Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 04 January 2017 18:55

BO:KAMI SUDAH SEDIA

 

IMG 20170104 WA0000

 

 

Sabah:  Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut (IKBN) sudah bersedia untuk memulakan Kursus Penjaga Jentera Elektrik kategori B0 11kV mulai Februari 2017 kata Pengarah IKBN Kinarut Haji. Razali Bin Mohamad.

 

Sebuah unit baru yang bertanggungjawab untuk mengendalikan kursus tersebut telah diwujudkan dengan dua (2) orang tenaga pengajar berpengalaman.

 

Bagi Kursus Penjaga Jentera Elektrik Kategori B011kV sepenuh masa akan dijalankan selama 20 minggu atau empat (4) bulan, manakala untuk Penjaga Jentera Elektrik Kategori B0 11kV secara separuh masa akan mengambil masa tidak kurang dari sepuluh (10) bulanatau 600 jam pembelajaran,  manakalah modul kendalian pencawang (11kV) secara separuh masa akan mengambil masa selama 80 jam.

 

Menurut Pengarah IKBN Kinarut Hj. Razali, pihak IKBN telah menerima pentauliahan Kursus Penjaga Jentera Elektrik B0 daripada pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) pada 13 Disember 2016.

 

Menurut Pengarah IKBN Kinarut  Hj. Razali lagi, IKBN Kinarut merupakan satu-satunya IKBN dibawah Kementerian Belia dan Sukan yang diberikan kelulusan untuk melaksanakan Kursus Penjaga Jentera Elektrik  Kategori B0 dan beliau berasa bersyukur dengan kelulusan tersebut.

 

“ Kami telah berusaha sedaya mungkin sejak 2013 untuk memenuhi syarat-syarat ketat pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) dan akhirnya kami Berjaya “ kata Hj. Razali

 

Syarat terakhir yang Berjaya dipenuhi oleh Pihak IKBN Kinarut ialah menyediakan tiga (3) pasang baju keselamatan bagi pengajar dan pelatih.

 

Buat masa sekarang IKBN Kinarut ada menawarkan kursus Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah dari A0, A1 dan A4 secara sepenuh dan separuh masa. 

Selasa, 20 December 2016 08:57

JOHNEY BOY BERAZAM JADI JURUTERA ELEKTRIK

 

 

JOHNEY BOY BERAZAM JADI JURUTERA ELEKTRIK

 

 

KINARUT, Walaupun sudah memiliki Diploma dalam bidang elektrik dari Politeknik Kota Kinabalu, Johney Boy Toroying, 25 tahun masih mahu meneruskan pembelajaran dalam bidang Elektrik A1 dan A4 di IKBN Kinarut bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang Jurutera Elektrik.

 

Mesra dengan panggilan “Johney Boy” dikalangan rakan-rakan, pelatih IKBN Kinarut yang akan menamatkan sesi pengajian Elektrik A4 pada hujung tahun 2016 ini telah berada di IKBN Kinarut selama 3 tahun bagi mencapai azamnya.

 

“Selepas ini saya becadang untuk memohon mana-mana universiti bagi mendapatkan ijazah dalam bidang Elektrik dari mana-mana universiti, kalau boleh UMS kerana dekat”, kata Johney yang berasal dari Labuan.

 

Johney Boy, 25 tahun berkata perancangan masa depan dia ialah bekerja dengan Syarikat Ayah dia dahulu di Labuan disamping mencari peluang untuk masuk mana-mana Universiti tempatan.

 

Tambah pelatih yang berasal dari Kuala Penyu itu, Ayah beliau telah merintis jalan untuk dia pilih Cuma saya kena bersihkan itu jalan atau buat jalan baru, kata Johney lagi.

 

Bercerita tentang bidang pekerjaan Johney mengenang nasib rakan-rakan beliau di Labuan yang telah diberhentikan oleh majikan mereka dalam sector oil & gas dan ramai daripada mereka sedang mencari kerja di Kota Kinabalu.

 

Malah kata Johney lagi ada kawan-kawan dia yang menjadi pengawal keselamatan kerana payah cari kerja.

