Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 12 April 2017 09:09

SISTEM SOLAR HYBRID PULAU BANGGI

 

 

LAWATAN KE SISTEM SOLAR HYBRID PULAU BANGGI SATU PENGALAMAN MENARIK

 

 

 

KUDAT; Lawatan team Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut baru-baru ini telah berjaya mengadakan lawatan ke stesen solar hybrid Pulau Banggi Kudat, Sabah dianggap satu pengalaman menarik.

 

Stesen solar hybrid Pulau Banggi merupakan stesen solar hybrid yang terbesar di Negeri Sabah dibawah kendalian Sabah Electrik Sdn. Bhd (SESB). Ia boleh menghasilkan kuasa elektrik sebanyak 1.2 megavolt yang boleh menampung 19 buah kampung di Pulau Banggi.

 

Lawatan selama 2 jam tersebut turut disertai oleh jurutera SESB iaitu Encik Yusdi bin Yusof yang bertanggungjawab tentang stesen solar hybrid di Pulau Banggi, Kudat dan Encik Papardi bin Jobinar Penyelia SESB sistem solar hybrid Pulau Banggi.

 

Kompleks yang bernilai 80 juta itu dikendalikan oleh seramai 15 orang kakitangan SESB yang menetap dikawasan kompleks sistem solar hybrid di Pulau Banggi.

 

Menurut Encik Papardi lagi, bekalan kuasa yang dihasilkan oleh sistem solar hybrid akan berkurangan jika cuaca tidak beberapa elok dan ia akan bertukar kepada kuasa elektrik yang dihasilkan melalui bateri.

 

Lawatan ini dianggap berjaya memberi kefahaman dengan jelas bagaimana proses penghasilan elektrik melalui sistem solar hybrid kepada rombongan IKBN Kinarut yang dianggap Institut Latihan Awam yang pertama menjejak kaki ke stesen solar hybrid Pulau Banggi.

 

 

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN, HAFAZAN, KOMPANG DAN NASYID PERINGKAT IKBN KINARUT 2017



 

SELASA;  04 APRIL 2017 -  Unit Bina Insan Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan, Kompang dan Nasyid Peringkat Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut. Penyertaan pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari  pelatih IKBN Kinarut. Penyertaan disertai oleh Jurusan PJE Semseter-1,2 dan 6, Pw2 Semseter -2 dan 4, JBB Semseter -2 dan Semseter akhir, PPS Semseter -2 dan Semseter akhir, PPUD/K Semseter -2 dan Semseter akhir.

 

Pertandingan  ini bermatlamatkan memberi kesedaran, kefahaman, penghayatan serta mempertingkatkan  di kalangan pelatih IKBN Kinarut di dalam membaca Al-Quran, hafazan, kompang dan nasyid. Mendedahkan Al-Quran sebagai teras pembangunan bina insan berkualiti dengan memahami serta mengamalkan ajarannya. Pertandingan ini juga menjadi medan pertemuan antara para pelatih IKBN Kinarut untuk saling mengenali dan merapatkan ukhuwah.

 

Pertandingan ini dilaksanakan dalam 2 sesi dan 2 tempat pertandingan, Sesi petang 2.00 petang hingga 4.30 petang. Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan di laksanakan di dalam surau Al-hidayah IKBN Kinarut dan Pertandingan Kompang di dalam dewan Limau-limauan. Manakala sesi kedua 8.00 malam hingga 10.00 malam diteruskan dengan pertandingan nasyid dan acara penutupan di laksanakan di dalam Dewan Limau- Limauan IKBN Kinarut.

 

Turut hadir dan seterusnya merasmikan majlis penutupan MTQ Pengarah IKBN Kinarut, Tuan Hj. Razali Bin Mohamad. Diiringi oleh Timb. Pengarah En. Suhaidi Bin Mustar dan Pen.Pengarah HEP Puan. Fatimah Binti Abdul Rahman. 

Selasa, 04 April 2017 09:39

KURSUS KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

 

 

KURSUS KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

 

 

KOTA KINABALU;  3 APRIL 2017- Seramai 28 orang peserta terdiri daripada pengajar dan peserta separuh masa BO,AO dan A4 bidang Penjaga Jentera Elektrik telah mengikuti kursus 'Keselamatan Dan Pertolongan Cemas' yang dianjurkan oleh Jabatan Elektrik IKBN Kinarut.

 

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman dan mempersiapkan diri peserta kursus dengan ilmu berkaitan keselamatan dan bagaimana untuk memberikan pertolongan cemas semasa menjalankan kerja-kerja dalam bidang berkaitan disamping pendedahan keselamatan semasa di tapak industri .

 

Kursus ini diadakan selama 2 hari bermula pada 1 hingga 2 April 2017 dari jam 8 hingga 5 petang yang diketuai oleh en Amad Bin Husin,Pen Pegawai Kesihatan Hospital Likas Sabah bersama En Kamaruddin dan En Jerome Carohap dari Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Putatan.

 

Setiap peserta telah melalui ujian penilaian dan sijil pengiktirafan telah dikeluarkan oleh pihak PBSM .

 

Turut hadir dalam kursus ini adalah Ketua Jabatan Elektrik En Mohd Yasser Bin Ayob.

 

 

KURSUS INDUKSI PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

 

 

KINARUT; 05-06 APRIL - Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut terlibat dalam kursus pensijilan kemahiran malaysia melalui pengiktirafan pencapaian terdahulu (PPT) yang dilaksanakan oleh Unit Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti (CPKK) bertempat di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut.

 

Taklimat kursus induksi PP-PPT/PB-PPT disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sabah dan Labuan iaitu Puan Nadiah Tulakmar Binti Kamarudin.

 

Perlaksanaan kursus diadakan bertujuan menjadikan IKBN Kinarut sebagai satu Pusat Bertauliah (PB-PPT) dan menerangkan bagaimana panduan perlaksanaan pensijilan kemahiran malaysia menerusi PPT melalui kaedah mengiktiraf kemahiran seseorang individu dengan menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui keterampilan calon PPT berdasarkan pengalaman kerja, pengalaman hidup, non-formal atau informal dengan bukti-bukti yang kukuh dan sahih.

 

Pengiktirafan keterampilan calon PPT dinilai menerusi pembangunan portfolio atau penilaian amali berlandaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang telah ditetapkan oleh JPK bagi mengiktirafkan calon layak untuk dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia.

 

Turut hadir dalam kursus induksi tersebut iaitu Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah Latihan serta Encik Riedzlan Sutrisno Ketua Unit CPKK IKBN Kinarut.

Selasa, 04 April 2017 10:16

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH IKBN KINARUT

 

 

 

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH IKBN KINARUT

 

 

KINARUT, 01 APRIL 2017 - Seramai 147 orang peserta yang terdiri daripada pelatih-pelatih dan pegawai IKBN Kinarut telah melibatkan diri dalam satu Program Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar yang diadakan di Surau Al-Hidayah IKBN Kinarut.

 

Kaedah perlaksanaan teori fan amali Program Pengurusan Jenazah dikelolakan oleh penceramah jemputan daripada Ibu Pejabat Daerah Karamunsing iaitu Ustad Sirajuddin Jairy dan turut dibantu oleh Ustad Sabran Sabirullah dari IKBN Kinarut.

 

Program ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan konsep sebenar pengurusan jenazah dalam Islam dikalangan pelatih-pelatih dan pegawai muslim di IKBN Kinarut serta memupuk nilai-nilai kemanusiaan dan dapat berbakti kepada masyarakat melalui ilmu yang dipelajari.

 

Menerusi program pengurusan jenazah ini, tidak dinafikan bahawa sebahagian besar pelatih tidak mengetahui tentang cara-cara pengurusan jenazah. Sehubungan dengan itu, program ini dapat melahirkan pelatih-pelatih yang berpengetahuan dan berilmu dalam pengurusan jenazah mengikut tertibnya.

 

Turut hadir pada Majlis Penutupan Program Pengurusan Jenazah adalah Encik Yasser Ayob Ketua Jabatan Elektrik serta beberapa orang pegawai-pegawai IKBN kinarut.

 

 

 

KURSUS JANGKA PENDEK BAGI PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU DI IKBN KINARUT

 

 

KINARUT, 29 MAC 2017 - 'Terbaik' Begitulah kata-kata pelajar dari Kolej Vokasional (KV) Keningau sewaktu penutupan kursus 'Penyelenggaraan Pepasangan Elektrik' yang diadakan di IKBN Kinarut selama 2 hari bermula pada 28 Mac 2017 hingga 29 Mac 2017.

