Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Kulim, 23/11/2016: Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) telah menganjurkan Pertandingan Rekacipta Inovasi (IIC 2016) berlangsung di dewan utama ADTEC, beralamat di Lot 635, Jalan Mahang Karangan, Kulim, Kedah selama 3 hari bermula 21 hingga 23 November 2016. Program tersebut adalah bersempena projek akhir pelajar ADTEC Kulim.

Sebanyak 56 projek inovasi dipertandingkan antaranya 44 projek terdiri dari pelajar ADTEC sendiri manakala 12 projek adalah dari jemputan luar institut latihan kemahiran awam dan swasta. IKBN Kuala Perlis telah menghantar sebanyak 5 projek di mana 1 projek Bata Sekam Padi dari jurusan JBB, 1 projek Stairs Climbing Trolley dari jurusan PK dan 3 projek dari jurusan PKP iaitu Intelligent Stand Of Tyre Air-Gun, Smart Tyre Movement dan Brilliant Drum Jack Transfer.

Projek inovasi dinilai oleh 2 orang juri profesional di setiap booth pameran projek di dalam dewan dan terdapat sesi soal-jawab dengan panel juri.

Projek inovasi PKP dari IKBN Kuala Perlis telah dipilih sebagai johan bagi Projek Intelligent Stand Of Tyre Air-Gun dan naib johan bagi projek Smart Tyre Movement kategori jemputan luar ILKA/ILKS. Johan dan naib johan masing-masing membawa pulang sijil penyertaan dan wang kemenangan berjumlah RM500.00 dan RM300. Manakala projek inovasi IKBN Kuala Perlis yang lain antara yang mendapat sagu hati dari 12 projek.

Jumaat, 25 November 2016 11:57

PROGRAM CITRA IBADAH IKBN KUALA PERLIS 2016

KUALA PERLIS, 8 NOVEMBER 2016 – Satu Program Citra Ibadah (Cintai Al-Quran) telah dijalankan pada 21 hingga 23 Oktober 2016 yang bertempat di Surau An-Nur IKBN Kuala Perlis. Program tersebut adalah anjuran IKBN Kuala Perlis dengan kerjasama daripada 10 orang fasilitator jemputan dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang bertanggungjawab dalam menyampaikan teknik bacaan Al-Quran serta mengenali huruf-huruf yang terdapat di dalam kitab suci tersebut.Seramai 100 orang pelajar IKBN Kuala Perlis telah terpilih untuk menyertai program tersebut dan turut melibatkan para pegawai dari institut ini.
            Peserta program telah dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu 8 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan wanita. Antara pengisian yang telah diaturkan sepanjang program ini antaranya ceramah tentang kitab suci Al-Quran,hukum-hukum tajwid,menghafaz surah terpilih,kuiz dan lain-lain lagi.
            Pelbagai input-input yang bermanfaat yang telah diperolehi dari setiap peserta. Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran membaca Al-quran secara betul,memahami ayat Al-Quran serta menghafaz surah-surah pilihan.
Program tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pengarah IKBN K.Perlis,
En Izahar Bin Ibrahim, Timb.Pengarah Hal Ehwal Pelajar En.Mohd Khairan Bin Haji Azhar dan Wakil pensyarah dari Unimap,En Saifizi Bin Saidon untuk Majlis Perasmian Penutupan Program Citra Ibadah (Cintai Al-Quran) pada 23 Oktober bertempat di Surau An-Nur IKBN K.Perlis.Majlis perasmian tersebut bermula jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tgh hari serta disusuli dengan jamuan tgh hari.
KUALA PERLIS, 19 OKTOBER 2016 - YBrs. Dr. Hjh. Wasitah binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis bagi menyampaikan aspirasi beliau dan meluangkan masa bersama kakitangan dan para pelajar IKBN Kuala Perlis.

Dalam siri lawatan ini, beliau telah mengadakan sesi dialog bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN dan beramah mesra bersama para pelajar tersebut. Beliau menyatakan hasrat agar MPP perlu memainkan peranan sebagai pembimbing rakan sebaya supaya secara tidak langsung dapat membentuk satu komuniti pelajar yang berkarisma dan mempunyai jati diri, sahsiah serta modal insan yang tinggi.

Aspek sahsiah dan modal insan memain peranan penting dalam membentuk generasi belia yang mempunyai semangat, keinginan dan kemahuan dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan sepenuh hati. Dengan memiliki sahsiah dan modal insan yang baik akan melahirkan generasi pekerja mahir yang mempunyai tahap disiplin kerja yang tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti dalam sesebuah agensi, syarikat dan industri.

