Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

PELAJAR IKBN KINARUT MENABUR BAKTI DALAM PROGRAM IMPAK ILKBS @ KOMUNITI DI MASJID KG LIMBAWANG, BEAUFORT

 

 

 

BEAUFORT – Seramai 8 orang pelajar dan diselia oleh 2 orang Pengajar dalam Jurusan Penyejukbekuan dan Penghawa Dingin IKBN Kinarut menjalankan kerja-kerja amal di Daerah Beaufort pada hujung minggu lepas.

 

Para pelajar telah menjalankan pemeriksaan pendawaian elektrik dan penyelenggaraan 8 unit Penghawa Dingin di Masjid Kg. Limbawang, Beaufort. Selain itu sebanyak 23 buah kenderaan awam termasuk Van Jenazah Masjid Limbawang turut mendapat khidmat secara percuma bagi kerja-kerja pemeriksaan penghawa dingin dan pengisian semula gas “Aircond” yang dijalankan oleh pelajar-pelajar berkenaan.

 

Pada sebelah petangnya para pelajar dan pengajar mengambil kesempatan menjalankan aktiviti promosi IKBN dengan pengedaran risalah-risalah informasi IKBN Kinarut semasa Program Konsultasi Belia Daerah Beaufort dan Majlis berbuka Puasa yang dihadiri oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Ybhg. Ketua Setiausaha KBS .

 

 

SEMAI BUDAYA GOTONG ROYONG DALAM PROGRAM IMPAK ILKBS @ KOMUNITI IKBN KINARUT

 

 

KINARUT – Program Impak ILKBS @ Komuniti kali ini dijalankan di IKBN Kinarut dengan aktiviti yang bersesuaian dengan suasana bulan Ramadan. Walaupun sedang berpuasa ianya tidak menghalang para pelajar IKBN Kinarut menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dengan pendekatan secara bergotong-royong.

 

Dalam program kali ini para pelajar terlibat dalam aktiviti persediaan Dewan untuk venue program Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana, bergotong-royong menyediakan bubur kacang untuk hidangan majlis selain disumbangkan kepada penghuni Rumah warga Tua St. Pritchard, Kinarut dan pengguna-pengguna Jalan Limau-Limauan, Kinarut.

 

Sebelum majlis Khatam Al Quran bermula, peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari kalangan pelajar yang mengambil bidang kemahiran muzik dan vokal mengadakan persembahan selingan lagu-lagu Dakwah menerusi segmen “Showcase ARPRM”.

 

Selain itu para pelajar juga menyantuni tetamu khas dari rumah anak Yatim As Sakinah dalam majlis Iftar Perdana yang turut dihadiri oleh kakitangan IKBN Kinarut dan keluarga mereka. Kehadiran dianggarkan seramai 350 orang dalam majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengarah , Timbalan-timbalan Pengarah serta Ketua-ketua Jabatan.

 

 

PROGRAM CITRA IBADAH CINTAI SOLAT DAN PESONA MUSLIM

 

 

 

KINARUT ; Seramai 100 orang pelajar muslim Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah terlibat program citra ibadah yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) bertempat di Surau Al-Hidayah, IKBN Kinarut.

 

Program ini bertujuan memberi panduan pengukuhan solat dan bacaan Al-Quran, memberi pendedahan berkaitan kepentingan dan kesan solat serta membentuk peribadi muslim dari aspek individu, keluarga dan komuniti.

 

Dalam program citra ibadah ini beberapa fasilitator daripada luar telah dijemput iaitu Ustad Yusrino Yusof daripada CCRC Papar dan Ustad Ku Mohamad Haris Ku Zakaria daripada Penjaga Kota Kinabalu dan program citra telah disempurnakan oleh Tuan Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Ahmad Rithaudin Ibrahim Timbalan Pengarah Latihan, pegawai dan kakitangan.

 

 

BENGKEL PELAKSANAAN MODUL BARU BINA INSAN IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Seramai 15 orang pegawai daripada Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti (CPKK) terlibat dalam Bengkel Pelaksanaan Modul Baru Bina Insan yang diadakan di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Tamrin Enche Yusoff dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan. Intipati bengkel ini adalah kaedah baru penilaian Rubrik bagi menggantikan sistem peperiksaan, pelaporan dan penyelarasan data penilaian yang berkaitan.

