Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
1 April 2018 – Bertempat di Kelas Tahfiz Al-Quran As-Sajidin telah berlangsungnya Program IMPAK ILKBS @ Komuniti Peringkat IKBN Peretak.
Permohonan Kemasukan IKBN Peretak bagi sesi 2.2018 sedang dibuka bagi Kemasukan JULAI 2018. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Kemasukan IKBN Peretak Sesi 2.2018. Borang ini perlu dilengkapkan bersama-sama lampiran salinan seperti yang diminta dan dihantar melalui pos ke alamat seperti berikut:
Unit Pengambilan dan Rekod Pelajar,
Institut Kemahiran Belia Negara Peretak,
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Tarikh tutup permohonan pada 31 Mei 2018. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pengambilan dan Rekod Pelajar di talian 03-60996116 / 6133.
2 April 2018 (Isnin), Berlangsungnya Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut di Institusi Kemahiran Belia dan Negara (IKBN).
Ahad, 18 Mac 2018 – Berlangsungnya program “Jom Ke Surau” di Surau Al-Huda Kg. Pasir, Hulu Yam Bharu. Seramai 21 orang pelajar dari IKBN Peretak menjadi sukarelawan dalam program tersebut.
20 - 22 Mac 2018, bertempat di Dewan Wawasan Jitra, Kubang Pasu berlangsungnya National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx'18).
25 MAC 2018 (AHAD) – Seramai 50 orang pegawai dan pelajar IKBN Peretak berkumpul di Tanah Perkuburan Islam Sungai Bertam, Batang Kali bagi membantu penduduk kampong bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan.
24 MAC 2018 (SABTU) – Seawal jam 8.00 pagi, seramai 45 orang pegawai dan pelajar IKBN Peretak ke Pertubuhan Pusat Dalam Komuniti (PPDK) Kuala Kubu Bharu bagi menyempurnakan program Impak ILKBS @ Komuniti Peringkat IKBN Peretak.
IKBN PERETAK: Jumaat, 23 Mac 2018 - Program Gotong Royong Perdana EKSA 2018 telah dilancarkan oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri Binti Md Shariff selaku Penasihat EKSA pada hari ini di Dataran Hal Ehwal Pelajar (HEP), IKBN Peretak.
22 Mac 2018 - Bertempat di Dewan Wawasan Jitra, Kubang Pasu telah berlangsungnya National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx'18) selama 3 hari bermula 20 - 22 Mac 2018.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan