfort di Kinarut kira-kira 1.5 kilometer dari IKBN Kinarut.

 

Lawatan tersebut bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dari segi pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan melihat sendiri bagaimana pihak Montfort dapat mendidik pelajar-pelajar menjadi pelajar yang berdisiplin dan terlibat dengan kerja-kerja sosial.

 

Pusat Latihan Belia Montfort adalah pusat latih belia bermula pada tahun 2008 dan diurus sepenuhnya oleh Badan Sukarela. Kebanyakan sumber dana mereka diperolehi melalui sumbangan dan tajaan pihak swasta dan orang perseorangan.

 

Buat masa sekarang pihak Montfort mempunyai pelajar seramai 138 orang, kebanyakan daripada pelajar-pelajar datang dari kalangan golongan miskin dan kawasan luar Bandar dan tidak mendapat keputusan peperiksaan yang baik dalam PT3 dan SPM. Malah ada dikalangan pelajar mereka yang cuma setakat Tingkatan 2 dan ada tidak menamatkan alam persekolahan.

 

Menurut Encik Patrick Ha, Timbalan Pengarah Montfort mereka berusaha untuk melahirkan “Potensi” pelajar-pelajar untuk menjadi manusia terbaik.

 

Apa yang menarik tentang pelajar-pelajar Montfort, mereka dilatih bukan sahaja dari segi kemahiran tetapi juga kehidupan sosial. Pelajar turut memasak sendiri makanan mereka, membersihkan kawasan asrama, bengkel latihan dan memotong rumput disekeliling Montfort.

 

Pihak IKBN sendiri dapat melihat kebersihan disekeliling Montfort dan tandas-tandas diasrama, susun atur tempat tidur yang kemas.

 

Antara peraturan ketat pihak Montfort ialah pelajar tidak boleh memiliki telefon bimbit semasa di Montfort dan tidak balik semasa hujung minggu.

 

Antara latihan menarik yang dipraktikkan oleh pelajar-pelajar Montfort ialah berlari awal pagi tiga kali seminggu dan membuat latihan kerja-kerja sosial pada hujung minggu.

 

 

MAJLIS IBADAH QURBAN DAN AQIQAH 2017 IKBN KINARUT

 

 

KINARUT; 02 SEPTEMBER 2017 – Warga IKBN Kinarut telah menganjurkan Majlis Qurban dan Aqiqah bersempena dengan sambutan Hari Raya Korban yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun.

 

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang disyariatkan dalam islam dengan penyembelihan binatang korban.

 

Seekor lembu telah dikorbankan dalam majlis tersebut dan penyembelihan tersebut telah diketuai oleh Ustad Mohd Nasir Bin Othman.

 

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk penyampaian daging korban serta majlis doa selamat dan aqiqah.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Encik Sophian Kandar Ketua Jabatan Awam dan Encik Anzari Daud Ketua Bengkel Penjaga Jentera Elektrik.

Halaman 24 dari 33