Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
 
Bertemakan 5R Refuse, Reduse, Reuse, Recycle dan Recovery, ALAMFLORA sekali lagi telah menganjurkan Pertandingan Rekaan Mascot Fiks bagi Tahun 2021 yang menggunapakai Perisian Adobe Illustrator bagi menghasilkan rekaan yang di pertandingkan. Setiap rekaan perlu menghasilkan rekaan pandangan hadapan, pandangan belakang dan bahagian sisi rekaan. Seramai 20 penyertaan yang telah di senarai pendek untuk ke pemilihan Peringkat Akhir. Pengajar daripada Jabatan Tekstil Puan Zainab Binti Majid telah memenangi Tempat Pertama dengan membawa pulang wang tunai RM1000.00, barangan saguhati dan Sijil Penyertaan dan Maisarah Hanis Binti Hasmidon pelajar daripada Semester 4 Bidang Jahitan Pakaian Wanita dibawah penyeliaan Puan Norfarizan Binti Jawahir telah memenangi Tempat Ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM400.00, barangan saguhati dan Sijil Penyertaan. Semoga dengan penyertaan seumpama ini dapat mengasah bakat dan mengetengahkan lagi kemahiran pengajar serta pelajar.
 
Disediakan Oleh:
Pn.Norfarizan Binti Jawahir

24 Jun 2021, (Khamis) - Team IKBN Peretak bersama IKBN Kuala Langat telah membuat rakaman video Tuan Mohd Iqbal Bin Mohd Noor, Pengarah Kemahiran BPKB KBS sempena Majlis Perasmian Penutup Program Career Fest Zon Tengah 2021 yang akan diadakan secara dalam talian pada 1hb Julai 2021 nanti.

21 Jun 2021 (Isnin) - Bertempat di Bilik Perbincangan IKBN Peretak telah diadakan Kursus online Guntingan Rambut Lapisan Terhad (Graduation Hair Cutting) yang di anjurkan oleh Jabatan Personal melalui aplikasi Google Meet pada 21 Jun 2021 jam 9.30pagi - 11.30pagi. Kursus online ini telah dihadiri oleh 100 orang peserta dari pelbagai agensi seperti pengajar ILKBS, JBSN dan lain-lain.

 

16hb Jun 2021 - Team IKBNPT & IKBNKL telah merakamkan ucapan video Majlis Perasmian Penutup Career Fest Zon Tengah ILKBS - YBTM KBS di Pejabat YBTM dan juga telah mengunjung hormat Pengarah Kemahiran BPKB untuk memaklumkan dan menjemput untuk Program Career Fest Zon Tengah.

Jumaat, 18 June 2021 15:28

TEMPAHAN HAMPER HARI RAYA AIDILFITRI

31 Mei 2021, Menara KBS, Putrajaya. IKBN Peretak telah menghantar 140 set tempahan hamper Hari Raya Aidilfitri (100 set standard, 40 set Gold) ke Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal. Hamper ini mengandungi 3 jenis produk yang telah disediakan dengan kerjasama 3 jabatan di IKBN Peretak iaitu Jabatan Hospitaliti, Jabatan Tekstil dan Jabatan Personal. Hamper tersebut telah diserahkan oleh Ketua Jabatan Personal, Puan Syazana binti Dzulkefli kepada wakil YB Timbalan Menteri iaitu Ir. Dr. Hajah Aziyati binti Yusoff, Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif (KS), Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS.

 
21 Mei 2021 (Jumaat) – Kursus Pembangunan Kemahiran Dan Latihan Semula Tenaga Pengajar TVET ILKBS 2021 telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 18 hingga 21 Mei 2021. Kursus ini telah dilaksanakan secara atas talian melalui platform Zoom Meeting dimana telah melibatkan seramai 11 tenaga pengajar ILKBS dalam bidang Penyediaan Makanan.

10 Mei 2021 (Isnin) - Bertempat di Bilik Perbincangan IKBN Peretak telah diadakan Kursus online Jalinan Rambut Kanak-kanak Sempena Hari Raya Aidilfitri yang di anjurkan oleh Jabatan Personal melalui aplikasi Google Meet pada 10 Mei 2021 bermula jam 9.00 pagi - 11.00 pagi. Kursus online ini telah disertai oleh 53 orang peserta dari pelbagai agensi dari KBS seperti pengajar ILKBS, JBSN dan lain-lain.

3 Mei 2021. Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menyumbang sepasang baju raya kepada 30 orang Anak Yatim dan Anak Asnaf Baitul Rahmaniah (BaiRah) di Rasa, Selangor.

28 April 2021 Rabu - IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu Jabatan Hospitaliti dan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jan, Feb , Mac & April 2020 yang bertemakan Aidilfitri.

23 April 2021 (Jumaat) - IKBN Peretak telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama wakil NSK Holdings Sdn. Bhd. berkenaan hasrat kerjasama dalam melahirkan usahawan belia.
Halaman 7 dari 48