Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

impakapril

Kuala Perlis, 20 April 2018 - Program Impak ILKBS @ Komuniti Bil.5 telah berlansung dengan jayanya dengan melibatkan 60 orang peserta terdiri daripada Sukarelawan ARP dan Pegawai IKBN Kuala Perlis. Program kali ini memberi tumpuan kepada Surau Seberang Ramai dan Masjid Kg. Seberang Ramai yang meliputi skop kerja khidmat masyarakat membaikpulih skala kecil premis, mencegat dan gotong royong kebersihan. Program melibatkan 2 hari bermula 14 dan 15 April 2018 yang lalu.


Program yang
turut melibatkan JKKK Kampung, Kariah Masjid serta masyarakat setempat menunjukkan sikap prihatin masyarakat terhadap aktiviti kemasyarakatan ini masih menebal dan perlu ditingkatkan dan amalkan demi menghidupkan suasana harmoni bagi mengeratkan silaturrahim disamping mendekatkan IKBN dengan masyarakat setempat.

Ini merupakan tunjang utama program iniuntuk memastikan IKBN sentiasa relevan bukan sahaja dalam bidang pembelajaran teknikal semata-matamalah pelajar dapat mempraktiskan kemahiran yang dipelajari di institut untuk berbakti kepada masyarakat setempat.

penilaianppppk

Kuala Perlis, 17 April 2018 - satu Lawatan Panel Penilaian Pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia oleh pihak JPK bersama Pegawai penilai yang dilantik oleh JPK telah dilaksanakan di IKBN Kuala Perlis. Panel tersebut ialah En mohamad Aizuddin Bin Saedon JPK, Hj Ramli Bin Ismail, En Yussri Bin Kassim dan Mohamed Kamaruddin Bin Isa

Sebanyak 3 program dinilai bagi Permohonan penambahan kapasiti, iaitu program Automotif Servis Selepas Jualan bagi bidang Penyenggaraan kereta, program Penyenggaraan Jentera tolak Tanah dan Pelukis Pelan Senibina. Penilaian telah dinilai bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan perbincangan serta perjumpaan Semua Pegawai Pengesahan Dalaman (PPD) dan Pegawai Penilai (PP) mengikut bidang masing- masing di dalam Bilik Mesyuarat sebelum membuat lawatan ke bengkel-bengkel terlibat. Perkara yang disemak ialah fasiliti, kelayakan tenaga pengajar serta bahan pengajaran bertulis. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pegawai IKBNKP diatas kerjasama dan keprihatinan dalam menjayakan lawatan tersebut. Semoga Allah memberkati usaha murni ini dan dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar IKBNKP di pasaran kerja.

impakkgperak

KUALA PERLIS, 7 APRIL 2018 – Seramai 40 orang pelajar pelbagai jurusan telah terlibat dalam menjayakan Program Impak ILKBS@Komuniti di Kampung Perak,Kuala Perlis,Perlis.Program yang dijalankan selama 2 hari ini melibatkan kerja-kerja membaikpulih dan mengecat dewan orang ramai di kampung tersebut.Turut bersama penglibatan JKKK dan penduduk setempat menjadikan program ini lebih meriah dan lancar.Pihak JKKK dan ahli jawatankuasa kampung menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kerana pihak Kementerian Belia & Sukan Malaysia melalui IKBN Kuala Perlis mewujudkan program yang sebegini dan berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

inovasimggusains

ARAU, UiTM Arau, 9hb April 2018: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Sempena Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perlis di Dewan Sri Semarak UiTM Arau, Perlis bermula dari 4-5 April 2018. Pelbagai organisasi terdiri daripada Universiti Tempatan, InstitutKemahiran, Politeknik, Kolej Komuniti dan Sekolah telah menyertai pertandingan tersebut.

            ProjekTwister Drum – PJB telah dipilih sebagai pemenang TEMPAT KETIGA(kategori IPT) dan membawa pulang hadiah bernilai RM 200.00 manakala Projek Bata Sekam Padi - JBB hanya memperolehi Sijil Penyertaan. Seramai empat orang pelajar bagi setiap projek besertadua orang guru penasihat dari Jurusan Penyelengaraan Jentera Berat (PJB) danJurusan Jurubina Banggunan (JBB). Diharapkan kemenangan ini akan member semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.

IMPAKTAHFIZ

Kuala Perlis, 10 April 2018 - IKBN Kuala Perlis telah melaksanakan satu Program Impak ILKBS @ Komuniti kepada pelajar Tahfiz pada 7 dan 8 April 2018 bertempat di IKBN Kuala Perlis.

Program yang disertai oleh 36 orang pelajar dan 4 orang guru Tahfiz dari Maahad Tahfiz makam diraja Langgar, Alor Setar, Kedah ini dijalankan merupakan program perkhidmatan kemahiran mengikut kesesuaian bidang atau kepakaran dari IKBN Kuala Perlis.

