Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

KUALA LANGAT, 28 FEBRUARI 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan Pra Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi menggantikan pelaksanaan 5S pada 22 Februari yang lalu di sini.
   Pra Audit tersebut telah dilaksanakan oleh Champion EKSA, Wan Hussin Bin Wan Ahmad, dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua. Pelaksanaan audit tersebut adalah merupakan penilaian terakhir sebelum pelaksanaan audit sebenar oleh pihak MAMPU untuk persijilan EKSA di IKBN Kuala Langat. Ianya juga merupakan persediaan kepada pegawai-pegawai serta warga IKBN Kuala Langat untuk menghadapai penilaian audit sebenar yang akan dilaksanakan pada bulan Mac nanti.
   Dari pemerhatian oleh pihak penilai IKBN Kuala Langat layak dipersijilkan oleh pihak MAMPU serta perlu menambahbaik beberapa teguran demi mengekalkan amalan EKSA yang baik.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

KUALA LANGAT, 28 FEBRUARI 2017 -Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat telah mengadakan satu sesi ceramah pada 17 Februari yang lalu bertempat di Mini Teater Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat.

   Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Puan Aina Mardiah , Pegawai Pemakanan , Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan ilmu penyusuan di kalangan wanita serta menjamin kesihatan ibu dan anak pada masa akan datang serta teknik dan kaedah yang betul cara penyimpanan susu ibu bagi wanita bekerja.

   Selain dari ceramah yang disampaikan itu juga sesi pemeriksaan pap smear secara percuma diberikan kepada pegawai dan kakitangan wanita IKBN Kuala Langat .

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

KUALA LANGAT, 15 FEBRUARI 2017 -Cawangan Audit Dalam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan lawatan audit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat pada 7 Februari yang lalu
   Tujuan lawatan audit tersebut adalah sebagai pengesahan data baki awal aset dan liability bagi aset tak alih, akaun belum bayar dan deposit serta akaun belum terima . Lawatan dimulakan dengan semakan kad Kew PA 2 dan 3 seterusnya lawatan fizikal ke jabatan terlibat.
   Pemeriksaan fizikal aset turut melibatkan bengkel-bengkel seperti Jabatan Teknologi Awam, Jabatan Mekanikal, Jabatan Multimedia, Jabatan Personel serta Pentadbiran IKBN Kuala Langat.
Dua orang juruaudit dari Cawangan Audit Dalam, KBS iaitu Noor Haslizawati Binti Hasan dan Mohd Azli Bin Mohammad Ramlan telah melaksanakan pemeriksaan tersebut.
   Secara keseluruhan pihak auditor berpuashati dengan hasil pemeriksaannya dan lawatan berakhir pada jam 2.00 petang.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

Rabu, 08 February 2017 15:20

SEMINAR INOVASI “MENJEJAK INVENTOR”

KUALA LANGAT, 08 FEBRUARI 2017 - Seminar Inovasi “Menjejak Inventor” anjuran Jawatankuasa Inovasi telah diadakan bertempat di Dewan Ibnu Sina Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat pada 1 Februari yang lalu di sini .
   Tujuan diadakan seminar tersebut adalah untuk memberi pendedahan tentang bagaimana untuk memulakan sesuatu projek inovasi .Penceramah jemputan Hj. Norman Kusin , Pengarah Bahagian Pembangunan Latihan , Kementerian Sumber Manusia telah dijemput untuk menyampaikan seminar kepada semua pelajar serta kakitangan IKBN Kuala Langat sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan inovasi yang akan dilaksanakan pada bulan Mac nanti .
   Antara kandungan ceramah tersebut ialah “Dari Impian ke Idea Inovasi menjadi reality”, “Strategi untuk menang pertandingan inovasi” dan “ Perlindungan Harta Intelek – Paten”. Ceramah tersebut telah berjaya menarik minat sebahagian pelajar dan kakitangan untuk menyertai lebih banyak lagi pertandingan inovasi yang akan diadakan nanti.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

BANTING, 23 JANUARI 2017 - Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan Forum Bicara Anak Muda 2017 yang bertajuk 1 Tekad 1 Azam bertempat di Dewan Ibnu Sina pada 12 Januari yang lalu .
   Moderator Ustaz Zainuddin Bin Othman serta dua orang panel jemputan khas iaitu Ustaz Mohamad Afandi Bin Che Harun dan Saudara Abd. Azyadee Bin Abd Wahid telah mengendalikan forum tersebut yang bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang tekad dan azam seorang muslim sejati serta dapat membezakan yang mana baik dan sebaliknya . Selain itu juga turut dikongsikan pengalaman bersama bekas penagih dadah yang sudah bertaubat untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan di masa lalu .
   Forum ini telah dihadiri oleh semua warga IKBN Kuala Langat dan ianya dijadikan sebagai majlis forum tahunan sebagai salah satu program keagamaan disamping dapat merapatkan lagi ukhuwah dikalangan pelajar dan juga kakitangan .

 

Berita oleh: Zainuddin Bin Othman

(Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

BACHOK, 17 JANUARI 2017 - Mesyuarat Penubuhan Persatuan ALUMNI Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) telah diadakan serentak dengan Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir pada hari Ahad yang lalu.

   Seramai tiga orang pelajar serta seorang pengajar Jabatan Multimedia Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah diberi tanggungjawab untuk membuat liputan video dan foto disepanjang program tersebut.

   Majlis perasmian kedua-dua program tersebut telah disempurnakan oleh Ybrs. Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof , Ketua Pengarah , Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok memandangkan negeri Kelantan adalah antara negeri yang terjejas teruk semasa banjir baru-baru ini.

   Tugasan ini merupakan persediaan kepada pelajar-pelajar sebelum melaksanakan tugasan yang lebih mencabar lagi di masa hadapan. Secara keseluruhannya pihak penganjur berpuashati dengan tugasan yang telah dilaksanakan.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

BANTING, 17 JANUARI 2017 - Seramai 24 orang pelajar baharu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah menamatkan minggu orientasi bagi sesi 1/2017 dengan jayanya. Program ini dikelolakan sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama Majlis Perwakilan Pelajar dengan bantuan khidmat secara langsung daripada pegawai dan kakitangan IKBN Kuala Langat.

   Antara matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan dan penyesuaian diri kepada pelajar baharu dengan persekitaran budaya pembelajaran di institut disamping menjalin hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar serta mengaplikasikan pematuhan ke atas peraturan tetap institut. Pelaksanaan penerapan nilai dari segi Kerohanian, Motivasi Kendiri, Daya Keyakinan Diri, Kerjasama Berpasukan dan Penyampaian Komunikasi Berkesan telah diterapkan melalui aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK), semangat berpasukan serta pengucapan awam.

    Salah satu elemen penting yang diterapkan kepada pelajar adalah nilai kesukarelawan yang disemai dalam diri menerusi aktiviti khidmat masyarakat pembersihan persisiran Pantai Kelanang, Banting Selangor. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian ke arah peningkatan mutu kecemerlangan institut.

 

Berita oleh: Nik Mariyana Binti Nik Ahmad (Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

 

 

 

PULAU INDAH, 16 JANUARI 2017 - Jabatan Perkhidmatan Personal, Terapi Sukan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah diberi tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan sebagai Sport Masseur di acara berbasikal ‘Cabaran Pulau Indah 180’ di sini semalam.

   Acara yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 hingga 15 Januari itu anjuran Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) yang juga merupakan pra-perlumbaan menjelang jelajah tertua di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017. Penglibatan seramai 15 orang pelajar Terapi Sukan serta seorang pegawai sebagai langkah persediaan untuk pengenalan baharu dan memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman perlumbaan seperti Le Tour de Langkawi (LTdL) dalam memberi perkhidmatan urutan sukan.

   Tapak pameran yang disediakan juga tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai yang sentiasa inginkan perkhidmatan sport massage. Secara keseluruhannya program seperti ini merupakan program secara hands-on yang sentiasa dilaksanakan oleh pelajar-pelajar di IKBN Kuala Langat ini.

 

Berita oleh: Ida Shahiza Binti Saharom (Jabatan Perkhidmatan Personal, IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

 

 

 

Halaman 7 dari 9
 
Find us on Facebook
Follow Us