Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

PELAJAR BINAAN BERPELUANG MEMPELAJARI SISTEM PEMBINAAN IBS

 

 

 

KINARUT ; Seramai 22 orang pelajar Jurusan Binaan Bangunan (JBB) dengan tiga orang pengjar IKBN Kinarut semalam telah berkesempatan melihat dari dekat tapak projek pembinaan Residensi Apartment Kinarut South bertempat di Taman Limauan, Sabah.

 

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Suhailee Limudin Jurutera Prima yang bertanggungjawab kepada lima blok apartment yang sedang disiapkan.

 

Projek yang dibina menggunakan sistem IBS dapat memberi pendedahan sebenar kepada pelajar binaan untuk memahami struktur pembinaan sesuatu bangunan.

 

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Tuan Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Ahmad Rithaudin Ibrahim Timbalan Pengarah Latihan Kemahiran dan Encik Amad Acho Ketua Jabatan Awam.

 

 

PROGRAM KEM MEMBACA LUAR KAMPUS IKBN KINARUT 2019

 

 

 

KOTA BELUD ; Seramai 13 orang pelajar dan kakitangan terlibat perkhemahan dalam program kem membaca luar kampus perpustakaan IKBN Kinarut yang diadakan di Polumpus Melangkap, Kota Belud baru-baru ini.

 

Program ini dibuat bersempena dengan Kempen Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta Sedunia yang diadakan setiap tahun pada bulan April oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris pada 15 November 1995.

 

Kem membaca luar kampus ini diperkenalkan dikalangan pelajar IKBN Kinarut sebagai satu aktiviti ko kurikulum bagi memupuk galakan tabiat membaca sebagai suatu aktiviti yang berfaedah sempena musim cuti persekolahan serta Menanamkan nilai-nilai murni dikalangan remaja seperti semangat beraktiviti dan sebagainya ke arah mencapai personaliti tinggi dalam jati diri pelajar.

 

Majlis penutupan program telah disempunakan oleh Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut disertai penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

 

 

IKBN KINARUT MENDAPAT SAMBUTAN DI FESTIVAL BEAUFORT 2019

 

 

 

BEAUFORT ; Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Festival Beaufort 2019 yang diadakan di Dataran Bagandang, Beaufort.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah merasmikan Festival Beaufort 2019 di Dataran Bagandang Beaufort pada kali ini.

Festival yang berlangsung selama tiga hari tersebut merupakan acara tahunan daerah Beaufort diisi dengan pelbagai acara menarik termasuk Festival Bundle, pertandingan kebudayaan, pameran oleh jabatan serta agensi kerajaan serta seminar kerjaya dan pendidikan.

Menerusi pameran ini, peluang dalam memberi pendedahan dan membantu dalam memberi informasi kepada para pengunjung terutama berkenaan dengan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) kepada belia-belia daerah Beaufort khususnya.

 

 

2 PAKAR TRANSFORMER KONGSI PENGALAMAN DENGAN PENGAJAR IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Dua orang pekar alat uji transformer dari CETM Electrotest Sdn Bhd, Kuala Lumpur semalam telah datang ke IKBN Kinarut bagi mengadakan ceramah dan demontrasi peralatan transformer kepada pengajar dan pelajar-pelajar IKBN Kinarut.

 

Encik S.Loganathan mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam uji pengendalian megger Transformer Testing Equipment selama 26 tahun dan telah melawat seluruh Asia Pasifik bagi menguji peralatan Transformer.

 

Manakala Encik Jian Chang warga China yang mendapat Phd dari Sweden merupakan pakar Dielectric Frequency Respone and Frequency Respone Analysis. Beliau mempunyai 8 tahun pengalaman dengan syarikat dan menjawat jawatan Senior Technical Support.

 

Kedua-dua pakar transformer ini telah ditemani oleh Encik Andrew Lau Pengurus Besar CETM Electrotest Sdn Bhd. Turut hadir dalam sesi teklimat tersebut ialah Encik Mohd Yasser Ayob Ketua Jabatan Elektrik IKBN Kinarut.

 

 

PERHIMPUNAN MESRA BULANAN BILANGAN 3/2019 IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT, 04 APRIL 2019 ; Perhimpunan Mesra Bulanan bersama Pengarah Bilangan ke 3/2019 yang dihoskan oleh Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang diadakan di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Penganugerahan Pekerja Terbaik bagi bulan Mac 2019 telah diberikan kepada Encik Asyrul Asri daripada Jabatan Elektrik (PE) , Encik Mohd Asraf Azamain daripada Jabatan Elektrik (PJE), Agyus Elbashir Abdul Mohammad daripada Pentadbiran dan Encik Missor Ekon daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP).

 

Disamping itu, majlis sambutan hari lahir bagi bulan Mac juga telah diraihkan dengan upacara pemberian cenderahati dan memotong kek kepada pegawai-pegawai yang menyambut hari kelahiran pada bulan Mac 2019.

 

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Tuan Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Ahmad Rithaudin Ibrahim Timbalan Pengarah Latihan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

IKBN KINARUT TURUT RAI HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA

 

 

KINARUT, 03 APRIL 2019 ; Semalam 2 April 2019 adalah Hari Autisme sedunia yang turut disambut oleh kesemua pelajar dan kakitangan IKBN Kinarut bertempat di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Sambutan hari kesedaran Autisme turut diserikan dengan kehadiran Tuan Hj Razali Mohamad, Pengarah IKBN Kinarut yang berkongsi tip bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang bersama pelajar-pelajar IKBN Kinarut semalam.

