Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

IKBN Peretak, 14 October 2021 (Thursday) - Virtual Online Course: Teaching Approaches in the 21st Century using IR 4.0 hosted by the Department of General Studies. A total of 22 participants from 22 ILKBS involved in this program, they are from S, E and DV scheme. The main objective of this program is to identify personality domains as TVET Trainers and as an awareness of the importance of teaching and learning in English. Besides, to build holistic trainees of Religions, Innovative, Skills and Entrepreneurship.

 

 10 Oktober 2021 (Ahad) Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan program Konservasi dan Eksplorasi Alam - Bukit Batu Pahat Sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) tahun 2021, program ini telah diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) melibatkan penyertaan pegawai dan pelajar.

 

IKBN Peretak, 01 Oktober 2021 - Bahagian Jahitan Pakaian Lelaki, Jabatan Tekstil, IKBN Peretak telah mengadakan Kursus Pembuatan Pola Baju Melayu Moden Cekak Musang dalam talian menggunakan aplikasi zoom bermula pada 27 September sehingga 01 Oktober 2021. Kursus ini melibatkan seramai 16 orang peserta bersama pengajar jemputan iaitu Encik Nik Ismail bin Nik Rashiddi daripada Nik Ismail Tailor merupakan Alumni IKBN Peretak.

 

Selasa, 05 October 2021 17:19

KURSUS ATAS TALIAN APLIKASI LIVEWORKSHEETS



IKBN Peretak, 30 September 2021 – Kursus Atas Talian menggunakan aplikasi Liveworksheets di dalam kelas telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Umum. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 12 orang tenaga pengajar di IKBN Peretak. Sesi perkongsian ilmu bagi aplikasi Liveworksheets ini telah dibimbing oleh Puan Rohaya binti Mamat, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG44.

 

25 September 2021 - bertempat di Jabatan Tekstil IKBN Peretak berlangsungnya Grand Finale Waste Is Amazing Paper Couture bagi Tahun 2021 anjuran Alamflora Sdn Bhd. Pertandingan telah dijalankan secara dalam talian di platform FB Page Alamflora Sdn. Bhd dan di rasmikan oleh YBhg. Dato' Mohd Zain Hassan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Alamflora Sdn. Bhd. Panel Juri Jemputan terdiri daripada Sissy Iman, Penyanyi, Pelakon dan Pengacara, Hatta Dolmat, Pereka Fesyen Malaysia dan Suriati Mohammad Mokhtar, Ketua Komunikasi & Penjenamaan Alam Flora Sdn. Bhd. Sebanyak 83 penyertaan hasil rekaan telah di terima oleh Alamflora sdn bhd tetapi hanya 20 penyertaan telah di senarai pendek untuk ke peringkat akhir.

 

Selasa, 05 October 2021 17:12

PROGRAM KESIHATAN IKBN PERETAK

 

IKBN Peretak, 24 September 2021 – Program Kesihatan (Memupuk Minda Sihat dan Senamrobik) iaitu Ceramah Kehamilan Remaja telah dilaksanakan secara dalam talian bersama penceramah jemputan iaitu Encik Fairul Desa dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor melalui platform google meet dan FB Live IKBN Peretak.

 

IKBN Peretak, 21st September 2021 (Tuesday) - Department of General Studies has hosted an online course “In House Training – Teaching & Learning in English for TVET Trainers”. A total of 14 participants involved in this program, they are from the Department of Student Affairs, Hospitality Department, Textiles Department and Personal Department. The main objective of this program is to identify personality domain as a TVET Trainers and as an awareness of the importance teaching and learning in English. Besides, to build holistic trainee of R.I.S.E (Religions, Innovative, Skills and and Entrepreneurship).

16 September 2021 - Kuala Kubu Bharu. Sempena Hari Malaysia pada kali ini seramai 47 orang pelajar dan 5 orang pegawai telah terlibat di dalam Program Pembangunan Karektor Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bagi komponen khidmat masyarakat dengan membersih kawasan sekitar dan rumah kayak.

 

Selasa, 21 September 2021 17:39

PROJEK MYFUTURE AGRO@ILKBS

16 September 2021 - Kuala Kubu Bharu. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah melaksanakan kerja-kerja awal menanda kawasan bagi Projek Myfuture Agro@ILKBS.

 

Selasa, 21 September 2021 17:36

DISKUSI KESEJAHTERAAN PELAJAR

IKBN Peretak, 15 September 2021 – Program anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar yang diberi nama Diskusi Kesejahteraan Pelajar ini dijalankan bagi membincangkan isu berkaitan aspek psikologikal pelajar semasa norma baharu.

 

Halaman 4 dari 48