Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

PERHIMPUNAN MESRA BULANAN BIL 6/2017 IKBN KINARUT

 

 


KINARUT, 11 JULAI 2017 – IKBN Kinarut telah mengadakan Perhimpunan Mesra Bulanan Bersama Pengarah bagi Bilangan ke 6/2017 yang dihoskan oleh Unit Cawangan Penyelarasan Kawalan Kuantiti (CPKK), Cawangan Pengurusan Aset (CPA) dan Cawangan Hubungan Industri (CHI) di Ruang Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

  

Dalam ucapannya Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut telah memperingati kepada warga IKBN Kinarut supaya mempertingkatkan nilai-nilai integriti, jujur serta amanah dalam perkhidmatan serta tugas yang dilaksanakan seharian.

  

Penganugerahan Pekerja Terbaik bagi bulan Jun 2017 telah diberikan kepada Encik Jauty Sampit daripada Jabatan Awam, Encik Norazmi Ali daripada Jabatan Elektrik dan Encik Zazali Zahari daripada Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Disamping itu, majlis sambutan hari lahir bagi bulan Jun juga telah raihkan dengan upacara pemberian cenderahati kepada pegawai-pegawai yang menyambut hari kelahiran pada bulan Jun 2017.

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Encik Suhaidi Bin Mustar Timbalan Pengarah Latihan dan Puan Fatimah Binti Abdul Rahman Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

76 PELAJAR BARU TAMAT PROGRAM MINGGU PARADIGMA

 

 

KINARUT ; 07 JULAI 2017 – IKBN Kinarut telah mengadakan satu majlis perasmian dan penutup Program Minggu Paradigma pelajar baru bagi sesi Julai 2017 bertempat di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut yang melibatkan seramai 76 orang pelajar baru.

 

Selepas sahaja sesi pendaftaran pada 03 Julai 2017 (Isnin) program minggu paradigma diteruskan dengan aktiviti rutin harian disepanjang minggu paradigma sesi Julai 2017 IKBN Kinarut bermula dengan  pengenalan IKBN Kinarut, UKJK, pengukuhan kumpulan, ceramah dan motivasi, keagamaan, taklimat pengurusan, peraturan disiplin dan kenegaraan bagi membentuk sahsiah para pelajar menjadi insan yang berguna. Jemputan khas taklimat ‘ Bahaya Dadah ‘ daripada Encik Zakri Judin iaitu Ketua Unit Operasi AADK Cawangan Kota Kinabalu juga turut dilaksanakan bagi pengisian dalam program ini

 

Majlis perasmian dan penutupan bertujuan meraih kedatangan dan penyerahan pelajar-pelajar baru sesi Julai 2017 kepada pengkhususan sekolah masing-masing kepada Ketua Sekolah iaitu Encik Mohd Yasser Ayob Ketua Sekolah Elektrik dan Encik Mohammad Sophian Kandar Ketua Sekolah Awam.

 

Perasmian majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Puan Fatimah Abdul Rahman Penolong Pengarah, Encik Mohd Yasser Ayob Ketua Jabatan Elektrik, Encik Mohammad Sophian Kandar Ketua Sekolah Awam, Ketua-Ketua Bahagian dan Kakitangan IKBN Kinarut.  

 

 

 

PENDAFTARAN DAN MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI 2/2017

 

 

 

KINARUT ; 7 JULAI 2017 – Pendaftaran dan Minggu Paradigma pelajar baru bagi sesi 2/2017 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah diadakan di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut yang melibatkan.

 

 

Seramai 125 orang pelajar baru  sesi 2/2017 yang terdiri daripada 5 bidang iaitu Penjaga Jentera Elektrik A1, Pendawaian Elektrik, Binaan Bangunan, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik dan Komersial.

 

Pendaftaran bermula pada 8.30 pagi sehingga 4.30 petang serta turut diadakan taklimat dan sesi dialog Pengarah IKBN Kinarut iaitu Hj Razali Mohammad bersama ibu bapa.

 

 

Sesi minggu paradigma pada kali ini, pendekatan baru diambil bagi menjayakan program ini dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam minggu paradigma sesi 2/2017 antaranya  pengenalan IKBN Kinarut, UKJK, pengukuhan kumpulan, ceramah dan motivasi, keagamaan, taklimat pengurusan, peraturan disiplin dan kenegaraan.

 

 

Ini adalah bertujuan usaha pihak IKBN Kinarut dalam mengembleng tenaga dan mendidik para pelajar kearah kecemerlangan akademik dan berkemahiran serta dapat membentuk sahsiah yang unggul dikalangan para pelajar agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

 

 

IKBN KINARUT SELECTED STUDENTS MAJORING IN ELECTRICAL RECEIVED THE PETRONAS VOCATIONAL INSTITUTION SPONSORSHIP & TRAINING ASISTANCE (VISTA)

 

 


KINARUT, 14 JUNE 2017 – A total of 19 selected students majoring in electrical including PW2 and A1 received the Petronas Vocational Institution Sponsorship & Training Asistance (VISTA) Program.

 

VISTA Trainees Sponsorship has started as early as 2015 with the sponsorship involves 12 students majoring in electrical. Petronas has continued sponsorship for second series involving a total of 19 students from the institute.

 

VISTA Trainees Sponsorship focusing only for VISTA institutions in Sabah and Sarawak, the main target of this initiative is to provide financial assistance to the selected trainees under VISTA Program that comes from underprivileged families.

 

Under the initiative, the selected trainees will receive preparatory allowance (preparation to join program including mobilization), monthly allowance and course completion allowance (de-mobilization).

