Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

autisme

KUALA PERLIS, 02 APRIL 2019 ;  Hari Autisme sedunia @ IKBNKP yang turut disambut oleh kesemua pelajar dan kakitangan IKBN Kuala Perlis bertempat di Padang Kawad IKBNKP.Sambutan hari kesedaran Autisme turut diserikan dengan kehadiran Tuan Apui Jan, Pengarah IKBN Kuala Perlis .

Selain berpakaian serba biru pada hari tersebut, pelajar dan kakitangan juga sama-sama berkumpul dan bergambar bagi memberi sokongan kepada anak-anak autism.

tcr1

17 Mac 2019. Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat telah mengadakan perbincangan kerjasama latihan bersama pihak TCR Solution Sdn Bhd, di Sepang Selangor. Wakil IKBN Kuala Perlis diwakil oleh En Shahidan bin Saad bersama En Mohd Zulhadi Bin Yusof telah membentangkan pakej-pakej latihan yang ada bagi membantu pihak industri untuk meningkatkan kemahiran dan secara tidak langsung memperkenalkan IKBN Kuala Perlis kepada syarikat. Pada perjumpaan tersebut juga pihak IKBN Kuala Perlis menghantar senarai 7 orang pelajar IKBN Kuala Perlis bagi membolehkan pelajar menjalani Latihan Industri di tempat tersebut.

National Innovation And Invention Competition Through Exhibition

( iCompEx2019)

icompex19

JITRA, DEWAN WAWASAN, 22hb MARCH 2019: Penyertaan team Inovasi IKBN Kuala Perlis telah berjaya membawa satu pingat pada pertandingan  National Innovation And Invention CompetitionThrough Exhibition( iCompEx 2019) di Dewan Wawasan Jitra anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Muzdzam Shah Jitra (Polimas). Pertandingan yang  telah bermula dari 19-21 March 2019. Pelbagai organisasi terdiri daripada Universiti Tempatan, Institut Kemahiran, Politeknik, Kolej Komuniti dan Sekolah  telah menyertai pertandingan tersebut.

            Projek Rotary Grill (Gen 2) –Jurusan Automotif – Service Selepas Jualan (PK) telah memenangi pingat PERAK yang mana telah disertai oleh empat orang pelajar beserta dua orang guru pensihat. Diharapkan kemenangan ini akan memberi semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.

International Student Affairs Invention, Innovation & Design Competition

( iSaiid2019)

MERBOK, UITM Merbok, 27hb MARCH 2019: Universiti Teknologi Mara (Cawangan Kedah) telah menganjurkan International Student Affairs Invention, Innovation & Design Competition( iSaiid 2019) di Dewan Utama bermula pada 25-26 March 2019. Pelbagai organisasi terdiri daripada Universiti Tempatan, Institut Kemahiran, Politeknik, KolejKomuniti dan juga wakil penyertaan dari Indonesia serta Thailand turutsamamenyertaipertandingan tersebut.

            Projek Rotary Grill (Gen 2) – JurusanAutomotif – Service SelepasJualan (PK) telah memenangi pingat GANGSA yang mana telah disertai oleh dua orang pelajar beserta seorang orang guru pensihat. Diharapkan kemenangan ini akan memberi semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baikpada masa akan datang.

SUKANDGNILP

Perlawanan persahabatan bola sepak dan badminton antara IKBN KP menentang ILP Kangar pada 19 Mac 2019.
Ini adalah salah satu persediaan bagi menghadapi Kejohanan Sukan ILKBS SeMalaysia di IKTBN Sepang pada penghujung April nanti selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua agensi
Keputusanbolasepak IKBN KP 2-ILP Kangar 1
KeputusanBdminton- IKBN KP 3- ILP Kangar 1

