Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

PELAJAR LAKUKAN KERJA-KERJA NAIKTARAF GRANDSTAND

 

 

 

KINARUT ; Kerja-kerja menaik taraf Grandstand Padang Bola Sepak, IKBN Kinarut selesai dilaksanakan dengan khidmat kemahiran yang diperolehi oleh pelatih-pelatih daripada Jurusan Pendawaian Elektrik.

 

Seramai 22 orang pelajar daripada semester satu yang dipimpin oleh Encik M.M Yusdi Otoh iaitu pengajar yang cukup pengalaman dalam bidang pendawaian telah menyelesaikan kerja-kerja menaiktaraf dengan jayanya.

 

Menurut Encik M.M Yusdi, dengan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar pendawaian elektrik dengan kerjasama pengajar dapat mengurangkan kos untuk mendapatkan khidmat kontraktor daripada luar.

 

“Ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar daripada jurusan pendawaian tentang kerja-kerja pendawaian yang sebenarnya dan dapat menempuh cabaran di industri semasa mereka bekerja diluar kelak”, katanya lagi.

 

Sementara itu, beliau juga berkata, Jabatan Elektrik akan melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaran yang diperlukan di IKBN Kinarut ini bagi menerapkan khidmat pelajar-pelajar pendawaian elektrik agar meningkatkan lagi kemahiran mereka.

 

 

SERAMAI 350 ORANG PELAJAR DAN PEGAWAI IKBN KINARUT MEMBUAT PILIHAN BIJAK MENERUSI ASNB

 

 

 

KINARUT; Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah berkunjung ke IKBN Kinarut bagi mengadakan Program Literasi Kewangan ASNB kepada warga IKBN Kinarut yang diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut pagi tadi.

 

Ceramah disampaikan oleh dua orang wakil daripada cawangan Kuala Lumpur iaitu Encik Abdul Rahman Abdul Hamid dan Encik Zakie Alwi serta dibantu oleh orang pegawai daripada cawangan Kota Kinabalu yang diketuai oleh Encik Zainal Molupin Pengurus Cawangan Kota Kinabalu.

 

Taklimat diadakan ada bertujuan memberi pengetahuan kepada warga IKBN Kinarut dengan menerusi taklimat pelaburan dan perancangan kewangan serta pilihan yang bijak melabur dalam unit amanah adalah satu daripada kaedah pelaburan mudah yang boleh dilakukan sesiapa sahaja untuk membina kewangan kukuh bagi jangka masa panjang.

 

Turut serta dalam taklimat tersebut iaitu Tuan Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Himran Entoh Penolong Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MEMBERI IMPAK POSITIF DIKALANGAN PELAJAR

 

 

 

KINARUT; Seramai 99 orang pelajar muslim terlibat Kursus Pengurusan Jenazah IKBN Kinarut 2019 yang dianjurkan Unit Bina Insan Hal Ehwal Pelajar yang diadakan di Surau Al-Hidayah, IKBN Kinarut baru-baru ini.

 

Penceramah jemputan bagi kursus ini disampaikan oleh Pensyarah Maahad Tahfiz Darul Hadis Sabah, Kota Kinabalu, Ustaz Hafiz Muhamad dengan kerjasama daripada Ustad Sabran Sabirullah.

 

Kursus ini bermatlamatkan agar pelatih IKBN Kinarut mendapat ilmu fardhu kifayah secara khusus seterusnya dapat melaksanakan tuntutan pengurusan jenazah sekiranya berlaku di dalam kariah (kampung) masing-masing serta menjadi medan pertemuan antara pelatih muslim IKBN Kinarut untuk saling mengenali dan merapatkan ukhuwwah.

 

Turut hadir pada kursus tersebut iaitu Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Pengurusan (HEP) IKBN Kinarut serta beberapa orang pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut

Khamis, 21 February 2019 11:25

“KEGIATAN DALAM SUKAN, TIDAK MERUGIKAN”

 

 

“KEGIATAN DALAM SUKAN, TIDAK MERUGIKAN”

 

 

KINARUT ; Bermulanya Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah peringkat IKBN Kinarut 2019 semalam dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan serta positif di kalangan pelatih IKBN Kinarut.

