Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 16 February 2017 15:29

GOTONG-ROYONG EKSA ZON RAJAWALI

IKBN PERETAK, 6 JANUARI 2017 – Program gotong royong EKSA Zon Rajawali telah berlangsung dengan jayanya pada 30/12/2016 (Jumaat), 05/01/2017 (Khamis) dan 06/01/2017 (Jumaat). Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang berpusat di Pejabat Pentadbiran dan Kewangan di mana terletaknya lokasi utama bagi sudut EKSA Zon Rajawali. Program tersebut melibatkan kesemua ahli EKSA Zon Rajawali dan agenda utama program tersebut adalah aktiviti sisih dan sapu. Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah menanggalkan dan menurunkan bahan pameran 5S yang lalu. Diikuti dengan aktiviti membaikpulih dinding sudut seperti menampal semula plaster simen bagi menutup lubang dan bekas rekahan. Seterusnya adalah aktiviti mengecat sudut EKSA. Aktiviti gotong royong ini tidak sahaja mengaspirasikan pelaksanaan EKSA diperingkat zon tetapi lebih menerapkan unsur kerjasama dalam pasukan, berkongsi pendapat dan mengeratkan tali silaturahim di antara anggota di Unit Pentadbiran dan Kewangan IKBN Peretak.

 

Disediakan Oleh : Nurashima Bt Zainal Othman ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh :  Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

IKBN Peretak, 14-16 Disember 2016 – Bermula 14 Disember 2016 lawatan verifikasi stor telah diadakan bermula 9.00 pagi di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, sepertimana yang dikehendaki di dalam Pekeliling Perbendaharaan 1PP mengenai Tatacara Pengurusan Stor, seramai 4 orang pegawai Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat yang dilantik oleh YBhg. Dato’ KSU KBS telah melaksanakan verifikasi terhadap Stor Utama Institut Kemahiran Belia Negara Peretak. Keseluruhan sebanyak 12 seksyen stor telah dibuat lawatan verifikasi bagi memastikan pengurusan stor sentiasa berada dalam keadaan cekap dan memenuhi kehendak peraturan.  

 

Disediakan Oleh: Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Khamis, 15 December 2016 16:53

LAMBAIAN KASIH

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT, 12 Disember 2016 – Pada 12 Disember 2016 pada 9.00 pagi, Seramai 200 orang pelajar dan 5 orang pegawai Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah menyertai perbarisan Lambaian Kasih sempena keberangkatan pulang DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke XIV, Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah Di Kompleks Bunga Raya Kuala Lumpur International Airport. Warga Insitut Kemahiran Belia Negara Peretak menjunjung kasih dan merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa dan bakti sepanjang tempoh pemerintahan Tuanku. 

 

Disediakan Oleh: Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

 

Khamis, 15 December 2016 16:51

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

IKBN Peretak, 07 Disember 2016 – Di atas keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar wanita di asrama Blok Aisyah dan juga atas dasar penjimatan, semua pegawai lelaki di IKBN Peretak yang diterajui oleh Tuan Mohd Hata bin Hj Saliman selaku Pengarah telah bersepakat untuk mendirikan kemudahan ampaian baju secara gotong-royong bermula 7 disember 2016 pada pukul 9.00 pagi. Di atas semangat kerjasama tersebut, yang berat menjadi ringan dan yang sukar telah dipermudahkan.  Terima kasih kepada semua warga Institut Kemahiran Belia Peretak yang terlibat secara lansung dan secara lansung dalam kerja-kerja mendirikan dan mengecat kemudahan ampaian baju.

 

Disediakan Oleh: Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Khamis, 15 December 2016 16:48

MAJLIS MAKAN MALAM PRA-GRADUAN

IKBN PERETAK, 2 DISEMBER 2016 – Majlis Makan Malam  Pra-Graduan sesi 2/2016 telah berlangsung dengan jayanya . Program ini merupakan anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar institut ini. Majlis ini melibatkan 500 orang termasuk para pegawai, kakitangan dan pelajar dimulakan seawal 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam. Tujuan pelaksanaan majlis tersebut adalah untuk menghargai para pelajar semester akhir yang bakal tamat penghujung tahun ini. Pelbagai aturcara menarik yang dilaksanakan antaranya persembahan sketsa musical daripada pelajar-pelajar jurusan Penyediaan roti tahap 3, persembahan nyanyian daripada Peretak Buskers dan beberapa orang pelajar semester akhir. Selain itu, tayangan slide yang amat menarik dipersembahkan kepada semua pelajar sebagai kenangan sepanjang berada di IKBN Peretak. Penghargaan kepada pelajar cemerlang dalam bidang akademik diberikan kepada Aida Natasha bt Abdul Rahman dengan CGPA 3.81 daripada  jurusan Jahitan Pakaian Wanita dan Muhd Alif Aiman bin Anuar dengan CGPA 3.54 daripada  jurusan Perekaan Gaya Rambut. Selain itu, penghargaan kepada 13 orang MPP yang bakal tamat pengajian turut diberikan berupa Sijil Penghargaan Kepimpinan Cemerlang daripada tuan pengarah. Program ini dirasmikan oleh Pengarah IKBN Peretak iaitu En Mohd Hata bin Haji Saliman dengan amanat agar para pelajar akan terus maju dalam bidang yang diceburi dan menjaga amanah ibu dan bapa dengan sebaiknya.

 

Disediakan Oleh : Nuriman Bin Mohd Noor ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nazeela Binti Zulkiflee ( IKBN PERETAK )

SACC SHAH ALAM, 28 November 2016 – Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional Peringkat Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan 2016 telah diadakan di Shah Alam Convention Centre. 

Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Ismail Bin Haji Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Disambut meriah juga dengan kedatangan VVIP, Yang Berbahagia Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia Dan Sukan, Yang Berbahagia Dato’ Joyah Binti Rashid Presiden Persatuan Pusat Bertauliah SLDN Malaysia, Yang Berbahagia Encik Mohammad Bin Yaacob Pengarah Sistem Latihan Dual Nasional Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia. Yang Berbahagia Puan Meena Ramalingam Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah Kementerian Sumber Manusia.  Turut Serta Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai kanan, wakil-wakil daripada agensi kementerian sumber manusia, agensi-agensi kerajaaan persekutuan dan negeri, Barisan Pengurus Pusat Bertauliah SLDN Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, wakil-wakil media, para ibubapa dan graduan yang diraikan.

Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional ini disambut meriah lagi dengan pertunjukkan fesyen show modern terkini anjuran IKBN Peretak oleh pelajar-pelajar jurusan Teksti dan Apperal.

 

Sumber Berita : Gokillavhani A/P Satiaseelan ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Rabu, 30 November 2016 15:45

KURSUS INDUKSI SLDN

KINGS GREEN MELAKA, 14 - 15 November 2016 – IKBN Peretak dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan Kursus Induksi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bertempat di Hotel Kings Green Melaka selama dua hari. Kursus tersebut melibatkan 19 syarikat yang telah MoU dengan IKBN Peretak iaitu seramai 40 wakil daripada industri yang terlibat. Kursus induksi tersebut merupakan rangkaian kerjasama antara IKBN Peretak, Jabatan Pembangunan Kemahiran serta pihak industri dalam pengkongsian pintar dari segi peningkatan kerjaya dalam kemahiran, disamping meningkatkan jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta dalam bidang kemahiran.

Turut hadir bersama En. Mohd Hata Bin Hj Saliman, Pengarah IKBN Peretak, En. Mohammad Bin Yaacob,Pengarah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, pegawai-pegawai kanan Jabatan Pembangunan Kemahiran serta pegawai-pegawai IKBN Peretak.

Disediakan Oleh : Suriati Binti Mat Daud ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Rabu, 23 November 2016 12:37

MAJLIS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI MELAKA

KINGS GREEN MELAKA, 15 November 2016 – IKBN Peretak telah melaksanakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Kategori Platinium dan Emas antara IKBN Peretak dengan pihak industri bertempat di Hotel Kings Green Melaka. Sebanyak 17 industri yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan IKBN Peretak iaitu 1 syarikat kategori Platinium (Shena Aroma Spa) dan 16 syarikat bagi kategori Emas merangkumi bidang Tekstil, Hospitaliti dan personal.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Turut hadir bersama Pengarah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, pegawai-pegawai kanan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan serta wakil-wakil industri. 

Pada masa yang sama, Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof, sempat beramah mesra dengan bekas pelajar IKBN Peretak seramai 8 orang yang sedang berkhidmat di Hotel Kings Green, Melaka secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

 

Disediakan Oleh : Suriati Binti Mat Daud ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Rabu, 23 November 2016 12:34

GERBANG KERJAYA DAN MOU IKBN PERETAK

IKBN PERETAK, 8 November 2016 – IKBN Peretak telah melaksanakan Program Gerbang Kerjaya dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Kategori Emas IKBN Peretak dengan Asty Couture,  Program ini bertujuan mempromosikan IKBN kepada belia-belia, peluang kerjaya dan mewujudkan kerjasama di antara IKBN Peretak dengan industri melalui memorandum persefahaman (MoU). Sebanyak 17 aktiviti telah dijalankan sempena Program Gerbang Kerjaya IKBN Peretak antaranya Ceramah motivasi bekas pelajar, temuduga terbuka, Jualan produk IKBN, pertandingan fesyen show & solekan, pertandingan Deko Cake, kelas asas make up, E Usahawan, pameran IKTBN/IKBN dan pelbagai lagi. Progarm Gerbang Kerjaya IKBN Peretak kali ini mewujudkan Anugerah IKON Peretak dengan menghargai sumbangan dan bakti mereka kepada bidang kemahiran khususnya IKBN Peretak.

Program tersebut dirasmikan oleh Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Turut hadir bersama beberapa Pengarah-pengarah ILKBS serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Selangor.

 

 

Disediakan Oleh : Suriati Binti Mat Daud ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Rabu, 23 November 2016 12:32

KURSUS PEMBUATAN PAKAIAN TRADISIONAL IBAN

IKBN Peretak, 7 - 11 November 2016 – berlangsungnya kursus Pembuatan Pakaian Tradisional Iban bagi Program Peningkatan Kemahiran pengajar di Jabatan Tekstil Institut Kemahiran Belia Negara Peretak. Di mana telah melantik syarikat El Qareem Millions Idea untuk menggendalikan kursus tersebut. Pengajar jemputan khas iaitu Encik Oni daripada Sarawak iaitu pembuat bagi pakaian Iban dijemput untuk memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan jahitan manik Marek Empang, cara padanan dan maklumat berkenaan costume pakaian ini, selain daripada Encik Khairul Azlan dan Encik Hafiz yang juga adalah tenaga pengajar didalam kursus tersebut. Penglibatan pengajar yang terlibat adalah daripada IKBN Peretak, Wakaf Tapai, Jitra dan wakil pegawai daripada pihak kementerian.

 

 Disediakan Oleh : Norfarizan Binti Jawahir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Halaman 48 dari 51