Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

IKBN PERETAK, 16 JUN 2017 – Majlis Khatam Al-Quran Peringkat IKBN Peretak telah diadakan bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Surau Nursalam, IKBN Peretak. Majlis ini dimulakan dengan majlis khatam al-quran secara beramai-ramai iaitu melibatkan para pegawai, kakitangan dan pelajar. Tuan Pengarah institut ini iaitu En Mohd Hata bIn Hj Saliman telah merasmikan majlis tersebut. Tuan Pengarah turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada para pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf. Majlis tersebut diakhiri dengan ceramah agama yang bertajuk “Andainya Ramadhan Kali Ini Yang Terakhir Buat Kita” dan disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Wan Muhamad Noor Al-Hafiz.

                                                                   

Disediakan Oleh : Shahrul Iman Bin Hasuana ( IKBN PERETAK )
                                                                        Disemak Oleh : Nazeela Binti Zulkiflee ( IKBN PERETAK )

Selasa, 13 June 2017 16:19

PROGRAM SAHUR JANGAN TAK SAHUR

IKBN PERETAK, 7 JUN 2017 – Program Sahur Jangan Tak Sahur – Adabi bersama para pelajar dan warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menjalani rakaman selama 3 jam bermula jam 10 malam selepas solat tarawikh bertempat di Dataran HEP. Program ini akan ditayangkan di saluran TV1. Chef Eksekutif Adabi iaitu Chef Irwan Bin Mohd Nor Irwan telah membuat demonstrasi masakan daging kicap berempah dengan menggunakan produk keluaran Adabi. Beliau merupakan bekas pelajar institut ini dalam jurusan Penyediaan Makanan tahun 1994/1995. Dua artis jemputan turut hadir memeriahkan program ini iaitu Amanda Misbun dan Amar Asyraf. Para pegawai, Alumni IKBN Peretak dan pelajar berpeluang menikmati masakan yang disediakan sempena program tersebut.

Disediakan Oleh : Nazeela Binti Zulkiflee (IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

IKBN PERETAK, 7 JUN 2017 – Program Bersahur Bersama Para Pelajar dan Warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah diadakan pada jam 4 pagi bertempat di dewan makan. Sempena program ini, pihak institut telah menerima kunjungan daripada ahli parlimen Hulu Selangor iaitu Dato’ P.Kamalanathan. Para pelajar berpeluang untuk beramah mesra serta bersahur bersama ahli parlimen tersebut selama lebih kurang 1 jam lebih. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah IKBN Peretak iaitu En Mohd Hata Bin Hj Saliman dan para pegawai institut.

 

                                    Disediakan Oleh : Nazeela Binti Zulkiflee ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), 18 Mei 2017 – Pada 18 Mei 2017 Jabatan Tekstil Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah menyertai pertandingan ‘Anugerah Harta Intelek Negara 2017 (AHIN 2017) bertempat di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan dengan mengikut zon-zon yang ditetapkan. Sebanyak 169 penyertaan diterima, 46 penyertaan telah disenarai pendek dan hanya 8 kumpulan telah layak untuk bertanding bagi Kategori Perekacipta Harta Intelek untuk peringkat zon tengah dengan melibatkan tiga buah negeri. Produk Miracolo Handbag telah berjaya merangkul Pingat Perak beserta wang tunai RM900 serta Sijil Penghargaan. Pelajar yang terlibat adalah Kamaru’esadora Bt Muhammad daripada Bidang Jahitan Pakaian Wanita bersama Penyelia Projek Puan Norfarizan Binti Jawahir.

 

                                  Disediakan oleh : Norfarizan Binti Jawahir ( IKBN PERETAK )
Disediakan oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Rabu, 07 June 2017 13:46

A VISIT TO CHOCOLATE MUSEUM

KOTA DAMANSARA, 17 MAY 2017 - Educational tour gives the trainees ideas likewise opportunities to visit prestigious place that may help the trainees to visualize what they learn at IKBN. This activity helped the 39 trainees to develop their personality since social graces and they also learned too by experience. Move over, important also for every student to acquire more knowledge through actual expose to the different place.

On 17 May 2017, the English Club of IKBN Peretak organized an educational tour to the Chocolate Museum located at the Selangor Science Park 1, Kota Damansara. A total of 39 trainees and 2 English  teacher took part in the tour. The tour started at 10.00 am. This museum is ONE-OF-A-KIND chocolate museum in South East Asia with interactive digital displays, fascinating facts, state-of-the-art equipments and more than 100 chocolate brands available at best prices.

Throughout the tour the trainees were given a chance to learn about the Journey of chocolates, get to know the father of chocolate, health benefits of chocolates, types of chocolate and many more. Besides that, trainees were also given a chance to watch how chocolate was processed and formed at the chocolate kitchen on live. Lastly, trainees were allowed to test their in house chocolate and purchase wide range of in-house and imported chocolates at unbelievably bargain prices. At the end of the tour, trainees are required to write a report about the educational tour based on the questions prepared by the teachers and submit it to the teacher as an ungraded assessment.