 

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) Encik Himran bin Entoh dengan menyempurnakan “kick off” sebagai gimik perasmian kejohanan.

 

Antara objektif Kejohanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama pelajar di IKBN Kinarut serta pendedahan dan menarik minat warga IKBN Kinarut menceburi diri secara aktif dalam aktiviti sukan.

 

Sekaligus sebagai langkah persiapan awal persiapan kontinjen IKBN kinarut melalui pemilihan pelajar yang berbakat untuk mewakili IKBN Kinarut ke Kejohanan Sukan ILKBS 2019

Khamis, 14 February 2019 10:02

IKBN KINARUT SIFAR UJIAN PRA SARINGAN DADAH

 

 

IKBN KINARUT SIFAR UJIAN PRA SARINGAN DADAH

 

 

 

IKBN KINARUT; Seramai 167 daripada 302 pelajar institut ini yang menjalani ujian saringan air kencing yang dilaksanakan Unit Kawad Dan Disiplin IKBN Kinarut dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Beaufort.

 

Pelbagai pendekatan bagi membasmi penyalahgunaan dadah, terutama dalam kalangan pelajar daerah ini antara langkah pencegahan diambil ialah pelaksanaan Program Bebas Dadah dengan pengisiannya meliputi taklimat antidadah dan ujian saringan air kencing.

 

"Kerajaan memandang berat isu penagihan dadah dalam kalangan belia remaja dan sentiasa mengambil langkah tegas memastikan mereka tidak terbabit gejala itu.

 

Cawangan Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut menetapkan objektif Bebas Dadah dengan menyasarkan kadar penyalahgunaan dadah kurang daripada tiga peratus jumlah pelajar pada setiap sesi pengambilan.

 

 

Disamping itu, pelbagai slogan kami benci dadah juga telah dipasang dimerata-rata premis sebagai peringatan mesra kepada semua pelajar dan kakitangan institut ini agar menjauhkan diri dari perangkap dadah.

 

Turut hadir dalam program pra saringan ujian air kencing tersebut adalah En Zazali Bin Zahari, Ketua Cawangan Hal Ehwal Pelajar

 

 

JABATAN PENJARA SEDIA BANTU DISIPLIN PELAJAR IKBN

 

IKBN KINARUT; Jabatan Penjara sedia membantu IKBN Kinarut untuk memberikan pendedahan ilmu kepada pelajar yang ada masalah disiplin mengenai kesan terbabit dalam jenayah dan dadah sekali gus dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk mengelak dan mencegah mereka daripada terbabit dalam kesalahan berkenaan.

 

Tuan ASP Zainal dari Penjara Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkata didalam ceramahnya bertajuk , “Kekalkan Keamanan, Bersama Membasmi Jenayah” di mana pelajar yang ada masalah disiplin serius perlu menjalani program pemulihan .Kami akan terus memberi kerjasama kepada mana-mana pusat pengajian dalam apa juga bidang bersesuaian demi matlamat melahirkan insan cemerlang.

 

Jabatan Penjara Malayisa tidak terkecuali mendukung hasrat untuk bersama-sama melahirkan ,pelajar-pelajar belia yang prihatin dengan mendedahkan ilmu kepenjaraan dalam program itu.

 

Di dalam program ini juga, pihak Jabatan Penjara juga telah menunjukkan demonstrasi sebatan sebagai peringatan kepada pelajar-pelajar agar tidak berhasrat untuk masuk ke penjara dan melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan dijatuhkan hukuman sebatan.

 

"Mungkin ada pelajar akan memilih profesion kepenjaraan sebagai kerjaya, sekali gus dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara dalam memulihkan mereka yang tersasar daripada landasan kehidupan," katanya.

 

Turut hadir dalam ceramah ini adalah Timbalan Pengarah kemahiran, Encik Ahmad Rithauddin Bin Ibrahim.

