Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

KURSUS PERSEDIAAN PANEL PEMERIKSA PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

B0 11kV

 

 

KINARUT ; 22 OGOS 2017 – Seramai 10 orang calon dari Suruhanjaya Tenaga (ST) telah memulakan kursus persediaan panel pemeriksaan penjaga jentera elektrik B0 11kV bertempat di Jabatan Elektrik, IKBN Kinarut hari ini.

 

Kursus pengenalan dan latihan operasi pepasang Penjaga Jentera Elektrik kategori B0 11kV ini adalah sebagai persediaan kepada panel-panel pemeriksa ST bagi peperiksaan amali dan lisan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik B0 11kV yang akan diadakan pada bulan September 2017 di IKBN Kinarut.

 

Majlis perasmian kursus telah dilakukan olehTuan Hj Razali bin Mohamad Pengarah IKBN Kinarut.

 

Menurut Encik Mohd Yasser bin Ayob Ketua Jabatan Elektrik, kursus selama tiga hari ini turut dibantu oleh 2 orang tenaga pengajar dari IKBN Dusun Tua dan IKBN Alor Gajah selain tenaga pengajar di IKBN Kinarut.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Nazlin Ab Alim Sidiki Pengarah ST Pejabat Kawasan Pantai Barat Negeri Sabah dan Encik Mohd Yusrul Yusof Pengarah ST Pejabat Kawasan Pantai Timur Negeri Sabah.

 

 

 

LAWATAN IKBN KINARUT KE STESEN JANAKUASA HIDRO PANGI

 

 

TENOM ; 17 JULAI 2017 – Seramai 40 orang pelajar Penjaga Jentera Elektrik dan 9 orang pegawai telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Stesen Janakuasa Hidro Pangi, Tenom yang mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke destinasi.

 

Tujuan lawatan ini dianjurkan adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar mengenai operasi dan kelengkapan pepasangan yang ada di dalam sebuah stesen janakuasa hidro.

 

Setiba di destinasi, pelawat diberi taklimat oleh Puan Wan Zaizarenah Binti Zaman selaku Pengurus Stesen mengenai operasi Stesen Janakuasa Hidro Pangi secara umumnya.

 

Para pelawat amat teruja melihat kelengkapan pepasangan Elektrik yang boleh menjana elektrik sehingga 137 kV untuk dihantar ke daerah-daerah sekeliling sehingga ke Pantai Barat Sabah.

 

Seterusnya, para pelawat berpeluang untuk melawat kawasan operasi stesen dibawah kawalan oleh para petugas di stesen serta penerangan-penerangan  diberikan kepada pelawat amatlah bernilai memandangkan ianya amat berkaitan dengan bidang tugas Penjaga Jentera Elektrik.

 

Di akhir lawatan tersebut, para pelawat berpeluang untuk bergambar bersama Pengurus Stesen dihadapan pejabat Stesen Janakuasa Hidro Pangi, Tenom.

 

Sekalung penghargaan kepada pihak SESB terutamanya Pengurus Stesen Janakuasa Hidro Pangi kerana sudi menerima kunjungan daripada kami.

 

Sekian Terima Kasih.

Isnin, 21 August 2017 09:29

KORBAN DAN PENGORBANAN

 

 

“ KORBAN DAN PENGORBANAN ”

 

 

KINARUT ; 18 OGOS 2017 – Unit Bina Insan dibawah Cawangan Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut telah mengadakan satu program ceramah bulanan bertempat di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Penceramah bebas serta merupakan Duta Mutawwif Glocal Travel iaitu Ustad Haji Lamsin Bin Anggali telah dijembut untuk menyampaikan ceramah beliau bertajuk “ Korban dan Pengorbanan “ serta dibantu oleh Ustad Sabran Bin Sabirullah sebagai pengerusi majlis.

 

Dalam ceramah tersebut, penglibatan seramai 190 orang pelajar dan 30 orang pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut turut hadir pada majlis tersebut serta Ustad Haji Lamsin Bin Anggali juga membuka ruang untuk mengutarakan soalan secara lisan atau bertulis dan menjawab segala persoalan-persoalan yang diajukan dengan pengetahuan ilmiah beliau.