 

Seramai 27 orang pelajar termasuk 3 orang guru telah mengikuti kursus tersebut sebagai pelengkap pembelajaran pelajar bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Elektrik. Pelajar dan guru telah dibimbing dan dilatih mengenai cara-cara penyelenggaraan dan pengujian pepasangan elektrik dilakukan oleh pengajar Jabatan Elektrik iaitu Encik Erjiny Nurasek, Encik Ahmadi Mahmud dan Encik Mohd Hafis Harun.

 

Diakhir kursus tersebut, Ketua Jabatan Elektrik KV Keningau, Puan Haini Binti Kotin telah menyatakan hasrat untuk menghantar pelajar lain pada sesi akan datang untuk mengikuti kursus yang sama.

 

Turut hadir pada majlis penutupan kursus tersebut adalah Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah dan Encik Mohd Yasser Ayob Ketua Jabatan Elektrik IKBN Kinarut.

 

 

 

PROGRAM HARI KELUARGA KOPERASI IKBN KINARUT

“MEMERDEKA JIWA,MENDAMAI RASA”

 

 

KINARUT , 25 Mac 2017 Koperasi IKBN Kinarut Berhad  telah mengadakan Program Hari Keluarga Koperasi “Memerdeka Jiwa Mendamai Rasa” bersama dengan ahli koperasi IKBN Kinarut  serta penghuni kuarters IKBN Kinarut  yang telah diadakan pada 18 Mac 2017  bertempat di Taman Rekreasi Sinilau Kimbangan Water Park Penampang.

 

Objektif program yang di adakan bagi tahun ke dua Hari Keluarga Koperasi  ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim  serta ukuwah semua ahli koperasi dan kaum keluarga. Selain itu, aktiviti sukaneka antara yang mendapat sambutan anak-anak ahli koperasi  serta kaum keluarga juga dapat memupuk sikap  merapatkan hubungan semua dan mewujudkan kemesraan serta  keakraban sesama ahli koperasi dan kakitangan Institut.

 

Aktiviti ini juga dapat mewujudkan perpaduan dari pelbagai latar belakang ahli. Perpaduan kekeluargaan  amat penting di kalangan ahli koperasi IKBN Kinarut Berhad  yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur ,bangsa dan  agama.

 

Kesimpulannya, kegembiraan jelas terpancar diwajah  ahli keluarga koperasi dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan disamping dapat meluangkan masa bersama-sama  keluarga dengan menikmati pelbagai juadah serta merasai kedamaian suasana tempat rekreasi.

 

Turut diraikan dalam majlis ini adalah Pengarah IKBN Kinarut, En Haji Razali Bin Muhamad serta pengerusi Koperasi En Suhaidi Bin Mustar serta Penolong Pengarah HEP Pn Fatimah Bt Abdul Rahman.

 

 

 

IKBN KINARUT MENJADI RAKAN STRATEGIK PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA TAHUN 2017

 

 

KINARUT, 23 MAC 2017 – IKBN Kinarut menjadi Rakan Strategik dalam Program Jelajah Pendidikan Bumiputera Tahun 2017 (JBP 2017) yang telah berlangsung di Negeri Sabah dari 17 hingga 22 Mac 2017.

 

JBP 2017 merupakan kesinambungan kejayaan JBP 2016 yang telah memberi impak positif dalam membuka peluang dan ruang kepada 189,827 calon bumiputera yang telah berjaya dikesan dan 80,631 daripada jumlah itu adalah calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Dari jumlah itu, sebanyak 37,324 surat tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar untuk ditempatkan di 11 institusi pengajian tinggi dan kolej vokasional. Mereka telah memulakan pengajian pada Julai dan Disember 2016.

 

Program aspirasi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ini diterajui oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk JBP, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, yang juga bekas Naib Canselor UiTM, mensasarkan tiga matlamat iaitu mencari, mengenal pasti dan membantu.

 

Selain itu, ia turut mengenal dengan lebih dekat dan terperinci kumpulan sasar seperti pekerjaan, jumlah pendapatan dan tanggungan mereka.