 

Bengkel ini bertujuan memberi pengetahuan dan pemahaman jelas berkenaan pelaksanaan modul baru bina insan yang dilaksanakan di kesemua Institut Latihan Kemahiran Belia Sukan (ILKBS) khususnya kepada pengajar-pengajar subjek umum oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan.

 

Turut hadir bengkel tersebut iaitu Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Riezlan Sutrisno Ketua Cawangan Penyelarasan Kawalan Kua;iti (CPKK) IKBN Kinarut.

 

 

IKBN KINARUT BANTU AADK PERKASA LATIHAN KEMAHIRAN DI CCRC PAPAR

 

 

 

PAPAR - Satu Mesyuarat untuk menyelaras Pelaksanaan Program Latihan Kerjasama AADK dan KBS diadakan pada 2 Mei 2019 di Bilik Mesyuarat CCRC Papar. Melalui jalinan kerjasama ini IKBN Kinarut akan membantu menyediakan kepakaran dalam bidang elektrik dan bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara domestik kepada klien di CCRC Papar.

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Chong Siew Ngoh, Ketua Penolong Pengarah (Kerjaya dan vokasional) Bhg Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK Putrajaya. KBS pula diwakili oleh En. Mohd Tamrin Enchee Yusoff dari BPKB KBS, bersama rombongan IKBN Kinarut yang dihadiri oleh En Himran Entoh TP(HEP), En Ahmad Rithauddin Ibrahim TP(L), En Sophian Kandar Ketua Jabatan PPU, En Mohd Riedzlan Sutrisno , CPKK. Juga hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah Encik Abd Hamediee Ibrahim, Pengarah CCRC Papar bersama Pegawai dan Kakitangan CCRC Papar.

 

Semoga kerjasama strategik ini berjaya merealisasikan hasrat murni kedua-dua Agensi ini dan memberi manfaat kepada golongan sasaran.

 

 

BANTU MENYELESAIKAN MASALAH PENDAWAIAN MADRASAH AD DINIAH AR RAHMANIAH (ADRA)

 

 

 

SUNGAI IMAM ; Satu lagi lokasi pusat tahfiz yang dikenalpasti bagi melaksanakan pemeriksaan pendawaian menerusi Program Impak ILKBS @ Komuniti iaitu Madrasah Ad Diniah Ar Rahmaniah (ADRA) yang terletak di Sungai Imam, Tawau.

 

Madrasah Ad Diniah Ar Rahmaniah (ADRA) yang mempunyai seramai 118 orang pelajar yang berusia sekitar 11-32 tahun dan anak-anak tahfiz di madrasah ini kebanyakkannya berasal daripada Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Tawau yang menuntut di Madrasah ini.

 

Beberapa kerosakan peralatan telah dilakukan serta pemeriksaan dan pemasangan pembumian pendawaian telah dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan pendawaian di madrasah ini oleh beberapa orang pelajar dan turut dibantu oleh alumni dan tenaga pengajar pakar Pendawaian Elektrik.

 

Turut serta dalam program ini iaitu Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut dan Ustad Nasir Mohammad Mudir Pusat Madrasah Ad Diniah Ar Rahmaniah (ADRA).

 

 

ANAK-ANAK MADRASAH DARUL HIDAYAH SENYUM KERIANGAN

 

 

 

MEROTAI ; Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah mengenalpasti beberapa lokasi pemeriksaan pendawaian elektrik di pusat-pusat tahfiz umumnya dikawasan Merotai, Tawau yang mengalami masalah pendawaian menerusi Program Impak ILKBS@Komuniti.

 

Madrasah Darul Hidayah merupakan sebuah madrasah yang telah beroperasi lebih 20 tahun, menerusi pemeriksaan didapati madrasah ini mengalami banyak kerosakan-kerosakan peralatan elektrik dan pendawaian yang tidak selamat.

 

Maka dengan itu, beberapa orang pelajar-pelajar serta alumni daripada Jurusan Pendawaian Elektrik turut dibantu oleh dua orang tenaga pengajar berkesempatan mempraktikkan kemahiran mereka dilapangan selain memberikan khidmat bakti mereka kepada warga Madrasah Darul Hidayah.

