Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 23 November 2016 11:39

PERTANDINGAN INOVASI SENI AVANT GARDE

KLCC, KUALA Lumpur 17 hb Oktober 2016 , bersemperna hair and Beauty Expo, satu  pertandingan inovasi seni telah diadakan .Pertandingan yang bertemakan avant garde make-up dan fesyen hair style tradisional disertai oleh beberapa orang daripada institut awam dan swasta. Institut Kemahiran Belia Negara Peretak diwakili oleh  2 orang pelajar dari Pereka Gaya Rambut tahap 3 iaitu Sharizanim bt Rizal dan Raja Muhammad Rizimi bin Raja Iskandar Shah.

 

Disediakan oleh : Pn Janefer Farida Binti Baharuddin ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Rabu, 23 November 2016 11:33

PROGRAM MENUJU SINAR BAHARU

IKBN PERETAK, 14 – 15 Oktober 2016 – Bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah berlangsungnya Program Menuju Sinar Baharu, yang telah dianjurkan oleh IKBN Peretak dengan kerjasama al-Iman Motivation & Training. Salah seorang penceramah jemputan ialah Ustaz Hanafiah bin Abdul Malek (Tanyalah Ustaz).  Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Pn. Suraya binti Sulaiman. Program ini melibatkan semua pelajar IKBN Peretak dan beberapa orang pegawai. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang memahami matlamat sebenar sebagai seorang hamba, anak dan pelajar menurut pandangan Islam.

 

 

Disediakan Oleh : Nur Salmah Binti Hanafe ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Rabu, 23 November 2016 11:29

REKA CIPTA DAN INOVASI ILKBS 2016

ILKBS, 4 - 5 Oktober 2016 – Jabatan Tekstil Dan Apperal IKBN Peretak telah menyertai pertandingan Rekacipta dan Inovasi ILKBS 2016 IKBN Se-malaysia. Pertandingan ni melibatkan pelajar IKBN Peretak semester 4 tahap 3 jahitan pakaian wanita diiringi pegawai penasihat projek Norfarizan Binti Jawahir. IKBN Peretak telah mendapat Bronze Medal Medalion bagi Tajuk Projek Miracolo Handbag. Turut serta Encik Nik Kadir Bin Nik Mohammad selaku Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) Kementerian Belia Dan Sukan pada pertandingan tersebut.

 

 

Disediakan oleh: Norfarizan Binti Jawahir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

IKBN PERETAK, 26 – 28 September 2016 – Bertempat di Mini Auditiorium Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah berlangsungnya Kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) bertajuk Penyeliaan Dalam Industri Pakaian, yang telah dianjurkan oleh Jabatan Tekstil IKBN Peretak dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS. Penceramah jemputan, Pn. Rosmawati Binti Mamat merupakan Pensyarah Kanan, IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Sepang merupakan seorang Pakar Negara (DPIN) dan berpengalaman luas dalam Penyelian Industri Pakaian.  Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah, En Mohd. Hatta bin Hj. Saliman dan dihadiri oleh empat (4) orang pengajar Jabatan Tekstil IKBN Peretak, dua (2) orang pengajar Jabatan Tekstil IKBN Jitra, empat (4) pengajar Jabatan Tekstil IKBN Wakaf Tapai dan dua (2) orang wakil daripada BPKB. 

 

 Disediakan oleh: Rofizah Binti Ibrahim ( IKBN PERETEAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

MAEPS, SERDANG  25 September 2016 – Bertempat di CIDB Hall Maeps Serdang berlangsungnya Acara Malaysia Book Of Records - Pendandan rambut teramai. Penganjuran dari CIAST dan JPK ini mendapat sambutan yang hangat  iaitu  seramai 516 penyertaan penggunting rambut  dari pelbagai  Institut  awam dan swasta telah menjayakan acara ini. Seramai 30 orang pelajar dari Jurusan Perekaan Gaya Rambut Tahap 2 dan 3 menyertai acara ini. Disamping itu, 2 orang pelajar dari IKBN Peretak dari jurusan ini telah terpilih sebagai pengunting terbaik dari 15 orang  peserta yang terpilih iaitu Al Amin Fikri Bin Mustafa Kamal dan Raja Muhammad Rizimi Bin Raja Iskandar Shah.

 

Disediakan Oleh: Norashikin Bt Hj A. Tajuddin ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

IKBN PERETAK, 23 SEPTEMBER 2016 – Program Aqiqah peringkat IKBN Peretak bagi tahun 2016 M/1437 H telah berjaya dilaksanakan. Program ini merupakan anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan institut ini. Aktiviti gotong-royong memotong daging dan menyediakan bahan masakan melibatkan para pegawai, kakitangan dan pelajar dimulakan seawal 8.00 pagi dan diakhiri jamuan makan pada jam 12.00 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menghampirkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadat Aqiqah serta mengeratkan ukhuwah di kalangan warga institut.

     

                            Disediakan Oleh : Shahrul Iman Bin Hasuana ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

MAESP SERDANG, 24 – 26 SEPTEMBER 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah dijemput untuk membuat perkhidmatan menggunting rambut RM1 semperna KARNIVAL DAN EKSPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN (KEKK) yang diadakan di MAESP Serdang pada 24 sehingga 26 September 2016.

