Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

asnaf

 

1 Jun 2018, Jumaat - IKBN Peretak telah menyemarakkan lagi Program Ihya Ramadhan dengan amal kebajikan melalui sumbangan bahan mentah kering kepada 20 keluarga asnaf di sekitar kawasan Kuala Kubu Bharu. Program ini anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Kelab Sukan dan Kebajikan IKBN Peretak(KSKK). Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak telah turun padang bersama pelajar MPP serta Pengerusi KSKK utk menyampaikan sumbangan tersebut. 

khatam1

khatam2

 

7 Jun 2018 (22 Ramadhan 1439H) - Majlis Khatam Al Quran Dan Berbuka Puasa Perdana hari ini merupakan acara kemuncak program Ihya Ramadhan bagi IKBN Peretak. YBhg. Dr. Hajah Wasitah binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia telah sudi merasmikan majlis pada petang ini.

bubur lambuk

IKBN Peretak, 24 Mei 2018 – Cawangan Pengurusan Pelajar dengan kerjasama pegawai, alumni dan pelajar IKBN Peretak melaksanakan rutin tahunannya di bulan Ramadan dengan memasak bubur lambuk yang diketuai oleh Chef Mohd Fairuz bin A. Ghaffar dan mengedarkan kepada semua pegawai serta warga kerja IKBN termasuk pekerja dewan makan, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan, para pelajar IKBN Peretak dan orang ramai sekitar Kuala Kubu Bharu. Usaha penyediaan secara gotong-royong itu dijayakan dalam mengejar fadhilat Ramadan.

Ihya Ramadhan

IKBN Peretak, 18 Mei 2018 – Unit Hal Ehwal Islam, Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Pelancaran Tabung IhyaRamadhan 1439H / 2018M di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.

Jumaat, 18 May 2018 16:56

Teacher’s Day Dedication 2018

 

teacher day

“Teacher’s Day Dedication” di bawah Program Tabung Amanah (ATA) telah dilaksanakan pada 16 Mei 2018 yang lalu di bawah anjuran Jabatan Pengajian Umum. Antara produk yang di keluarkan ialah Red Blossom, Photo Frame, Granny Smith, Red Delicious, Fridge Magnet, Pen Holder dan Candy Crunch. Sebanyak 268 tempahan telah diterima dari pelajar, pengajar, pegawai dan kakitangan IKBN Peretak serta pekerja kontrak pembersihan untuk di berikan bukan sahaja kepada guru tetapi untuk diberikan kepada rakan sebagai tanda hormat dan kasih sayang. Penyerahan produk yang ditempah telah dihantar pada 16 Mei 2018 sempena hari guru dan dibantu oleh 12 orang pelajar Penyajian semester 1.

1WSMB4wsmb2wsmb3wsmb

IKBN Peretak, 30 April 2018 – Seramai dua belas (12) orang orang pelatih IKBN Peretak telah menyertai pertandingan pra-kelayakan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2018 bermula pada 20 hingga 29 April 2018.

Jumaat, 04 May 2018 17:30

PERTANDINGAN PIALA SERI ENDON 2018

Endon

2 Mei 2018, bertempat di Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) berlangsungnya Bengkel dan Sesi Taklimat berkenaan Pertandingan Piala Seri Endon 2018 bagi Pusingan Kedua.

Hairdressing

23-24 April 2018, 2 orang pelajar IKBN Peretak jurusan Perekaan Gaya Rambut yang akan menyertai pertandingan Pra Kelayakan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2018 bersama Puan Janefer Farida selaku jurulatih mereka telah menjalani latihan intensif bersama Pakar Negara, Encik Jason Wong di LSY Hair & Beauty Academy, Taman Tun Dr Ismail.

EEI

IKBN PERETAK, 16 April 2018 – The English Empowerment Initiative 20:50 and English Club committees have taken their initiative to have an English Carnival (Festi-Fun) among departments involved all the trainees with the guidance of their two English lecturers @ teacher advisors Miss. Gokillavhani Sathiaseelan and Mr. Hardev Singh Sokhal s/o Jaswant Singh.

 

impak

Hulu Bernam, 7 April 2018 - Telah berlangsungnya Program IMPAK ILKBS @ Komuniti di Dewan Semai Bakti, Felda Soeharto, Hulu Bernam. Ini adalah program kerjasama NBOS bersama Karnival Kemas 4U Semarak Desa 2018.

Halaman 40 dari 51