Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

jpam

KANGAR, 14 SEPTEMBER 2018 (Jumaat) Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis telah menganjurkan Kursus Asas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertempat di PUSPA Kangar, Perlis. Seramai 68 orang peserta terdiri daripada 58 orang lelaki, 10 orang perempuan dari jurusan lukisan senibina scaffolding, penyelenggaraan kereta dan penyelenggaraan jentera berat serta dibantu oleh 8 orang urusetia dan diiringi 5 orang pegawai. Majlis penutupan program dirasmikan oleh Pengarah APM Negeri Perlis, Lt. Kol. (PA) Ishak Bin Mohd Radzi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kursus ini ialah teori dan amali pertolongan cemas, teori ikatan dan simpulan, latihan fizikal (kawad kaki), teori dan amali mencegah kebakaran. Semua aktiviti tersebut dikendalikan oleh anggota APM,dan penyertaan adalah diwajibkan kepada semua peserta.

Secara keseluruhan, kursus ini dapat meningkatkan jati diri serta keberanian, pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada semua peserta. Di samping itu, mereka boleh menggunakan ilmu yang telah diterapkan jika berlaku sebarang kecemasan.

funrunmerdeka

KUALA PERLIS 30 OGOS 2018 – Sempena Hari Kebangsaan yang ke 61, IKBN Kuala Perlis telah mengadakan Program Fun Run Ambang Merdeka dan The Amazing Race yang disertai oleh semua pegawai dan pelajar IKBN Kuala Perlis. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh En. Muhamed Shukri Bin Abdul Mookmin selaku Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan (TPBPL) yang memangku jawatan sebagai Pengarah IKBN Kuala Perlis sekarang. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dimulai dengan nyanyian lagu negaraku serta senamrobik yang dikendalikan oleh bahagian sukan. Selepas itu acara larian bermula 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tgh hari dengan upacara penyampaian hadiah. Objektif program ini memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar IKBN Kuala perlis serta menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif pejuang- pejuang kemerdekaan.Sayangi Malaysiaku

kursusukur

Kuala Perlis, 15 Ogos 2018 (Rabu) Jabatan Teknologi Awam di bawah kelolaan ketua jabatan, En Anuarul Bin Mansor telah menjayakan kursus jangka pendek berkaitan dengan kerja ukur aras dan pembukuan kerja lapangan yang dianjurkan oleh pihak IKBN Kuala Perlis untuk pegawai dan pelajar sebuah pusat teknikal swasta iaitu Amtrc Academy (SP) Sdn.Bhd.. Seramai 20 orang peserta kesemuanya yang melibatkan 2 pegawai pengiring dan 18 pelajar di Bahagian Pembinaan Bangunan.

Kursus ini dilaksana dan dikendalikan sepenuhnya oleh En.Nordin bin Hj.Mohamad Yusof iaitu seorang yang pernah bekerja di sektor swasta dan berpengalaman dalam kerja-kerja ukur di dalam kerja-kerja kejuruteraan awam.Perancangan kursus dalam tempoh sehari yang melibatkan methodologi berbentuk latihan secara teori dan amali serta ujian akhir.dilaksanakan dengan jayanya. Peserta juga didedahkan secara asas untuk mendalami ilmu pengukuran kerja ukur aras dan kerja lapangan sebenarnya. Peserta yang hadir diagihkan kepada 4 kumpulan kecil dengan penggunaan alatan yang optimum.

Semua peserta telah dapat menambahkan pengetahuan dari aspek teori dan amali bagi memantapkan lagi pengetahuan sediada. Peserta juga berkesempatan bersama dengan Penolong Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar pada majlis penutup yang diadakan.

Selasa, 04 September 2018 14:33

PERTANDINGAN REKA CIPTA DARI BAHAN TERBUANG

KANGAR, PERLIS 15hb OGOS 2018 : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah menganjurkan Pesta Buku dan Karnival Pembaca Perlis 2018. Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Reka Cipta Bahan Terbuang. Pelbagai organisasi terdiri daripada Institut Kemahiran dan Sekolah sekitar negeri Perlis telah menyertai pertandingan tersebut. IKBN Kuala Perlis telah menghantar tiga(3) pasukan yang diselaraskan oleh Cik Ajwad Arina bt Azni.

