Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

PELAJAR IKBN KINARUT KONGSI KESENGSARAAN RAKYAT PALESTIN

 

KINARUT, 02 FEBUARI 2017 – Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung oleh rakyat Palestin turut dikongsikan oleh pelajar-pelajar IKBN Kinarut melalui penceritaan dan tayangan video oleh Ustad Hasbi Hj Muhd Ali dari Aman Palestin Berhad, Tawau di Dewan Limau-Limaun IKBN semalam.

 

Suasana sedih turut dirasa oleh pelajar-pelajar IKBN apabila pihak Aman Palestin menayangkan beberapa video detik-detik penyeksaan dan keganasan keatas Palestin oleh rajim yahudi (zionis).

 

Gaya penceritaan yang menarik oleh Ustad Hasbi yang telah menjadi Duta Aman Palestin sejak 2014 berjaya memukau perhatian pelajar-pelajar IKBN.

 

Ustad Hasbi anak kelahiran Tawau telah mula menyertai Aman Palestin pada tahun 2013 dan merupakan pakar sejarah masjid Al-Aqsa dan pernah menyertai Program Training Of Trainers bersama delegasi dari Tebing Barat. Beliau juga kerap dijemput oleh jabatan-jabatan kerajaan, masjid, NGO dan pihak sekolah mengenai isu Palestin.

 

Menurut Ustad Hasbi lagi ramai orang islam tidak berapa tahu tentang bumi Syam yang terdiri Negara Palestin, Syria, Lubnan dan Jordan.

 

Katanya lagi kelebihan bumi Syam seperti kata Nabi ialah bumi para nabi dan rasul serta para sahabat-sahabat nabi yang menjadi rebutan kuasa-kuasa besar dunia diakhir zaman.

 

Diakhir perkongsian Ustad Hasbi menyeru pelajar-pelajar IKBN Kinarut untuk menjadi muslim yang terbaik dan pelajar yang terbaik dengan tidak meninggalkan solat lima waktu.

 

 

 

MESYUARAT AJK PENAJA PERSATUAN ALUMNI IKBN KINARUT SESI 2017/2018

 


KINARUT, 27 JANUARI 2017 – IKBN Kinarut telah menjejak bekas-bekas pelajar IKBN Kinarut dengan mengadakan Mesyuarat Penaja kali pertama bagi Sesi 2017/2018.

 

Mesyuarat tersebut diadakan adalah bertujuan untuk menubuhkan semula Persatuan Alumni Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut yang baru selepas pembubaran persatuan yang lama serta menggerak dan mengaktifkan semula alumni IKBN Kinarut.

 

Mesyuarat yang dihadiri seramai 12 orang bekas pelajar IKBN Kinarut terdiri daripada pelbagai jurusan antaranya Jurusan Pendawaian Elektrik, Jurubina Bangunan, Pelukis Pelan Seni Bina dan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

 

Dalam pada itu juga sebanyak lapan Jawatankuasa Tertinggi telah dicadangkan untuk menerajui persatuan yang bakal didaftarkan kelak antaranya Presiden, saudara Azri Aziz, Pengurus Mama Group, saudara Fredie Murcellinus sebagai Timbalan Presiden, Setiausaha, saudari Siti Fazriana Noor Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha, saudari Nurazirah Roslan dan saudara Asran Asli sebagai Bendahari. Manakala jawatankuasa lain seperti Promosi, Kebajikan serta Teknikal/Siaraya/Hiburan.

 

Mesyuarat tersebut juga turut menetapkan satu kunjungan hormat kepada Pengarah IKBN Kinarut akan diadakan pada 2 Februari ini dipejabatnya selain mengadakan Majlis Makan Malam Alumni IKBN Kinarut.

Harapan AJK Penaja tersebut memastikan Alumni IKBN Kinarut dapat bergerak aktif serta mempunyai dana bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang serta dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak – ahli-ahlinya dan juga IKBN Kianrut itu sendiri.

 

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Pegawai Cawangan Hal Ehwal Pelajar, Puan Nor Hashikin Abdul Razak, En. Osmaiza Osman serta Puan Aning Mahat.

