Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 03 October 2017 14:56

PENJELAJAHAN LASAK (ARP) IKBN PERETAK 2017

ARP

IKBN PERETAK  29 & 30 SEPTEMBER 2017 – Seramai 95 orang pelajar IKBN Peretak telah menyertai Program Penjelajahan Lasak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Penjelajahan Lasak merupakan salah satu komponen yang perlu dilengkapkan dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Jumaat, 29 September 2017 15:48

LAWATAN SAMBIL BELAJAR (JEMPUTAN FASHION SHOW)

 

show2

LE QUADRI BALLROOM, UCSI UNIVERSITY 14 September 2017 – Pada 14 September 2017 Jabatan Tekstil, Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah menghadiri jemputan ‘Mix 2017 Graduation Fashion Show’ UCSI University.

Rabu, 27 September 2017 15:38

PERHIMPUNAN BULANAN ANJURAN JABATAN TEKSTIL

 bulan9

IKBN Peretak, 26 September 2017 – Bertempat di Auditorium Institut Kemahiran Belia Negara Peretak berlangsungnya Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2017 anjuran Jabatan Tekstil yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah En. Mohd Hata Bin Hj. Saliman. Antara aktiviti yang diadakan dalam majlis tersebut adalah slot pengucapan awam dalam Bahasa Inggeris dan persembahan mascot oleh para pelajar Jabatan Tekstil serta majlis penyampaian hadiah dan replika cek kepada pemenang pertandingan rekaan fesyen bertemakan “WASTE AMAZE” yang dianjurkan oleh Alam Flora yang telah berlangsung di KLCC yang lepas. Syabas diucapkan kepada Jabatan Tekstil di atas kemenangan tersebut.

 

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi aktiviti pengauditan EKSA sebagai penganugerahan dan penghargaan kepada semua jabatan yang telah memberi kerjasama dalam menjayakannya. Pada majlis tersebut juga,Tuan Pengarah turut mengucapkan tahniah kepada pegawai yang akan berpindah di atas sebab kenaikan pangkat dan juga ucapan selamat datang kepada pegawai baru dan pelajar praktikal. Majlis telah diakhiri dengan sambutan hari lahir untuk kakitangan dan pelajar yang lahir pada bulan September.

 

Disediakan oleh: Puan Nani Sharezan Binti Mohamad Nor

Disunting oleh: Nor Salwah Binti Yaacob

Khamis, 21 September 2017 15:53

Program Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI)

Trapi

IKBN PERETAK, 15 SEPTEMBER 2017 -Unit Bina Insan, Cawangan Pengurusan Pelajar dengan kerjasama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) telah menganjurkan Program Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI) bertempat di Auditorium IKBN Peretak. Semua pegawai, kakitangan dan pelajar IKBN Peretak yang beragama Islam telah terlibat dengan program ini yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk mendaulatkan Islam sebagai agama negara, meningkatkan kesedaran para peserta terhadap ancaman-ancaman ke atas umat Islam di Malaysia, memberi pengetahuan kepada para peserta tentang ideologi Sekularisme, Liberalisme, Pluralisme, Kristianisasi dan seumpamanya serta memupuk semangat perpaduan di kalangan peserta demi agama Islam, bangsa dan negara. Program yang dilaksanakan adalah berbentuk ceramah serta penerangan daripada dua orang penceramah yang dijemput khas daripada IKSIM. Para peserta juga dibekalkan risalah untuk tujuan rujukan. Program ini telah mandapat maklumbalas yang sangat positif dari para peserta dan peserta memberikan cadangan agar program seperti ini diadakan dalam tempoh masa yang lebih panjang lagi agar lebih banyak maklumat diperolehi.

Disediakan Oleh : Nur Salmah Binti Hanafe

Disunting Oleh : Nazeela Binti Zulkiflee

soalan2

08 SEPTEMBER 2017, APBM Batu Gajah, Perak - Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti (CPKK) IKBN Peretak telah menganjurkan Mesyuarat dan Bengkel Penggubalan dan Pemurnian Soalan Peperiksaan Akhir ILKBS bagi sesi 2/2017 bermula pada 5 hingga 8 September 2017. Bengkel ini telah dihadiri oleh tenaga pengajar dari IKBN Peretak, IKTBN Alor Gajah, IKBN Kemasik dan IKBN Wakaf Tapai yang bertungkus lumus menyiapkan set soalan bagi bidang Rekaan Fesyen Tahap 4, Penyediaan Roti, Perekaan Gaya Rambut dan Terapi Kecantikan Tahap 2 & 3. Taklimat struktur kurikulum juga telah disampaikan oleh En. Muhammad Salleh dari BPKB, KBS.

Mesyuarat TAC ini dipengerusikan oleh Pengarah IKBN Peretak serta dihadiri oleh panel TAC iaitu Encik Bambang Sustrino bagi Perekaan Gaya Rambut, Encik Muhammad Shaiful Azam bagi Penyediaan Roti, Puan Junaidah bagi Terapi Kecantikan dan Puan Haryati bagi Rekaan Fesyen. Program ini diakhiri dengan majlis penyerahan sijil kepada panel TAC dan tenaga pengajar yang hadir.

