Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

KEMAMAN, TERENGGANU, 12 MAC 2020: Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI 2020) telah diadakan selama 2 hari pada 10 dan 11 Mac 2020 di Dewan Canselor, University College TATI. Pelbagai organisasi terdiri daripada Universiti Tempatan, Institut Kemahiran, Politeknik, Kolej Komuniti turut sama menyertai pertandingan tersebut. Projek ADJUSTABLE SPRAY GUN dari jurusan Penyelenggaraan Jentera Berat (PJB) telah mendapat pingat  emas dan Projek MOVLAD dari Jurusan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan (PKP) telah mendapat pingat perak. Diharapkan kemenangan ini akan memberi semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.

Kuala Perlis 7 Mac 2020 - Bertempat di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN )Kuala Perlis, Hospital Tuanku Fauziah  Negeri Perlis dengan kerjasama IKBN Kuala Perlis menganjurkan kempen derma darah untuk para pelajar dan staf IKBN. Program yang dianjurkan selama satu hari itu iaitu mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar dan staf IKBN Kuala Perlis.

Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk membantu Hospital Tuanku Fauziah mengisi tabung darah yang diperlukan di hospital, Kangar.Seramai 93  orang dari kalangan pelajar telah berjaya untuk menderma darah selepas melepasi kelayakan yang diperlukan. kesedaran daripada para pelajar tentang begitu penting untuk menderma darah bagi golongan yang memerlukan akan terus meningkat.

ikbnjtkpromosi

 

IKBN Kuala Perlis, 15 Februari2020– Program Promosi dan Ke boleh pasaran Graduan anjuran bersama Jabatan Tenaga Kerja, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kuala Perlis dan IKBN Kuala Perlis telah diadakan bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk member peluang kepada pelajar IKBN Kuala Perlis untuk mengenali dengan lebih dekat peranan dan fungsi Jabatan Tenaga Kerja. Selain itu, program ini juga dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara Pusat Khidmat, Jabatan Tenaga Kerja, komuniti setempat dan para pelajar IKBN Kuala Perlis itu sendiri.

Penyertaan program adalah seramai 100 orang peserta. Pada program tersebut telah diadakan pertandingan badminton yang mana penyertaan adalah penglibatan dari semua agensi, pelajar IKBN dan komuniti setempat. Bagi pertandingan Treasure Hunt telah disertai oleh semua pelajar semester 4. Majlis penutupan program dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Tuan Nor Azam bin Karap, ADUN Kuala Perlis. Dalam ucapan beliau, YB Tuan Nor Azam bin Karap mengharapkan semua para pelajar yang bakal menamatkan latihan dan akan mengadakan latihan praktikal dapat mengambil kesempatan dan peluang untuk mencari tempat LI dengan mengadakan hubungan baik bersama Jabatan Tenaga Kerja. Semua peserta memberikan komitmen dan respons yang baik dan mengharapkan program sebegini dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

ikbnswcorp

IKBN KUALA PERLIS, PERLIS, 15 FEBRUARI 2020: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Kedah telah mengadakan Program Jalinan Kerjasama “Lets Do It Right” peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2020. Pihak SWCorp memohon untuk meminjam Portable Rostrum bagi digunakan pada program tersebut. Projek Portable Rostrum adalah cetusan idea daripada pelajar- pelajar Lukisan Seni Bina IKBN Kuala Perlis. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan pengajar IKBN Kuala Perlis yang terlibat dalam menghasilkan projek Portable Rostrum, ternyata projek-projek yang telah dihasilkan boleh memberi manfaat kepada pihak lain serta boleh dikomersialkan pada masa akan datang.

Jumaat, 07 February 2020 16:26

PROGRAM DAKIAN SEMARAK IKBN KUALA PERLIS

0207bukitkubu

7 Februari 2020 - Program Dakian Semarak IKBN Kuala Perlis anjuran Kelab KEKAS IKBN Kuala Perlis yang diadakan di Bukit Kubu, Kuala Perlis. penyertaan yang melibatkan Pengarah IKBN Kuala Perlis En. Apui Jan, TP (PL) En Mohamad Shukri Bin Abdul Mookmin bersama semua staf IKBN Kuala Perlis bermula jam 8.30 pagi. Antara aktiviti dilakukan sebelum memulakan aktiviti pendakian adalah regangan otot, berjalan ke Bukit Kubu sejauh 2KM seterusnya mendaki Bukit Kubu. Program ini sangat berjaya di samping dapat mengeratkan silaturahim di antara semua staf di samping menyihatkan tubuh badan ke arah yang lebih baik.