GOTORYGARP

19 Mac 2019 – Seramai 50 orang pelajar semester 1 dari IKBN Kuala Perlis telah melakukan aktiviti khidmat masyarakat di sekitar kawasan Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis. Program ini juga adalah salah satu daripada komponen khidmat masyarakat di dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Para pelajar dibahagikan ke beberapa kawasan di sekitar kampung dan usaha ini telah mendapat pujian daripada  ADUN Kuala Perlis, YB Azam Bin Karap.

temdgainokum

28 Februari 2019 (Khamis) - Sebuah program temuduga bersama Syarikat INOKOM CORPORATION SDN BHD telah diadakan di perpustakaan Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis. Perjalanan taklimat ini di kelola oleh Pegawai Cawangan Hubungan Industri dan Ketua Bahagian jurusan yang terlibat.Sesi temuduga ini melibatkan seramai 18 orang pelajar semester 4 jurusan Penyenggaraan Semburan Cat.

Selain dari sesi temuduga, para pelajar juga perlu melepasi saringan air kencing daripada pegawai kesihatan yang bertugas.Pelajar IKBN Kuala Perlis yang Berjaya melepasi,saringan dan temuduga akan bekerja bersama Syarikat Inokom Corporation Sdn Bhd di Kulim, Kedah

undimpp

Unit Bina Insan Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis telah mengadakan Pilihan raya Umum Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi tahun 2019. Program itu telah melibatkan pelajar seramai 341 orang dan terdiri daripada 21 calon lelaki dan perempuan dari Tahap 1 hingga Tahap 3 yang dicalonkan oleh jurusan masing-masing.

Setelah proses pengundian dilakukan, pengiraan kertas undian akan dilakukan dan semoga dengan pelantikan ini, MPP IKBN Kuala Perlis mampu untuk melaksanakan tugas dan memacu kejayaan yang cemerlang.

asbtaklimat

KUALA PERLIS, 20 FEBRUARI 2019 ( RABU ), IKBN Kuala Perlis telah mengadakan Program Literasi Kewangan Amanah Saham Nasional Berhad ( ASNB ) anjuran bersama pihak ASNB dan Alumni ILKBS. Seramai 400 orang pelajar dan kakitangan IKBN Kuala Perlis telah menyertai program tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Pn. Roshida Binti Hashim dan diselaraskan oleh semua kakitangan bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Kuala Perlis.

Hasil dari program ini, para pelajar dapat sedikit pengetahuan mengenai pelaburan bersama ASNB dan dapat mengetahui semua jenis produk- produk yang ditawarkan oleh pihak ASNB.

0211urinaadk

11 Februari 2019 – IKBN Kuala Perlis dengan kerjasama Agensi Anti dadah Kebangsaan Negeri Perlis telah melakukan ujian saringan air kencing kepada para pelajar yang dipilih oleh pegawai kedua-dua agensi. Ujian saringan yang dilakukan ini adalah untuk memastikan IKBN Kuala Perlis sentiasa bebas dan terhindar dari gejala penyalah gunaan dadah. Program berlansung dari jam 9 pagi sehingga jam 12,30 tengah malam.Seramai 100 orang pelajar telah dipilih untuk menjalani ujian saringan air kencing tersebut yang dilakukan di Dewan IKBN Kuala Perlis.

0131boling

31 Januari 2019 -Jabatan Teknologi Automotif IKBN Kuala Perlis telah menganjurkan pertandingan boling di Megalanes Bowling, Kangar Perlis. Pertandingan yang diadakan secara berkumpulan itu adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara staf-staf IKBN Kuala Perlis. Turut sama bermain pada malam itu adalah Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan , En Muhamed Shukri bin Abdul Mookmin serta Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar , En Mohd Khairan bin Hj Azhar. Pertandingan dimenangi oleh kumpulan yang terdiri daripada En Hizny, En Ezanee serta En Shahrudin.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan , En Muhamed Shukri bin Abdul Mookmin

Halaman 5 dari 17
 
Find us on Facebook
Follow Us