Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

hsn20181

Kuala Perlis 13 Okt 2018; Hari Sukan Negara 2018 peringkat IKBN Kuala Perlis turut diadakan melibatkan Pertandingan sukan Rakyat dan Pertandingan Badminton. Hari sukan yang diadakan selama 2 hari yang berlangsung di perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis melibatkan semua pelajar dan kakitangan. Pertandingan tersebut adalah pada 12 Oktober diadakan sukan Rakyat dan 13 Oktober pertandingan Badminton.

Pada tahun ini Pihak urus setia telah membahagikan pelajar dan kakitangan kepada 6 kumpulan mengikut warna bagi memeriahkan dan bertanding dalam permainan sukan tradisional antaranya Tarik upih, Lari dalam guni, Tuju selipar, Zero Point dan Tarik Tali. Urus setia telah mengekalkan acara pertandingan badminton Peringkat tertutup IKBN Kuala Perlis. Penglibatan semua kakitangan yang telah diundi melalui cabutan bagi menentukan pasangan masing-masing.

Acara pada pagi tersebut juga turut diadakan perasmian pertandingan yang di rasmikan oleh Timbalan Pengarah (BPL) yang turut serta memeriahkan pertandingan tersebut. Menurut Timbalan Pengarah (BPL), Encik Mohamed Shukri Bin Abdul Mookmin berkata, Hari Sukan Negara  ini adalah usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik di kalangan pelajar dan kakitangan IKBNKP.

Penglibatan semua pelajar-pelajar termasuk kakitangan IKBN Kuala Perlis cukup menyeronokkan, dapat menyihatkan tubuh badan sekali gus menjalinkan hubungan kekeluargaan pada warga IKBN Kuala Perlis.

Di akhir perlawanan turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Tahniah kepada pemenang Johan Keseluruhan Rumah merah bagi pertandingan sukan rakyat dan Johan pertandingan Badminton adalah Team En Mohamad Aswadi dan En Mohd Zulhadi.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan sambutan Hari Sukan Negara 2018 Peringkat IKBN Kuala Perlis pada tahun ini. Semoga program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

RUMAHSUKAN

skalfulqan

Arau 7 oktober 2018: Seramai 33 orang pelajar Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat telah mengadakan program khidmat masyarakat bagi mengecat bangunan bertempat di Sek Rendah Islam Al-Furqan Jejawi, Perlis. Dua orang tenaga pengajar iaitu En Abdul Rahman Bin Abdullah dari Bidang Jurubina Bangunan dan En Shahidan Bin Saad dari Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat turut serta bagi menyelaraskan dan menjayakan aktiviti tersebut.

Program ini merupakan satu inisiatif pihak Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat bersama Bahagian Scaffolding dengan memberi khidmat kemahiran dan gotong royong mengecat bangunan dan memasang cermin tingkap. Diharapkan program ini dapat membantu golongan yang memerlukan dan pelajar dapat menambahkan dan meningkatkan pelbagai kemahiran yang ada dalam diri.

kk jempol

KUALA PERLIS, 28 SEPTEMBER 2018 (Jumaat), IKBN Kuala Perlis telah menerima lawatan daripada Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan. Seramai 56 Pelajar Automotif Kenderaan Ringan dan 7 pegawai pengiring dari KK Jempol telah terlibat. Lawatan Akademik dari KK Jempol telah diselaraskan oleh Unit Bina Insan dan Promosi IKBN Kuala Perlis.

Hasil dari lawatan akademik ini, kebanyakan pelajar berkongsi idea berkaitan pembelajaran, tentang pengambilan di IKBN, jurusan yang di tawarkan dan sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk terus belajar dalam bidang kemahiran. Lawatan ini tamat pada jam 12.30 tengah hari selepas sesi penyerahan cenderahati dari kedua belah pihak.

PROWHEEL

ALOR SETAR, 24hb SEPTEMBER 2018: Unit Hubungan Industri (CHI) IKBN Kuala Perlis telah mengunjungi pihak Prowheels (M) Sdn. Bhd. pada 13hb September 2018 bagi membincangkan kerjasama industri yang boleh dijalankan antara kedua belah pihak. Perbincangan tersebut adalah berkaitan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN),Kursus Jangka Pendek (Short Course), Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan MOU. Kursus Penyelenggaraan Kereta (PK) merupakan jurusan yang sesuai dengan skop kerja di Prowheels disebabkan syarikat tersebut mempunyai empat cawangan di sekitar Alor Setar yang menguruskan penyelenggaraan kereta.

Perbincangan susulan dijangka akan berlangsung pada masa akan datang disebabkan minat yang telah ditunjukkan oleh pihak Prowheels bagi mempersijilkan para pekerja dan juga menambah kemahiran untuk meningkatkan prestasi kerja. Pasukan IKBN K. Perlis diketuai oleh En. Shamsyul Akmal b. Mohd Saad dan Cik Murni (HR Manager)dari pihak Prowheels (M) Sdn. Bhd.

cubprix

KANGAR, PERLIS 22 SEPTEMBER 2018 (Sabtu) Booth pameran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia yang menepatkan Pameran dari IKBN Kuala Perlis dan Jabatan Belia Dan sukan Negeri Perlis antara booth yang termeriah dan diserbu para pengunjung sempena berlangsungnya Pusingan 6 Kejuaraan CubPrix AAM Malaysia Petronas di Kangar, Perlis.

Penganjuran CubPrix pusingan-6 yang bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar selama dua hari. Terdapat 3 kategori bagi setiap perlumbaan antaranya ialah CP150, CP115 dan WIRA KBS dari peringkat umur antara 13 tahun hingga 21 tahun. kunjungan para pengunjung untuk menyaksikan pameran sukan permotoran serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa kejuaraan diadakan.

          Unit promosi IKBN Kuala Perlis tidak melepaskan peluang untuk turut terlibat bagi memeriahkan CubPrix pusingan ke-6 tersebut dengan

membawa 2 produk inovasi automotif iaitu Twister Drum Tools dan Mini Portable Compressor di samping memperkenalkan IKBN Kuala Perlis

kepada orang ramai.

senamsihat

Shah Alam, 15 SEPTEMBER 2018 - seramai 7 orang pelajar IKBN Kuala Perlis telah menyertai Pertandingan Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2018 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia yang diadakan di AEON Mall Shah Alam. Empat kategori yang dipertandingkan seperti Fitballrobik, Senamsihat Terbuka, Lompat Tali Junior dan Lompat Tali Remaja. IKBN Kuala Perlis membawa nama The Newbie telah bertanding bagi kategori Senamsihat Terbuka. Seramai 14 pasukan yang mewakili setiap negeri telah bertanding bagi kategori tersebut dan The Newbie telah mendapat tempat ketiga bagi kategori tersebut. The Newbie membawa pulang hadiah pertandingan tempat ketiga RM500.00, Sijil Pemenang, Sijil Penyertaan dan cenderahati (tshirt).

jpam

KANGAR, 14 SEPTEMBER 2018 (Jumaat) Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis telah menganjurkan Kursus Asas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertempat di PUSPA Kangar, Perlis. Seramai 68 orang peserta terdiri daripada 58 orang lelaki, 10 orang perempuan dari jurusan lukisan senibina scaffolding, penyelenggaraan kereta dan penyelenggaraan jentera berat serta dibantu oleh 8 orang urusetia dan diiringi 5 orang pegawai. Majlis penutupan program dirasmikan oleh Pengarah APM Negeri Perlis, Lt. Kol. (PA) Ishak Bin Mohd Radzi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kursus ini ialah teori dan amali pertolongan cemas, teori ikatan dan simpulan, latihan fizikal (kawad kaki), teori dan amali mencegah kebakaran. Semua aktiviti tersebut dikendalikan oleh anggota APM,dan penyertaan adalah diwajibkan kepada semua peserta.

Secara keseluruhan, kursus ini dapat meningkatkan jati diri serta keberanian, pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada semua peserta. Di samping itu, mereka boleh menggunakan ilmu yang telah diterapkan jika berlaku sebarang kecemasan.

funrunmerdeka

KUALA PERLIS 30 OGOS 2018 – Sempena Hari Kebangsaan yang ke 61, IKBN Kuala Perlis telah mengadakan Program Fun Run Ambang Merdeka dan The Amazing Race yang disertai oleh semua pegawai dan pelajar IKBN Kuala Perlis. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh En. Muhamed Shukri Bin Abdul Mookmin selaku Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan (TPBPL) yang memangku jawatan sebagai Pengarah IKBN Kuala Perlis sekarang. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dimulai dengan nyanyian lagu negaraku serta senamrobik yang dikendalikan oleh bahagian sukan. Selepas itu acara larian bermula 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tgh hari dengan upacara penyampaian hadiah. Objektif program ini memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar IKBN Kuala perlis serta menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif pejuang- pejuang kemerdekaan.Sayangi Malaysiaku

kursusukur

Kuala Perlis, 15 Ogos 2018 (Rabu) Jabatan Teknologi Awam di bawah kelolaan ketua jabatan, En Anuarul Bin Mansor telah menjayakan kursus jangka pendek berkaitan dengan kerja ukur aras dan pembukuan kerja lapangan yang dianjurkan oleh pihak IKBN Kuala Perlis untuk pegawai dan pelajar sebuah pusat teknikal swasta iaitu Amtrc Academy (SP) Sdn.Bhd.. Seramai 20 orang peserta kesemuanya yang melibatkan 2 pegawai pengiring dan 18 pelajar di Bahagian Pembinaan Bangunan.

Kursus ini dilaksana dan dikendalikan sepenuhnya oleh En.Nordin bin Hj.Mohamad Yusof iaitu seorang yang pernah bekerja di sektor swasta dan berpengalaman dalam kerja-kerja ukur di dalam kerja-kerja kejuruteraan awam.Perancangan kursus dalam tempoh sehari yang melibatkan methodologi berbentuk latihan secara teori dan amali serta ujian akhir.dilaksanakan dengan jayanya. Peserta juga didedahkan secara asas untuk mendalami ilmu pengukuran kerja ukur aras dan kerja lapangan sebenarnya. Peserta yang hadir diagihkan kepada 4 kumpulan kecil dengan penggunaan alatan yang optimum.

Semua peserta telah dapat menambahkan pengetahuan dari aspek teori dan amali bagi memantapkan lagi pengetahuan sediada. Peserta juga berkesempatan bersama dengan Penolong Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar pada majlis penutup yang diadakan.

Selasa, 04 September 2018 14:33

PERTANDINGAN REKA CIPTA DARI BAHAN TERBUANG

KANGAR, PERLIS 15hb OGOS 2018 : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah menganjurkan Pesta Buku dan Karnival Pembaca Perlis 2018. Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Reka Cipta Bahan Terbuang. Pelbagai organisasi terdiri daripada Institut Kemahiran dan Sekolah sekitar negeri Perlis telah menyertai pertandingan tersebut. IKBN Kuala Perlis telah menghantar tiga(3) pasukan yang diselaraskan oleh Cik Ajwad Arina bt Azni.

            Projek Botol Penarik Lalat telah dipilih sebagai Johan yang mana telah mengalahkan sembilan (9) pasukan yang lain. Diharapkan dengan kemenangan ini akan member semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.

Halaman 6 dari 16
 
Find us on Facebook
Follow Us