Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

pidatokenegaraan

ILP Kangar, 16April 2019 (Selasa)- Buat julung kalinya Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri Perlis menampilkan penyertaan salah seorang pelajar IKBN Kuala Perlis iaitu saudara Azieman bin Azmi dari jurusan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan. Beliau yang mendapat sentuhan dan galakkan daripada mentornya iaitu Puan Hasnida Bt. Shahrom yang merupakan pegawai institut ini telah mengharumkan nama IKBN Kuala Perlis khususnya apabila dinobatkan tempat keempat daripada 7 finalis. Penyertaan Pertandingan Pidato Kenegaraan bagi tahun 2019 terbuka kepada semua warga negara bertujuan untukmencapaimatlamatwawasan 2020 melalui pembudayaan Bahasa Kebangsaan serta penglibatan semua kaum di dalam pertandingan ini. “Menurut beliau yang membawa tajuk pidatonya“Rukun Negara teras kecemerlangan bangsa” tidak menjangkakan akan memenangi tempat keempat walaupun ini merupakan pertandingan pertama kali disertainya. Beliau yang tidak meletakkan harapan yang tinggi malah percubaannya untuk mencari dan menimba pengalaman”. Alhamdulillah Azieman telah menjadi contoh kepada institut ini sebagai pelajar yang mengikuti bidang kemahiran beliau juga mampu membuktikan kejayaannyad alam bidang pengucapan awam (pidato). Beliau juga berhasrat dan tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai program seumpama ini di masa akan datang.

LARIANSEMARAK

Kuala Perlis, 21 April 2019, Sempena program Kayuhan Sihat ILKBS, turut diadakan pada pagi ini adalah Larian Semarak IKBN KP tahun 2019. Larian Sejauh 5km ini melibatkan para pelajar lelaki dan wanita.Larian ini juga diadakan sebagai salah satu acara sempena Kayuhan Sihat ILKBS 2019 yang turut berlangsung pada hari yang sama. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. pelepasan larian disempurnakan oleh Pengarah IKBN Kuala Perlis En Apui Jan , diiringi pengarah IKTBN Sepang Pn Rosnoizam Bt Abd Majid.

kayuhansihatsukanilkbs

Kuala Perlis 21 April 2019, Pelepasan peserta program Kayuhan Sihat ILKBS telah diadakan di perkarangan padang kawad IKBN Kuala Perlis pada hari ini. Program anjuran IKTBN Sepang ini adalah salah satu simbolik menjelang Kejohanan Sukan ILKBS SeMalaysia kali ke 33 yang akan dianjurkan di IKTBN Sepang pada 28 hingga 30 April 2019. Flag Off pelepasan kayuhan disempurnakan oleh Pengarah IKTBN Sepang ,Pn Rosnoizam Bt Abd Majid diiringi Pengarah IKBN Kuala Perlis, En Apui Jan.

Peserta kayuhan seramai 10 orang yang terdiri dari staff ILKBS se-Malaysia akan memulakan kayuhan di IKBN Kuala Perlis dan akan tamat di IKTBN Sepang selama 5 hari. IKBN Kuala Perlis menghantar seorang pegawai En Azhar Bin Othman yang turut terlibat pada kayuhan tersebut.

inovasikulim

Kulim, 22 April 2019, Tahniah kepada Team Inovasi IKBN KP yang mendapat pingat gangsa dalam pertandingan SIRIM Invention, Innovation and Technology Expo (SI2TE) 2019 yang akan diadakan pada 16 - 18 April 2019 bertempat di SIRIM Kulim, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.

Team Inovasi IKBN Kuala Perlis dengan Projek Adjustable Spray Gun diwakili oleh 2 orang pelajar dan seorang pengajar. Diharap penyertaan ini dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam penyelidikan untuk pembangunan penghasilan bahan untuk diaplikasikan dalam pelbagai sektor kelak.

pesertastaru2

Kuala Perlis, 18 APRIL 2019 – IKBN Kuala Perlis telah berjaya melaksanakan program kursus asas pendek yang melibatkan 3 bidang kemahiran.

Program STAR@U MyFuture Plus yang telah dijalankan pada 15 hingga 18 April 2019 bertempat di bengkel-bengkel kemahiran di IKBN Kuala Perlis. Sebanyak 3 bidang kemahiran ditawarkan iaitu Asas Keselamatan , Pemasangan Audio Kereta, dan Asas Pemasangan Scafolding. Kursus ini menawarkan peluang alternatif kepada belia berisiko atau minoriti bagi mendapatkan latihan kemahiran secara separuh masa dengan menjalankan kursus jangka pendek menggunakan kemudahan-kemudahan sedia ada dan sekali gus mempromosikan TVET KBS. Semoga terus maju jaya buat para peserta program ini. Pada akhir sesi turut diadakan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta yang disampaikan oleh Tuan Pengarah IKBN Kuala Perlis En Apui Jan. Dengan peserta program pada kali ini seramai 37 orang. 

PERTDBOLA

Kangar, 15 April 2019 - Pasukan bola sepak IKBN KP telah berjaya menjadi johan di Program Sukan Luar Bandar Siri 2 Peringkat Negeri Perlis 2019. Program anjuran Jabatan Belia Sukan Negeri Perlis bertempat di Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar.

