Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

IKBN Peretak , 15 September 2022 (Khamis) – Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan bagi sesi 2/2022 telah di adakan selama 3 hari bermula pada 13 hingga 15 September 2022.

Rabu, 21 September 2022 11:27

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH

IKBN Peretak, 15 September 2022 (Khamis) – Program Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah diadakan pada hari ini bertempat di Perpustakaan, IKBN Peretak.

15 September 2022 (Khamis), Dewan DAHA, IKBN Peretak, Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Penyerahan Bendera Kontinjen IKBN Peretak sempena Kejohanan Sukan ILKBS kali ke-34. Program dimulakan dengan Bacaan Ikrar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan ucapan dasar Presiden MPP yang dipilih melalui Pilihanraya MPP yang lepas. Seterusnya, penyampaian Watikah kepada barisan Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Peretak oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri Binti Md Shariff. Sekalung tahniah kepada 17 orang MPP yang dilantik, semoga mereka dapat  melaksanakan aktiviti dan amanah yang diberikan dengan baik pada masa hadapan.

Julai - September 2022,

Sebanyak 20 industri terlibat dalam penempatan latihan industri bagi sesi kali ini. Antara industri yang terlibat pada penempatan latihan industri sesi ini adalah DCCU, MyBurger Lab, Johny's Restaurant, Black Canyon, Cherengin Hill Resort & Spa, H Elite Hotel, 5 Delano, AEON Delica, AEON Food Processing Centre, Heromarket, Ben's Kitchen, Cousie Bakery, Teratak Spa, Dermalene, Tijari Spa, Seri Wajah, Chinta Chanteq Spa, Nur Qaseh Beauty dan Rayana Spa.

IKBN Peretak, 13 September 2022 (Selasa) – Lawatan oleh 4 orang Ahli Panel Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) 2022 telah diadakan pada hari ini, diketuai oleh Puan Siti Hasmah Binti Mustapha, Pengarah Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.

 

Rabu, 14 September 2022 09:26

PROGRAM SEMINAR KERJAYA SESI 2.2022

 

2 September 2022 (Jumaat), IKBN Peretak – Unit Kerjaya Dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan Program Seminar Kerjaya untuk 27 orang pelajar yang terdiri daripada Kursus Penyediaan Pastri dan Kursus Penyajian dari Semester 4 di IKBN Peretak yang akan tamat pembelajaran pada penghujung September 2022.

 

Isnin, 12 September 2022 11:58

TAHNIAH IKBN PERETAK!!

11 September 2022 (Ahad) - bertempat di Center Court Æon Nilai, Negeri Sembilan telah berlangsung Pertandingan Innovation Development Through Education Activities, IDEA’22 bagi Peringat Akhir bermula 10 dan 11 September 2022. Seramai 18 kumpulan telah terpilih ke peringkat bagi 2 kategori iaitu kategori ILKBS dan kategori ILP/ILK.

 

09 September 2022 (Jumaat) -  CPKK & KJP IKBN Peretak telah mengadakan Lawatan Pemantauan Latihan Sangkutan Industri (LSI) bertempat di Ananaz Sdn. Bhd Cheras Selangor bersama Pengurus Cawangan iaitu Pn. Zainab binti Adnan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti MediSpa, Akademi & Penjagaan Kesihatan.

 

8 September 2022 (Khamis) – Program MPP Perdana Camp Peringkat ILKBS Zon Tengah telah dilaksanakan dengan jayanya di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor. Program yang berlangsung selama 4 hari ini bermula pada 5 hingga 8 September 2022 bertujuan memberikan suntikan semangat kepada barisan MPP ILKBS Zon Tengah dalam merancang dan mengukuhkan peranan serta menyerlahkan lagi daya kepimpinan mereka. Di samping itu juga, pelajar dapat mengaplikasi cara-cara untuk menjadi pendengar yang baik, bagaimana menjana idea hebat, mengetahui cara-cara mengurus ahli, membina pasukan dan menyelesaikan konflik.

 

 

3 September 2022 (Sabtu) Kuala Kubu Bharu – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah berlangsung perlawanan E-Sport (PUBG) sempena ILKBS Career Fest Zon Tengah. Perlawanan ini melibatkan 10 pasukan dari 5 ILKBS Zon Tengah.

Halaman 1 dari 57