Selasa, 24 January 2017 15:10

KURSUS KINESIOLOGY TAPE SABAH SIRI 1/2017

 

 

KURSUS KINESIOLOGY TAPE SABAH SIRI 1/2017

 

KINARUT, 24 Januari 2017 – Sport Power Of Life (SPOL Malaysia) dengan kerjasama IKBN Kinarut menganjurkan Kursus Kinesiology Tape Sabah Siri 1 / 2017 diadakan di Dewan Limau-limauan, IKBN Kinarut yang disertai oleh seramai 150 orang peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta di negeri Sabah.

 

Tujuan taping adalah untuk mencegah dan melindungi sendi dan kecedaraan otot. Ia melibatkan pita anjal yang tidak mengandungi pelekat melegakan kesakitan seperti gel dan mengukuhkan fungsi mereka. Apabila seseorang mempunyai gangguan kesakitan pada kulit otot dan sendi boleh mengembalikan fungsi asas mereka.

 

Dalam kursus tersebut ceramah teori disampaikan oleh Dr. Mohansundar Sankaravel yang juga merupakan Pensyarah dalam Fisioterapi di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Manakala bagi praktikal dikendalikan oleh Dr.Ell Koo Lee daripada Universiti Dankok, Korea yang juga merupakan Instuktor Kinesio Antarabangsa dan Pengarah Kesihatan Makmal Nanumi,Korea.

 

Jutaan terima diucapkan kasih kepada semua peserta yang memberikan komitmen semasa kursus ini berlangsung.Jumpa lagi edisi ke-2/2017.

 

 

PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA AKAN DILAKSANAKAN DI IKBN KINARUT

 

                   
KINARUT, 23 JANUARI 2017 – Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP) akan dilaksanakan di IKBN Kinarut bermula tahun ini. Ia akan melibatkan keseluruhan pelajar IKBN Kinarut pelbagai jurusan dan dijadikan salah satu aktiviti di bawah kokurikulum yang diperkenalkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dengan kerjasama Cawangan Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada semua Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) seluruh negara.

 

Sehubungan dengan itu, satu taklimat khas telah diadakan dengan kerjasama dari Cawangan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Malaysia Gold Award Association (MAGAA). Taklimat tersebut telah disampaikan sendiri oleh Pemegang Pingat Emas ARP, saudara Suhail Mohamad Kamarudin yang juga merupakan Presiden MAGAA telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pelajar-pelajar IKBN Kinarut.

 

Dalam ucapannya, saudara Suhail telah memberikan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar IKBN Kinarut untuk menyertai Program ARP yang dianggap terbaik mendidik remaja ke arah menyemai nilai-nilai kesukarelaan, semangat juang yang tinggi dan nilai kepimpinan yang unggul. Rata-rata pelajar yang hadir telah terpegun dengan ucapan yang penuh semangat daripada beliau.

 

Untuk maklumam, Program ARP telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2001 mengambil sempena Program Duke of Endinburgh’s Award yang telah mula diperkenalkan pada tahun 1956. Ianya merupakan salah satu wardah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat kesukarelaan, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul.

 

Ada tiga tahap anugerah yang boleh disertai oleh golongan remaja berumur 14-25 tahun antaranya Gangsa (14 tahun ke atas) dalam tempoh 6 bulan, Perak (14 tahun ke atas) tempoh masa 12 bulan dan Emas (16 tahun ke atas) dalam tempoh 18 bulan dengan melibatkan empat komponen yang perlu peserta lengkapkan iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Penjelajahan Lasak serta 1 komponen tambahan dari mana-mana komponen yang disertai. Manakala komponen tambahan Projek Penempatan selama 5 hari 4 malam perlu dilaksanakan bagi pemegang anugerah Emas.

 

Turut hadir dalam taklimat tersebut adalah Timb. Pengarah Pengurusan Latihan, En. Suhaidi Mustar, Pen. Pengarah HEP, Pn. Fatimah Abd Rahman serta pegawai dari Cawangan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Puan Hasmah Ajem dan Pn. Jovanna Juannis.