 

 

SESB TAWAR SESI TEMUDUGA KHAS UNTUK PELATIH IKBN KINARUT

 

Kinarut, seramai 25 orang pelatih-pelatih IKBN Kinarut akan diuji melalui satu temuduga khas yang akan di kendali oleh pegawai Sabah Electricity Sdn.Bhd sebelum pelatih-pelatih itu diserap ke dalam SESB, kata Datin Hjh. Amina Aucasa, Pengurus Kanan Latihan & Pembangunan SESB.

 

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ‘ Courtesy Call ’ rombongan Sabah Electricity Sdn.Bhd (SESB) ke IKBN Kinarut hari ini.

 

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah En Ridwan Bin Saham, Pengurus Besar Sumber Manusia PB (SM) Sabah Electricity Sdn.Bhd. (SESB).

 

 

 

 

 

Selain berminat dengan beberapa jurusan dalam bidang Elektrik dibawah Jabatan Elektrik IKBN Kinarut, pihak SESB juga berminat dengan beberapa jurusan separuh masa yang diadakan di IKBN seperti bidang Elektrik A1, A4 dan B0 yang akan dilaksana tahun 2017.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah En Hj Razali Mohamad, Pengarah IKBN Kinarut dan En Suhaidi Mustar, Timbalan Pengarah dan En Mohd Yasser Ayob Ketua Jabatan Elektrik. 

 

DAISY, GADIS DUSUN BERCITA-CITA JADI KONTRAKTOR

 

 

 

SABAH, Cita-cita saya mahu jadi seorang kontraktor, sebab itu saya mengambil Jurusan Binaan Bangunan di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Sabah, kata Daisy Octavia Jemis, pelatih berketurunan Dusun dari Daerah Ranau Sabah.

 

Pada peringkat awalnya, Daisy telah ditawarkan Jurusan Pelukis Pelan Senibina tetapi tetap menolak kerana mahu Jurusan Binaan Bangunan bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang kontraktor.

 

Daisy adalah bekas pelajar Sekolah Vokasional Kudat dalam bidang accountant ini adalah pelajar pengambilan ke-28, (P28) IKBN Kinarut, Sabah yang lalu.

 

“Buat masa sekarang saya sedang menjalani latihan membuat bumbung bangunan dan tidak juga gayat”,kata Daisy yang berasal berperwatakan mesra.

 

“Kalau sudah tamat pengajian di IKBN Kinarut nanti mungkin saya bercadang untuk bekerja sebagai penyelia bangunan dulu kerana belum ada pengalaman dalam bisnes”, kata Daisy jika dia belum mempunyai modal yang mencukupi bagi memulakan perniagaan.

 

Ditanya bagaimana dia boleh memilih IKBN Kinarut sebagai Institut latihan, Daisy memberitahu bahawa ramai kawan-kawan dari Daerah Ranau yang belajar dalam bidang Elektrik dan Penghawa Dingin juga pernah belajar di IKBN Kinarut yang sama, katanya.

 

Selain meminati bola jarring, Daisy juga gemar bermain softball tetapi malangnya tiada sukan itu di IKBN Kinarut.

Selasa, 06 December 2016 09:20

AZMI HERO TEAM PENGURUSAN F.C

 

 

 

AZMI HERO TEAM PENGURUSAN F.C

 

 

PENAMPANG, Walaupun permainan Nampak berat sebelah, namun Team Pengurusan FC Berjaya mengikat keputusan 4-4 dalam perlawanan Piala Sumbangsih diantara Team Pengurusan menentang Team Kemahiran IKBN Kinarut bertempat di Stadium Penampang.

 

Penjaga gol Team Pengurusan iaitu Azmi William telah Berjaya mengagalkan percubaan-percubaan bahaya Team Kemahiran yang diketuai oleh Yayin Kimsin. Azmi juga mendapat gelaran “Pemain Terbaik”.

 

 

Turut hadir menyaksikan perlawanan bolasepak ialah Haji Razali Bin Mohamad yang turut melakukan tending mula perlawanan. Perlawanan petang semalam dianggap “Sangat Spoting dan mesra” kerana telah lama tidak dilaksanakan dan perlawanan seterusnya akan diadakan pada Januari  2017.