Matlamat program keselamatan dan asas kemahiran ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga sekolah/tahfiz tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran. Di samping itu juga penekanan tentang pentingnya memahami prosedur kerja yang betul dan impak perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pengawalan bagi memastikan hasil kerja yang selamat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah Lawatan ke bengkel kemahiran yang ditawarkan di IKBN Kuala Perlis, Demo dan latihan selenggaraan enjin, Taklimat tentang bahaya kebakaran,Demonstrasi memadam kebakaran dan latihan memadam kebakaran. Program ini sangat memberi kesan besar kepada pelajar-pelajar tahfiz tersebut selain dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berguna untuk persediaan diri bagi setiap pelajar.

lawmaps

MAPS – IPOH PERAK, 26hb MAC 2018: Unit Hubungan Industri (CHI)Bidang Scaffolding dan bidang Penyelenggaraan jentera berat IKBN Kuala Perlis telah mengunjungi pihak Movie Animation Park Studios (MAPS) pada 26hb Mac 2018 bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan antara kedua belah pihak. Perbincangan tersebut adalah berkaitan Kursus Jangka Pendek (Short Course) bagi bidang scaffolding dan juga sistem hidraulik. Pihak MAPS memohon bantuan dan kepakaran pihak IKBN K.Perlis bagi melatih para pekerja mengenai Tatacara Pengendalian Bahan/Peralatan,Aspek Keselamatan dan juga penyelengaraan system hidraulik seterusnya mempersijilkan para pekerja tesebut.

     Perbincangan ini diketuai oleh En. Anuarul Bin Mansor, En. Shamsyul Akmal b. Mohd Saad dan pembentangan disampaikan oleh En Muhammad Rais Bin Mujari dan En Mohd Azhar Bin Othman wakil dari IKBN K. Perlis dan Angie Ng Yoot Meidari pihak MAPS. Keputusan dari perbincangan tersebut amat memuaskan dan mesyuarat susulan akan diadakan dalam masa terdekat demi menjayakan program tersebut.

CATPRASKILL

Chembong, 30 mac - 1 April 2018, IKBN Kuala Perlis menghantar seorang pelajar Bahagian Semburan Cat Muhammad Irfan Bin Zainal Abidin Sesi 0217 Semester 2 bagi Pra Kelayakan World Skill Belia Malaysia di IKTBN Chembong, Rembau Negeri Sembilan di dalam Bidang Semburan Cat Automotif. Seramai 24 peserta daripada ILKA/ILKS seluruh Malaysia mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.   Kalah menang tidak penting, yang penting support team... TASK yang terlibat, Colour Mixing & Colour Matching, Spray Metallic For Panel (Frt Fender) & Touch Up.

woodball

Pauh, 1 APRIL 2018 - seramai 6 orang pelajar IKBN Kuala Perlis terlibat dalam Kejohanan Woodball Piala Tunku Canselor UniMAP 2018 yang diadakan di Padang Woodball Unimap, Pauh, Perlis. Kejohanan ini diadakan pada setiap hari Ahad bermula dari bulan Mac dan dijangka berakhir pada penghujung April 2018. Kejohanan yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis ini diadakan setiap tahun dan merupakan kejohanan tahunan. Penyertaan adalah dari 12 IPT dan institut kemahiran di sekitar Negeri Perlis.

NSIID

MERBOK, UITM Merbok, 30hb MARCH 2018: Dua projek inovasi IKBN Kuala Perlis dipilih sebagai pemenang EMAS di pertandingan Nsaiid08, dimana Universiti Teknologi Mara (Cawangan Kedah) telah menganjurkan National Student Affairs Innovation & Design Competition( NSaiid 2018 ) di Dewan Utama bermula pada 28 March 2018. Pelbagai organisasi terdiri daripada Universiti Tempatan, Institut Kemahiran, Politeknik, dan Kolej Komuniti telah menyertai pertandingan tersebut.

            Projek Intelligent Stand Of Tyre Gun – PKP dan Projek Mini Bar Bander – JBB telah dipilih sebagai pemenang EMAS manakala Adjustable Spray Gun – PJB telah memenangi PERAK yang mana telah disertai oleh empat orang pelajar bagi setiap projek beserta 3 orang guru penasihat dari Jurusan Penyelengaraan Jentera Berat (PJB), Jurusan Jurubina Banggunan (JBB) dan Penyelengaraan Kenderaan Perdagangan (PKP). Diharapkan kemenangan ini akan member semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.

icompex18

Kubang Pasu 26 Mac 2018 – Inovasi IKBNKP berjaya mendapat tempat ketiga Inovasi terbaikdalam pertandingan inovasi  peringkat kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini. IKBN Kuala Perlis telah menghantar dua(2) produk inovasi untuk disertai di Pertandingan “Innovation and Invention Competition Through Exhibition” (iCompEx) 2018 anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) yang diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 22 hingga 23 Mac 2018.

Sebanyak 624 pasukan telah mengambil bahagian dalam 10 kategori berlainan. IKBN Kuala Perlis telah menghantar satu (1) projek dalam kategori B dengan tajuk projek Mini Bar Bender di bawah bahagian Jurubina Bangunan dan berjaya mendapat tempat ketiga Inovasi terbaik bagi kelas B Pembinaan dan bahan juga membawa pulang hadiah RM 300, serta berjaya merangkul pingat emas. Serta satu lagi projek “Adjustable Spray Gun” oleh bahagian Penyenggaraan Jentera Berat berjaya membawa pingat Perak.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai serta pelajar yang terlibat dalam pelaksanaan projek dan menjayakan pertandingan inovasi ini. Diharapkan menjadi platform terbaik bagi mengetengahkan idea yang berterusan untuk terus maju ke hadapan.

Halaman 9 dari 16
 
Find us on Facebook
Follow Us