 

 

IKBN KINARUT TURUT MENYUMBANG BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

 


IKBN Kinarut turut serta menyumbang bantuan kepada penduduk kampung sekitar daerah Kota Marudu dan Pitas yang terjejas akibat banjir yang berlaku pada 23 Januari yang lalu.

 

Sumbangan berupa makanan (biskut, mee segera), air minuman botol, sabun, berus gigi dan lain-lain telah diserahkan kepada Majlis Belia Sabah pada 27 Januari lepas untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir berkenaan. Barangan tersebut merupakan sumbangan daripada warga IKBN Kinarut dan pelajar-pelajar yang perihatin terhadap musibah yang menimpa kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Kota Marudu dan Pitas.

 

Lebih kurang 29 kampung di daerah Kota Marudu dan Pitas terjejas akibat banjir berkenaan antaranya Kg. Salimpodon Laut, Kg. Salimpodon Darat, Kg. Sibaung, Kg. Pondoi, Kg. Dandun Darat, Kg. Mangkabusu, Kg. Tambilidon, Kg. Rukom Ulu, Kg. Kusilad, Kg. Sinasak Batu, Kg. Golom Kanibongan, Kg. Feri, Kg. Sumbilingon, Kg. Kibuluh, Kg. Kutuyon, Kg. Boribi Kanibongan, Kg. Senaja, Kg. Sosop Bai, Kg. Mendamai Bai, Kg. Tukar, Kg. Kebatasan Laut, Kg. Kerasik, Kg. Pandan, Kg. Layang, Kg. Kalipuon, Kg. Liu Laut, Kg. Kemiri, Kg. Seri Gaman dan Kg. Tutuwoon.

 

Dalam pada itu, terdapat 6 buah pusat pemindahan yang terlibat akibat bencana banjir yang melibatkan seramai 749 orang mangsa antaranya SK Salimpodon Pitas, SK Rukom Pitas, Dewan SK Pekan Pitas II, Dewan Kg. Kusilad, Dewan Kg. Sinukab dan Dewan Komuniti Kg. Indah.

 

Turut hadir dalam penyerahan ringkas tersebut adalah Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Puan Fatimah Abd Rahman dan wakil Majlis Belia Sabah, Saudara Jumadil Kahar serta beberapa pegawai dari Cawangn Hal Ehwal Pelajar.

Isnin, 06 February 2017 14:26

MENDERMA DARAH KEPADA YANG MEMERLUKAN

   

MENDERMA DARAH KEPADA YANG MEMERLUKAN

 

KINARUT, 19 JANUARI 2017 - Sekali lagi pada tahun ini IKBN Kinarut telah menganjurkan Program Derma Darah dengan kerjasama dari Unit Perubatan Transfusi Darah, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas Kota Kinabalu.

 

Program Derma Darah tersebut dianjurkan bertujuan menampung keperluan darah di hospital berkenaan.

 

Dalam program tersebut, pelajar IKBN Kinarut dalam pelbagai jurusan dan pegawai serta kakitangannya telah secara sukarela menderma darah bagi membantu pesakit-pesakit terutamanya wanita dan kanak-kanak yang memerlukan selaras dengan tema 'Derma Darah Selamatkan Nyawa'.

 

Sebagai Penderma Darah, mereka hendaklah sihat tubuh badan, berat hendaklah melebihi 45 kg, berumur diantara 18 hingga 60 tahun, tidak menggunakan antibiotik, tidak mengandung atau kedatangan haid, cukup tidur sekurang-kurangnya 5 jam serta tidak mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam.

 

     

 

"NILAI SEMANGAT GOTONG ROYONG DI IKBN KINARUT"

 

 

Semangat gotong royong masih ada tersemat pada sanubari staf dan kakitangan IKBN Kinarut. Itu yang dapat diperkatakan melalui kerjasama dan semangat gotong royong yang telah ditunjukkan oleh beberapa orang kakitangan IKBN Kinarut dalam usaha mereka membaiki semula dinding parit ditepi surau IKBN yang telah rosak akibat hujan lebat bulan Disember 2016 yang lalu.

