Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

289 GRADUAN MENDAPAT SIJIL DAN DIPLOMA DI KONVOKESYEN KALI KE 12

 

 

 

KINARUT ; 03 OGOS 2019 – Seramai 289 orang graduan IKBN Kinarut telah menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen IKBN Kinarut kali ke-12 telah berlangsung dengan meriahnya yang di adakan di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut.


Majlis telah dirasmikan oleh YB Steven Sim Chee Keong Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia dan diiringi oleh YB Phoong Jin Zhe Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah, Puan Ramona Binti Mohd Razali Timbalan Ketua Setiausaha (Stategik) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Dato’ Dr. Hjh. Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.


Majlis itu menyaksikan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Kompeten Suruhanjaya Tenaga kepada 289 orang graduan yang melibatkan kursus sepenuh masa dan separuh masa IKBN Kinarut pada kali ini.


Matahir Jumadi, graduan Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A4) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan pada Majlis Konvokesyen pada kali ini.


Anugerah Ikonik Usahawan Cemerlang Lepasan IKBN Kinarut 2019 telah diberikan kepada Malik Tanginang pelajar lepasan IKBN Kinarut daripada Jurusan Pendawaian Elektrik Tiga Fasa PW4. Malik Tanginang merupakan seorang usahawan berjaya yang kini merupakan Pengurus MT Elektrik dan memperolehi pendapatan sehingga RM 25 ribu hingga RM 40 ribu sebulan.


Anugerah Ikonik Pekerja Cemerlang Lepasan IKBN Kinarut 2019 pula diberikan kepada Encik Amir Azuan Abdullah lepasan Jurusan Sijil Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik). Beliau kini berkhidmat disebuah Intitut Kemahiran Awam iaitu Giat Mara Malaysia dan menjadi jurulatih bagi ASEAN Skills Competition (ASC) dan juga jurulatih Negara ke pertandingan World Skills Competition di Dubai pada tahun 2017.


Turut hadir pada majlis tersebut iaitu, Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pengarah-Pengarah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dan Wakil-Wakil Kerajaan Negeri dan NGO.

 

 

KUMPULAN AFORCE JUARA BATTLE OF THE BAND 2019 IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 IKBN Kinarut 2019 satu pertandingan Battle Of The Band 2019 IKBN Kinarut dengan penglibatan 8 kumpulan belia-belia dari Sabah khususnya berentap bagi mempersembahan di pertandingan BOTB 2019 yang diadakan di perkarangan padang kawad, IKBN Kinarut.

 

Kehadiran juri professional iaitu Encik Romeo Jaibet iaitu pemusik professional orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah bagi menilai persembahan setiap kumpulan yang bertanding yang akan mempersembahkan 3 buah lagu dimana dua buah lagu bebas dan satu lagu ciptaan mereka sendiri.

 

Kumpulan AForce telah dinobatkan sebagai juara pertandingan BOTB 2019 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1000 manakala Kumpulan Paragon daripada Politeknik Kota Kinabalu menduduki tempat ke-2 dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 700 dan Kumpulan Nadem dari Membakut menduduki tempat ke-3 serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500.

 

Penyampaian hadiah Pertandingan BOTB 2019 kepada para pemenang disempurnakan oleh YB Datuk Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar wakil rakyat Dun N21 Kawang turut diiringi oleh Encik Himran Bin Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan Dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut.

 

 

AKSI PERTARUNGAN BEYBLADE DI IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Pertarungan hebat antara kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah dalam permainan gasing moden ‘Beyblade’ Burst Challenge telah diadakan di perkarangan padang kawad, IKBN Kinarut.

 

Pertandingan ini dianjurkan bersempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 IKBN Kinarut dan bertujuan menggalakkan kanak-kanak bertanding secara kompetatif serta inisiatif yang baik yang membolehkan kanak-kanak bergaul mesra sesama rakan, berkenalan dan mengeratkan perhubungan sesama mereka.

 

Jeritan penyokong dan ibu bapa juga memeriahkan suasana pertandingan tersebut serta mendapat penglibatan yang memberangsangkan dari kanak-kanak dengan penyertaan 64 peserta dengan masing-masing membawa Beyblade mereka sendiri.

 

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Himran Bin Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut kepada pemenang-pemenang pertandingan.

 

 

 

24 PASUKAN SERTAI KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Kejohanan bolasepak 9 sebelah terbuka peringkat IKBN Kinarut mendapat sambutan dengan penglibatan belia-belia sabah khususnya yang diadakan di Padang IKBN Kinarut Sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 IKBN Kinarut 2019.