 

 

960 BOTOL AIR MINUMAN BERSIH UNTUK MANGSA KEBAKARAN PULAU BANGGI

 

 

 

PULAU BANGGI ; Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut sekali lagi turun padang menghulur bantuan berupa keperluan harian untuk mangsa kebakaran Pulau Banggi bertempat di Pejabat Daerah Kudat.

 

Sebanyak 960 botol air minuman bersih yang amat diperlukan oleh mangsa kebakaran telah diagihkan kepada Tuan Sapdin Ibrahim Pegawai Daerah Kudat merangkap Pegurusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Kudat.

 

Perjalanan penghantaran sumbangan ke Daerah Kudat mengambil masa hampir 3 jam dari IKBN Kinarut manakala penghantaran barang ke Pulau Banggi mengambil masa 1 jam 30 minit menggunakan feri dari Kudat.

 

Kebakaran pada 13 Januari 2019 di Pulau Banggi melibatkan 81 buah rumah dan 300 mangsa kehilangan kediaman dan harta benda.

 

Turut hadir semasa penyerahan ialah Encik Himran entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut

 

 

SANG SURIA EXCEL BERSEDIA AMBIL PELAJAR UNTUK LATIHAN INDUSTRI

 

 

PUTATAN ; Syarikat Sang Suria Sdn Bhd bersedia untuk mengambil pelajar-pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut untuk latihan industri di tapak pembinaan projek-projek syarikat mereka.

 

Pengurus Syarikat Sharif Md Azis ditemui ketika lawatan team IKBN yang diketuai oleh Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut ke tapak binaan projek syarikat di Putatan dan lawatan ke pejabat SSE Excel di Tanjong Aru pagi tadi.

 

Antara bidang-bidang yang boleh dipertimbangkan oleh SSE Excel ialah bidang Awam, Elektrik dan Aircond untuk latihan “On Job Training” di syarikat mereka.

 

Sang Suria Excel Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputera yang berdaftar dengan Perbendaraan Malaysia Sabah (PMS) dalam bidang perabot pejabat, perhiasan dalaman, reka dan bina bangunan dan pembinaan.

 

Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Encik Ahmad Rithaudin Ibrahim Timbalan Pengarah Latihan dan beberapa orang pegawai daripada Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Kinarut.

 

 

SARINGAN AWAL WORLD SKILL MALAYSIA BELIA IKBN KINARUT

 

 

KINARUT ; Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut hari ini telah mengadakan saringan awal Pertandingan Pra Kelayakan World skill Malaysia Belia (WSMB) dalam bidang Refrigeration and Air Conditioning.

 

Seramai 7 orang pelajar daripada Bahagian Domestik & Komersil telah menyertai pertandingan yang bermula jam 9:00 pagi dan tamat pada jam 3:00 petang.

 

Pelajar PPU Domestik Semester 2, Welddy Simun telah berjaya menjadi johan dan ditempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Mohd Shahrul Isap dan Alfino Frankie @ Franky

 

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh En Ahmad Rithaudin bin Ibrahim Timbalan Pengarah (Latihan) IKBN Kinarut bertempat di bengkel Bahagian Domestik IKBN Kinarut.

 

 

 

PELAJAR ILKBS BUKTIKAN KEKOMPETENAN DALAM BIDANG AWAM

 

 

 

KINARUT ; Seramai 10 orang pelajar daripada jurusan awam telibat Pertandingan Pra Kelayakan World Skill Malaysia Belia (MSMB) peringkat IKBN Kinarut bagi kategori Whole Tiling dan Bricklaying yang diadakan di Bengkel Binaan Bangunan, Kinarut.

 

WSMB adalah satu pertandingan kemahiran untuk meningkatkan kekompetenan dan daya saing di kalangan pelatih institusi latihan kemahiran awam, swasta dan industri.

 

Dengan adanya pertandingan ini, pelatih dapat bersaing secara sihat untuk menunjukkan kemahiran yang dimiliki di samping mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang ditawarkan.

Halaman 10 dari 33