 

Kerja-kerja gotong royong tersebut telah diketuai oleh En Rosli Abu Bakar dari bahagian Pentadbiran dengan dibantu oleh kakitangan dari Jabatan Binaan Bangunan dan pekerja-pekerja pembersihan.

 

Apa yang menarik kata En Rosli Abu Bakar, tidak ada kos diperlukan. Cuma kena ada gerakan dan idea dari pihak atasan.

 

Pihak IKBN mulai tahun 2017 akan mula membaiki beberapa kemudahan bangunan dan gelanggang sukan di IKBN Kinarut secara gotong royong bagi mengurangkan kos pengurusan dan memberi peluang staf dan kakitangan untuk menunjukkan komitmen kepada pembangunan IKBN Kinarut.

 

 

PERHIMPUNAN PAGI PERTAMA PELATIH BERSAMA PENGARAH TAHUN 2017

 

KINARUT, 10 JANUARI 2017 – Cawangan Hal Ehwal Pelajar di bawah Unit Kesatria dan Disiplin telah membuka tirai tahun 2017 dengan mengadakan Perhimpunan Pagi pertama bersama Pengarah IKBN Kinarut, Haji Razali bin Mohamad bertempat di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Dalam perhimpunan tersebut, pengarah telah memaklumkan tentang perubahan dalam aktiviti bina insan bagi tahun 2017 termasuk pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda sebagai salah satu akitviti kokurikulum pelajar termasuk penubuhan kelab-kelab diperingkat IKBN Kinarut yang akan disertai oleh semua pelajar tanpa mengira jurusan dan tahap masing-masing. Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memberi latihan awal kepada para pelajar yang juga merupakan golongan belia untuk menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan dengan menanamkan nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi dalam jiwa mereka.

 

Selain itu, pengarah memaklumkan bahawa IKBN akan mengorak langkah untuk mewujudkan budaya berbahasa Inggeris dikalangan pengajar dan pelajarnya. Ia sangat signifikan dengan cabaran dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin supaya ILKBS menjalankan 50% pembelajaran dalam Bahasa Inggeris menjelang tahun 2020. Cabaran tersebut perlu disambut secara positif demi meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

 

Dalam perhimpunan itu juga, pengarah menegaskan bahawa para pelajar perlu membuat perubahan sikap kepada yang lebih baik termasuk sahsiah diri, rajin dan kikis sikap malas dalam diri, hormat-menghormati, menjaga kebersihan diri dan asrama masing-masing, sentiasa cergas serta mempunyai displin yang tinggi.

 

Akhir sekali, harapan pengarah semasa perhimpunan tersebut berharap supaya pelajar dapat memajukan diri dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.

 

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Puan Fatimah Abd Rahman

 

 

PERHIMPUNAN PAGI PERTAMA PELATIH BERSAMA PENGARAH TAHUN 2017

 

 

KINARUT, 10 JANUARI 2017 – Cawangan Hal Ehwal Pelajar di bawah Unit Kesatria dan Disiplin telah membuka tirai tahun 2017 dengan mengadakan Perhimpunan Pagi pertama bersama Pengarah IKBN Kinarut, Haji Razali bin Mohamad bertempat di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Dalam perhimpunan tersebut, pengarah telah memaklumkan tentang perubahan dalam aktiviti bina insan bagi tahun 2017 termasuk pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda sebagai salah satu akitviti kokurikulum pelajar termasuk penubuhan kelab-kelab diperingkat IKBN Kinarut yang akan disertai oleh semua pelajar tanpa mengira jurusan dan tahap masing-masing. Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memberi latihan awal kepada para pelajar yang juga merupakan golongan belia untuk menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan dengan menanamkan nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi dalam jiwa mereka.

 

Selain itu, pengarah memaklumkan bahawa IKBN akan mengorak langkah untuk mewujudkan budaya berbahasa Inggeris dikalangan pengajar dan pelajarnya. Ia sangat signifikan dengan cabaran dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin supaya ILKBS menjalankan 50% pembelajaran dalam Bahasa Inggeris menjelang tahun 2020. Cabaran tersebut perlu disambut secara positif demi meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

 

Dalam perhimpunan itu juga, pengarah menegaskan bahawa para pelajar perlu membuat perubahan sikap kepada yang lebih baik termasuk sahsiah diri, rajin dan kikis sikap malas dalam diri, hormat-menghormati, menjaga kebersihan diri dan asrama masing-masing, sentiasa cergas serta mempunyai displin yang tinggi.

