Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

tukarminyakttulang

Arau 24 Mac 2018. _ Hampir 100 buah motosikal digantikan minyak enjin baru oleh pelajar-pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis menerusi Program Himpunan Sentuhan Hati di Perkarangan Masjid Ibnu Taimiyyah Tambun Tulang,Perlis.

Seramai 20 orang pelajar IKBN Kuala Perlis telah hadir bagi menghulurkan bantuan khidmat masyarakat untuk menjayakan gerak kerja menukar minyak enjin motosikal kepada penduduk sekitar tersebut. Program melalui hasil kerjasama Komuniti Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perlis dan Jabatan Belia Dan sukan Negeri Perlis serta IKBN Kuala Perlis.

Melalui program ini juga, kita harap remaja-remaja dan belia-belia di sekitar tersebut menarik minat tentang IKBN Kuala Perlis sebagai salah sebuah Institut latihan yang boleh disertai mereka untuk meningkat kemahiran. Di samping mempraktikkan kemahiran pelajar dalam menjalankan kerja-kerja amali dalam bidang yang disertainya iaitu Teknologi Automotif.

promosispm

KUALA PERLIS, 15 Mac 2018 – Unit Promosi Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis ( IKBNKP) telah mengadakan promosi serta membuka  pameran kemasukan ke IKBN Kuala Perlis untuk sesi pengambilan Julai 2018 di sekolah-sekolah sekitar kangar dan Kuala Perlis sempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan diumumkan pada hari tersebut.

Pasukan promosi yang terdiri daripada 20 orang kakitangan IKBNKP telah menuju ke 10 lokasi berbeza sekitar negeri Perlis. Antara sekolah yang terlibat adalah SMK Kuala Perlis, SMK Tunku Budriah, SMK Tengku Sulaiman, SMK Perlis dan lain-lain lagi. Promosi diadakan untuk menghebahkan kursus-kursus yang ada ditawarkan di ILKBS umumnya dan IKBN Kuala Perlis khususnya.

Diharapkan dengan penyertaan Pameran dan Promosi ini, masyarakat sekitar akan dapat mengetahui mengenai IKBN Kuala Perlis dan dapat memberi pendedahan dan membuka minda pelajar-pelajar yang akan menamatkan alam persekolahan tentang hala tuju mereka selepas SPM nanti dan dapat melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan kemahiran.

futsalutc

Kangar, 13 Mac 2018. Pasukan Futsal IKBN Kuala Perlis sempat beramah mesra bersama YAB PM Sempena lawatan Perdana Menteri Ke Perlis bagi merasmikan bangunan UTC Kangar.

Dalam kunjungan itu, YAB DS Najib turut meluangkan masa bersama pemain Futsal IKBN Kuala Perlis yang turut memeriahkan pertandingan Futsal anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Perlis di gelanggang baru UTC Kangar. Rata-rata menyatakan rasa amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan bagi kegunaan beriadah di Y-Centre UTC tersebut, antara perkhidmatan lain yang turut disediakan iaitu Gym 1 Malaysia, studio senamrobik dan tarian, pool dan banyak lagi.

trinix

Juru- Bahagian  Penyenggaraan Jentera Berat ,IKBN Kuala Perlis telah mengadakan lawatan sambil belajar dan temu duga ke Trinix Technology Sdn. Bhd bertempat di Taman Industri Ringan Juru, Pulau Pinang. Lawatan tersebut diadakan pada 28 Feb 2018 yang lalu.

Lawatan seramai 10 orang pelajar semester akhir tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan lanjut kepada para pelajar kursus penyenggaraan jentera berat . Lawatan ini juga diadakan atas undangan sesi temu duga kepada pelajar bagi membolehkan pelajar menjalani latihan industri dan diserap masuk untuk bekerja di syarikat tersebut.

Di harapkan setiap maklumat yang telah diberi oleh pihak industri dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan dapat dipraktikkan dalam bidang pekerjaan kelak.  Jutaan terima kasih di ucapkan kepada  pihak yang terlibat dalam menjayakan program lawatan sambil belajar ini.

 

AADK

Kuala Perlis, 1 MAC 2018 – Seramai 43 orang pelajar IKBNKP dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan air kencing yang diadakan oleh AADK Negeri Perlis. Program wajib yang diadakan 2 kali setahun ini dilaksanakan bagi mengenalpasti pelajar yang terlibat mahupun tidak dalam penyalahgunaan dadah. AADK yang melibatkan seramai 7 anggota pegawai menjalankan saringan bermula seawal jam 8.30 pagi di dewan utama IKBNKP. Hasil keputusan ujian saringan tersebut,keseluruhan pelajar adalah negatif dan bebas dari penyalahgunaan dadah yang terlarang.

acm pca

BUKIT KAYU HITAM, 2hb MAC 2018: Unit Hubungan Industri (CHI) IKBN Kuala Perlis telah mengunjungi pihak Aerospace Composites Malaysia Sdn. Bhd. (ACM) pada 27hb Februari 2018 bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan antara kedua belah pihak. Perbincangan tersebut adalah berkaitan Kursus Jangka Pendek (Short Course) bagi pekerja ACM di bahagian mengecat komponen pesawat yang mana pihak ACM memohon bantuan dan kepakaran pihak IKBN K.Perlis bagi melatih para pekerja mengenai Teknik Semburan dan Tatacara Pengendalian Bahan/Peralatan serta Aspek Keselamatan dalam mengendalikan kerja mengecat seterusnya mempersijilkan para pekerja tesebut.

Pihak ACM juga mempelawa para pengajar Bidang Semburan Cat untuk mengadakan Latihan Sangkutan Industri (LSI) sebagai timbal balik dalam usaha mendekatkan Pihak Industri dengan IKBN K. Perlis.

     Perbincangan ini diketuai oleh En. Shamsyul Akmal b. Mohd Saad wakil dari IKBN K. Perlis dan En. Afrul Nizam b. Osmandari pihak ACM. Keputusan dari perbincangan tersebut amat memuaskan dan mesyuarat susulan akan diadakan dalam masa terdekat demi menjayakan program tersebut.

Jumaat, 23 February 2018 11:23

MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI

 

pisah2peg

Kuala Perlis, 19 Feb 2018 - Kelab Sukan & Kebajikan (KEKAS) IKBN Kuala Perlis  telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan Pn. Rohana binti Afandi

lawpkp18

22 Feb 2018, Bahagian Jurusan Penyenggaraan Kenderaan Perdagangan (PKP) IKBN Kuala Perlis telah melakukan lawatan industri ke tiga tempat perindustrian berkaitan penyenggaraan kenderaan

 

plcaraneksa

Kuala Perlis, 14 Februari 2018 - Majlis Pelancaran Perlaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA ) peringkat IKBN Kuala Perlis telah diadakan

Selasa, 20 February 2018 14:28

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA IKBN KUALA PERLIS

EKSAIKBNSI

6 Februari 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis telah membuat Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di IKBN Seri Iskandar

Halaman 10 dari 16
 
Find us on Facebook
Follow Us