 

Lastly, IKBN Kinarut congratulates all the students involved on the sponsorship.

 

 

MAJLIS BERBUKA PUASA TAJAAN STAF PETRONAS CARIGALI

 

 

KINARUT ; Sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada pengajar-pengajar IKBN Kinarut, staf Petronas Carigali Sdn Bhd (Sabah) yang menjadi calon peperiksaan Suruhanjaya Tenaga (ST) sesi 1/2017 seramai 15 orang telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua pengajar Jabatan Elektrik bertempat di perkarangan Surau Al-Hidayah IKBN Kinarut. Turut hadir ialah Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah dan beberapa  orang pegawai eksekutif Petronas Carigali Sdn Bhd.

 

 

 

‘BUBUR LAMBUK’ MENRAPATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM

 

 

 

KINARUT ; Ada yang menyumbang buah kelapa, ada yang membawa mesin kisar kelapa dan daging, ada yang menyumbang wang ringgit dan ada yang datang membawa resepi bubur lambuk dan tidak kurang jugak kakitangan yang menyumbang tenaga untuk memerah santan, menyediakan rempah ratus dan tolong mengacau bubur lambuk.

 

Itulah semangat tolong menolong yang diterjemahkan malalui “ Projek Bubur Lambuk IKBN Kinarut “ bermula dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan sehingga menjadi kenyataan Program ini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan kakitangan IKBN Kinarut yang mempunyai tiga jabatan utama.

Khamis, 08 June 2017 16:49

MAJLIS KHATAM AL QURAN IKBN KINARUT

 

 

MAJLIS KHATAM AL QURAN IKBN KINARUT

 

 

KINARUT ; Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut pagi tadi telah berjaya menganjurkan majlis khatam Al-Quran beramai-ramai untuk pelajar dan kakitangan IKBN Kinarut bertempat di Surau Al Hidayah IKBN Kinarut.

 

Majlis khatam Al-Quran telah diketuai oleh Ustad Nasir bin Othman iaitu Pengerusi Madrasah Huffaz Darus Hadis Sabah dan dibantu oleh Ustad Sabran Sabirullah.

 

Diakhir program telah diadakan ceramah khas penghayatan Al-Quran dan  keberkatan malam lailatul qadar yang telah di sampaikan oleh Ustad Nasir bin Othman.

 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah dan Puan Fatimah Abdul Rahman Penolong Pengarah serta semua kakitangan muslim IKBN Kinarut.

 

 

STAF IKBN KINARUT AMBIL BAHAGIAN LARIAN OBOR SUKAN SEA KE-29

 

 

 

KOTA KINABALU ; Dua orang kakitangan IKBN Kinarut telah terlibat dalam larian Obor Sukan Sea Ke-29 dan para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur bertempat di Dataran Segama Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

 

Dua orang kakitangan tersebut ialah Encik Januin Johnny dan Encik Agoh Salleh Sinua. Encik Januin merupakan seorang pelari maraton jarak jauh yang banyak mewakili IKBN Kinarut dalam pertandingan maraton di Negeri Sabah.

 

Larian Obor Sukan Sea Ke-29 dan para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 telah bermula di Sabah pada 5 Jun 2017 di 10 Daerah terpilih di Negeri Sabah dan berakhir pada 8 Jun 2017 bertempat di Pekan Meropok, Sindumin.

 

 

304 PELAJAR MULA DUDUK PEPERIKSAAN AKHIR SESI 1/2017

 

 

 

KINARUT; Seramai 304 orang pelajar IKBN Kinarut telah mula menduduki peperiksaan akhir IKBN sesi 1/2017 di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut disini hari ini.

 

Dari jumlah tersebut seramai 38 orang pelajar 'part time' juga turut terlibat dalam peperiksaan akhir kertas 1 Pendawaian Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik.

 

Peperiksaan akhir yang bermula pada 5 Jun 2017 akan berakhir pada 16 Jun 2017 iaitu selama 2 minggu.

 

 

PELAJAR BINAAN BANGUNAN IKBN KINARUT LAWAT TAPAK IBS

 

 

KINARUT ;  Seramai 24 orang pelajar semester akhir dan empat orang pengajar Jabatan Binaan Bangunan IKBN Kinarut telah berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana teknologi Industrialised Builing System (IBS) projek perumahan puncak Gloxinia di Kinarut, Papar, Sabah.

 

Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System (IBS) merupakan teknik pembinaan yang mana komponennya dibuat dalam persekitaran yang terkawal ditapak projek. Ia kemudian diletakkan dan dipasang ditapak pembinaan.

 

Kelebihan system IBS ialah boleh mengurangkan tenaga pekerja di tapak pembinaan meminimumkan pembinaan, mesra alam, meningkatkan produktiviti dan kualiti, memendekkan masa pembinaan, mengurangkan kos dan menjamin keselamatan ditapak pembinaan.

 

Murut Encik Amie, penyelia tapak projek perumahan puncak Gloxinia pihak mereka boleh menyiapkan 2 tingkat blok rumah dalam satu minggu. Buat masa ini seramai 60 orang pekerja berbagai kemahiran sedang menyiapkan 6 blok projek perumahan puncak Gloxinia setinggi 18 tingkat.

 

Semasa lawatan tersebut para pelajar dan pengajar sempat melawat tapak membuat mole dan melihat sendiri bagaimana dinding-dinding bangunan dicantumkan ditingkat 14 blok A.

Halaman 26 dari 33