 

Selain berpakaian serba biru pada hari tersebut, pelajar dan kakitangan juga membuat formasi berupa lima jari sebagai mengambarkan sokongan dan prihatin kepada anak-anak autism.

 

 

 

TAKLIMAT KEMPEN KESEDARAN DAN CEGAH JENAYAH OLEH IPK SABAH BERSAMA PELAJAR IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ;  Bahagian Siasatan Seksual wanita Dan Kanank-Kanak D11,Jabatan Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, sentiasa berusaha memberi maklumat kepada golongan pelajar dalam Program Kempen Kesedaran dan Cegah Jenayah.

 

Para pelajar perlu mengembangkan dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan sihat daripada terjebak dengan Jenayah Seksual di rumah, sekolah, institusi pengajian seterusnya dalam masyarakat awam.

 

Program Kempen ini terbahagi kepada dua slot iaitu Pencegahan Jenayah Seksual dan Kesan Jenayah;Gangguan Emosi dan Trauma yang disampaikan oleh Puan Rasidah Rashid Pegawai Psikologi/Victim Care Officer(VCO) ,Sjn Siti Halizah Bt Zakaria, Sjn Harmilah Binti Pulis, dan L/Kpl Mohd Rizwan Bin Abdullah.

 

Program Kesedaran ini juga turut diselitkan dengan soalan kuiz dan kaedah penyelesaian serta kesannya bagi memberikan pemahaman serta menerapkan konsep dua hala melalui pertanyaan dari pegawai dan jawapan oleh pelajar.

 

Program ini merupakan satu langkah ke arah memberi pengetahuan asas tentang Jenayah Seksual bagi menyelesaikan masalah pelajar dan orang awam daripada menghadapi tekanan yang boleh mendorong mereka terlibat dengan gangguan emosi dan trauma.

 

Selain itu para pelajar juga wajar menghayati nilai agama dan moral kerana inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman dalam menempuh kehidupan penuh cabaran. Pelajar hari ini bakal menempuhi pelbagai halangan dan cabaran yang pastinya menggugat ketahanan dan jati diri mereka.

 

Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Pengarah Pengurusan Dan Hal ehwal Pelajar Himran Bin Entoh.

 

 

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN, HAFAZAN, KOMPANG DAN NASYID PERINGKAT IKBN KINARUT 2019

 

 

 

KINARUT - Unit Bina Insan Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan, Kompang Dan Nasyid Peringkat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut2019yang diadakan bertempat di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Matlamat Pertandingan ini adalah untuk memberi kesedaran, kefahaman, penghayatan serta mempertingkatkan ukhwah di kalangan pelajar IKBN Kinarut di dalam membaca Al-Quran, hafazan, kompang dan nasyid. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendedahkan Al-Quran sebagai teras pembangunan bina insan berkualiti dengan memahami serta mengamalkan ajarannya.

 

Menurut Ustad Sabran Sabirullah penyelaras program ini, penyertaan pertandingan pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelatih IKBN Kinarut dengan penyertaan pelbagai Jurusan antaranya Penjaga Jentera Elektrik, Pendawaian elektrik , Binaan Bangunan, Lukisan Senibina, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik dan Komersial.

 

Turut serta dalam majlis tersebut iaitu Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Ahmad Rithaudin Ibrahim Timbalan Pengarah Latihan, , Encik Sophian Kandar Ketua Jabatan Aircond, pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

LAWATAN IKBN KINARUT KE PUSAT TAHFIZ DAN RUMAH ANAK YATIM

 

 

 

TAWAU ; Team IKBN Kinarut yang diketuai oleh Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengadakan lawatan selama 2 hari ke pusat-pusat tahfiz dan rumah-rumah anak yatim di daerah Tawau, Sabah.

 

Lawatan ini bertujuan mengenalpasti keselamatan pendawaian di pusat-pusat tahfiz dan rumah-rumah anak yatim serta kerja-kerja penyelengaraan yang diperlukan menerusi khidmat kemahiran yang dimiliki oleh pelajar-pelajar IKBN Kinarut dengan bimbingan pengajar-pengajar pakar.

 

Justeru itu, program ini dapat membina hubungan baik dengan masyarakat menerusi kemahiran pelajar-pelajar IKBN Kinarut dalam membantu menaiktaraf keadaan sosial serta ekonomi penduduk dengan kemahiran yang mereka miliki serta menanam sifat kepentingan soal kebajikan dan kesejahteraan sosial masyarakat dalam jati diri dikalangan pelajar.

 

 

‘IN-HOUSE TRAINING’ TINGKAT KEMAHIRAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN

 

 

 

KINARUT ; Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut baru-baru ini terlibat dengan kursus Kimpalan Arka secara “In-House Training” yang dianjurkan oleh Jabatan Penyejukbekuan & Penyaman Udara.

 

Kursus ini bertujuan memberi peluang untuk meningkatkan lagi kemahiran “softskill” pegawai dan kakitangan dalam tempoh masa yang singkat serta dapat memaksimakan penggunaan peralatan dan mesin yang sedia ada di Bahagian Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Domestik.

 

“Menurut Ketua Jabatan Aircond Encik Mohammad Sophian Kandar , kemahiran kimpalan arka perlu dilakukan mengikut teknik yang betul agar hasil kerja yang diterhasil bermutu tinggi.

 

 

“Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut bercadang untuk menganjurkan Kursus secara “In-House Training” kepada kakitangan IKBN Kinarut tanpa perlu keluar dari institut untuk tujuan penjimatan.” Kata Encik Sophian lagi.

Halaman 9 dari 33