Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

english

IKBN PERETAK, On 8th January 2018 (Monday), Students Affairs Department of National Youth Skills Institute of Peretak has hosted a Closing Ceremony of Orientation Week session 1/2018. The Orientation Week which begins on 3rd January and ends on 8th January 2018 has been officially completed. A total of 108 students from 7 different courses have enrolled in this intake. Throughout, this orientation week the students have been exposed to various activities including group activities (LDK), exploration, ‘gotong-royong’ activities, briefings and sports with the guidance of officers, staffs and students; representation (MPP).

The purpose of this activities are to train students to build a spirit of group work, to familiarize themselves with the IKBN's surrounding, to train students punctuality, to be aware of cleanliness and instil the spirit of self-reliance in the student and also to promote healthy lifestyle among themselves. Besides, it’s also to produce students who always enthusiastic and committed to excel at the institute.

            In conjunction with English Empowerment Initiative Programme 20:50, National Youth Skills Institute of Peretak has chosen Monday as our English Day. Therefore, this ceremony was fully conducted in English such as student’s pledge, welcoming speech, closing speech, and others as to enhance and encourage everyone to speak in English. We are very proud and happy to welcome all the new students as they have chosen the National Youth Skills Institute of Peretak as a field to continue their education in the field of Technical and Vocational Education and Training (TVET). Congratulation to all who have involved either directly or indirectly in order to accomplished the ceremony.

Prepared by   : Ms. Gokillavhani Sathiaseelan

Photographs: Mr. Mohd Shahley Ridzuan bin Seplee

Edited by        : Mdm. Rohaya binti Mamat

PENTAULIAHAN

IKBN PERETAK, 10 JANUARI 2018 - IKBN Peretak telah menerima kunjungan Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Lawatan ahli panel seramai lapan (8) orang diketuai oleh Encik Uda Hamdan, pegawai JPK dan turut disertai oleh pakar-pakar industri dalam bidang Hospitaliti, Tekstil dan Perkhidmatan Personal. Program lawatan ini bertujuan untuk pengesahan terhadap permohonan pembaharuan pentauliahan lapan (8) program latihan kemahiran yang ditawarkan di IKBN Peretak.

Satu sesi taklimat dan perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama yang dipengerusikan oleh Puan Normahsyuri Binti Md. Shariff, Pengarah IKBN Peretak dan dihadiri oleh TP Pengurusan Latihan, TP HEP, Ketua-ketua Jabatan, pegawai dan personel bertauliah. Seterusnya PPPPK telah mengadakan pemeriksaan dokumentasi pentauliahan, bahan pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan bengkel latihan di Jabatan Tekstil, Jabatan Hospitaliti dan Jabatan Personal.

Secara keseluruhannya maklumbalas pada penemuan dan hasil lawatan oleh Panel Penilai Pentauliahan Program yang diadakan membolehkan IKBN Peretak memperolehi pembaharuan pentauliahan program yang sewajarnya.

Disediakan Oleh: SAMSU BIN KADIR (CPKK, IKBNPT)

Disunting Oleh : ROHAYA BINTI MAMAT (JPU)

bulan 12

 

IKBN PERETAK, 22 Disember 2017 – Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Disember dan seterusnya, Majlis Citra Budi iaitu majlis perpisahan Tuan Pengarah IKBN Peretak, Tuan Mohd Hata bin Hj. Saliman yang akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negara Terengganu.

soeharto

2hb Disember 2017, Surau Nurul Ehsan Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu telah diadakan Program Kesukarelawan ILKBS peringkat IKBN Peretak Siri 2/2017 yang melibatkan 43 orang pelajar.

CAD

Program Kesukarelawanan ILKBS peringkat IKBN Peretak Touch Point Cabinet Away Day (CAD 2017) telah diadakan di Surau Al Muhammadiah, Taman Batu 30 , Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 19 November 2017. Program ini telah dihadiri oleh YB Dato' Mad Nadzari Bin Ahmad Dahlan, Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali.

ALMP2

Program Kesukarelawanan ILKBS peringkat IKBN Peretak dengan kerjasama Program CSR Advance Leadership Management Programme (ALMP) siri 56, bil 4/2017 telah diadakan di Kg. Org Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu pada 18 November 2017. Program ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh YB Dato' Kamalanathan a/l Pachanthan, Ahli Parlimen Hulu Selangor merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

Rabu, 15 November 2017 15:17

KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL

fail

Kuala Kubu Bharu, 01 November 2017- Bahagian Pentadbiran dan Kewangan IKBN Peretak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod dan Fail selama dua hari, bermula 01 dan 02 November 2017 bertempat di Auditorium IKBN Peretak. Peserta kursus adalah terdiri dari pegawai dan kakitangan IKBN Peretak serta Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) dari IKTBN Sepang dan IKBN Kuala Langat.

beauty

KUALA LUMPUR, 09 OKTOBER 2017 – Seramai 35 orang yang terdiri daripada 6 pegawai pengiring dan 29 pelajar semester 4 tahap 3, Jabatan Personal IKBN Peretak telah mengadakan lawatan ke Pameran Kecantikan Antarabangsa (International Beauty Expo) 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 Oktober 2017 yang lalu.

HSN 2017

IKBN PERETAK, 13 OKTOBER 2017 – Sempena Hari Sukan Negara yang disambut di seluruh negara, IKBN Peretak tidak ketinggalan menjayakan Hari Sukan Negara Peringkat IKBN Peretak anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor.

Isnin, 16 October 2017 07:52

KURSUS FIGURA DESIGN (FIGURA X-3D)

3D

IKBN Peretak, 15 Oktober 2017 – Bertempat di Makmal Komputer DKM 2, Jabatan Tekstil berlangsungnya Kursus Figura Design (Figura X-3D) di bawah Program Akaun Amanah Latihan Khas IKBN Peretak selama 2 hari bermula 14 Oktober sehingga 15 Oktober 2017. Kursus tersebut telah disertai seramai 18 orang tenaga pengajar dari pelbagai Pusat Bertauliah (PB) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sekitar negeri Selangor. Kursus yang diketuai oleh Pn. Rofizah Binti Ibrahim ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pengajar kemahiran mengenai rekaan pakaian menggunakan software yang terkini.   

Disediakan oleh: Jabatan Tekstil IKBN Peretak

Halaman 43 dari 51