Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

IKBN KUALA LANGAT, 19 NOVEMBER 2019 - Menerima undangan dari pihak penganjur iaitu Pejabat Belia Sukan Daerah Kuala Langat bagi Mewakili Jabatan bagi menyampaikan taklimat kepada golongan Belia sempena Program Anak Muda Wawasan Lestari peringkat Daerah Kuala Langat di Kem El-Azhar, Morib, Banting Selangor.

LITAR ANTARABANGSA SEPANG , 17 NOVEMBER  - Akademik Kemahiran Belia Motosport Temerloh telah mengadakan uji pandu ketahan enjin yang dianjurkan oleh K-Car di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) atau dikenali sebagai “K CAR GLOBAL 2019 Sepang 24 Hour Endurance”.

IKBN KUALA LANGAT, 14 NOVEMBER 2019 -  Unit Latihan Industri telah menjayakan sesi taklimat kali ke dua kepada pelajar jurusan Terapi Sukan, Fotografi dan Penerbitan Video dengan menjemput pengurus syarikat Santai Reflexology bagi berkongsikan pengalaman dan memberikan motivasi kepada 66 orang pelajar berkaitan bagaiman untuk menjadi seorang pekerja yang bermotivasi tinggi dalam membentuk sahsiah diri yang tinggi dalam membina karier masing-masing.

IKBN KUALA LANGAT, 28 OKTOBER 2019 – Pelajar IKBN Kuala Langat telah menyertai pertandingan video pendek yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara dibawah Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia.

IKBN KUALA LANGAT, 24 OKTOBER 2019 - Unit Latihan Industri telah mengadakan sesi pembentangan latihan industri pelajar jurusan Diploma Hiasan Dalaman bertempat di Bilik Seminar CIAST, IKBN Kuala Langat.

IKBN KUALA LANGAT, 8 Oktober 2019 -Jabatan Multimedia (Penerbitan Video) telah mengikuti “Program Pembangunan Kemahiran Kursus Profesional Videografi Pengarahan Filem” atas kerjasama pihak UiTM pada 30hb September sehingga 8hb Oktober di bengkel Penerbitan Video.

IKBN KUALA LANGAT, 27 SEPTEMBER 2019 – Cawangan Hubungan Industri Dan Latihan Khas telah berjaya mengadakan sesi taklimat kepada para pelajar yang akan menjalani latihan industri bermula pada 1 november 2019 hingga 30 januari 2020.

IKBN KUALA LANGAT, 20 SEPTEMBER 2019Cawangan Hubungan Industri IKBN Kuala Langat telah dapat menjalinkan kerjasama dengan syarikat AMNA Foot Reflexology berpengkalan di KLIA 2 bagi bidang terapi sukan.

IKBN KUALA LANGAT, 19 SEPTEMBER 2019 – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan bengkel data kebolehpasaran bagi pelajar yang tamat sesi latihan bagi tahun 2018 bertempat di Makmal Komputer IKBN Kuala Langat selama 2 hari.

REJIMEN TUDM BANTING SELANGOR ,22 OGOS - Pelajar IKBN Kuala Langat telah membuat Multi Camera Production (MCP) di Rejimen TUDM ,Banting Selangor pada 19hb Ogos sehingga 22hb Ogos.Pihak TUDM telah meminta pelajar IKBN untuk membuat siaran langsung pada hari pertandingan tersebut.   

Halaman 3 dari 9
 
Find us on Facebook
Follow Us