Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

IKBN Peretak, 12 November 2021 (Jumaat) - Jabatan Teknologi Tekstil telah menganjurkan Bengkel Penulisan Laporan Projek Akhir bermula 08 November 2021 sehingga 12 November 2021.  Seramai lima (05) orang Penyelia Projek Akhir dan 10 orang pelajar Diploma Kemahiran Malaysia – Rekaan Fesyen telah terpilih untuk menghadiri bengkel tersebut.  Pihak Jabatan telah menjemput En. Moin bin Hussien daripada Automotive Resources Technology yang merupakan seorang pakar industri yang berpengalaman luas dalam Penulisan Laporan Projek Akhir Diploma Kemahiran Malaysia sebagai penceramah.

 

11 November 2021 (Khamis) – Dataran Ukhuwah, DCCU, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama DCCU – Hashimmydeen Empire Sdn Bhd bagi menjalinkan persefahaman mengenai jalinan kerjasama strategik antara kedua belah pihak. Antara perkara yang dipersetujui bersama adalah penempatan pelatih-pelatih latihan industri bagi bidang hospitaliti, mencipta peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran pelajar, bekerjasama dalam meningkatkan kemahiran dan peluang latihan dalam bidang hospitaliti dan lain-lain program bagi kebaikan bersama.

 

10 November 2021 (Selasa), Kuala Kubu Bharu, Selangor, Jurusan Penyediaan Roti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan latihan intensif bagi persediaan Pertandingan WSC Bidang Bakery pada 9 - 10 November 2021 dengan menjemput chef yang berpengalaman iaitu Chef Mohd Hafizudin Bin Mustafa  dari YTL international  Collage sebagai jurulatih jemputan untuk memberi tunjuk ajar dan tips pertandingan kepada peserta.

 

 10 November 2021 (Selasa), Kuala Kubu Bharu, Selangor, Jurusan Penyediaan Makanan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan latihan intensif bagi persediaan Pertandingan WSC Bidang Cooking pada 9 - 10 November 2021 dengan menjemput chef yang berpengalaman iaitu Chef Mu'az bin Japar dari Serai Group sebagai jurulatih jemputan untuk memberi tunjuk ajar dan petua pertandingan kepada peserta.

10 November 2021 (Rabu), IKBN Peretak – Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat IKBN Peretak Tahun 1443H/2021M dengan tema “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”, telah berjaya dilaksanakan dalam suasana norma baharu. Majlis dimulakan dengan acara perarakan pada jam 8.10 pagi bermula di padang kawad semua peserta bergerak menuju ke Surau Nur Salam.

 

 

8 November 2021 (Isnin), Kuala Kubu Bharu, Selangor, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima kemasukan pelajar semester satu sesi 2/2021 iaitu seramai 91 orang daripada 94 orang pelajar yang masih kekal untuk meneruskan pengajian.

 

Selasa, 09 November 2021 15:21

KURSUS SISTEM PENGURUSAN STOR

 

02 November (Selasa) - IKBN Peretak telah mengadakan Kursus Sistem  Pengurusan Stor  yang di anjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan secara dalam talian melalui platform Google Meet bermula pada 1  dan 2 November  2021.

 

Sungai Chiling | 30 Oktober 2021 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menjalankan satu program khidmat masyarakat dengan bertemakan "Buanglah Sampah Pada Tempatnya” dan membersih kawasan Sungai Semangko dan Sungai Chiling (bawah jambatan) di Daerah Hulu Selangor.

 

 

17 Oktober 2021 (Ahad) | Kuala Kubu Bharu : Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar IKBN Peretak bermula dari 15 hingga 17 Oktober 2021. Program ini telah diselaraskan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) melibatkan penyertaan pelajar dan pegawai seramai 30 orang.

 

16 Oktober 2021 (Sabtu) Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan kejohanan e-sport peringkat IKBN Peretak, program ini telah diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) melibatkan penyertaan pelajar dan pegawai seramai 100 orang peserta pertandingan. Antara permainan yang dipertandingkan ialah Mobile Legends dan FIFA 22.

 

Halaman 3 dari 48