Terima kasih pada semua yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini."IKBN KP, Moving Forward."

urintest

29 Januari 2020 – IKBN Kuala Perlis dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perlis telah melakukan ujian saringan air kencing kepada para pelajar yang dipilih oleh pegawai kedua-dua agensi. Ujian saringan yang dilakukan ini adalah untuk memastikan IKBN Kuala Perlis sentiasa bebas dan terhindar dari gejala penyalahgunaan dadah. Program berlangsung dari jam 9 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Seramai 50 orang pelajar telah dipilih untuk menjalani ujian saringan air kencing tersebut yang dilakukan di Dewan IKBN Kuala Perlis.

Jumaat, 07 February 2020 16:21

PERPISAHAN PEGAWAI BERTUKAR

norazwanperpisahan

Kuala Perlis 29 Januari 2020 -Kelab Kebajikan dan Staf IKBN Kuala Perlis telah mengadakan satu majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan pegawai En Mohd Norazwan Bin Ab Kadir yang akan berpindah ke IKTBN Bachok. En Mohd Norazwan merupakan Ketua Jabatan Teknologi Automotif di IKBN KP. Majlis tersebut yang dihadiri Oleh Pengarah IKBN Kuala Perlis En Apui Jan, kedua-dua Timbalan Pengarah TP(PL) En Mohamad Shukri Bin Abdul Mookmin, TP(HEP) En Amirul Affendi bin Adnan serta semua staff . Selamat Maju Jaya diucapkan kepada beliau dari seluruh warga IKBN Kuala Perlis

auditmerin

Kuala Perlis – 21 Januari 2020, Tahniah kepada semua warga kerja Jabatan Teknologi Marin, IKBN Kuala Perlis di atas kelulusan bagi menjalankan 5 kursus modular Jabatan Laut Malaysia.

Kursus-kursus modular tersebut adalah:
1. Basic Training (BT)
2. Basic Training for Oil Chemical Tanker (BTOCT)
3. Crowd Management (CM)
4. Designated Security Duties (DSD)
5. Ship Security Awareness (SSA).

Audit Premis bagi Kursus Modular tersebut dijalankan oleh En. Anuar b. Ariffin dan En Khairul Azhar. Turut serta di dalam audit ini adalah En Ahmad Uzzair dan Cik Ilyani daripada EFMSB.

Kejayaan ini amat bermakna bagi IKBN Kuala Perlis secara khususnya dalam melahirkan lebih ramai pelaut tempatan seterusnya memajukan lagi industri maritim di dalam negara.

Selasa, 28 January 2020 16:13

MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI YANG BERTUKAR

perpisahanhazhanis

Kuala Perlis, 20 Januari 2019 - Kelab Sukan Dan Kebajikan KEKAS, IKBN Kuala Perlis telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan En Mohd Hazuan bin Che Hassan dan Pn Norhanis Binti Mohd Noor, Pengajar bahagian kemahiran yang akan bertugas di tempat yang baru

Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah HEP, En Amierul Affendi bin Adnan mewakili Pengarah IKBN Kuala Perlis diikuti ucapan pegawai yang diraikan, En Mohd Hazuan bin Che Hassan yang akan bertukar ke IKTBN Bachok . Seterusnya ucapan Pn Norhanis Binti Mohd Noor yang akan bertukar ke ILP Kota Bharu.

Cenderhati kenangan kepada Pegawai-pegawai tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah HEP. Majlis diakhiri dengan jamuan kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir. Akhir kata, warga IKBN Kuala Perlis mengucapkan selamat maju jaya kepada ke dua-dua pegawai tersebut dan ribuan terima kasih diucapkan di atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di sini.

Selasa, 28 January 2020 16:08

MAJLIS PENUTUP MINGGU PARADIGMA SESI 1/2020

penutupparadigma

Kuala Perlis, 14 Januari 2020 – Majlis Penutup Minggu Paradigma sesi 1/2020 Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis telah diadakan bertempat di Dewan Utama anjuran oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Majlis Penutupan Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 1/2020.

Majlis dimulakan dengan persembahan nyayian lagu Negaraku, Negeri Perlis dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian oleh Timbalan Pengarah HEP, En Amierul Affendi bin Adnan mewakili Pengarah IKBN Kuala Perlis di mana beliau mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru dan mengharapkan semua pelajar memberi tumpuan kepada latihan di jurusan masing-masing serta merasmikan Majlis Penutupan Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 1/2020. seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang minggu paradigma dan penyerahan pelajar kepada bahagian-bahagian.

Halaman 1 dari 19
 
Find us on Facebook
Follow Us