 

Akhir sekali, harapan pengarah semasa perhimpunan tersebut berharap supaya pelajar dapat memajukan diri dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.

 

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Puan Fatimah Abd Rahman

 Gunung kinabalu

 

KINARUT , 4 Januari 2016 – Seramai 5 orang kakitangan IKBN Kinarut telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu dengan mengibarkan bendera IKBN Kinarut di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara tepat pada jam 7.00 pagi pada 29 Disember yang lalu.

Program ini bertujuan untuk menguji ketahanan fizikal serta semangat kerja berpasukan serta membina keyakinan dari kakitangan IKBN.

 

Perjalanan di mulai seawal jam 8.30 pagi, pada 28 Disember lalu. Pendakian sejauh 6 km dari timpohon gate menuju ke Laban Rata. Perjalanan ini cukup menguji ketahanan mentel juga fizikal dengan keadaan jalan berbatu, bertangga dan licin. Suhu yang sejuk dengan hujan yang bermula dari Lowis Shelter sehingga ke perhentian terakhir Laba Rata sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada keesokan pagi membuat kan perjalanan kami semakin sukar.

 

Terdapat juga peserta lain yang mengalami kekejangan kaki akibat keletihan dan kesejukan. Namun ia tidak mematahkan semangat team IKBN Kinarut untuk meneruskan pendakian.

 

“Sepanjang perjalan kami sering sahaja bertembung dengan warga tempatan bertindak sebagai “porter” mengambil upah membawa muatan ke Laban Rata. Melihatkan kekuatan mereka mengangkat beban yang banyak untuk mengharungi pendakian membuat kami berasa kagum dengan keupayaan mereka”.

 

Secara keseluruhannya semua peserta berjaya tiba di Laban Rata pada jam 2.30 petang. Semua kelihatan keletihan dan yang tiba lewat disambut dengan tepukan gemuruh untuk menyuntik kembali semangat mereka.

 

Seawal jam 2.30 pagi keesokannya selesai sarapan peserta berkumpul di Pondok Gunting Lagadan untuk sesi taklimat terakhir sebelum memulakan pendakian ke puncak dengan jarak 2.85km dari Laban Rata.

 

Meskipun masing-masing berbaju tebal dan menutup kepala, namun ia tidak dapat menghalang kesejukan menyerang hingga ke tulang. Di tambah lagi dengan suasana yang bergerimis dan berkabus.

 

Dalam kegelapan pagi, hujan gerimis dan berangin para peserta meneruskan pendakian yang amat mencabar. Terdapat situasi di mana para peserta terpaksa berjalan di permukaan berbatu yang licin, mendaki di celah-celah tebing dan berpaut pada tali.

 

Para peserta dimestikan untuk melapor diri pada guide di Pondok Sayat-sayat (KM7) dengan menunjukkan kad tag yang dipakai masing-masing sepanjang pendakian.

 

Selesai melapor diri, pendakian ke puncak diteruskan meskipun seluruh tubuh sudah menggigil kesejukan. Suasana gelap menghadkan pandangan. Yang jelas kelihatan hanyalah sinaran lampu kepala (headlamp) yang dipasang oleh para pendaki.

gunung 2

Semakin menghampiri puncak, cahaya matahari semakin kelihatan. Semangat yang semakin pudar kini kembali membara. Bertembung dengan beberapa rakan lain yang telah sampai ke puncak lebih awal menambahkan lagi kekuatan untuk terus mendaki dan menawan puncak. Tepat jam 7.00 pagi, bendera IKBN KINARUT Berkibar megah dipuncak gunung kinabalu.

 

Keadaan semakin cerah dan ketika itu barulah disedari betapa sukarnya kawasan yang dilalui untuk mendaki ke puncak itu. Peserta menghabiskan masa hampir sejam di puncak untuk bergambar dan menikmati keindahan alam.

Halaman 31 dari 33