Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
13 Mei 2022 (Jumaat) – Cawangan Peyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah mengadakan Mesyuarat Kerja Bengkel Pemantapan Pembangunan Pemurnian Struktur Kurikulum, Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) dan Format Penilaian Kerja Kursus (PKK) Berasaskan COPTPA 2022 bertempat di MyANGKASA Akademi & Resort, Langkawi Kedah, melibatkan seramai 36 orang pegawai dan tenaga pengajar dari 13 ILKBS seluruh negara bagi Bidang Tekstil (Diploma Teknologi Fesyen, Pembuatan Pakaian Lelaki, Pembuatan Pakaian Wanita), Bidang Personal (Perkhidmatan Terapi Estetik & Perekaan Gaya Rambut) dan Subjek Umum (Teknologi Maklumat & Sains Pemakanan) bermula pada 09 sehingga 12 Mei 2022. Penganjuran Bengkel ini telah mendapat kerjasama fasilitator dalaman (KBS) iaitu En Mohamed Syahrani bin Mohamed Nor bagi bengkel Subjek Umum dan fasilitator jemputan, En Zulkifli bin Majid bagi bengkel Subjek Teknikal.
Objektif Mesyuarat Kerja Bengkel ini diadakan adalah untuk : -
Perjalanan bengkel dan Sesi Pra-pembentangan oleh ketua ahli kumpulan mengikut bidang serta Mesyuarat Penutup telah di pengerusikan oleh Puan Normahsyuri Binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Puan Siti Muhariah Binti Untong. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang program.
Teks & Gambar disediakan oleh :
En. Zarol Amin Bin Zali
Disemak oleh:
En. Samsu Bin Kadir
CPKK IKBN Peretak.
MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 28 April 2022 – Jabatan Personal, IKBN Peretak telah mendapat jemputan untuk memberi sumbangan perkhidmatan gunting rambut dan perkhidmatan penjagaan kuku (manicure) kepada Kontinjen Malaysia yang akan berangkat ke Temasya Sukan Sea Vietnam ke 31 tahun 2022 di Hanoi Vietnam bermula 26 April hingga 28 April 2022.
27 April 2022 (Rabu) – Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.
26 April 2022 (Selasa) - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak sekali lagi telah berjaya menjayakan program Bufet Ramadan anjuran Jabatan Hospitaliti. Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara IKBN Peretak dan masyarakat setempat di samping dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di IKBN Peretak.
26 April 2022 (Selasa), Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Program Infaq Ramadan (Fasa 2) bagi menyalurkan sumbangan keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
22 April 2022, Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Program Infaq Ramadan dengan kerjasama Persatuan Alumni Peretak (Baru) bagi menyalurkan sumbangan keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Program ini merupakan salah satu di bawah Program Ihya Ramadan dan tahun yang keempat pelaksanaanya.
22 April 2022 - Satu pengisian rohani sempena bulan penghayatan Ramadan dilaksanakan dengan penuh sederhana di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.
Ceramah telah disampaikan oleh Dai'e Muda YADIM Al-Fadhil Ustaz Mohamad Fadhil Bin Yahya dengan tajuk ceramah Al-Quran di hatiku.
Semoga perkongsian dari Ustaz Mohamad dapat menjentik hati pelajar IKBN Peretak untuk menjadikan Al-Quran sentiasa di hati dan menjadi rujukan dalam kehidupan.
14 April 2022 - Program ini telah dijayakan oleh pegawai dan pelajar IKBN Peretak. Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi sehingga selesai akviti membungkus pada jam 1.00 petang. Sebanyak 3 buah periuk bubur lambuk telah selesai dimasak dan dibungkus menjadi 950 pek untuk diedarkan kepada semua warga IKBN dan agensi-agensi kerajaan sekitar Kuala Kubu Bharu.
13 April 2022 - IKBN Peretak telah menganjurkan Kursus Body Massage di bawah Program Akaun Amanah Latihan Khas Tahun 2022. Kursus ini telah diadakan pada 12-13 April 2022 dan dikendalikan oleh Puan Shaliza binti Ahmad Powab, tenaga pengajar Terapi Kecantikan, Jabatan Personal yang mempunyai kemahiran dan pengalaman selama 16 tahun dalam bidang Terapi Estetik.
8 April 2022 (Jumaat) - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak Kuala Kubu Bharu, Selangor. Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri bt Md Shariff bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TPPL) Puan Siti Muhariah bt Untong dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (TPHEP) Encik Azwandy bin Anuwar telah mengadakan lawatan pemantauan untuk melihat kemajuan projek My Future Agro yang telah dilaksanakan.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan