Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

IKBN KUALA LANGAT, 11 OGOS 2016 – Jabatan Teknologi Multimedia IKBN Kuala Langat telah diberi amanat bagi memberi khidmat bantu dan sokongan dalam perkhidmatan video “Live Streaming” yang diadakan sempena Seminar Penyelidikan IYES 2016, pada 9hb hingga 10hb Ogos 2016 di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. 

   Seramai 4 orang pelajar semester akhir jurusan Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Perekabentuk Multimedia Pengarangan) SKM 3 bersama seorang pengajar telah ditugaskan sebagai videographer untuk seminar ini. Khidmat bantu video live streaming ini, secara langsungnya adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar jurusan multimedia tentang kerja amali dan pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu juga, bagi membina keyakinan para pelajar tentang teknik multiple camera production (MCP).

 

Berita oleh: Affizie Bin Abu Kassim (IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat

 

 

 

No. Sebut Harga Tajuk Tarikh Iklan Tarikh Sesi Taklimat / Lawatan TapakTarikh Tutup
 IKBNKL/S/SH:BIL.8/2016 SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN GUNAHABIS BAGI JABATAN PERKHIDMATAN PERSONEL (TK & TS) DI IKBN KUALA LANGAT, BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN  16 Ogos 2016 17 Ogos 2016  24 Ogos 2016

 

a.Notis Sebut Harga JPP IKBNKL 2016

 

BANTING , 19 JANUARI 2016 – Panel dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengadakan Lawatan Pentauliahan Program Kemahiran bagi bidang Fotografi dan Perabot di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat pada 15 Januari yang lalu .

Tujuan lawatan ini adalah untuk membuat penilaian terhadap fasiliti serta bahan pembelajaran bagi program yang ditawarkan di IKBN ini. Panel pentauliahan yang dilantik oleh JPK iaitu Shamsul Kamal bin Hj. Zakaria , Zainuddin bin Arshad , Haji Abdul Rahim bin Basri  dan Mohammad Zaidi bin Mohammed Endon . 

Halaman 6 dari 6
 
Find us on Facebook
Follow Us