Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

kurppkpjb

Shah Alam, 23hb Ogos 2019: IKBN Kuala Perlis telah menganjurkan Program Pembangunan Kemahiran (PPK) – Kursus ELECTRICAL FORKLIFT OPERATION & MAINTENANCE bermula dari 20hb – 23hb Ogos 2019. Kursus yang diadakan di Mars Edu, USJ Shah alam, yang mana melibatkan para pengajar bidang Penyenggaraan Jentera Berat dari 5 ILKBS seluruh Malaysia. Antara ILKBS yang terlibat ialah IKBN K. Perlis, IKBN Miri, IKTBN Bachok, IKTBN Dusun Tua, dan IKTBN Chembong yang mana setiap ILKBS telah menghantar wakil pengajar bagi mengikuti kursus tersebut.

Kursus tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan dikendalikan oleh pengajar yang berpengalaman dengan industri. Diharapkan para pengajar yang terlibat mendapat manfaat daripada kursus tersebut dan ilmu yang diperoleh boleh dikongsi bersama dengan pengajar serta pelajar di ILKBS masing-masing. Pihak IKBN Kuala Perlis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan kursus ini.

urintest

22 Ogos- Program ujian saringan air kencing kepada para pelajar IKBN Kuala Perlis telah diadakan pada Khamis 22 Ogos 2019. Ujian yang dikendalikan oleh pihak AADK negeri Perlis ini melibatkan semua 373 orang pelajar .Selain dari mengekang penyalah gunaan dadah di kalangan pelajar, ujian yang dilakukan juga bertujuan untuk mendidik pelajar dari menjauhi penggunaan najis dadah . Program yang bermula jam 9 pagi ini berakhir pada jam 1230 tengah hari.

Jumaat, 09 August 2019 16:18

TAKLIMAT PERLAKSANAAN NCS CORE-ABILITIES

 

takcpkkcoreabty

Kuala Perlis, 06 0gos 2019 (selasa) – Unit Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti (CPKK) IKBN Kuala Perlis telah mengadakan satu taklimat perlaksanaan Ncs-Core Abilities Edisi 2015 yang bertempat di pusat sumber IKBN Kuala Perlis. Seramai 15 orang pegawai dari setiap bahagian telah hadir untuk mendengar taklimat yang di sampaikan oleh En.Anuarul bin Mansor selaku Ketua Penyelaras Unit CPKK. Objektif taklimat tersebut diadakan adalah untuk member penekanan terhadap dokumentasi-dokumentasi yang perlu di patuhi oleh semua pegawai dan lengkap dari segi perlaksanaan.

takcpkkpnp

Kuala Perlis, 06 Ogos 2019 (selasa) –Unit Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti (CPKK) IKBN Kuala Perlis telah mengadakan satuTaklimat Senarai Semak Dokumen Berkaitan Pentauliahan kepada pegawai yang berperanan sebagai Pegawai Penilai (PP) / PengajarSubjek (PS) , Pegawai Pengesahan Dalaman (PPD) / Pegawai Verifikasi Subjek (PVS) bagi member pencerahan tentang segala dokumen berkaitan Pentauliahan agar mengikut pematuhan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Anuarul bin Mansor selaku Ketua Penyelaras Unit CPKK IKBNKP.

Objektif taklimat tersebut diadakan adalah untuk member penekanan dalam pematuhan dalam skop P & P serta mengikut garis panduan dan peraturan Pelaksanaan Sistem Penilaian Latihan Kemahiran Di Institusi Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) Malaysia.

taklimatspr

Kuala Perlis,  01 Ogos 2019 (Khamis) - Bahagian HEP IKBN Kuala Perlis dengan kerjasama Akademi Pilihan Raya Malaysia dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis telah mengadakan Program Pendidikan Pengundi di dalam Urusan Pilihan Raya yang bertempat di Dewan Utama IKBN Kuala Perlis. Penyertaan melibatkan para pelajar IKBN Kuala Perlis seramai 374 orang.

Objektif program ini bertujuan berkongsi maklumat yang tepat mengenai sistem pilihan raya di Malaysia, mengurus persepsi masyarakat tentang pilihan raya dan mendaftarkan pelajar-pelajar yang telah layak sebagai pemilih.