Dalam lawatan ini, turut mengiringi beliau adalah Pengarah Operasi Latihan, Encik Badari Bin Ag Damit bersama-sama Pengarah IKBN Kuala Perlis, Encik Izahar Ibrahim dan pegawai serta kakitangan IKBN Kuala Perlis.

Puchong 13 Okt 2016, Jabatan Kejuruteraan Automotif, IKBN Kuala Perlis telah mengadakan  Lawatan industri pelajar ke tempat perindustrian  berkaitan Jentera Berat di Selangor. Lawatan tersebut telah diadakan pada 11 hingga 12 Oktober 2016. Seramai 40 orang pelajar dari  bahagian Penyenggaraan Jentera Berat, serta 3 orang tenaga pengajar mengikuti lawatan tersebut.

Dalam lawatan tersebut, para pelajar telah dibawa melawat ke Sime Darby Industrial Sdn Berhad (Tractor Malaysia) Puchong, dan juga Sunway  Enterprise Sdn Bhd Subang Jaya. Tujuan lawatan ini diadakan, adalah untuk menambah pengalaman pelajar dalam bidang industri dan juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali lebih lanjut lagi berkaitan sektor jentera berat. Di samping dapat memupuk semangat para pelajar untuk belajar degan lebih tekun apabila kembali ke IKBN.

Lawatan ini berjaya menghasilkan input yang amat berkesan kepada pelajar dan memberi implikasi yang berguna apabila berada di dalam pekerjaan kelak.

Kuala Perlis 10 Oktober 2016, Pengurusan IKBN bersama Kelab Kebajikan dan Sukan (KEKAS) IKBN Kuala Perlis turut serta menganjurkan satu program bagi membangkitkan semangat kerjasama di kalangan kakitangan dan keluarga IKBN Kuala Perlis. Pengisian hari ke dua, Hari Sukan Negara IKBN Kuala Perlis turut dimeriahkan dengan aktiviti Sukan Memanah Tradisional pada 9 Oktober 2016 di sini. Seramai 60 orang peserta terdiri dari kakitangan dan keluarga IKBN Kuala Perlis. 

Aktiviti sukan ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan serta meningkatkan disiplin di kalangan peserta, malahan dapat mengeratkan perpaduan serta silaturahim di kalangan warga IKBN Kuala Perlis. Turut menyertai sukan memanah tradisional tersebut Timbalan Pengarah Bahagian Ehwal Pelajar yang juga Pengerusi KEKAS IKBN Kuala Perlis En Khairan Bin Azhar.

Kuala Perlis, 10 OKTOBER 2016 – Warga IKBN Kuala Perlis telah melaksanakan Sambutan Hari Sukan Negara 2016 Peringkat IKBN Kuala Perlis pada 8 Oktober 2016 bertempat di Dewan Besar dan sekitar IKBN Kuala Perlis. Seramai 600 orang pelajar dan staf telah menyertai acara-acara yang diadakan pada hari tersebut

Seawal pagi warga IKBN Kuala Perlis begitu bersemangat dan ceria bagi memulakan aktiviti yang telah disusun pada Hari Sukan Negara tahun ini. Antara pengisian sambutan adalah aktiviti yang menyuntik semangat kerjasama serta amalan budaya hidup cergas seperti senamrobik, Larian (Run Fun 5KM), pertandingan Bola Jaring ( 3ON3 ), serta sukan rakyat sepak raga ratus dengan melibatkan kakitangan dan juga pelajar IKBN Kuala Perlis.

IKBN Kuala Perlis amat menyokong program seumpama ini yang dapat memupuk semangat dan kesungguhan melalui amalan gaya hidup yang sihat. Program berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari dengan acara penutup, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah yang disampaikan oleh Pengarah IKBN Kuala Perlis En. Izahar Bin Ibrahim. 

Putrajaya 5.10.2016 Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah menganjurkan pertandingan inovasi dan reka cipta peringkat ILKBS 2016 bertempat di Lorong Seni bangunan Kementerian Belia dan Sukan.

Sebanyak 36 projek dipertandingkan dengan 2 penilaian iaitu “Presentation”  di dalam dewan dan di “booth”  pameran. Seramai 5 orang panel penilai yang mana masing-masing 3 orang di dalam dewan dan 2 orang di booth pameran. Sebanyak 17 IKBN menyertai pertandingan inovasi dan 7 kategori projek inovasi berdasarkan bidang yang berlainan.

