Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT IKBN KINARUT 2019

 

 

 

KINARUT ; Unit Kawad dan Disiplin di bawah Cawangan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat IKBN Kinarut bagi tahun 2019 yang merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan dimana kemampuan pelajar dalam menerima, memberi arahan, dan bekerjasama dalam kumpulan dinilai disamping mengiktiraf pelajaran kawad yang diwujudkan di setiap IKBN Se Malaysia.

 

Peserta-peserta pertandingan ini terdiri daripada 6 jurusan meliputi setiap Jabatan Elektrik, Jabatan Awam, dan Jabatan Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara Domestik dan Komersial. Antara objektif utama pertandingan kawad kaki ini dilaksanakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam kawad kaki. Selain itu, melatih pelajar untuk mematuhi arahan dan berdisiplin dan sekaligus menanam sikap berkerjasama di dalam kumpulan.

 

Johan pertandingan kawad kaki telah dimenangi oleh Jurusan Penjaga Jentera Elektrik A1, Naib Johan disandang oleh Jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik dan tempat ke tiga adalah Jurusan Pendawaian Elektrik. Pertandingan ini dinilai dari segi Kawad Statik, Kawad dinamik, ketua platun, dan penilaian pakaian platun.Juri yang telah diberi amanah menggalas tanggungjawab ini adalah dari Jabatan Rela Daerah Papar iaitu Pengiran Hazley Bin Pengiran Kassim selaku Ketua Pengadil, En Osman Razak dan En Mohamad Noh Bin Idham.

 

Turut hadir bersama Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bengkel, Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

TEAM BOYKAAA JUARA PERTANDINGAN E-SPORT IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Team Boykaaa daripada Jurusan Pendawaian Elektrik berhasil merangkul gelaran juara Pertandingan E-Sport (Mobile Legend) Peringkat IKBN Kinarut 2019 yang diadakan perkarangan Padang Kawad, IKBN Kinarut baru-baru ini.

 

Permainan video berkonsepkan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) merupakan fenomena permainan maya dikalangan belia-belia pada masa kini untuk menikmati hobi kegemaran mereka menerusi peranti pintar.

 

Sehubungan dengan itu, sebanyak 8 pasukan berentap dalam pertandingan ini bagi pusingan saringan secara liga untuk merebut tempat 4 pasukan pilihan ke pertarungan di pusingan akhir.

 

Team ML Bang Bang, Team Toxic, Team Boykaaa dan Team Old Boy Gaming telah layak ke pusingan akhir dan Team Boykaaa telah dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan Team Old Boy Gaming 3-1 diperlawanan akhir.

Rabu, 27 November 2019 15:58

IKBN KINARUT ENGLISH DAY CARNIVAL 2019

 

 

IKBN KINARUT ENGLISH DAY CARNIVAL 2019

 

 

KINARUT ; The 2019 IKBN Kinarut English Day Carnival was held on Friday, 22nd of November 2019. The program was the final activity planned by the English Club for this year in term of the English Empowerment Initiatives in IKBN Kinarut. The objectives of this program are to encourage and increase the usage of English language among students and staffs whether in speaking, reading or writing, to improve everyone’s English vocabulary, and to improve confidence in speaking and expressing ourselves in English.

 

The program was held for a whole day, starting with Morning Assembly in English at 7.00 A.M., followed by the DJ Session or the English Club Radio Broadcast at 9.30 A.M. and later by the Scrabble contest for IKBN Kinarut’s staff at 9.50 A.M. After the lunch break and Friday prayer, the program continued with the Treasure Hunt for students at 2.30 P.M., followed by the Storytelling Contest for staff’s children at 3.30 P.M. and later by the Karaoke Contest for students at 4.00 P.M. Apart from all those activities, the short story (fiction) writing contest for students were open two weeks prior to the day of the program. The short stories submission was close 3 days before the program to make sure the judge got enough time to read all of the entries.

 

The prize-giving and closing ceremony took place at the Limau-limauan hall at 4.30 P.M., and was officiated by the Director of IKBN Kinarut, PuanZuariniJumai. In her speech she mentioned the importance of learning English as a second language especially in this globalized, without border world. She also congratulate the English Club for organizing such program where IKBN Kinarut’s staff and students could learn and practice their English in a fun and interactive ways. The program was participated by 267 IKBN Kinarut students, staffs and their children. It is hoped that such program could be improved and implemented next year.

Jumaat, 15 November 2019 15:20

EKSPO JELAJAH TVET ZON SABAH 2019

 

 

EKSPO JELAJAH TVET ZON SABAH 2019

 

 

 

KOTA KINABALU ; IKBN Kinarut telah terlibat Ekspo Jelajah TVET Zon Sabah yang dianjurkan oleh Kementeria Pelajaran Malaysia (KPM) pada 13 November 2019 yang diadakan di Sabah Skills and Technology Center (SSTC), Kota Kinabalu Sabah.

 

Ekspo ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

 

Jelajah Pendidikan ini adalah bertujuan memberi info halatuju kepada belia-belia lepasan SPM khususnya belia Negeri Sabah untuk melanjutkan pendidikan bagi meningkatkan pengetahuan dan taraf pendidikan mereka.

 

Team Pameran IKBN Kinarut diketuai oleh Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan turut dibantu oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Encik Harun Jamaluddin dan Encik Walter Udian serta turut dibantu oleh beberapa orang pelajar.

 

 

TAKLIMAT ILKBS DAN KELEBIHAN TVET KEPADA BELIA-BELIA SANDAKAN



 

SANDAKAN ; Team IKBN Kinarut yang diketuai oleh Encik Himran Entoh telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkenaan Institut Latihan Kemahiran Belia Sukan (ILKBS) dan pentingnya pendidikan TVET kepada belia-belia di Sandakan yang diadakan di Scout Nature Park, Sandakan.


Program Kursus Anak Muda Wawasan Lestari (ANWAL) ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan yang melibatkan belia-belia sandakan khususnya.


Menerusi ucapan Encik Himran Entoh kepada belia-belia sandakan telah mendapat impak yang positif serta memberi pengetahuan dan manafaat mengenai pendidikan TVET selaras dengan halatuju menuju Industri 4.0 bagi meningkatkan pekerja-pekerja berkemahiran tinggi dalam pembangunan negara.

 

 

PROGRAM APA KATA ANAK MALAYSIA KOLABRASI JABATAN PENERANGAN BERSAMA IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Kira-kira seramai 500 belia hadir dalam program Apa Kata Anak Malaysia yang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Sabah kolabrasi bersama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut yang diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Program Apa Kata Anak Malaysia memberi peluang dan ruang kepada golongan belia untuk membincangkan dan mengutarakan pandangan serta pendapat mengenai isu-isu semasa antaranya, mengenai Rukun Negara, Media Sosial dan Peranan Belia dalam Menyumbang kepada Pembangunan Negara.

 

Encik Hendry Nurdin (Kiri) Pegawai Penerangan Dearah Lahad Datu merupakan moderator pada program ini dan beberapa panel telah dijemput membincangkan isu-isu yang dibincangkan antaranya Encik Mohd Shakendy dan Encik Mohd Syahiran Mohd wakil siswa Universiti Malaysia Sabah dan Cik Nurul Syafiqah Dailin iaitu siswi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya (kanan).

 

Beberapa institusi dan sekolah terlibat pada program ini iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Montfort Youth Training Centre Sabah, SMK Tun Mustapha dan SMA Berasrama Penuh Toh Puan Hajjah Rahmah.

 

 

PAMERAN SEMPENA HARI TERBUKA SMK ABDUL RAHIM KUDAT

 

 

 

KUDAT ; Team promosi IKBN Kinarut berkunjung ke Daerah Kudat untuk mengadakan pameran setelah mendapat jemputan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim, Kudat baru-baru ini.

 

Seramai 3 orang pelajar daripada Jurusan Penjaga Jentera Elektrik semester akhir serta diiringi 3 orang pegawai yang diketuai oleh Encik Zazali Zahari Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar telah memberi taklimat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di Institut Latihan Kemahiran Belia Sukan (ILKBS) khususnya di IKBN Kinarut kepada belia-belia Daerah Kudat umumnya.

 

Hari terbuka sempena dengan Majlis Konvokesyen Kali Ke-5 2019 ini telah disempurnakan oleh YB Chong Chen Bin @ Ben Chong Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri Sabah merangkap N.2 Tanjong Kapor.

 

Turut hadir sempena hari terbuka iaitu Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Encik Saldi Maruji Ketua Unit Pentadbiran.

 

 

 

PAMERAN PENDIDIKAN SEMPENA PROGRAM AMAL MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR

 

 

 

BONGAWAN ; Unit Promosi IKBN Kinarut telah mengadakan pameran pendidikan sempena program amal motivasi kecemerlangan pelajar SPM dan STPM peringkat Dun Bongawan yang diadakan di Dewan SMK Bongawan semalam.

 

Program amal motivasi kecemerlangan pelajar SPM dan STPM ini dianjurkan oleh Pejabat perhubungan Dun Bongawan dengan kerjasama pertubuhan NGO Wanita Bongawan bagi memberi pendedahan berkenaan pendidikan TVET kepada belia-belia bongawan khususnya.

 

Disepanjang program ini dijalankan, booth pameran IKBN Kinarut telah mendapat kunjungan yang positif daripada peserta dan belia-belia yang terlibat program tersebut untuk mendapatkan info berkenaan program yang ditawarkan di ILKBS.

 

Program telah dirasmikan oleh YB Dr. Daud Bin Hj. Yusof Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri DUN.23 Bongawan.

 

 

PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI ILKBS 2019 PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

 

 

 

SERI ISKANDAR: Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities – IDEA’19 telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak pada 27 – 29 September 2019.

 

Pertandingan ini dibahagi kepada 2 kategori iaitu IDEA’19 ILKBS (Penyertaan adalah khas kepada pelajar ILKBS seluruh Malaysia) dan IDEA’19 Terbuka (Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta (IPTA/ IPTS) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam/ Swasta (ILKA/ ILKS) termasuk ILKBS seluruh Malaysia).

 

Setiap kategori pula dibahagi kepada 6 bidang, Bidang A: Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif, Mesin, Peralatan, Proses Pengilangan); Bidang B: Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Telekomunikasi (Supply, Control, Automation); Bidang C: Teknologi Kejuruteraan Awam, Alam Sekitar & Tenaga Boleh Diperbaharui (Green, Friendly, Safe); Bidang D: Teknologi Kejuruteraan Komputer (Perisian, Perkakasan, Multimedia, Alat Bantuan Pengajaran); Bidang E: Teknologi Makanan (Produk Pastri dan Makanan); dan Bidang F: Teknologi Rekaan Fabrik (Rekaan Masa Hadapan, Rekaan Batik Futuristik).

 

Sebanyak 100 penyertaan dengan pelbagai jenis projek inovasi telah dipertandingkan. IKBN Kinarut, Sabah telah menghantar 2 penyertaan projek inovasi dengan projek 3 PHASE STARTER MOTOR CONTROL KIT (3PSMCK) dalam Bidang B dan MARKER GUIDE TOOL dalam Bidang C. Projek (3PSMCK) diwakili oleh Chin Yoong Sin, Suhaimi Bin Amir, Nursafwan Bin Sato dan Mohamed Haniff Bin Abdullah (Penyelaras Projek), manakala MARKER GUIDE TOOL pula diwakili oleh Nickohito Au, Eizzie Bin Eddie, Alfyiat Bin Afzal dan Harun Bin Jamaludin (Penyelaras Projek).

 

Hasil penilaian juri yang terdiri daripada Pensyarah Universiti, SIRIM dan MyIPO telah menganugerahkan Pingat Emas kepada projek (3PSMCK) dan Pingat Perak bagi projek MARKER GUIDE TOOL.

 

 

PERBARISAN HARI MALAYSIA PERINGKAT DAERAH PAPAR

 

 

 

PAPAR ; Seramai 37 orang pelajar dan diiringi oleh 6 orang pegawai mewakili Kontinjen perbarisan IKBN Kinarut telah dijemput untuk menyertai perbarisan Hari Malaysia peringkat Daerah Papar yang diadakan di Padang Pekan, Papar semalam.

 

Perbarisan peringkat Daerah Papar ini adalah perbarisan yang diadakan setiap tahun dan pada kali ini perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Aidi Moktar Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah merangkap Dun N22 Pantai Manis.

Halaman 5 dari 33