Program ini bermula mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Keseluruhannya program ini telah berjaya dianjurkan seperti yang dirancang dan berjalan dengan lancar.

inovasipip

SINTOK, KEDAH, 1ST AUGUST 2019: INTERNATIONAL LEARNING INNOVATION COMPETITION (PIP) 2019, was held at Mu’adzam Shah Hall of University Utara Malaysia (UUM) from 30th July to 31st July 2019. There were various organizations involved in the competition including Primary and Secondary Schools, Public Universities, Private Universities, Community Colleges, Polytechnics, ILP, IKBN and various government agencies.

            A group consists of four students and one advisor from Commercial Vehicle Department had represented IKBN Kuala Perlis in this competition whereby they had won “SILVER AWARD” through their own project known as “COMVET”. Congratulations to the students, it is hoped that this success will inspire the students to create better innovation products in the future. 

dermadarahjun

Kuala Perlis, 27 Julai 2019 - Bertempat di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN )Kuala Perlis, Unit Darah Hospital Tuanku Fauziah Negeri Perlis dengan kerjasama IKBN Kuala Perlis menganjurkan kempen derma darah untuk para pelajar dan staf IKBN. Program yang dianjurkan selama satu hari itu iaitu mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar dan staf IKBN Kuala Perlis. Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk membantu Hospital Tuanku Fauziah mengisi tabung darah yang diperlukan di hospital, Kangar. Seramai 107 orang dari kalangan pelajar telah berjaya untuk menderma darah selepas melepasi kelayakan yang diperlukan. kesedaran daripada para pelajar tentang begitu penting untuk menderma darah bagi golongan yang memerlukan akan terus meningkat.

futsal

Kangar, 27 Julai 2019 - Perlawanan Persahabatan Futsal 4 penjuru antara agensi kerajaan telah berlangsung dengan jayanya semalam bertempat di Arena Futsal, Kangar, Perlis. Perlawanan yang di anjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Perlis berlangsung dengan meriah dan berjaya. Juara telah disandang oleh Pasukan JBSN PERLIS, tempat kedua, Pasukan SUK PERLIS, tempat ketiga, Pasukan IKBN KUALA PERLIS dan tempat keempat disandang Pasukan IKBN JITRA. Hadiah disampaikan oleh Encik Apui Jan, Pengarah IKBN Kuala Perlis. Semoga melalui perlawanan persahabatan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama jabatan sama ada jasmani dan rohani.

SHORTCOSTCR

Kuala Perlis, 30.7.2019 - Satu kursus jangka pendek yang di buat oleh Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat IKBN Kuala Perlis bersama Koperasi IKBNKP Berhad. Kursus bertajuk Penyelenggaraan Sistem Hidraulik dan Stereng telah dijalankan selama 3 hari bermula 27 – 29 Julai 2019. seramai 15 peserta yang terdiri daripada mekanik automotif yang belum mempunyai sijil kemahiran di samping bagi meningkatkan kemahiran kerjaya peserta. Kursus ini di kendalikan oleh tenaga pengajar IKBN Kuala Perlis yang berkelayakan dan peserta dapat berpeluang untuk memperoleh sijil kemahiran dari ILKBS dan pusat latihan TVET.

ppkcat

KUALA PERLIS, 26hb Julai 2019: IKBN Kuala Perlis selaku tuan rumah bersama dengan KFA Automotive Consultant telah menganjurkan Program Pembangunan Kemahiran (PPK) – Kursus Wrapping Vehicle Technology bermula dari 23hb – 25hb Julai 2019 yang mana melibatkan para pengajar bidang Semburan Cat dari 6 ILKBS seluruh Malaysia. Antara ILKBS yang terlibat ialah IKBN K. Perlis, IKBN Miri, IKTBN Bachok, IKTBN Dusun Tua, IKTBN Temerloh dan IKTBN Chembong yang mana setiap ILKBS telah menghantar 2 orang pengajar bagi mengikuti kursus tersebut.

Kursus tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya yang mana Pengarah IKBN K. Perlis, En Apui Jan telah merasmikan majlis penutup kursus tersebut. Diharapkan para pengajar yang terlibat mendapat manfaat daripada kursus tersebut dan ilmu yang diperoleh boleh dikongsi bersama dengan pengajar serta pelajar di ILKBS masing-masing. Pihak IKBN Kuala Perlis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan kursus ini.

Halaman 2 dari 18
 
Find us on Facebook
Follow Us