Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 15 March 2017 15:18

PDRM DAN IKBN BERPISAH TIADA

 

 

POLIS DAN IKBN BERPISAH TIADA

 

 

KOTA KINABALU, 14 MAC 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut Sabah telah dikunjungi oleh pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Papar bagi memenuhi satu jemputan Ceramah Cegah Jenayah yang bertajuk  “Jenayah dikalangan Belia”.

 

Program ceramah yang dianjurkan oleh Cawangan Hal Ehwal pelajar dibawah unit Kawad dan Disiplin  ini disampaikan oleh Tuan Inspektor  Jaggar Jeffery yang menyatakan bahawa, tujuan utama  ceramah ini di adakan adalah untuk memupuk budaya bencikan jenayah dalam Negara dan kasihkan keamanan dalam masyarakat serta mengetahui bagaimana jenayah itu boleh di atasi dengan cara yang betul tanpa melanggar undang-undang negara.

 

Dalam ceramah tersebut juga, Tuan Inspektor Jaggar Jeffery mengingatkan dan  menggalakkan masyarakat belia membuat laporan polis menerusi atas talian dan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu pihak polis membanteras sebarang jenayah yang berlaku.

 

Turut hadir sama dalam ceramah pada petang itu ialah Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar , Puan Fatimah Bt Abdul Rahman , Sarjan Elvy Madias, Kpl Mary Betty Jeffery serta pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut.

Rabu, 15 March 2017 14:39

A NOBLE BRIDGE TO SUCCESS

 

 

A NOBLE BRIDGE TO SUCCESS

 

 

KINARUT; 14 MARCH 2017 - English Language literacy learning among students from Malaysia Youth and Sport Ministry Skill Training Institute has been part of its dire need to globally that is to be engineered by program known as 20:50 Program.

 

Upon the noble effort in materializing the 20:50 Program, a vast usage of English Language has been made a priority especially in learning and training of students in Youth and Sport Skill Training Institute andpertaining to that, IKBN Kinarut English Club Committee members focussing on a Proposal Letter Writing Workshop conducted by Mr Nyugem@Nadzmi.

 

Being an enthusiastic personnel in ensuring the program to triumph in the near future and finally accomplished the 20:50 Program, IKBN Kinarut Assistance Director Mdm. Fatimah Abdul Rahman has given a full undivided support upon the workshop and looking forward to see many more similar activities to be organized in order to allow students to have a high level of interest in English Language learning and finally able to inculcate a moderate culture of English Language speaking practice in their daily conversations.

 

The workshop involved 20 students from IKBN Kinarut English Language Club committee members whom had also shown a positive respond towards the workshop by participating actively and distinctively commited to learn and speak english throught out the session after being given a short motivation about the importance of English Language in today's world.

 

 

 

 

KOTA KINABALU; 11 Mac 2017 - Pegawai IKBN Kinarut Januin Johny baru-baru ini telah berjaya meraih nama IKBN Kinarut apabila telah berjaya mendapat tempat ke 3 acara larian terbuka lelaki dalam Larian Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang telah diadakan di Pusat Dagangan Kota Kinabalu, Sabah.

 

Larian ini adalah anjuran bersama MAKSAK Negeri Sabah dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Sebelum larian bermula aktiviti senamrobik untuk memanaskan badan telah berlangsung walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.

 

Pelepasan larian dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Bin Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Acara tersebut juga dimeriahkan dengan cabutan tiket bertuah yang menawarkan banyak hadiah-hadiah menarik.

 

 

PERHIMPUNAN MESRA BULANAN BIL 3/2017 IKBN KINARUT

 

 


KINARUT, 13 MAC 2017 – IKBN Kinarut sekali lagi mengadakan Perhimpunan Mesra Bulanan Bersama Pengarah bagi Bilangan ke 3/2017 yang dihoskan oleh Jabatan Elektrik bertempat di Bilik Transformasi, IKBN Kinarut.