 

Turut hadir dalam ceramah tersebut Tuan Haji Razali Bin Mohamad Pengarah IKBn Kinarut, Encik Suhaidi Bin Mustar Timbalan Pengarah dan Puan Fatimah Binti Abdul Rahman serta pegawai dan kakitangan daripada IKBN Kinarut.

 

 

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN MPP IKBN KINARUT

SESI 2017/2018

 

 

Seramai 11 orang pelajar menerima Watikah Pelantikan daripada Pengarah IKBN Kinarut Tuan Haji Razali Bin Mohamad pada Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut Sesi 2017/2018 telah diadakan pada 16 Ogos 2017 bertempat di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut.

Dalam ucapan alu-aluannya, Suhaimi Bin Amir sebagai Presiden MPP IKBN Kinarut sesi 2017/2018 berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Beliau turut mengetuai barisan kepimpinan MPP itu membaca ikrar.

Turut hadir dalam majlis tersebut Encik Suhaidi Bin Mustar Timbalan Pengarah, Puan Fatimah Binti Abdul Rahman Penolong Pengarah, dan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

KIBARAN JALUR GEMILANG MEMERIAHKAN PERHIMPUNAN BULANAN IKBN KINARUT

 

 


KINARUT, 10 OGOS 2017 – Kibaran Jalur Gemilang oleh semua pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut semasa Perhimpunan Mesra Bulanan Bil 7/2017 IKBN Kinarut telah memeriahkan suasana sambutan bulan kemerdekaan di IKBN Kinarut.

  

Dalam ucapannya Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut telah memperingati kepada warga IKBN Kinarut supaya mempertingkatkan kreadibiliti dari pelbagai aspek agar dapat menaikkan taraf IKBN Kinarut diperingkat ILKBS.

  

Penganugerahan Pekerja Terbaik bagi bulan Julai 2017 telah diberikan kepada Encik Kok Kaw Keaw daripada Cawangan Pengurusan Aset, Puan Hasmah Binti Sarudin dan Cik Marthavilla Michael daripada Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Disamping itu, majlis sambutan hari lahir bagi bulan Ogos juga telah raihkan dengan upacara pemberian cenderahati dan memotong kek kepada pegawai-pegawai yang menyambut hari kelahiran pada bulan Ogos 2017.

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Encik Suhaidi Bin Mustar Timbalan Pengarah Latihan dan Encik Mohd Yasser Bin Ayob Ketua Jabatan Elektrik, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

MULA KURSUS SEPARUH MASA BINA PERABOT KABINET

 

 

KINARUT; 29hb-30hb JULAI 2017 – IKBN Kinarut memulakan langkah berani menganjurkan kursus jangka pendek pembuatan perabot untuk golongan belia dan usahawan muda secara separuh masa bertempat di bengkel Jabatan Binaan Bangunan IKBN Kinarut.

 

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih peserta kursus dan melahirkan usahawan-usahawan perabot merekabentuk, membuat dan membaik pulih perabot,  Disamping itu mereka juga boleh menjalankan perniagaan sendiri dan berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam industri pembuatan perabot.

 

Menerusi kursus ini juga, peserta-peserta akan dapat menjana idea dalam bentuk dan menghasilkan perabot disamping berkemahiran dalam penggunaan, penyelenggaraan, peranan dan fungsi peralatan-peralatan yang digunakan dalam pembuatan perabot.

 

Kursus selama 2 hari tersebut telah dikendalikan oleh Encik John Pian Lauting yang memberi tunjuk ajar dari segi teori dan praktikal.

 

Disepanjang kursus dijalankan, para peserta-peserta memberikan maklum balas yang positif serta mencadangkan pihak IKBN Kinarut meneruskan dan mengadakan kursus pembuatan perabot dimasa akan datang.

 

 

JALIN KERJASAMA DENGAN KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU DAN JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA NEGERI SABAH

 

 

KINARUT28 JULAI 2017 –Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut mengukir satu lagi sejarah dengan menandatangani dua Nota Persefahaman (NOU) secara serentak dengan Kolej Vokasional (KV) Keningau dan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan SumberManusia (JPSM) Negeri Sabah.

