Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

pesertastaru2

Kuala Perlis, 18 APRIL 2019 – IKBN Kuala Perlis telah berjaya melaksanakan program kursus asas pendek yang melibatkan 3 bidang kemahiran.

Program STAR@U MyFuture Plus yang telah dijalankan pada 15 hingga 18 April 2019 bertempat di bengkel-bengkel kemahiran di IKBN Kuala Perlis. Sebanyak 3 bidang kemahiran ditawarkan iaitu Asas Keselamatan , Pemasangan Audio Kereta, dan Asas Pemasangan Scafolding. Kursus ini menawarkan peluang alternatif kepada belia berisiko atau minoriti bagi mendapatkan latihan kemahiran secara separuh masa dengan menjalankan kursus jangka pendek menggunakan kemudahan-kemudahan sedia ada dan sekali gus mempromosikan TVET KBS. Semoga terus maju jaya buat para peserta program ini. Pada akhir sesi turut diadakan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta yang disampaikan oleh Tuan Pengarah IKBN Kuala Perlis En Apui Jan. Dengan peserta program pada kali ini seramai 37 orang. 

PERTDBOLA

Kangar, 15 April 2019 - Pasukan bola sepak IKBN KP telah berjaya menjadi johan di Program Sukan Luar Bandar Siri 2 Peringkat Negeri Perlis 2019. Program anjuran Jabatan Belia Sukan Negeri Perlis bertempat di Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar.

Program ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi di kawasan luar bandar. Selain itu, melalui program ini para peserta dapat mengamalkan gaya hidup sihat tidak mengira umur selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim penduduk setempat terutamanya kawasan luar bandar.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah, Kejohanan Bola Jaring dan juga Sukaneka Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YB. Tuan Hamizan Bin Hassan, Adun Kayang, serta Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah JBSN Perlis.

Turut diumumkan Pemain terbaik kejohanan menjadi milik pemain IKBNKP. Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat dalam menghadapi Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia di IKTBN Sepang pada 28 hingga 30 April ini

takli

12 April 2019 (Jumaat) –Bertempat di Perpustakaan IKBN Kuala Perlis berlangsung Taklimat Latihan Industri kepada semua pelajar semester akhir sesi pengambilan 2/2017 yang melibatkan jurusan Penyelenggaraan Kereta, Penyelenggaraan Jentera Berat, Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan, Semburan Cat Automotif dan Juru perancah. Pelajar ini akan mengikuti program latihan Industri selama 3 bulan bermula Julai hingga September 2019 terutama di syarikat MOU dan lain- lain syarikat yang telah dipersetujui oleh mereka sendiri.

Objektif taklimat ini adalah untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan ke boleh pasaran pelajar, mendedahkan pelajar kepada pengalaman alam pekerjaan yang sebenar, mendedahkan pelajar kepada amalan spesifik dalam bidang pengkhususan masing- masing, meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pelajar dengan organisasi /industri dan persediaan mental dan fizikal pelajar sebelum memulakan kerjaya di dalam bidang masing- masing.

Taklimat telah diselaraskan oleh Cawangan Hubungan Industri IKBN Kuala Perlis dan berharap agar mereka semua dapat mengikuti program ini dengan jayanya serta menonjolkan sikap, tanggungjawab, integriti dan disiplin dengan baik demi menjaga nama baik IKBN khususnya dan syarikat amnya.

wsmb

Pada 03 April 2019 sehingga 07 April 2019 telah berlangsung Pertandingan Pra Kelayakan World skills Malaysia Belia (WSMB 2019) untuk bidang Automobile Technology di perkarangan parkir CIAST, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Seramai 134 orang peserta bagi kategori belia dari Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta telah menyertai pertandingan ini. Manakala hakim pula terdiri di kalangan pekerja industri yang berpengalaman di dalam bidang automotif. Pertandingan kali ini mengemukakan soalan merombak enjin (S4P VVT) serta pengukuran yang berjalan selama 3 jam bagi setiap peserta. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menilai tahap kemahiran pelajar untuk di pilih bagi mewakili Malaysia untuk ke tahap yang lebih tinggi seperti Asean & World Skills Competition. Peserta yang terpilih dalam pertandingan ini akan mewakili Malaysia ke ASEAN Skills Competition 2020 yang akan diadakan di Singapore pada tahun hadapan.

IKBN Kuala Perlis telah menghantar 1 orang peserta dari Bahagian Penyenggaraan Kereta iaitu Mohamad Hasrul Amri Bin Che Sabriserta seorang pelajar pembantu dan 2 orang pengajar pengiring. Secara keseluruhannya pertandingan yang diadakan selama 4 hari ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan berjaya menarik minat pelajar – pelajar dan penduduk setempat untuk menyertai program-program berkaitan kemahiran.

mybiutiful

Kuarters IKBN Kuala Perlis, 5 April 2019 (Jumaat) - Ahli Jawatankuasa Penduduk Kuarters IKBN dengan kerjasama strategik Kelab KEKAS, AJK Surau An-Nur, Penduduk Kuarters dan Peserta Anugerah Remaja Perdana telah mengadakan gerak kerja gotong royong perdana bagi menceriakan dan membersihkan kawasan sekitar kuarters. Program ini bertujuan untuk melahirkan semangat kesukarelaan di antara semua pihak di samping menanam nilai- nilai tanggungjawab sosial yang tinggi dan sentiasa komited untuk memastikan kesinambungan dan keharmonian penduduk kuarters sentiasa terjaga dan dipertingkatkan. Penyertaan yang melibatkan semua penduduk kuarters dan AJK, staf kontrak kebersihan, peserta ARP (106 orang) dan turut disertai oleh Tuan Pengarah Encik Apui Jan bersama- sama kedua- dua timbalan pengarah. Program yang berakhir pada jam 5.00 petang dengan jamuan minum petang.

ekampus

Makmal ICT IKBN Kuala Perlis, 2 April 2019 (Selasa) -  Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Pengurusan Latihan telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Pendaftaran Subjek, Penyediaan Kod Kelas, Penyediaan Jadual Waktu E-kampus Sesi Januari 2019. Tujuan bengkel ini diadakan untuk meningkatkan lagi ke fahaman dan melicinkan lagi pengurusan e-kampus di institut ini. Di samping itu juga dapat memastikan semua peserta diberi input- input baru perubahan terkini di dalam pengurusan sistem e-kampus. Para Peserta yang terlibat seramai 18 orang terdiri daripada semua penyelaras e-kampus bahagian yang telah dilantik serta wakil- wakil staf yang berminat untuk mendalami ilmu pengurusan e-kampus. Taklimat bengkel disampaikan oleh Encik Mohd Khairan Bin Hj. Azhar.

autisme

KUALA PERLIS, 02 APRIL 2019 ;  Hari Autisme sedunia @ IKBNKP yang turut disambut oleh kesemua pelajar dan kakitangan IKBN Kuala Perlis bertempat di Padang Kawad IKBNKP.Sambutan hari kesedaran Autisme turut diserikan dengan kehadiran Tuan Apui Jan, Pengarah IKBN Kuala Perlis .

Selain berpakaian serba biru pada hari tersebut, pelajar dan kakitangan juga sama-sama berkumpul dan bergambar bagi memberi sokongan kepada anak-anak autism.

tcr1

17 Mac 2019. Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat telah mengadakan perbincangan kerjasama latihan bersama pihak TCR Solution Sdn Bhd, di Sepang Selangor. Wakil IKBN Kuala Perlis diwakil oleh En Shahidan bin Saad bersama En Mohd Zulhadi Bin Yusof telah membentangkan pakej-pakej latihan yang ada bagi membantu pihak industri untuk meningkatkan kemahiran dan secara tidak langsung memperkenalkan IKBN Kuala Perlis kepada syarikat. Pada perjumpaan tersebut juga pihak IKBN Kuala Perlis menghantar senarai 7 orang pelajar IKBN Kuala Perlis bagi membolehkan pelajar menjalani Latihan Industri di tempat tersebut.

National Innovation And Invention Competition Through Exhibition

( iCompEx2019)

icompex19

JITRA, DEWAN WAWASAN, 22hb MARCH 2019: Penyertaan team Inovasi IKBN Kuala Perlis telah berjaya membawa satu pingat pada pertandingan  National Innovation And Invention CompetitionThrough Exhibition( iCompEx 2019) di Dewan Wawasan Jitra anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Muzdzam Shah Jitra (Polimas). Pertandingan yang  telah bermula dari 19-21 March 2019. Pelbagai organisasi terdiri daripada Universiti Tempatan, Institut Kemahiran, Politeknik, Kolej Komuniti dan Sekolah  telah menyertai pertandingan tersebut.

            Projek Rotary Grill (Gen 2) –Jurusan Automotif – Service Selepas Jualan (PK) telah memenangi pingat PERAK yang mana telah disertai oleh empat orang pelajar beserta dua orang guru pensihat. Diharapkan kemenangan ini akan memberi semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.

International Student Affairs Invention, Innovation & Design Competition

( iSaiid2019)

MERBOK, UITM Merbok, 27hb MARCH 2019: Universiti Teknologi Mara (Cawangan Kedah) telah menganjurkan International Student Affairs Invention, Innovation & Design Competition( iSaiid 2019) di Dewan Utama bermula pada 25-26 March 2019. Pelbagai organisasi terdiri daripada Universiti Tempatan, Institut Kemahiran, Politeknik, KolejKomuniti dan juga wakil penyertaan dari Indonesia serta Thailand turutsamamenyertaipertandingan tersebut.

            Projek Rotary Grill (Gen 2) – JurusanAutomotif – Service SelepasJualan (PK) telah memenangi pingat GANGSA yang mana telah disertai oleh dua orang pelajar beserta seorang orang guru pensihat. Diharapkan kemenangan ini akan memberi semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baikpada masa akan datang.

SUKANDGNILP

Perlawanan persahabatan bola sepak dan badminton antara IKBN KP menentang ILP Kangar pada 19 Mac 2019.
Ini adalah salah satu persediaan bagi menghadapi Kejohanan Sukan ILKBS SeMalaysia di IKTBN Sepang pada penghujung April nanti selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua agensi
Keputusanbolasepak IKBN KP 2-ILP Kangar 1
KeputusanBdminton- IKBN KP 3- ILP Kangar 1

Halaman 3 dari 16
 
Find us on Facebook
Follow Us