Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 04 October 2017 10:46

TAKLIMAT EKSA OLEH MAMPU

a baki

JITRA, 28 SEPTEMBER 2017-  Lawatan dan taklimat ringkas Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah di lakukan bersama fasilitator dilantik oleh MAMPU di Institut Aminuddin Baki Zon Utara,Jitra.

icontrrganu

Kuala Terengganu, 28 September 2017 -  Dua Wakil IKBN Kuala Perlis telah menyertai Satu Pertandingan Rekacipta dan Inovasi   “An International Innovation, Invention & Design Competition” (ICON) 2017  anjuran UTM bertempat di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Kampung Laut, Chendering, Kuala Terengganu.

jpk

Kuala Perlis, 21 September 2017 – Telah berlangsung Audit Lawatan Penarafan Bintang Pusat Bertauliah 2017 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis. Tiga orang pegawai JPK telah hadir menjalankan audit iaitu En Ahmad Muzafar Bin Mamat@Adam, En Mohamad Nizam Bin Mohamed Salleh dan Pn Raihan Bt Mohd Zayadi.

 Lawatan pada 19 dan 20 September bagi membuat Semakan dokumen serta lawatan ke premis latihan berdasarkan kriteria Penarafan Bintang 2017.  Audit tersebut menglibatkan  kesemua program latihan yang dijalankan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis.

Program ini dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh pengarah IKBN Kuala Perlis Tn Izahar Bin Ibrahim  dan seterusnya ucapan daripada wakil JPK. Seterusnya audit di kesemua bahagian dan pada hari terakhir mesyuarat penutup turut diadakan.  Antara kriteria audit yang disentuh adalah mengenai perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PNP) di setiap Bahagian. Pegawai audit turut diiringi oleh ketua bahagian masing-masing bagi menunjukkan kawasan bengkel untuk dinilai akan tahap kebersihan dan keselamatan.

Sehubungan itu semua pegawai berharap IKBN Kuala Perlis mendapat keputusan yang terbaik setelah selesai audit tersebut apabila berjaya membuat persediaan dokumentasi dan persekitaran yang baik mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk mengekalkan prestasi cemerlang Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis.

temuinokom

13 September 2017 (Rabu)- Sebuah program temuduga bersama Syarikat INOKOM CORPORATION SDN BHD  telah diadakan di Perpustakaan Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis. Program tersebut melibatkan para pelajar semester 4 dari dua jurusan iaitu Penyenggaraan Kenderaan Motor dan Penyenggaraan Semburan Cat. Pelajar IKBN Kuala Perlis yang telah ditemuduga dan akan bekerja bersama Syarikat Inokom Corporation Sdn Bhd di Kulim, Kedah. Syarikat Inokom Corporation merupakan sebuah syarikat automotif yang memasang kenderaan berjenama di dalam pasaran.

Perjalanan taklimat ini di kelola oleh Pegawai Cawangan Hubungan Industri dan Ketua – Ketua Bahagian jurusan yang terlibat. Objektif Program tersebut dilancarkan untuk memberi peluang pekerjaan kepada pelajar yang berkelayakan selepas tamat pengajian di IKBN Kuala Perlis.

gtongryongeksa

Kuala Perlis,  25 Ogos 2017 bersamaan hari Jumaat jam 8.00 pagi IKBN Kuala Perlis telah mengadakan gotong – royong untuk membersihkan dan mengemaskan seluruh kawasan IKBN termasuk bengkel – bengkel, pejabat pentadbiran, dewan makan, asrama, kafeteria dan lain – lain. Gotong – royong ini dilaksanakan bertujuan sebagai persediaan bagi Program Kempen Amalan 5S (EKSA) mengikut kehendak yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia Dan Sukan untuk semua IKBN serta IKTBN seluruh Malaysia.

Di semua bengkel gotong – royong telah dijalankan mengikut sub zon masing – masing dimana dipecahankan kepada sub zon utama seperti bilik pengajar, bilik kuliah, setor eventori dan bahan guna habis, tandas, makmal komputer, bilik elektrikal dan elektronik, bilik portfolio serta kawasan bengkel O dan P . Pelajar – pelajar di Bahagian ini telah diagihkan mengikut sub zon tersebut dengan pemantauan dilakukan oleh pemilik sub zon. Langkah pertama semua sub zon di beri arahan untuk mengemas dan menyisihkan semua barang atau peralatan yang tidak digunakan untuk dikumpul di tempat yang ditetapkan sebelum dibuang atau dijual. Langkah berikut ialah menyusun semula barang – barang dan peralatan supaya kelihatan kemas dan teratur. Selain daripada itu, pelajar – pelajar juga diminta untuk mengecat lantai dan dinding bengkel serta tandas supaya kelihatan menarik dengan pemantauan daripada pemilik sub zon masing – masing. Proses melabel peralatan dan perabut juga dilakukan selain membuat garisan pembahagi supaya kelihatan lebih kemas dan tersusun. Gotong – royong telah ditamatkan pada jam 5.00 petang walaupun tidak selesai sepenuhnya dan akan di sambung dari masa ke semasa.

WSKILLJBB

Sintok, – Seorang pelajar IKBN Kuala Perlis, Mohamad Yashim bin Yusoff dari bahagian Jurubina Bangunan telah layak dan bertanding di peringkat akhir WorldSkills Malaysia 2017 dalam bidang Wall & Floor Tiling.