 

Seramai 4 orang pelajar Pereka Gaya Rambut tahap 2 dipilih dalam program tersebut. Antaranya,Mohd Shukur Bin Ahmad, Khairul Ilyazi Bin Ismail, Wan Zulhafifi Bin Wan Ahmad, Nur Dayana Binti Mohd Kharbi dan seorang pengajar Janefer Farida Binti Baharuddin.

 

Perkhidmatan ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak kepada pengunjung yang datang ke ekspo tersebut. Pelajar –pelajar dari jurusan rambut ini memberikan perkhidmatan menggunting rambut dengan kadar yang murah kepada pengunjung-pengunjung yang kebanyakkannya daripada pelajar-pelajar sekolah dan dari institusi – institusi  kemahiran. Program ini juga dijalankan agar pelajar-pelajar dapat memahirkan lagi kemahiran dalam teknik-teknik menggunting rambut serta menyesuaikan diri dalam keadaan luar yang sebenar dengan pelbagai jenis pelanggan.

 

Tahniah dan Syabas diucapkan.

Disediakan Oleh : Janefer Farida Binti Baharuddin ( IKBN PERETAK )

Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK ) 

Selasa, 27 September 2016 20:09

KURSUS LEARNING BASIC EXCEL

IKBN PERETAK, 26 SEPTEMBER 2016 – Kursus ‘Learning Basic Excel’ di bawah Program Akaun Amanah Latihan Khas IKBN Peretak 2016 telah dilaksanakan pada 24 September 2016 yang lalu dengan kerjasama daripada Kelab Bell Belia Tamil Daerah Hulu Selangor. Sebanyak 31 orang peserta yang terdiri dari kalangan belia hulu selangor dan pekerja Akademi P. S. Samy Sdn. Bhd. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para peserta berkaitan dengan perisian Microsoft Excel 2013. Majlis penutup dan penyerahan sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Cikgu Balasundaram A/L Kumarasamy iaitu Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, turut dihadiri Puan Siti Muhariah Binti Untong (Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IKBN Peretak), Dato’ P. S. Samy (Pengarah Urusan Akademi P. S. Samy Sdn. Bhd.) dan Tuan ASP Chandra (Wakil daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor).

‘Belia Tunggak Selangor, Yakini Belia’

 

Disediakan oleh: Rohaya Binti Mamat ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK ) 

IKBN Peretak, 24 & 25 September 2016 – Bertempat di Auditiorium Institut Kemahiran Belia Negara Peretak berlangsungnya Program Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) bertajuk Halatuju Industri Fesyen di Malaysia: Prospek dan Isu, yang telah dianjurkan oleh Jabatan Tekstil IKBN Peretak dengan kerjasama pihak CIAST dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS. Penceramah jemputan, En. Mohd Faizal Bin Abdul Hamid merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM Shah Alam yang sangat berpengalaman dalam Industri Fesyen dalam dan luar Negara.  Majlis dirasmikan oleh Pn. Suraya Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) dan dihadiri oleh 13 orang pengajar Jabatan Tekstil IKBN Peretak, enam (6) orang pengajar Jabatan Tekstil IKBN Jitra, enam (6) pengajar Jabatan Tekstil IKBN Wakaf Tapai dan seorang (1) wakil daripada BPKB. 

Disediakan oleh: Rofizah Binti Ibrahim ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Rabu, 21 September 2016 20:12

PROGRAM TABUNG AMANAH

IKBN PERETAK, 10hb September 2016, Sabtu - Kursus Separuh Masa IKBN Peretak, program Tabung Amanah (ATA) telah menjalankan kursus “Effective Communication Skills-Let’s Speak Out”, Anjuran Jabatan Pengajian Umum. Tujuan kursus ini adalah untuk memahirkan pertuturan Bahasa Inggeris. Pegawai Penyelaras ialah En.Hardev Singh Sokhal a/l Jaswant Singh dan Penceramah kursus ialah Cik Gokillavhani a/p Sathiaseelan. Seramai 28 peserta telah menyertai kursus ini dengan jayanya. Peserta-peserta yang terlibat adalah dikalangan Akademi Memandu (PS Samy Kuala Kubu Bharu), Akademi Memandu (Tan Academy Kuala Selangor), dan Belia Hulu Selangor. Kursus ini bermula tepat jam 8.00 pagi dan tamat pada 1.00 petang. Skop pengajaran dan pembelajaran adalah tertumpu kepada persekitaran bekerja. Persembahan kumpulan “Presentation of Role-Play” telah diterapkan sebagai “Authentic Approach” untuk menunjukkan situasi yang sebenar berlaku. Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis (asas penguasaan Bahasa Inggeris telah digunakan). Sijil Penyertaan telah diberikan kepada para peserta yang hadir.

 

Disediakan Oleh : Hardev Singh Sokhal a/l Jaswant Singh ( IKBN PERETAK )

Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Halaman 46 dari 48