Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

IKBN KUALA LANGAT, 22 Ogos 2020 - Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat Bahagian Fotografi, Jabatan Multimedia IKBN Kuala Langat telah mengadakan Sembang Santai bersama Team Fotografi yang bertajuk Phone Photography (Komposisi dalam Fotografi) pada 21 Ogos 2020 lalu. Live terbabit telah bermula tepat jam 10.00 pagi pada hari Jumaat yang mulia itu.

IKBN KUALA LANGAT, 8 Julai 2020 - Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat dengan kerjasama pihak industri Akademi Fotografi Multimedia dan White Studio telah melaksanakan Kursus Program Pembangunan Kemahiran Tenaga Pengajar bidang Fotografi yang bertajuk "Advanced Advertising Photography".

IKBN KUALA LANGAT, 3 SEPTEMBER 2020 - Jabatan Perkhidmatan Sukan IKBN Kuala Langat telah menerima jemputan dari pihak Cure & Care Vocational Center (CCVC) cawangan Sepang untuk menjalankan satu siri kursus corporate massage di sana. Kursus tersebut telah dijalankan selama dua hari iaitu pada hari Selasa dan Rabu merangkumi pembelajaran secara teori dan amali dalam mempraktikkan kemahiran urutan korporat. Bilangan peserta yang mengambil bahagian ialah seramai 15 orang yang terdiri daripada penghuni pusat tahanan serta beberapa orang pegawai.

IKBN KUALA LANGAT, 28 OGOS 2020 - Jabatan Perkhidmatan Sukan IKBN Kuala Langat telah berjaya melaksanakan tiga siri kursus urutan sukan sepanjang tahun 2020. Siri pertama yang dijalankan pada 22 dan 23 Februari yang disertai seramai 10 orang peserta, Siri kedua pula dijalankan pada 26 dan 27 Julai 2020 juga disertai oleh 10 orang peserta dan siri terakhir dijalankan pada 22 dan 23 Ogos 2020 turut disertai oleh 10 orang peserta.

IKBN KUALA LANGAT, 23 JULAI 2020 - Seramai lapan orang kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Sukan IKBN Kuala Langat telah menghadiri satu kursus di bawah Program Peningkatan Kemahiran (PPK) yang dianjurkan oleh Recuperer Sports Rehab Centre bagi menambah serta meningkatkan kemahiran.

IKBN KUALA LANGAT, 11 September 2020 - IKBN Kuala Langat telah menjayakan program bootcamp pembantu pereka grafik kerjasama dengan syarikat akar dgital sdn.bhd. Yang dikendalikan sepenuhnya oleh bahagian teknologi multimedia jabatan multimedia dengan penglibatan seramai 20 orang peserta. Objektif program ini ialah peserta dapat memberi latihan kemahiran kepada belia berisiko dapat membentuk sasiah belia yang kurang berminat dalam mainstream education dan belum menamatkan persekolahan kepada bidang kemahiran yang diminati dan  dapat memperkenalkan ikbn kuala langat sebagai institusi kemahiran ilkbs bagi bidang teknologi multimedia serta dapat membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada semua peserta yang berpotensi bagi mengembangkan bakat mereka.

IKBN KUALA LANGAT, 24 Julai 2020 - IKBN Kuala Langat telah menjayakan program star@u smartphone videography yang dikendalikan sepenuhnya oleh bahagian teknologi hiasan dalaman jabatan awam melibatkan 10 orang peserta. Objektif program ini ialah peserta dapat memberi latihan kemahiran kepada belia berisiko dapat membentuk sasiah belia yang kurang berminat dalam mainstream education dan belum menamatkan persekolahan kepada bidang kemahiran yang diminati dan seterusnya dapat memperkenalkan ikbn kuala langat sebagai institusi kemahiran ilkbs bagi bidang yang dipilih.

Selasa, 15 September 2020 12:15

PROGRAM STAR@U PEMBUATAN SIDED CABINET

IKBN KUALA LANGAT, 24 Julai 2020 - IKBN Kuala Langat telah menjayakan program star@u pembuatan sided cabinet yang dikendalikan sepenuhnya oleh bahagian teknologi hiasan dalaman jabatan awam melibatkan 10 orang peserta. Objektif program ini ialah dapat memberi latihan kemahiran kepada belia berisiko, dapat membentuk sasiah belia yang kurang berminat dalam mainstream education dan belum menamatkan persekolahan kepada bidang kemahiran yang diminati dan seterusnya dapat memperkenalkan ikbn kuala langat sebagai institusi kemahiran ilkbs bagi bidang yang dipilih.

Selasa, 15 September 2020 12:11

PROGRAM STAR@U PEMBUATAN KERUSI TAMAN

IKBN KUALA LANGAT, 17 julai 2020 - IKBN Kuala Langat telah menjayakan Program star@u pembuatan kerusi taman yang dikendalikan sepenuhnya oleh bahagian lanskap jabatan awam melibatkan 10 orang peserta. Objektif program ini ialah dapat memberi latihan kemahiran kepada belia berisiko, dapat membentuk sasiah belia yang kurang berminat dalam mainstream education dan belum menamatkan persekolahan kepada bidang kemahiran yang diminati dan seterusnya dapat memperkenalkan ikbn kuala langat sebagai institusi kemahiran ilkbs bagi bidang yang dipilih.

IKBN KUALA LANGAT, 28 OGOS 2020 - Program Peningkatan Kemahiran (PPK) Kursus Advanced SketchUp Vray for Interior Decoration Design telah diadakan melibatkan pengajar-pengajar jurusan Teknologi Hiasan Dalaman.

Halaman 1 dari 10