 

Dengan termetrainya  NOU tersebut menandakan wujudnya kerjasama yang erat antara IKBN Kinarut dengan KV Keningau dan ILTP. Encik Suhaidi Mustar, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan mewakili IKBN Kinarut dalam majlis tersebut manakala pihak KV Keningau oleh Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Sabin dan pihak ILTP diwakili oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah, Encik Azmi bin Salim.

 

Antara  skop kerjasama yang akan diwujudkan melalui NOU ini adalah kerjasama dalam latihan dan pembelajaran khususnya bagi bidang Elektrik serta Penyejukbekuan dan Penyaman Udara. Pihak IKBN berharap dengan kerjasama ini akan membantu meningkatkan lagi imej IKBN Kinarut dan kualiti para pengajar, kakitangan serta pelajar IKBN Kinarut.

 

 

PENERAPAN MENGAPLIKASIKAN PERISIAN AUTOCAD DIKALANGAN PEGAWAI IKBN KINARUT

 

 

KINARUT; 26-28 JULAI 2017 – Seramai 17 orang pegawai dan kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut melibatkan diri dalam kursus Autocad yang dianjurkan oleh Jabatan Awam dan kursus tersebut dilaksanakan  di Bengkel Lukisan Senibina.

 

Kursus yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran softskill kepada semua pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut dalam penggunaan perisian Autocad.

 

Menerusi kursus yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan dua jurusan yang ditauliahkan di IKBN Kinarut iaitu Jurusan Binaan Bangunan dan Jurusan Lukisan Senibina, inisiatif untuk mengadakan kursus peningkatan dan kemahiran berkaitan perisian Autocad adalah sangat berguna dikalangan pengajar-pengajar IKBN Kinarut.

 

 

DUA ORANG KAKITANGAN IKBN KINARUT MENJADI JURI PROFESSIONAL

 

 

KEPAYAN ; 25-26 JULAI 2017 – Telekom Malaysia Kepayan mengadakan satu pertandingan Skill Competition Property Operation Sabah bertempat di Pejabat Pentadbiran dan Bengkel Kerja Kepayan Property Operation Sabah.

 

Encik Rashid iaitu merupakan penyelaras program mempertandingkan beberapa pertandingan antaranya administration and office, door set repairing, air conditioning servicing, air circuit breaker servicing dan generator engine servicing yang melibatkan 10 orang peserta daripada Telekom Malaysia Kepayan.

 

Setiap peserta akan dinilai dari segi keselamatan, cara mengendalikan acb dan menbuat penyelenggaraan mengikut kaedah yang betul serta sikap semasa mengendalikan kerja-kerja yang dibuat.

 

Menerusi pertandingan tersebut, dua orang pegawai yang merupakan tenaga pakar daripada IKBN Kinarut iaitu Encik Hafis Harun dan Encik Ahmadi Mahmod dijemput oleh Encik Rashid sebagai juri professional bagi menilai pertandingan tersebut.

 

 

 

KEMERIAHAN RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2017 IKBN KINARUT

 

 

KINARUT; 11 JULAI 2017 – IKBN Kinarut telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2017 bertempat di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut Sabah.

 

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2017 disambut meriah oleh semua komuniti dan warga IKBN Kinarut yang penuh dengan pakaian baju melayu dan baju raya berwarna warni bagi pegawai dan kakitangan wanita, tidak ketinggalan juga pelajar-pelajar pelbagai jurusan turut serta dalam kemeriahan majlis tersebut.

 

Majlis tersebut juga diserikan hidangan pelbagai juadah hari raya yang menyelerakan serta dendangan karaoke lagu-lagu raya oleh pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut.

 

Turut hadir pada Majlis Ramah Tamah Adilfitri 2017 tersebut adalah Tuan Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Lamat Anak Nyalau Timbalan Pengarah JBS Sabah, Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah, Encik Mu’azamir Jili Penolong Pesuruhjaya Sukan Kanan PPSK (Sabah), Puan Fatimah Abdul Rahman Penolong Pengarah serta pegawai dan kakitangan dari JBS Sabah dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Sabah.

Halaman 25 dari 33