Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 01 December 2021 11:48

KURSUS ASAS PEMBANGUNAN SISTEM FERTIGASI

19 November 2021 (Jumaat) - Kursus Asas Pembangunan Sistem Fertigasi anjuran Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor bertempat di Akademi BOMBA Kuala Kubu Bharu.

KUALA KUBU BHARU, Jumaat 19 November 2021 – Bahagian Pengurusan Latihan IKBN Peretak telah mengadakan Program Pelepasan Kontinjen World Skills Competition (WSC) 2022 – Road to Shanghai  Peringkat IKBN Peretak bertempat di Auditorium, IKBN Peretak pada 9.30 pagi tadi. Program ini melibatkan peserta yang mewakili IKBN Peretak dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke Ujian Kelayakan Amali Calon World Skills Competition (WSC) 2022 bagi lima (5) bidang yang disertai iaitu bidang Masakan, Bakeri, Restoran Servis, Dandanan Rambut dan Terapi Kecantikan. Seramai 11 pelajar IKBN Peretak daripada enam (6) bidang yang disertai telah terpilih melalui fasa pemilihan kelayakan akhir calon ujian secara teori yang telah diadakan secara atas talian bermula pada 20 Oktober 2021 lepas.

 

22 November 2021, Kuala Kubu Bharu, Selangor, Bidang Perekaan Gaya Rambut, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan latihan intensif bagi persediaan Pertandingan WSC  Bidang Perekaan Gaya Rambut bermula 28 Oktober sehingga 21 November 2021.

 

19 November 2021 (Jumaat), Kuala Kubu Bharu, Selangor, Jurusan Terapi Kecantikan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan latihan intensif bagi persediaan Pertandingan WSC Bidang Terapi Kecantikan bermula 15 hingga 19 November 2021 dengan menjemput jurulatih luar  yang dilantik oleh institut untuk memberi tunjuk ajar dan penambahbaikan bagi persediaan pertandingan kepada peserta.

 

 

IKBN PERETAK, KUALA KUBU BHARU, 19 November 2021 (Jumaat) - Cawangan Hubungan Industri (CHI) dengan kerjasama Jawatankuasa Peretak TV telah melaksanakan Kursus Penyiaran Media Baru Digital pada 18 dan 19 November 2021 yang melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada kalangan jawatankuasa Peretak TV sendiri, wakil-wakil jabatan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekreteriat Rakan Muda (SRM).

 

IKBN Peretak – 18 November 2021 (Khamis) – Kursus Atas Talian “SIMPLE QUESTION TYPES WITH QUIZIZZ” telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Umum (JPU) menggunakan platform Google Meet. Kursus ini melibatkan seramai 32 orang tenaga pengajar ILKBS di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Sesi perkongsian ilmu aplikasi ini telah dibimbing oleh Puan Rohaya Binti Mamat, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG44.

 

Rabu, 01 December 2021 11:26

KURSUS SULAMAN BERKOMPUTER (ONLINE)

 

16hb November 2021 (Selasa) - Jabatan Tekstil, IKBN Peretak telah mengadakan Kursus Sulaman Berkomputer secara atas talian di bengkel Bulang Hulu. Kursus ini melibatkan 5 orang pengajar dari Jurusan Jahitan Pakaian Wanita, Jahitan Pakaian Lelaki dan DKM yang telah disampaikan oleh En. Azhar Bahari dari syarikat Plexus Asia Sdn. Bhd pada 15 hingga 16 November 2021 secara dalam talian.

 

 

14 November 2021 - Berlangsungnya Majlis Penutupan Pengumuman Keputusan Dan Pemenang Anugerah The 10th International Innovation, Invention And Design Competition INDES2021 (Virtual) Anjuran Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak.

14 November 2021 – Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Jurusan Penyediaan Pastri telah melaksanakan Kursus Asas Fondant di bawah Program Akaun Amanah Latihan Khas 2021 pada 13 dan 14 November 2021. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang dikendalikan oleh Chef Mohd Fairuz bin A. Ghaffar.

13 November 2021 (Sabtu) - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah berjaya menganjurkan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP) 2021 bagi komponen Penjelajahan Lasak untuk tahap gangsa. Peserta Seramai 50 orang pelajar dan 10 orang pegawai telah terlibat dalam ekspedisi mendaki ke puncak air terjun Lata Medang, Kampung Peretak yang terletak didalam Daerah Hulu Selangor.

 

Halaman 2 dari 48