Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

PROGRAM SCHOOL FINISHING PERINGKAT IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Unit Kerjaya dan Kaunseling IKBN Kinarut yang diketuai oleh Puan Nor Hasikin Abdul Razak telah mengadakan satu program “Finishing School” bertempat di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berkemahiran tetapi juga berkualiti apabila mereka untuk melangkah ke alam pekerjaan kelak.

 

Seramai 30 orang pelajar semester akhir terlibat dalam program ini dan ceramah dikendalikan oleh Puan Nabigha Datu Madtajuddin yang merupakan Pengurus Syarikat Pasti Berjaya serta berkelulusan Master In Human Capital Management (UMS).

 

Majlis perasmian dan penutup program “Finishing School” ini telah disempurnakan oleh Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar merangkap memangku pengarah IKBN Kinarut.

 

 

LAWATAN KAJIAN TAPAK PELAJAR LUKISAN SENIBINA KE MUZIUM NEGERI SABAH

 

 

 

KOTA KINABALU ; Seramai 23 orang pelajar daripada Jurusan Lukisan Senibina semester 4 serta diiringi oleh 2 orang pegawai telah mengadakan lawatan tapak ke Muzium Negeri Sabah baru-baru ini.

 

Lawatan bertujuan menjalankan kerja kajian tapak dengan mengambil ukuran bangunan rumah-rumah tradisional suku kaum bumiputera Sabah antaranya rumah suku kaum Rungus, Murut, Brunei, Bongi dan sebagainya.

 

Data ukuran, gambar foto & naratif binaan bangunan tersebut akan digunakan untuk laporan kajian dan penghasilan lukisan kerja bagi memenuhi keperluan kerja kursus Modul SSS 3414: Measured Drawing dan Modul SSS 3422: History of Architecture. Bangunan yang dipilih.

Jumaat, 13 September 2019 11:08

ENGLISH DEBATE COMPETITION

 

 

ENGLISH DEBATE COMPETITION

 

 

 

KINARUT ; The inaugural IKBN Kinarut English Debate Competition was held on the 11th of September 2019. The debate competition was a part of the English Empowerment Initiatives program. This debate competition marks a very important achievement by the IKBN Kinarut because it is the very first such English debate competition was ever organized by this institute.

 

The objective of the debate competition is to boost confidence and improve communication skills specifically in English language. In addition this debate competition provide a platform for the debaters to practice their debating skills and prepare for any upcoming debate competition in the future.

 

The debate competition adapts the Asian Parliamentary style. The motion of the debate was “that the Benefits of Social Media outweigh the Negative Effects”. The Affirmative or The Government team consists of Ivy Nessa, Nicholas and Karlo. While The Negative or The Opposition team consists of Daniel, Jeavie, and Loez.The Speaker of the House was Debbie and the Timekeeper is Benedict from the English Club.

 

The closing ceremony of the program was officiated by the Deputy Director of Student’s Affairs IKBN Kinarut, Mr Himran Bin Entoh. During his speech he mentioned some of the technical aspectS of debating that should be improved and suggested to send the debaters to attend a debating skills workshop when an opportunity arise. He also mentioned that he was proud of the efforts and commitment given by the debaters and the organizing committee, the English Club in making the program a fruitful and successful one.

 

 

PROGRAM SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT IKBN KINARUT

 

 

KINARUT ; Program sambutan Hari Malaysia Ke-56 tahun yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih” peringkat IKBN Kinarut telah diadakan di perkarangan Padang Kawad, IKBN Kinarut semalam.

 

Program ini bertujuan memupuk semangat kebangsaan dikalangan belia-belia khususnya pelajar-pelajar IKBN Kinarut mengenai erti sebuah kemerdekaan serta perlu ada rasa syukur kerana dapat menikmati kehidupan dalam sebuah negara yang bebas merdeka.