  

Dalam Perhimpunan tersebut Pengarah telah memberi amanat kepada warga IKBN Kinarut supaya mempertingkatkan nilai-nilai integriti, jujur serta amanah dalam perkhidmatan serta tugas yang dilaksanakan.

 

 

Beliau juga mengalakkan warga IKBN Kinarut sentiasa melibatkan diri dalam usaha untuk memartabatkan imej IKBN Kinarut dari segala aspek. Selain itu juga pengarah menyeru  kepada semua staff sama-sama membantu serta menyokong kerja-kerja membaikpulih kerosakan di IKBN Kinarut bagi tujuan meminimumkan kos kewangan institut.

 

Dalam majlis berkaitan, penganugerahan Pekerja Terbaik bagi bulan Febuari telah diberikan kepada Encik Mohd Asraf Bin Azamain dari Jabatan Elektrik, Puan Fatimah Binti Abdul Rahman Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Puan Majorie Anak Lalam Penyelia Asrama yang disampaikan oleh Tuan Haji Razali Bin Mohamad, Pengarah IKBN Kinarut.

 

Dalam pada itu juga, majlis sambutan hari lahir bagi bulan Mac juga telah disambut dengan meriah sekali dengan upacara memotong kek bagi pegawai-pegawai yang menyambut hari kelahiran pada bulan Mac 2017 dikuti dengan penyampaian beberapa cenderahati daripada Jabatan Elektrik.

 

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Encik Suhaidi Bin Mustar Timbalan Pengarah Latihan dan Puan Fatimah Binti Abdul Rahman Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar serta Encik Mohd Yasser Bin Ayob Ketua Jabatan Elektrik.

 

 

IKBN KINARUT TURUT SERTA KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI

 

KOTA KINABALU, SABAH - IKBN Kinarut telah mengikuti Karnival Pendidikan Tinggi Negara kali ke 13 tahun 2017 yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Karnival ini juga telah melibatkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai urusetia dalam membantu melaksanakan karnival ini yang diadakan di 1 Borneo Hypermall Kota Kinabalu, Sabah.

 

Karnival dan pameran ini lebih berkonsepkan kepada penyampaian informasi dan penerangan serta memberi penjelasan lengkap berkaitan pengambilan kemasukan serta info bidang-bidang kursus yang ditawarkan di pusat pengajian.

 

Turut hadir dalam karnival itu, Encik Mohd Hafiz Bin Abd Hamid dan Encik Huzaimee Bin Hussin daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia Dan Sukan (BPKB) serta pegawai daripada IKBN Kinarut iaitu Encik Hardiansah Bin Biran dan Encik Taufik Bin Sumari.

 

 

BERITA LAWATAN INDUSTRI IKBN KINARUT KE TAPAK PROJEK SAMUR, PETRONAS

 

SIPITANG,  Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut memulakan sesi lawatan pelajar ke industri-industri yang berkaitan pada tahun 2017 ini dengan lawatan ke PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd.

 

Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Encik Suhaidi Bin Mustar diiringi oleh beberapa lagi pegawai dan pengajar IKBN yang lain bersama-sama dengan 30 orang pelajar dari jurusan Penjaga Jentera Elektrik.

 

 

NAZIRAN SISTEM PERANCANGAN DAN KAWALAN BELANJAWAN IKBN KINARUT

 

KINARUT, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah baru-baru ini telah mengadakan program naziran keatas IKBN Kinarut yang diketuai oleh Encik Mohd Hilal Hamka Rablin dari JAN Sabah.

 

Program naziran yang memakan masa selama dua hari ini adalah bertujuan untuk memberi khidmat nasihat serta memastikan pematuhan perolehan pengguna PTJ eSPKB dan peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa.

 

Antara semakan dokumen yang telah dibuat ialah laporan terperinci perbelanjaan, laporan penyesuaian vot, laporan daftar bil, buku pemeriksaan mengejut, buku wang runcit, buku daftar penyelenggaraan cek, pesanan tempatan dan waran perjalanan udara, lejar kontrak dan penyata penyesuaian amanah.