Bahagian Penyenggaraan Kenderaan Perdagangan (PKP) telah mewakili IKBN Kuala Perlis ke pertandingan tersebut dengan membawa projek Intelligent Stand of Tyre Air-gun. Projek inovasi dari IKBN Kuala Perlis telah dipilih sebagai johan inovasi peringkat ILKBS 2016 pada hari pertandingan tersebut. Juara membawa pulang sijil pernyertaan dan sijil kejohanan serta wang berjumlah RM1000.00.

Arau - 21 September 2016 - IKBN Kuala Perlis telah menyertai Pertandingan 1st PTSS Innovation And Competiton 2016 (INNOCOM) peringkat negeri Perlis anjuran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, (PTSS) Perlis yang telah berlansung Dewan Harumanis PTSS. Pihak IKBN K. Perlis telah menghantar 2 penyertaan iaitu Brilliant Drum Jack Transfer dan Intelligent Stand Of Tyre Air-Gun bagi Kategori Teknikal dan diketuai oleh En. Saiful Azhar b. Misni pengajar dari Jurusan Mekanik Kenderaan Perdagangan.

Sukacita dimaklumkan bahawa IKBN Kuala Perlis mendapat Johan bagi Kategori Teknikal yang berjaya dibawa pulang oleh Kumpulan Intelligent Stand Of Tyre Air-Gun.

Majlis Penutup INNOCOM 2016 disempurnakan oleh En Zahari b. Aziz , Pengarah Mara Negeri. Majlis tamat pada jam 5.00 petang dan Kumpulan Inovasi IKBN K. Perlis mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak pengurusan IKBN K. Perlis dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menjayakan projek tersebut sehingga membuahkan kemenangan.

Rabu, 24 August 2016 20:07

KURSUS IMAM MUDA IKBN KUALA PERLIS

Kuala Perlis 22 Ogos 2016, Jawatankuasa Surau An-Nur IKBN Kuala Perlis telah berjaya menganjurkan Kursus Imam Muda Pelajar pada 20 dan 21 Ogos 2016. Kursus yang berjalan selama 2 hari ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terdiri seramai 26 peserta pelajar lelaki dan 4 orang dari kalangan staff.

Peserta kursus telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan imam dan bilal. Antara pengisian program berkenaan ialah Etika Imam Profesional, Hukum Hakam Mengenai Solat / Berjemaah, Panduan Bacaan Dalam Doa, Azan dan Tahlil, Tahsin Qiraat (Surah Al-Fatihah) dan Pertandingan Bacaan Dalam Solat serta Azan.

Program tersebut diserikan lagi dengan kehadiran penceramah iaitu Ustaz Abdul Kadir Bin Sahak & Ustaz Azri Bin Nasruddin. Mereka ini merupakan pegawai di Jabatan Mufti Perlis. Mereka juga lepasan universiti dari Timur Tengah ini pernah beberapa kali menjadi Ahli Panel Ceramah Agama di sekitar Negeri Perlis ini.

      Pelbagai input-input yang bermanfaat yang telah diperolehi dari setiap peserta. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tanggungjawab sebenar yang perlu dipikul serta menjadi pemangkin kepada kelahiran imam muda yang berketerampilan dan relevan kepada komuniti IKBN khususnya. Para peserta kursus mengharapkan agar lebih banyak lagi diadakan kursus-kursus seperti ini di masa hadapan.

Kuala Perlis,16 Jun 2016:  Minggu Peperiksaan Akhir pelajar  sesi pertama 2016 telah pun bermula.  di mana semua pelajar IKBN Kuala Perlis akan menghadapi peperiksaan bermula 13 Jun 2016 sehingga 23 Jun 2016. Peperiksaan melibatkan peperiksaan Subjek Teknikal dan Subjek Umum Bina Insan. 

Peperiksaan Akhir ini di nilai berdasarkan penilaian kendiri berpandukan garis panduan yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Sistem Penilaian Kendiri. Lawatan Penilaian dan verifikasi telah dilaksanakan oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang di selaraskan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Penilaian melibatkan verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir penilaian kertas peperiksaan teori dan peperiksaan amali pelajar.

Peperiksaan ini melibatkan seramai 437 pelajar daripada 8 bidang latihan yang dijalankan di IKBN Kuala Perlis. Bahagian latihan tersebut adalah Penyenggaraan Kereta, Penyenggaraan Kenderaan perdagangan, Penyenggaraan Jentera Berat, Penyembur cat automotif, Landskap Pembinaan, Jurubina Bangunan Pelukis Pelan dan Penyenggaraan Marin.

Halaman 17 dari 18
 
Find us on Facebook
Follow Us