 

Pelbagai acara yang diadakan sempena program sambutan Hari Malaysia iaitu pertandingan Deklamasi Sajak, pertandingan menyanyi lagu-lagu patriotik, Cabutan bertuah dan pertandingan busana bertemakan hari kebangsaan yang melibatkan pelajar-pelajar serta kemeriahan dengan penglibatan anak-anak pegawai dan kakitangan IKBN kinarut.

 

Turut hadir di program tersebut ialah Encik Himran Entoh Pemangku Pengarah IKBN Kinarut, Encik Saldi Maruji Ketua Unit Pentadbiran, Encik Mohammad Sophian Kandar Ketua Jabatan Aircond, Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

PERHIMPUNAN MESRA PEGAWAI DAN KAKITANGAN IKBN KINARUT BERSAMA PELAJAR

 

 

 

KINARUT ; Perhimpunan Mesra Bulanan bersama Pengarah Bilangan ke 8/2019 yang dihoskan oleh Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Penganugerahan Pekerja Terbaik bagi bulan Ogos 2019 telah diberikan kepada Encik Erjiny Nurasek daripada Jabatan Elektrik (PJE) , Encik Jauty Sampit daripada Jabatan Awam, Puan Rosmiwati Abd Rahman daripada Jabatan Aircond, Encik Handry Juakim daripada Pentadbiran dan Cik Vella Rezzy Malansai daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP).

 

Disamping itu, majlis sambutan hari lahir bagi bulan September juga telah diraihkan dengan upacara pemberian cenderahati dan memotong kek kepada pegawai-pegawai yang menyambut hari kelahiran pada bulan September 2019.

 

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Encik Himran Entoh selaku Pemangku Pengarah IKBN Kinarut, Encik Saldi Maruji Ketua Unit Pengurusan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

IKBN KINARUT TERLIBAT PROGRAM BERSAMA RAKYAT 3.0

 

 

 

KOTA KINABALU; 13 Agensi terlibat mengadakan pameran di Program Bersama Rakyat 3.0 yang dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Rakyat P172 Kota Kinabalu yang diadakan di perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) baru-baru ini.

 

Program bersama rakyat 3.0 ini disempurnakan oleh YB Jenifer Lasimbang Pembantu Menteri Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah merangkap Adun N.20 Moyog diiringi YB Phoong Jin Zhe Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.

 

Turut hadir pada program tersebut iaitu YB Chan Foong Hin Ahli Parlimen P172 Kota Kinabalu, YB Tan Lee Fatt Adun N.14 Likas dan YB Ronnie Loh Ee Eng Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik bagi menyempurnakan program tersebut.

 

 

PROGRAM OUTREACH IKBN BERSAMA MAJLIS BELIA FELDA SAHABAT

 

 

 

LAHAD DATU ; IKBN telah mengadakan satu program outreach bersama belia-belia Felda Sabahat yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Felda Sahabat 3 dengan kerjasama Majlis Belia Felda Sabahat yang diadakan di Dewan Semai Bakti Desa Kencana baru-baru ini.

 

Program ini bertujuan memberi penerangan berkenaan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut serta pendedahan dan pentingnya pendidikan TVET kepada belia-belia Felda Sahabat selaras dengan halatuju Industri 4.0 yang akan memberi impak besar dalam pembangunan Negara.

 

Menerusi program ini juga, Unit Promosi IKBN Kinarut turut membuka booth pameran bagi membolehkan belia-belia mendapatkan info yang lebih lanjut berkenaan IKBN Kinarut serta kursus-kursus yang ditawarkan.

 

Turut serta di program tersebut iaitu Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Encik Zazali Zahari Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar.

Rabu, 07 August 2019 10:32

PROGRAM SESI TEMUDUGA TERBUKA

 

 

     PROGRAM SESI TEMUDUGA TERBUKA

 

 

KINARUT ; Seramai 58 orang pelajar IKBN dan individu telah menghadiri sesi temuduga tersebut yang bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang yang diadakan di Bilik Inovasi, IKBN Kinarut.

 

Sebanyak 5 syarikat mengadakan sesi temuduga terbuka untuk menjawat dalam pelbagai jawatan dan pihak IKBN Kinarut telah menjemput individu dan pelajar IKBN yang berkelayakan untuk menghadiri sesi temuduga yang telah dianjurkan oleh Bahagian Cawangan Hubungan Industri IKBN Kinarut untuk mengisi kekosongan pekerjaan tersebut.

 

Antara syarikat yang telah mengambil bahagian dalam sesi tersebut ialah Syarikat Naziela Enterprise, Sime Darby Plantation Sdn Bhd, Gayana Eco and Bunga Raya Island Resort, Frontier Engineering Solution Sdn Bhd dan Sibiling Home & Kitchen Sdn Bhd.    

 

 

PROGRAM SESI MINI DIALOG BERSAMA INDUSTRI

 

 

 

KINARUT ; Seramai 10 wakil syarikat tempatan dan multi nasional telah bersama-sama menghadiri sesi mini dialog bersama dengan YB. Tuan Azhar Datuk Haji Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah dan turut menghadiri sesi tersebut ialah YBRS.DR.IR.Azmi Bin Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan yang diringi oleh Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik Dan Kreatif KBS En. Kumaran A/L Nadaraja bersama dengan Timbalan Pengarah Hal Ehwal pelajar IKBN Kinarut En. Himran Bin Entoh mewakili Pengarah IKBN Kinarut.

 

Antara intipati perbincangan dalam sesi dialog tersebut adalah mendapatkan maklumbalas dari pihak industri dalam perlaksanaan MOU dari tahun 2014 sehingga tahun 2018. Sesi ini juga menbincangkan perancangan penambahbaikan bagi kedua-dua pihak dengan membuat unjuran keperluan tenaga mahir bagi tahun 2018-2019. Pihak KBS berpendapat, pihak industri menjadi platform dan medium kepada pihak pengurusan tertinggi KBS untuk bertukar pendapat dan menjalinkan hubungan erat yang sedia ada serta memastikan semua industri mendapat peluang untuk berinteraksi, memberi pendapat dan melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi kerjasama kedua pihak. Majlis ini berlangsung di Bilik Mesyuarat IKBN Kinarut.

 

 

46 ORANG PELATIH IKBN KINARUT DITAULIAH ARP TAHAP PERAK MANAKALA 75 ORANG TAHAP GANGSA

 

 

 

KINARUT ; Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja IKBN Kinarut telah berlangsung dengan penuh meriah apabila Majlis Penyampian Sijil Tauliah telah disampaikan oleh YBHG. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

 

Terdahulu dalam ucapan perasmian beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta ARP yang layak ditauliahkan anugerah Perak dan Gangsa dan memberi penekanan bahawa penyertaan mereka dalam aktiviti ARP adalah salah satu aktiviti yang mampu memberikan kesan mendalam dalam jiwa sanubari setiap peserta melalui penglibatan aktiviti secara sukarelawan dalam setiap komponen yang mereka sertai.

 

YBHG. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Hj. Mohd Yusof juga memuji persembahan tarian kebudayaan daripada peserta ARP dan menyarankan bakat-bakat yang mereka ada harus diketengahkan agar terus bersinar dan tarian-tarian kebudayaan di Sabah khususnya tidak akan hilang ditelan zaman.

Sejak program ARP diwajibkan di semua ILKBS IKBN Kinarut telah bermula dengan seramai 26 orang peserta pada sesi Julai 2017 dan kesemua peserta tersebut layak untuk ditauliahkan pingat gangsa.

 

Pada masa ini seramai 23 orang sedang menjalankan projek anugerah Emas, 75 orang perak dan 130 orang tahap gangsa bagi tahun 2019.

 

IKBN Kinarut menawarkan Komponen Kemahiran seperti Kemahiran Permainan Golf, Kemahiran Bermain Alat Muzik (Gitar), Kemahiran Silat, Kemahiran Pengacaraan Majlis, Kemahiran Bermain Kompang, Kemahiran Dandanan dan Solekan,Kemahiran Vokal dan kemahiran tarian.

Halaman 6 dari 33