Program ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi di kawasan luar bandar. Selain itu, melalui program ini para peserta dapat mengamalkan gaya hidup sihat tidak mengira umur selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim penduduk setempat terutamanya kawasan luar bandar.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah, Kejohanan Bola Jaring dan juga Sukaneka Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YB. Tuan Hamizan Bin Hassan, Adun Kayang, serta Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah JBSN Perlis.

Turut diumumkan Pemain terbaik kejohanan menjadi milik pemain IKBNKP. Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat dalam menghadapi Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia di IKTBN Sepang pada 28 hingga 30 April ini

takli

12 April 2019 (Jumaat) –Bertempat di Perpustakaan IKBN Kuala Perlis berlangsung Taklimat Latihan Industri kepada semua pelajar semester akhir sesi pengambilan 2/2017 yang melibatkan jurusan Penyelenggaraan Kereta, Penyelenggaraan Jentera Berat, Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan, Semburan Cat Automotif dan Juru perancah. Pelajar ini akan mengikuti program latihan Industri selama 3 bulan bermula Julai hingga September 2019 terutama di syarikat MOU dan lain- lain syarikat yang telah dipersetujui oleh mereka sendiri.

Objektif taklimat ini adalah untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan ke boleh pasaran pelajar, mendedahkan pelajar kepada pengalaman alam pekerjaan yang sebenar, mendedahkan pelajar kepada amalan spesifik dalam bidang pengkhususan masing- masing, meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pelajar dengan organisasi /industri dan persediaan mental dan fizikal pelajar sebelum memulakan kerjaya di dalam bidang masing- masing.

Taklimat telah diselaraskan oleh Cawangan Hubungan Industri IKBN Kuala Perlis dan berharap agar mereka semua dapat mengikuti program ini dengan jayanya serta menonjolkan sikap, tanggungjawab, integriti dan disiplin dengan baik demi menjaga nama baik IKBN khususnya dan syarikat amnya.

wsmb

Pada 03 April 2019 sehingga 07 April 2019 telah berlangsung Pertandingan Pra Kelayakan World skills Malaysia Belia (WSMB 2019) untuk bidang Automobile Technology di perkarangan parkir CIAST, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Seramai 134 orang peserta bagi kategori belia dari Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta telah menyertai pertandingan ini. Manakala hakim pula terdiri di kalangan pekerja industri yang berpengalaman di dalam bidang automotif. Pertandingan kali ini mengemukakan soalan merombak enjin (S4P VVT) serta pengukuran yang berjalan selama 3 jam bagi setiap peserta. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menilai tahap kemahiran pelajar untuk di pilih bagi mewakili Malaysia untuk ke tahap yang lebih tinggi seperti Asean & World Skills Competition. Peserta yang terpilih dalam pertandingan ini akan mewakili Malaysia ke ASEAN Skills Competition 2020 yang akan diadakan di Singapore pada tahun hadapan.

IKBN Kuala Perlis telah menghantar 1 orang peserta dari Bahagian Penyenggaraan Kereta iaitu Mohamad Hasrul Amri Bin Che Sabriserta seorang pelajar pembantu dan 2 orang pengajar pengiring. Secara keseluruhannya pertandingan yang diadakan selama 4 hari ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan berjaya menarik minat pelajar – pelajar dan penduduk setempat untuk menyertai program-program berkaitan kemahiran.

mybiutiful

Kuarters IKBN Kuala Perlis, 5 April 2019 (Jumaat) - Ahli Jawatankuasa Penduduk Kuarters IKBN dengan kerjasama strategik Kelab KEKAS, AJK Surau An-Nur, Penduduk Kuarters dan Peserta Anugerah Remaja Perdana telah mengadakan gerak kerja gotong royong perdana bagi menceriakan dan membersihkan kawasan sekitar kuarters. Program ini bertujuan untuk melahirkan semangat kesukarelaan di antara semua pihak di samping menanam nilai- nilai tanggungjawab sosial yang tinggi dan sentiasa komited untuk memastikan kesinambungan dan keharmonian penduduk kuarters sentiasa terjaga dan dipertingkatkan. Penyertaan yang melibatkan semua penduduk kuarters dan AJK, staf kontrak kebersihan, peserta ARP (106 orang) dan turut disertai oleh Tuan Pengarah Encik Apui Jan bersama- sama kedua- dua timbalan pengarah. Program yang berakhir pada jam 5.00 petang dengan jamuan minum petang.

ekampus

Makmal ICT IKBN Kuala Perlis, 2 April 2019 (Selasa) -  Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Pengurusan Latihan telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Pendaftaran Subjek, Penyediaan Kod Kelas, Penyediaan Jadual Waktu E-kampus Sesi Januari 2019. Tujuan bengkel ini diadakan untuk meningkatkan lagi ke fahaman dan melicinkan lagi pengurusan e-kampus di institut ini. Di samping itu juga dapat memastikan semua peserta diberi input- input baru perubahan terkini di dalam pengurusan sistem e-kampus. Para Peserta yang terlibat seramai 18 orang terdiri daripada semua penyelaras e-kampus bahagian yang telah dilantik serta wakil- wakil staf yang berminat untuk mendalami ilmu pengurusan e-kampus. Taklimat bengkel disampaikan oleh Encik Mohd Khairan Bin Hj. Azhar.

Halaman 4 dari 17
 
Find us on Facebook
Follow Us