 

Sesi soal jawab telah diadakan pada hari terakhir naziran yang turut dihadiri bersama HJ Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut dan pegawai kewangan IKBN Kinarut.

 

 

BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL DAN PEMANTAPAN KEMAHIRAN PENGAJAR

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI B0 11Kv

 

 

KINARUT, 27 Febuari 2017 – Bermula pada 20 Febuari hingga 24 Febuari 2017 yang lepas, satu bengkel pembangunan modul dan pemantapan kemahiran pengajar PJE kategori B0 11Kv telah diadakan di IKBN Kinarut.

 

Seramai 5 orang pengajar berkompeten B0 11kV telah menyertai bengkel tersebut di ketuai Encik Noriezam Omar dari IKTBN Dusun Tua dibantu oleh Encik Mahdir Mahmood dari IKTBN Alor Gajah, Encik Noorhisyam Ismail dari IKTBN Sepang, Encik Muhrif Maharoff dari IKTBN Dusun Tua dan Encik Abdul Halim Marjan dari IKBN Kinarut.

 

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menambahbaik bahan pengajaran kursus PJE B0 11kV di samping mendedahkan para pengajar dengan peralatan pepasangan 11kV. Para pengajar juga telah menguji peralatan tersebut dengan set soalan amali yang telah dibangunkan.

 

Dengan terlaksananya bengkel tersebut, IKBN Kinarut kini lebih bersedia untuk menjalankan kursus kendalian pencawang elektrik 11 kV dan PJE kategori B0 11kV secara separuh masa kepada pekerja industri di dalam bidang elektrik.

 

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Pengarah IKBN Kinarut Encik Razali Mohamad dan Timbalan Pengarah Encik Suhaidi Mustar serta para pengajar Jabatan Elektrik IKBN Kinarut kerana merealisasikan bengkel tersebut dengan jayanya.

 

TEAM IKBN KINARUT BAGI INPUT DIALOG TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)

 

SABAH,  Seramai 150 Orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut telah terlibat dalam siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama YB Brig Jen Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan pada hari ini bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 Universiti Malaysia sabah (UMS).

 

Terdahulu daripada itu majlis pra dialog TN50 telah diadakan di Hotel TH pada sebelah malam yang melibatkan seramai 10 orang Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut yang berumur dibawah 40 tahun.

 

Negeri Sabah merupakan negeri pertama yang menjadi lokasi Jelajah Transformasi Nasional TN50 untuk kerajaan mendapatkan idea dan cadangan mengenai inspirasi belia terhadap hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun akan datang.

 

 

IKBN KINARUT MULA MENEROKA BIDANG SOLAR HYBRID

 

 

PENAMPANG,  Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut akan mula meneroka bidang tenaga solar hybrid sebagai alternative kepada bidang elektrik yang sudah ada sekarang kata Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut.

 

Kearah tersebut Team IKBN Kinarut hari ini telah mengadakan perbincangan dengan Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd sebagai salah sebuah syarikat peneraju bidang tenaga solar hybrid di Negeri Sabah ini.

 

Menurut IR Rohan Ahmad Pengarah Projek Eramaz (M) Sdn Bhd kebanyakan projek-projek solar hybrid Syarikat Eramaz adalah dikawasan-kawasan luar Bandar yang tidak ada bekalan elektrik terutama di utara Sabah seperti di Lahad Datu, Tawau dan Kudat.

 

Menurut IR Rohan Ahmad lagi, mereka menghadapi masalah tenaga pakar kerana ramai pekerja baru dalam bidang solar hybrid sukar untuk diperolehi di Sabah kerana tiada Institut yang menganjurkan kursus ini.

 

Beliau bagaimanapun berharap pihak IKBN dapat membantu dalam melahirkan pekerja yang mahir dalam bidang teknologi solar hybrid.

Halaman 29 dari 33