 

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh yang dihormati Encik Jeffrey Abd Razak yang mewakili YB Sarifuddin Hata Adun 58 Merotai Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan dalam ucapan pelancaran berkenaan, beliau berterima kasih atas usaha pihak IKBN bukan sahaja menjalankan kerja-kerja sosial turut mempromosikan IKBN Kinarut kepada belia-belia setempat.

 

 

Tambah beliau lagi, program ini memberi manfaat kepada 130 orang anak-anak tahfiz, pengajar dan kakitangan Madarasah Darul Hidayah.

 

Turut hadir pada pelancaran Program Impak ILKBS @ Komuniti iaitut Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut, Cikgu Mohammaad Nasir Pengarah Madrasah Darul Hidayah, Encik Khazarudin Kahar Wakil Pejabat Belia Sukan Persekutuan Tawau dan Barisan Lembaga Madrasah Darul Hidayah.

 

 

“SUKAN E-SPORT MENJADI TREN ANAK MUDA MASA KINI “

 

 

 

PUTATAN ; Seramai 10 orang pelajar IKBN Kinarut telah menyertai anjuran Pertandingan E-Sport anjuran Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah, Putatan baru-baru ini.

 

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua dan sasaran penyertaan adalah tertumpu kepada belia-belia yang berada dibahagian pantai barat sabah. Pertandingan ini juga menyaksikan pelajar IKBN Kinarut iaitu saudara Mohd Aiman Faris dari jurusan Penjaga Jentera Elektrik semester 2 telah menamatkan cabaran pada peringkat suku akhir sementara pelajar-pelajar yang lain melepasi peringkat kumpulan dan juga pada peringkat kalah mati.

Antara objektif pertandingan ini adalah untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap e-sports berbanding e-gambling, mampu menjelaskan kepada masyarakat bahawa e-sports bukan lagi aktiviti hiburan yang membuang masa, sebaliknya ia merupakan industri penyumbang ekonomi negara serta boleh dijadikan peluang kerjaya profesional e-sports dan mempercepatkan pembangunan e-sports dalam melahirkan atlit, fasiliti dan pembangunan teknologi e-sports negara.

 

 

BELIA BERPUAS HATI DENGAN PROGRAM STAR@U

 

KINARUT ; Program Star@U My Future Youth Plus telah memberi satu pengalaman baru kepada seramai 22 orang belia yang mengikut program Fasa I tersebut selama empat hari di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut.

 

Rata-rata mengatakan mereka berpuashati dengan bidang kemahiran yang telah ditawarkan iaitu asas pendawaian elektrik dan kursus servis penyaman udara.

 

Program ini memberi peluang kepada belia-belia yang belum memasuki IKBN untuk mendapat latihan kemahiran secara sambilan dan percuma.

 

Belia-belia yang terlibat program Star@U ditemui baru-baru ini mengatakan mereka boleh menyerap 50-70 peratus kemahiran dan baki 30 peratus lagi apabila mereka berada di tempat bekerja.

 

Latihan jangka pendek ini turut disediakan sijil modular sebagai pengiktirafan kepada belia-belia yang tamat latihan singkat ini.

Khamis, 18 April 2019 14:44

IKBN KERJASAMA DENGAN PDRM DAN AADK

 

 

IKBN KERJASAMA DENGAN PDRM DAN AADK

 

 

 

KINARUT ; Sebanyak 8 program kerjasama antara IKBN dengan kedua-dua agensi AADK dan IPD Papar telah diadakan sehingga bulan Mac 2019.

 

Program melibatkan AADK lebih kepada ujian saringan air kencing pelajar dan Ceramah Belia Benci Dadah manakala program bersama IPK Kota Kinabalu lebih kepada program pencegahan jenayah melibatkan ceramah dan taklimat oleh pihak polis.

 

Mesyuarat berkala dengan kedua-dua agensi tersebut telah diadakan pagi tadi di IKBN Kinarut bagi membincangkan dan menangani pencegahan dadah dan jenayah.

Halaman 8 dari 33