            Projek Botol Penarik Lalat telah dipilih sebagai Johan yang mana telah mengalahkan sembilan (9) pasukan yang lain. Diharapkan dengan kemenangan ini akan member semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.

Selasa, 04 September 2018 10:13

PERTANDINGAN INOVASI PENGAJARAN 2018

inovasi pip

SINTOK, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), 15hb OGOS 2018: Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Pengajaran 2018 ( Pip 2018 ) di Dewan Muazam Shah berlangsung pada 14hb Ogos 2018. Pelbagai organisasi terdiri daripada Universiti Tempatan, Institut Kemahiran, Politeknik, Kolej Komuniti dan Sekolah yang melibatkan 166 penyertaan. IKBN Kuala Perlis telah menghantar dua (2) pasukan bagi pertandingan tesebut.

            Projek Intelligent Stand Tyre of Gun – (Jurusan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan-PKP)dipilih sebagai pemenang PINGAT PERAK manakala Mini Bar Bander– ( JurusanScafolding )hanya memperolehi Sijil Penyertaan. Diharapkan dengan kejayaan ini akan member semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.

kursuscvt

Kuala Perlis 10 Ogos 2018 IKBN Kuala Perlis telah mengadakan satu kursus PPK bertajuk Sistem Transmission Kenderaan (CVT) anjuran IKBNKP bersama HNR1 Resources bermula 6 hingga 10 Ogos 2018. Seramai 12 orang peserta kesemuanya yang hadir dari IKTBN Chembong, IKBN Miri, IKTBN Temerloh dan IKTBN Bachok serta peserta IKBN Kuala Perlis.

Kursus ini dijalankan di bengkel Bahagian Penyenggaraan Kereta. Selama 5 hari ini peserta menjalani latihan secara teori dan amali merangkumi dari semua aspek seperti fungsi, operasi, rombakrawat, pemeriksaan serta cara untuk mengesan dan menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi. Peserta juga didedahkan dengan prosedur-prosedur mengikut service manual dalam melakukan rombakrawat, pemeriksaan serta pemasangan semula komponen CVT ini. Peserta juga berpeluang untuk melakukan ujipandu kereta Honda City yang menggunakan transmission CVT ini. Alat pengimbas (Scan tool) juga digunakan untuk tujuan membaca data serta mengesan sebarang kerosakan yang terdapat dalam sistem Transmission CVT ini.

Semua peserta telah dapat menambahkan pengetahuan dari aspek teori dan amali bagi memantapkan lagi pengetahuan sediaada. Semoga dapat dikongsikan bersama pelajar-pelajar di institut masing-masing kelak.

lawatanybkuala

Kuala Perlis, 8 Ogos 2018 - IKBN Kuala Perlis menerima lawatan YB ADUN Kuala Perlis bagi lawatan beliau ke IKBN Kuala Perlis.

Lawatan pada Pagi tersebut beliau disambut oleh pihak pengurusan diketuai oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Pengurusan Latihan) En Muhamad Shukri Bin Abdul Mookmin dan berkesempatan mendengar taklimat dari pihak pengurusan IKBNKP Serta melawat setiap bengkel latihan yang terdapat di IKBN Kuala Perlis.

YB juga sempat memuat naik status di facebook beliau selepas lawatan tersebut antaranya

“Pagi ini berkesempatan ke IKBN Kuala Perlis mendengar taklimat dari pihak pengurusan IKBN. Beberapa perkara dibincangkan.

Untuk pengetahuan ramai,IKBN menyediakan pengajian percuma kepada pelajar-pelajar. Antara isu utama yang dihadapi ialah,kekurangan kemasukan pelajar ke IKBN.

Ada beberapa kursus latihan yang disediakan di sini. Antara latihan kursus tersebut menjanjikan pendapatan lumayan di dalam indsustri minyak.