 

 

PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2016 IKBN KINARUT, SABAH

 

 

IKBN KINARUT, 12 Ogos 2016 – Seramai 430 orang calon pelatih IKBN Kinarut telah menduduki Peperiksaan Akhir bagi sesi Jun 2016 yang bermula pada hari ini yang diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

 

Peperiksaan akhir bagi sesi Jun 2016 kali ini bermula pada 12 Disember 2016 sehingga 23 Disember 2016 serta peperiksaan dilaksanakan serentak bagi seluruh ILKBS se-Malaysia.

 

Menurut kenyataan Cawangan Penyelarasan Kawalan & Kualiti (CPKK) IKBN Kinarut daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan akhir merupakan pelatih-pelatih daripada pelbagai kursus, antaranya Penjaga Jentera Elektrik, Pendawaian Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik & Komersial, Binaan Bangunan dan Lukisan Senibina. Pentauliahan adalah melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Kompeten Suruhanjaya Tenaga (ST).

 

“Seramai 40 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan, “ jelas kenyataan itu.

 

Cawangan Penyelarasan Kawalan & Kualiti (CPKK) mengingatkan semua calon agar merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlansung.

 

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan kad pelajar serta keperluan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. 

  

BELUM DAPAT SIJIL A4 DAH GAJI RM 12,000 RIBU

 

SABAH, Begitulah nasib yang menyebelahi bekas pelajar IKBN Kinarut Azmin B. Abdul Zah, walaupun Sijil Kompeten Penjaga Jentera Elektrik A4 (ST) belum dikeluarkan lagi tetapi beliau telah memperolehi pendapatan RM 12,000 ribu sebulan.

 

Azmin 24 tahun, bekerja sebagai  penyelia projek dan juruteknik dengan Syarikat Sri Samakayah Sdn Bhd ditemui di pejabat beliau di Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah.

 

Sejak menamatkan latihan kemahiran di IKBN Kinarut Julai lepas dalam bidang Penjaga Jentera Elektrik A4. Azmin nampak lebih matang berbanding dengan dia sebagai seorang Pelajar IKBN.

 

“ Saya sudah nampak ini peluang ”, kata Azmin ketika ditanya mengapa dia berminat dalam bidang elektrik sebagai kerjaya beliau.

 

 

Mengenai  kerjaya beliau sekarang, walaupun bekerja dengan Syarikat milik bapa saudara, Azmin bercita-cita satu hari nanti beliau mampu memiliki Syarikat perniagaan beliau sendiri.

 

Buat masa sekarang, beliau seronok bekerja  dengan Syarikat bapa saudaranya kerana apa-apa keperluan yang diperlukan sebagai pekerja mampu dipenuhi oleh pihak syarikat.

 

Mengenai  perancangan  masa hadapan Azmin berkata dia bercadang untuk mendapatkan projek elektrik dibawah Sabah Electricity Sdn Bhd untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan bekalan. “ Saya tunggu lesen saja kasi jadi ”  tambah Azmin dalam bahasa Sabahnya.

 

Pelajar yang berasal dari kampung Kunak, Sabah memperolehi Sijil Kompeten Penjaga Jentera Elektrik A1 (ST) selama 3 tahun dan menyambung sehingga ke peringkat Diploma Penjaga Jentera Elektrik A4 (ST) di IKBN Kinarut.

 

“ Selama 4 tahun berada di IKBN Kinarut, Saya bangga kerana 80% saya berubah selepas keluar dari IKBN ” tambah Azmin. Perkara yang paling Azmin ingat semasa di IKBN selain bidang kemahiran ialah disiplin pelajar. Katanya tanpa disiplin seseorang itu susah mahu maju.

 

Selain itu, Azmin juga teringat bagaimana dia menjadi tukang Punch Card kawan-kawan untuk datang ke Surau IKBN, lepas itu balik ke asrama. Tetapi sekarang beliau mengaku pengetahuan agama beliau semakin kuat selepas keluar dari IKBN.

 

Pesanan terakhir Azmin kepada pelajar-pelajar IKBN Kinarut ialah “ tanpa disiplin susah mau Berjaya  ” tambahnya.

IKBN KINARUT BERJAYA LATIH 131 ORANG PEKERJA INDUSTRI DI SABAH

 

 

 

SABAH, Seramai 131 orang pekerja industri di sabah memperolehi manfaat meningkatkan kemahiran mereka melalui kursus separuh masa di bawah program khas Akaun Amanah Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Sabah.