 

Prepared by: MR. HARDEV SINGH SOKHAL ( IKBN  PERETAK )
Edited by : MR. NICHOLOS MICHEAL ( IKBN PERETAK )

IKBN PERETAK, 25 Mei 2017Program Ambang Ramadhan peringkat IKBN Peretak telah dilaksanakan dan berlangsung di Surau Nur Salam IKBN Peretak bermula jam 9.00mlm dan diketuai oleh Ustaz Shahrul Iman bin Hj. Hasuana. Turut hadir PU HAFIZ bagi menyampaikan slot ceramah yang bertajuk di AMBANG RAMADHAN. Program ini disambut meriah dengan kehadiran semua pelajar-pelajar lelaki IKBN Peretak. Terima kasih diucapkan kepada majlis perwakilan pelajar IKBN Peretak atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini .

 

                        Disediakan Oleh : Shahrul Iman bin Hj. Hasuana ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Selasa, 06 June 2017 10:56

TEACHER'S DAY DEDICATION

Teachers Day Dedication

IKBN Peretak, 18 MEI 2017 - Teacher’s Day Dedication di bawah Program Tabung Amanah (ATA) telah dilaksanakan pada 16 Mei 2017 yang lalu anjuran Jabatan Pengajian Umum. Antara produk yang di keluarkan ialah Red Blossom, Candy Crunch, Bookmark dan Granny Smith. Sebanyak 217 tempahan telah diterima daripada para pelajar dan pengajar untuk di berikan bukan sahaja kepada pengajar, tetapi juga diberikan kepada orang yang tersayang. Penyerahan produk yang ditempah telah dihantar pada 16 Mei 2017 sempena Hari Guru yang dibantu oleh 10 orang pelajar dari jurusan Penyajian Semester 3. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Kami warga IKBN Peretak ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua tenaga pengajar telah mendidik anak bangsa. Jasa kalian tidak akan kami lupakan..’

                                                                        Disediakan oleh: Nurul Asyikin Bt Azhar

Disunting oleh: Rohaya Bt Mamat

 

Isnin, 15 May 2017 16:52

PROGRAM TAHSIN SURAH AL-FATIHAH

IKBN PERETAK, 9 MEI 2017 -Unit Agama Islam Cawangan Pengurusan Pelajar dengan kerjasama Global Islamic Student Outreach 2017 (GISO 2017), Darul Quran yang terdiri daripada 16 orang fasilitator telah menganjurkan Program Tahsin al-Fatihah bertempat di Surau Nur Salam IKBN Peretak. Beberapa pegawai dan kakitangan serta semua pelajar muslim institu ini telah terlibat dengan program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan dan memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan ketika membaca Surah al-Fatihah. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah penerangan mengenai Surah al-Fatihah secara berkumpulan dan tasmi’ (diperdengarkan) bacaan dengan kaedah seorang guru seorang murid. Semua peserta program akan diberi sehelai kertas yang mengandungi Surah al-Fatihah dan setiap kesalahan bacaan akan ditanda di dalam kertas tersebut oleh fasilitator yang diperdengarkan bacaan. Program ini telah menerima maklumbalas yang sangat positif daripada para peserta dan terdapat cadangan agar program ini diadakan dari masa ke semasa.

 

                             Disediakan Oleh : Nur Salmah Binti Hanafe ( IKBN PERETAK )
  Disunting Oleh : Nazeela Binti Zulkiflee ( IKBN PERETAK )
   

PETALING JAYA, 7 Mei 2017 – Seramai 16 orang pelajar jurusan Perekaan Gaya Rambut IKBN Peretak telah mengambil bahagian dalam program Malaysia Book of Records sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan di SMK Taman Medan, petaling Jaya Selangor. Rekod yang telah dibuat adalah 24jam non stop hair cutting yang bermula pada 6 mei 2017 jam 10 pagi dan tamat pada 7 mei 2017 jam 10 pagi. Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak juga terlibat dengan mengadakan promosi IKBN Peretak dan Hair Styling yang dilaksanakan di booth promosi yang diketuai oleh Puan Brenda Nicholas dan Encik Nuriman bin Mohd Noor. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau juga telah menyampaikan Anugerah Perdana Belia dan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia pada hari tersebut.

 

Disediakan Oleh : Nuriman Bin Mohd Noor ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

IKBN Peretak, 03 Mei 2017Bertempat di Dewan Daha Institut Kemahiran Belia Negara Peretak berlangsungnya Perhimpunan Bulanan bagi bulan April 2017 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Tekstil.  Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah En.Mohd Hata Bin Hj. Saliman.  Antara aktiviti yang diadakan bersempena majlis tersebut adalah Perkongsian Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang disampikan sendiri oleh tuan pengarah dan mendapat beberapa maklumbalas aspirasi TN50 daripada wakil pelajar setiap jurusan, penyampaian hadiah untuk aktiviti anjuran kelab memancing dan sambutan hari lahir untuk kakitangan dan pelajar yang lahir pada bulan April Selain itu taklimat khas Program MAKSAK Ikhtihari dan Medi Care buat anggota Perkhidmatan Awam turut diadakan dan diakhiri dengan jamuan perpisahan oleh kelab KSKK untuk 3 orang pegawai yang akan berpindah ke organisasi luar.

 

Disediakan oleh: Rofizah Binti Ibrahim (IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Halaman 45 dari 51