Disediakan oleh : Siti Muhariah Bt Untong

Disunting oleh: Nor Salwah Binti Yaacob

ogos

IKBN Peretak, 25 Ogos 2017 – Jabatan Hospitaliti telah menganjurkan perhimpunan bulanan yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa bersempena dengan kemerdekaan Malaysia ke-60. Tema ini menunjukkan pentingnya rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama, saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai.

Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut bagi menyemarakkan semangat patriotisme seperti public speaking oleh pelajar yang bertajuk “Malaysia: Past, Present & Future” dan majlis sambutan harijadi bagi pegawai dan pelajar yang lahir pada bulan Ogos.

Jabatan Hospitaliti mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan perhimpunan ini. Salam Negaraku Sehati Sejiwa.

Disediakan oleh : Cik Ratha a/p Vitiveloo

Disunting oleh: Nor Salwah Binti Yaacob

MKKK

 

IKBN PERETAK, 23 OGOS 2017 – Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah berjaya menganjurkan program Minggu Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pelajar Sesi 2/2017 pada 22 hingga 23 Ogos 2017. Program ini melibatkan seramai 90 orang pelajar baharu bagi pengambilan sesi 2/2017 serta turut disertai oleh pegawai dan kakitangan IKBN Peretak.

 

Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah ceramah dari pelbagai agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ceramah kesihatan, PROSTAR, HIV, pencegahan Aedes serta latihan amali seperti teknik balutan dan CPR dari Pejabat Kesihatan.

 

Selain itu, terdapat juga ceramah dan demonstrasi daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. Para peserta diajar tentang teknik memindahkan mangsa semasa kebakaran berlaku, latihan memadamkan api menggunakan alat Fire Extinguisher dan pili bomba melalui demonstrasi kebakaran. Para peserta sangat teruja dengan aktiviti yang dilaksanakan dan mengharapkan para peserta dapat mengaplikasikan teknik-teknik yang telah dipelajari sepanjang program ini dapat dipraktikkan apabila berlakunya sesuatu kecemasan. Program ini diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta dan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Puan Siti Muhariah binti Untong

Disunting oleh: Nor Salwah Binti Yaacob

in house

IKBN Peretak, 21 OGOS 2017 Pada 14 hingga 18 Ogos 2017, bertempat di Jabatan Tekstil IKBN Peretak telah berlangsungnya satu Kursus in-house training bertajuk Advance Draping anjuran IKBN dengan kerjasama pihak Ranting Studio, Shah Alam. Para peserta terdiri daripada tenaga pengajar dari IKBN Jitra, IKBN Wakaf Tapai dan IKBN Tanah Merah. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan baru menggunakan teknik dan kepakaran khusus kepada tenaga pengajar untuk diaplikasi di dalam proses pembelajaran kelak. Di akhir kursus Tuan Pengarah IKBN Peretak, En. Mohd Hata Bin Hj. Saliman turut hadir bagi menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.

 

Disediakan oleh: Puan Nani Sharezan Binti Mohamad Nor

Disunting oleh: Nor Salwah Binti Yaacob

 

 

ppk

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2017 – IKBN Peretak telah dilantik sebagai penganjur bagi Kursus Bridal Long Hair Up and Long Hair Down with Colour di bawah Program Pembangunan Kepakaran & Latihan Semula. Seramai lima (5) orang peserta terlibat yang terdiri daripada pengajar IKBS bidang Perekaan Gaya Rambut iaitu dua (2) orang pengajar dari IKBN Peretak dan tiga (3) orang pengajar dari IKBN Kemasik. Kursus ini dijalankan selama seminggu iaitu bermula 24 sehingga 28 Julai 2017 di Pusat Latihan Endah Parade Sri Petaling, Kuala Lumpur. Semua peserta telah diberi tunjuk ajar oleh Mr. King Yek iaitu penceramah yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang penggayaan rambut dan banyak terlibat dengan pertandingan kemahiran peringkat antarabangsa. Beliau merupakan merupakan seorang hairdresser dan makeup artist di Salon Decrypt Hair Dressing di Klang, Selangor.  Pembelajaran bagi kursus ini telah merangkumi beberapa modul iaitu hair styling dan hair colouring untuk pengantin. 

 

Disediakan oleh: Puan Syazana Binti Dzulkefli

Disunting oleh: Nor Salwah Binti Yaacob

Rabu, 26 July 2017 13:06

TEACHER'S DAY DEDICATION

Teachers Day Dedication

IKBN Peretak, 18 MEI 2017 - Teacher’s Day Dedication di bawah Program Tabung Amanah (ATA) telah dilaksanakan pada 16 Mei 2017 yang lalu anjuran Jabatan Pengajian Umum. Antara produk yang di keluarkan ialah Red Blossom, Candy Crunch, Bookmark dan Granny Smith. Sebanyak 217 tempahan telah diterima daripada para pelajar dan pengajar untuk di berikan bukan sahaja kepada pengajar, tetapi juga diberikan kepada orang yang tersayang. Penyerahan produk yang ditempah telah dihantar pada 16 Mei 2017 sempena Hari Guru yang dibantu oleh 10 orang pelajar dari jurusan Penyajian Semester 3. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Kami warga IKBN Peretak ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua tenaga pengajar telah mendidik anak bangsa. Jasa kalian tidak akan kami lupakan..’

                                                                        Disediakan oleh: Nurul Asyikin Bt Azhar

Disunting oleh: Rohaya Bt Mamat

Halaman 44 dari 51