Saya sarankan kepada adik-adik yang kurang berminat dengan pengajian akademik dan lebih berminat dengan pengajian berbentuk latihan,boleh cuba memohon belajar di IKBN. Pengambilan pelajar dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Boleh lawati website IKBN untuk maklumat lanjut.”

Pihak IKBN KP mengucapkan jutaan terima kasih kepada ADUN Kuala Perlis YB Nor Azam bin Karap kerana sudi berkunjung ke IKBN Kuala Perlis dan berharap dengan lawatan tersebut dapat membuka lebih banyak lagi ruang untuk belia-belia Perlis menceburi dalam bidang kemahiran.

kursusarp

KUALA PERLIS, 3 OGOS 2018 – Seramai 30 orang pelajar dan 10 pegawai IKBN Kuala Perlis telah menyertai Kursus Pengurusan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Penilaian Aktiviti IKBNKP bertempat di Perpustakaan IKBNKP. Kursus ini dikendalikan oleh pemegang pingat emas bagi Anugerah Remaja Perdana,Encik Hazrul Hafizi.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah slot ceramah,aktiviti dalaman, latihan berkumpulan, sesi pembentangan, penyampaian sijil serta sesi bergambar. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada belia tentang aktiviti serta pendedahan untuk Anugerah Remaja Perdana (ARP). Majlis penutupan kursus ini disempurnakan oleh Timb.Pengarah (BPL) En Mohamed Shukri Bin Abd Mookmin. Pihak IKBN Kuala Perlis berterima kasih kepada Encik Hazrul Hafizi kerana hadir menjayakan kursus yang sebegini dan berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

scafoldingbootcamp

Kuala Perlis, 9 Ogos 2018, Program Latihan Geran Padanan Bootcamp IKBN Kuala Perlis – Asiatech 2018 secara rasminya telah berakhir secara rasminya pada 2 Ogos 2018. Program ini melibatkan kerjasama 3 pihak iaitu IKBN Kuala Perlis & IKTBN Bachok sebagai pusat latihan dan Syarikat Asiatech Scaffold Engineering Sdn. Bhd. Sebagai syarikat yang akan menawarkan peluang pekerjaan kepada peserta-peserta di dalam bidang Scaffolding.

Latihan program ini telah diadakan di IKBN Kuala Perlis bermula pada 2 – 20 Julai 2018 sebelum para peserta di bawa ke IKTBN Bachok, Kelantan untuk menjalani persijilan JKKP bermula pada 21 – 31 Julai 2018.

Majlis perasmian penutup program ini telah diadakan pada 2 Ogos 2018 bertempat di Perpustakaan IKBN Kuala Perlis dan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, IKBN Kuala Perlis, En. Muhamed Shukri bin Abdul Mookmin. Majlis juga turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Asiatech Scaffold Engineering Sdn. Bhd., En. Hamzah bin Sharif. Majlis ini berakhir dengan sesi ramah mesra dan taklimat En. Hamzah bersama-sama dengan kesemua peserta Bootcamp tersebut.

aadk kperlis

Kuala Perlis 8 OGOS 2018 – Seramai 117 orang pelajar IKBN Kuala Perlis telah menyertai Kem SMART 2018 (Sukses Matang Aktif Rasional Tanggungjawab) anjuran AADK Negeri Perlis. Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula 27 – 29 Julai 2018, bertempat di Dewan Utama IKBN Kuala Perlis. Antara aktiviti yang berlangsung adalah Ceramah AADK, aktiviti dalaman dan luaran,latihan berkumpulan,penyampaian sijil serta sesi bergambar. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada belia tentang bahayanya najis dadah serta kesannya kepada masyarakat.

Majlis penutup program ini disempurnakan oleh Timb. Pengarah AADK Perlis serta di hadiri oleh Timb. Pengarah IKBN Kuala Perlis. Pihak IKBN Kuala Perlis berterima kasih kepada AADK Negeri Perlis kerana mewujudkan program yang sebegini dan berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Halaman 8 dari 17
 
Find us on Facebook
Follow Us