Pertandingan yang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 14 Ogos sehingga 16 Ogos 2017 yang lalu. Pertandingan tersebut dijalankan, bertempat di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara, Sintok Kedah. Peserta IKBN Kuala Perlis tersebut bertanding dalam kategori Belia. Dimana peserta berjaya menyiapkan ke tiga-tiga modul pertandingan dengan baik dan sempurna. Peserta juga sangat fokus, bertenaga dan bersemangat sepanjang pertandingan tersebut.

Sekali lagi tahniah dan syabas diucapkan kepada pengajar dan pelajar yang mewakili IKBN Kuala Perlis  kerana telah memberikan yang terbaik dan semoga memporelehi  kejayaan  nanti.

arp

Kuala Perlis, 5 September 2017 -  Bahagian Bina Insan  IKBN Kuala Perlis telah menganjurkan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di bawah komponen Kemahiran dengan penyertaan pelajar seramai 115 orang yang terdiri daripada pelajar IKBN. Program ini dilaksanakan disekitar kawasan IKBN Kuala Perlis. Komponen Komponen ini adalah salah satu daripada 4 komponen utama bagi melengkapkan program ARP ini diperingkat gangsa. Dengan adanya program ini dapat memupuk semangat jatidiri dan kesukarelaan yang tinggi dikalangan pelajar. Mereka juga bukan sahaja memperolehi pengetahuan dari segi kemahiran semata-matamalah penglibatkan program kemasyarakatan ini dapat meningkatkan lagi potensi diri dan nilai tambah serta rasa tanggungjawab terhadap masyarakat secara keseluruhannya.

KURSUSHYBRID

KUALA PERLIS, 22 Ogos 2017 – Bertempat di IKBN Kuala Perlis, telah berlangsungnya Program Peningkatan Kemahiran (PPK) 2017 di bawah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan anjuran IKBN Kuala Perlis.

Program kursus ini telah diadakan di Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat IKBN Kuala Perlis berkaitan Kursus Sistem Hybrid dan Sistem Elektronik Jentera Berat yang bermula pada 14 sehingga 18 Ogos 2017 yang lalu. Seramai 14 orang peserta telah terlibat dengan Kursus  tersebut melibatkan daripada tenaga pengajar ILKBS dalam bidang Penyenggaraan Jentera Berat  iaitu 2 orang pengajar daripada setiap Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara/ Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN/IKBN) Chembong, Dusun Tua, Bachok, Miri, serta turut terlibat Temerloh dan 4 orang lagi daripada IKBN Kuala Perlis

Pengajar yang terlibat berpeluang mempelajari dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang teknologi terkini sistem hybrik dan Sistem elektronik yang terdapat pada mesin Jentera Berat. Di dalam kursus ini, peserta akan didedahkan dengan dua bahagian iaitu teori dan praktikal. Kursus ini disampaikan oleh 3 orang tenaga pengajar yang berpengalaman di dalam industri Jentera Berat di sekitar perindustrian negeri Selangor.

Pada hari terakhir kursus Pengarah IKBN Kuala Perlis En Izahar Bin Ibrahim telah hadir bersama bagi Majlis menyampaikan Sijil & ucapan penutupan kursus.

takcgpa

Satu sesi taklimat berkaitan dengan Panduan Pemarkahan Sistem Penilaian CGPA dan Pengurusan Portfolio telah diadakan di perpustakaan IKBN Kuala Perlis pada 8 Ogos 2017.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Anuarul Bin Mansor  selaku penyelaras Unit Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti IKBN Kuala Perlis.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memastikan semua pegawai lebih memahami sistem CGPA yang telah dilaksanakan dan sentiasa peka terhadap sebarang perubahan di dalam menguruskan Portfolio pelajar. Semua wakil bahagian telah hadir pada sesi taklimat tersebut.

Ucapan penutupan disempurnakan oleh En Mohamed Shukri Bin Abdul Mookmin Timbalan pengarah Bahagian Pengurusan Latihan mengingatkan kepada semua pegawai supaya memahami sepenuhnya panduan yang telah diberi supaya proses pentaulihan pelajar sempurna dan tidak terganggu semasa lawatan pentaulihan nanti. beliau turut meluangkan masa mendengar taklimat tersebut.

TN50 BI

IKBN KUALA PERLIS, 7 AUGUST 2017 - English Course for the Preparation of ILKBS Trainers towards 20:50 Programme was held on 2nd to 4th August 2017 at IKBN Kuala Perlis. There were 15 participants consist of 7 trainers from Marine Department of IKBN Kuala Perlis and 8 trainers from Aircraft Department of IKBN Pekan. The course revolved around the topic of “English Language for Classroom” and the talk was delivered by Dr.Fariza Puteh Behak, the lecturer from Universiti Sains Islam Malaysia.  She had highlighted two main topics which were “Tenses” and Micro Teaching.

            During the first slot, she explained in details about the tenses that are often used in teaching. The activities stressed on the topic of sentence connectors. Sentence connectors are used to link ideas and to make the paragraphs coherence. The participants had to give opinions on certain topics and elaborated them by using the sentence connectors. The tasks were completed in groups.  The next slot revolved around microteaching. Microteaching is a method that enables the participants to practice a skill or combination of skills by teaching short lessons to other participants in the class. They had to present the topics which were familiar to them in 15 minutes. These skills and techniques might be adopted by the participants in their respective professions.

In order to examine the effectiveness of the course, the participants were requested to do some reflections. Throughout the course, the participants learned to work in teams as well as it helped them to be more eloquent in using English in the classes.

Halaman 16 dari 19
 
Find us on Facebook
Follow Us