 

Penganjuran kejohanan ini ialah untuk memupuk semangat kesukanan, amalan gaya hidup sihat, meningkatkan semangat berpasukan, semangat setia kawan,mengeratkan hubungan silaturahim dan mencungkil bakat-bakat generasi muda yang berpotensi agar diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat negeri atau kebangsaan.

 

Penglibatan 24 pasukan yang berentap disepanjang kejohanan berlangsung telah menunjukkan komitmen yang terbaik dan memberi respon yang positif berkenaan kejohanan tersebut.

 

Kejohanan bolasepak 9 sebelah yang diadakan selama 2 hari bermula pada 3-4 Ogos 2019 ini telah disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia dan majlis penutupan dan penyerahan hadiah kepada pasukan-pasukan disempurnakan oleh Tuan Hj. Ahmad Bin Hassan Ahli Parlimen P175 Papar.

 

Turut hadir dalam majlis tesebut iaitu Encik Himran Bin Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut, Encik Zazali Bin Zahari Ketua Urusetia Konvokesyen Kali Ke-12, Pengurus-Pengurus Pasukan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

KEMERIAHAN PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK

 

 

 

KINARUT ; Pertandingan mewarna Kanak-Kanak dengan kerjasama daripada Taska Kreatif IKBN Kinarut telah diadakan sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 yang diadakan di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan bakat dan potensi diri, meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak dalam menghasilkan karya berdasarkan kreativiti sendiri, memupuk semangat kerjasama guru-guru taska, kanak-kanak dan juga ibubapa dan memberi galakan dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk terlibat dalam pertandingan.

 

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak Taska Didik Kreatif IKBN Kinarut bersama keluarga masing-masing.

 

Program ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Yasser Bin Ayob Ketua Jabatan Elektrik IKBN Kinarut diiringi oleh Puan Anna Ong Teacher Taska Didik Kreatif IKBN Kinarut.

Jumaat, 19 July 2019 10:21

PROGRAM BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

 

 

 

PROGRAM BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

 

 

 

KINARUT ; Satu program galakan membaca berkonsepkan amal kesenian dan kebudayaan dengan tema seni ilmu dijana budaya membaca dipelihara dikalangan warga IKBN Kinarut telah diadakan di Bilik Transformasi, IKBN Kinarut.

 

Pelbagai pengisian program seperti taklimat digital library, pertandingan Scrabble, Chess, dan kutipan tabung kemanusiaan dunia aman palestin telah diadakan dan Berjaya dilaksanakan.

 

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut serta beliau menyatakan aktiviti seumpama ini mampu menarik minat dan memupuk budaya membaca dikalangan pelajar dan kakitangan khususnya di IKBN Kinarut ini.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu Encik Ahmad Rithaudin Ibrahim Timbalan Pengarah Latihan, Encik Saldi Maruji Ketua Cawangan Pengurusan dan Pentadbiran, pegawai-pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

PELAJAR IKBN KINARUT BERPELUANG MEMPELAJARI SISTEM CHILLER & COOLING TOWER

 

 

 

KOTA KINABALU ; Seramai 23 orang pelajar Semester 3 dari Jurusan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (Domestik) diiringi oleh dua orang tenaga pengajar IKBN Kinarut semalam telah berkesempatan menjalankan Lawatan Sambil Belajar ke Sedafiat Sdn Bhd yang bertempat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.

 

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Hazizul Ag Damit Ketua Fasility Head Engineering di Hospital QEH.  Di antara modul pembelajaran yang telah disampaikan adalah Teori system chiller & cooling tower, Plan preventive maintenance cooling tower (service cooling tower) dan Pengisian logsheet chiller (mengambil bacaan operasi chiller & cooling tower).

 

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Encik Mohd Sophian bin Kandar Ketua Jabatan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara IKBN Kinarut.

 

 

SESI ‘VISITING LECTURER’ BAGI BIDANG JABATAN AWAM

 

 

 

KINARUT ; Sesi ‘VisitingLecture’ daripada pihak industri telah diadakan pada 10 Julai 2019 bertempat di Bilik Jamuan Dewan Limau-limauanIKBN Kinarutyang disampaikan oleh En. Ridhwan Bin Hadim bagi berkongsi kepakaran dan pengalamanbeliau dalam bidang ArchitecturalDesignsepanjang kerjaya beliau selama10tahun.