 

“ Program yang telah bermula pada awal tahun 2016 ini telah memberi pulangan kepada IKBN sebanyak RM 240,560.00 ribu sehingga Nov 2016 ”, kata Mohd Yasser B. Ayob Ketua Jabatan Elektrik IKBN Kinarut. Tambah beliau lagi sebanyak lapan program telah dijalankan daripada 11 program yang dicadangkan pada awal tahun 2016.

 

“ Tiga program yang kita batalkan adalah kerana tidak ada permintaan sektor pekerja industri, tambah beliau. Walau bagaimanapun terdapat satu program tambahan iaitu synchoronizine elektrik A4 selama dua minggu dianjurkan kerana ada pemohon daripada pihak industri.

 

Mohd Yasser juga memberitahu untuk tahun 2017 sebanyak 25 program telah dirancangkan untuk dilaksanakan di IKBN Kinarut yang melibatkan pekerja-pekerja industri yang telah bekerja disekitar Kota Kinabalu dan sekitarnya.

 

Beliau juga memberitahu antara kursus separuh masa yang mendapat sambutan pekerja industri ialah Penjaga Jentera Elektrik A4 dan A0.

 

“ Mereka ini bukan sahaja dating dari berbagai sektor industri seperti Petronas, Shell dan Telekom tetapi juga berbagai agensi kerajaan “ tambah Mohd Yasser.

 

Antara kursus baru yang diperkenalkan tahun 2017 ialah modul perancangan bagi Penjaga Jentera Elektrik B0 11Kv untuk 80 jam dan Penjaga Jentera Elektrik B0 11Kv 600 jam, tambah Beliau.

PERHIMPUNAN MESRA BULAN NOVEMBER 2016

IKBN KINARUT

 

KINARUT,  14 November 2016 - Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan bagi bulan November 2016  telah berlangsung di Bilik Seminar Limau-Limauan.Perhimpunan pada kali ini dianjurkan oleh Jabatan Elektrik Penyejukbekuan Penyaman Udara Domestik dan Komersial.

 

Di dalam amanat tersebut , Pengarah IKBN Kinarut, Haji Razali Bin Mohamad telah berkongsi dan mengingatkan semua kakitangan berkaitan cabaran dan target IKBN Kinarut pada masa hadapan.Di antara amanat tersebut, tuan pengarah menyentuh berkaitan teguran audit,hubungan komuniti, bagaimana urus tadbir pengurusan dari segi kewangan dan Hal Ehwal Pelajar  sebagai pelanggan utama Institut ini dan amanah yang perlu dipegang dan diamalkan oleh setiap penjawat awam.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Pekerja Cemerlang bulan Oktober 2016  yang di terima oleh Encik Agoh Salleh Sinua dari Sekolah PPU Domestik ,En Januin Johny dari hal Ehwal Pelajar dan En Abdul Walid Bin Mahmud dari pengurusan.Majlis diteruskan dengan sambutan hari kelahiran seramai enam orang pegawai bagi Bulan November 2016.

 

Turut hadir dalam perhimpunan Mesra Bulanan ini adalah Timbalan Pengarah Latihan Kemahiran ,En Suhaidi Mustard dan Penolong Pengarah HEP, Pn Fatimah Bt Abd Rahman.

PELAJAR IKBN KINARUT DALAMI BACAAN AL-QURAN

 

 

 

KOTA KINABALU, 14 NOVEMBER 2016 –Unit Pembangunan Insan baru-baru ini telah Berjaya menganjurkan Program Citra Ibadah (Cintai Al Quran) pada tanggal 11 hingga 13  November 2016 bertempat di Masindung Resort Kawang,Papar. Tujuan program tersebut diadakan adalah bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan para pelajar tentang bacaan Al-Quran dan pada masa yang sama pelajar dapat memahami dan mendalami lagi ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah disamping mengamalkanya dalam kehidupan seharian.

 

Seramai  100 orang  pelajar dari pelbagai  jurusan terlibat dengan program ini di mana seramai 72 muslimat dan 18 pelajar muslimin. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IKBN Kinarut , Tuan Haji Razali Bin Mohamad. Turut hadir dalam program ini adalah Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Pn Fatimah Bt Abd Rahman dan sepuluh  orang Fasilitator sebagai tulang belakang sepanjang program ini berlangsung.

Halaman 32 dari 33