 

JBP juga membantu kumpulan sasar dalam memenuhi impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi melalui JBP 2017 - dengan pembabitan lebih 30 institusi pengajian tinggi dan kemahiran seluruh Negara termasuklah IKBN Kinarut.

 

IKBN kinarut telah menyertai siri JBP 2017 di beberapa lokasi seluruh Sabah termasuk SMK Tandek Kota Marudu, Perkarangan Majlis Daerah Kota Belud, Kolej Vokasional Keningau, Dewan PPR Batu Sapi Sandakan dan Dewan Perdana Silam, Lahad Datu.


Antara tetamu kehormat yang merasmikan program tersebut adalah YB Datuk Wetrom @ Mohd Fikri Bahanda, Datuk Bapor @ Baharul Sawi, YB Datuk Haji Sairin Bin Haji Karno, YB Datuk Samsudin Bin Yahya dan Mohd Basri Abdul Ghafar mewakili YB DATO’ Haji Muhammad Yusof Bin Haji Apdal.

 

Dengan 'tagline'#inilahpeluangku, JPB 2017 mensasarkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung ke semua 54 lokasi yang telah ditetapkan melibatkan 5 lokasi di Sabah, dengan matlamat mendapat 100, 000 prospek kerana kira-kira 50,000 surat tawaran menunggu mereka yang layak dan IKBN Kinarut secara khususnya mensasarkan 500 pengunjung sepanjang program siri JBP 2017 berlangsung di negeri di bawah bayu ini.

 

Booth Informasi IKBN Kinarut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kalangan belia tempatan dimana menyaksikan lebih kurang 700 orang mengunjungi Booth IKBN Kinarut sepanjang siri program jelajah tersebut berlangsung. Dari jumlah tersebut IKBN Kinarut telah menerima lebih kurang 300 borang permohanan kemasukan ke IKBN kinarut bagi sesi pengambilan Julai 2017.

 

Turut terlibat dalam Program JPB 2017 adalah En. Mohd Khairulshahril bin Isa, Pegawai dari Unit Latihan Kemahiran Latihan Industri, BPKB, Puan Aning Mahat serta Cik Marthavilla Michael pegawai dari Cawangan Hal Ehwal Pelajar, IKBN Kinarut.

 

 

TAHAP KEBERSIHAN DEWAN IKBN KNARUT 89.6 %

 

 

KINARUT ; Tahap kebersihan dewan makan IKBN Kinarut telah mencapai 89.6 peratus oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Papar.

 

Satu perbincangan mengenai perkara ini telah diadakan bertempat di IKBN Kinarut oleh 5 orang pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Papar yang turut dihadiri oleh Tuan HJ Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut.

 

Antara teguran pihak Pejabat Kesihatan keatas IKBN Kinarut yang belum mencapai standard pihak pejabat kesihatan ialah tiada sabun cuci, tiada tuala dan tisu, tiada jadual pembersihan dan kesan-kesan minyak yang tidak dibersihkan.

 

Pada keseluruhannya pihak Pejabat Kesihatan Daerah Papar berpuas hati dengan pencapaian pihak IKBN Kinarut.

 

 

IKBN KINARUT KE ARAH PEMBELAJARAN SECARA VIRTUAL

 

 

KINARUT14 MAC 2017 - Satu sesi latihan sistem pembelajaran Virtual Learning telah diadakan selama dua hari berturut-turut bermula pada hari ini. Latihan ini khusus kepada pengajar daripada jurusan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) yang bakal menggunakan sistem ini dalam pembelajaran pada sesi hadapan.

 

Sesi latihan yang dianjurkan oleh pihak pembekal sistem Virtual Learning ini telah dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Sistem Virtual Learning ini pasti akan membantu sesi pembelajaran jurusan PPU kerana ia mengandungi segala bahan pembelajaran yang perlu dalam bentuk virtual sekaligus nota cetakan tidak lagi diperlukan.

 

Sesi latihan yang disampaikan oleh Encik Suhaib dan Encik Andy ini amat berkesan dan bermanfaat kepada semua peserta. Peserta yang hadir begitu seronok dan teruja dengan sistem pembelajaran Virtual Learning yang merupakan teknologi baru dalam kaedah pembelajaran.

Halaman 28 dari 33