 

En. Ridhwan yang juga merupakan seorang lepasan pelajar Bidang Pelukis Pelan Senibina Tahap 3 IKBN Kinarutpada tahun 2008kini bekerja sebagai seorang ArchitecturalDesigner di Syarikat JK CharteredArchitect. Beliau banyak berkongsikepakaran, pandangan dan cabarankerjaya sebagai seorang designer, draughtsman dan juga sitesupervisor dalam industri pembinaan.

 

Sesi ini juga turut membicarakan berkenaan kebolehpasaranpelajar lepasan IKBN terutamanya bidang Pelukis Pelan Senibina dan juga Jurubina Bangunan yang mempunyai peluang yang cerah di sektor pembinaan selain memberikan sedikit motivasi, inspirasi serta menaikkan semangat pelajar-pelajar Jabatan Awam agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana telahmemilih laluan kerjaya sebagai draughtsmandan juga sitesupervisor.

 

 

“INTERNET PORNOGRAPHY: AWARENESS AND PREVENTION”

 

 

On the 9th of July, 2019, IKBN Kinarut has invited the Malaysian Communications and Multimedia (MCMC) to give a talk on “Internet Pornography: Awareness and Prevention”. The talkwhich was presented by the Assistant Director ofMCMC Sabah Regional Office, PuanFauziente Abdul Rahman is focusing on the danger of unsupervised and uncensored surfing of the internet, and the roles of MCMC in making sure safe internet surfing environment.

 

Apart from addressing pornography on the internet, the speaker also touched on the concerning issue of online Child Grooming and Sexting. Online Child Grooming is when an adult builds an emotional connection with a minor to gain their trust for the purposes of sexual abuse, sexual exploitation or trafficking. While, sexting is the sharing of nude or sexually suggestive photos or text messages by electronic means. These issues are pressing and need to be addressed urgently especially to create awareness for teens and young adultsuch as IKBN Kinarut students who are in the age where their curiosity and sexual exploration are on its peak.

 

The two hours talk was filled with interactive multimedia such as videos and GIFs. The talk was later followed by Question and Answer session which received active participation from the 282 students. Token of Appreciation to the speaker was presented by the Deputy Director of Skills and Training of IKBN Kinarut, Mr. Ahmad Rithauddin Bin Ibrahim. This Visiting Lecturer Programme is endorsed by the Students Affair Department as a part of the English Empowerment Initiatives (EEI) and organized by the English Club.

Sabtu, 06 July 2019 14:20

SESI JULAI 2019 IKBN KINARUT BERMULA

 

 

SESI JULAI 2019 IKBN KINARUT BERMULA

 

 

 

IKBN KINARUT ; Seramai 109 orang kedatangan pelajar baru bagi sesi 2/2019 telah mendaftar ke Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut pada sesi pendaftaran yang diadakan pada 1 Julai 2019 yang lalu bertempat di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Pada sesi kali ini, 7 kursus yang ditawarkan iaitu Penjaga Jentera Elektrik A4, Penjaga Jentera Elektrik A1, Pendawaian Tiga Fasa PW4, Pendawaian Fasa Tunggal PW2, Binaan Bangunan, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik dan Komersial. 

 

Setelah sesi pendaftaran telah selesai, pelajar-pelajar baru diteruskan dengan sesi minggu paradigma yang bermula pada 1 Julai 2019 dan berakhir 5 Julai 2019. Disepanjang sesi minggu paradigma yang dilaksanakan, Cawangan Hal Ehwal Pelajar yang diketuai Encik Zazali Zahari telah merancang pelbagai aktiviti dan taklimat-taklimat yang disampaikan berhubung dengan IKBN Kinarut kepada pelajar-pelajar baru kali ini.

 

Satu majlis penutupan dan penyerahan pelajar-pelajar baru ke bengkel-bengkel mengikut bidang mereka masing-masing kepada ketua Jabatan Elektrik, Ketua Jabatan Awam dan Ketua Jabatan Penyejukbekuaan dan Penyaman Udara.

 

Tutur hadir pada majlis tersebut iaitu Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar, Encik Ahmad Rithaudin Timbalan Pengarah Latihan, Encik Mohd Yasser Ayob Ketua Jabatan Elektrik, Encik Amad Acho Ketua Jabatan Awam, Encik Mohd Sophian Kandar Ketua Jabatan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Encik Zazali Zahari Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar dan Pegawai-Pegawai IKBN Kinarut

Halaman 7 dari 33