Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 21 October 2019 12:01

SAMBUTAN KARNIVAL SUKAN KBS 2019

SERI ISKANDAR, 13 OKTOBER 2017 – Menyemarakkan lagi Bulan Sukan Negara 2019, Kementerian Belia Dan Sukan telah menganjurkan Karnival Sukan KBS 2019 yang telah melibatkan semua bahagian dan agensi di bawah Kementerian yang telahberlangsung dari 18 hingga 20 Oktober 2019 bertempat di KL Sport City, Bukit Jalil.

Jumaat, 25 October 2019 11:31

SEMOGA LEBIH CEMERLANG

SERI ISKANDAR, 25 OKTOBER 2019 - Warga Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan majlis perpisahan sempena pertukaran salah seorang kakitangan pejabat iaitu A. Raman Bin Musbah, Pegawai Belia dan Sukan (S48) yang akan bertukar ke Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) berkuatkuasa pada 1 November 2019.

Isnin, 28 October 2019 11:30

CERAMAH PERDANA DAN MOTIVASI

SERI ISKANDAR, 29 OKTOBER 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar erak (IKBNSIP) telah menganjurkan satu program motivasi pada 25 Oktober 2019 jam 9.30 pagi bertempat di Surau Ibnu Sina, IKBNSIP. Ceramah motivasi yang bertajuk ‘Antara Cinta Dan Maruah’.

SERI ISKANDAR, 4 Oktober 2019 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan delegasi seramai 40 orang dari Politekteknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 4 Oktober 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Rabu, 02 October 2019 11:25

HIDUP AMALAN GOTONG-ROYONG

SERI ISKANDRAR, 2 OKTOBER 2019 - Menyemai semangat sukarelawan dan amalan gotong-royong yang menjadi tunjang perpaduan masyarakat sejak dulu perlu dikekalkan terutama generasi hari ini.

Inisiatif Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Setor Awam (EKSA)  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) menganjurkan Program Gotong Royong Perdana pada 1 Oktober 2019 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di seluruh zon antara usaha menyemai semangat sukarelawan serta menghidupkan kembali amalan gotong-royong dalam kalangan generasi belia.

Khamis, 05 September 2019 12:38

KURSUS PENGURUSAN ERA BARU

SERI ISKANDAR, 5 SEPTEMBER 2019 - Pengurus, pentadbir dan pemimpin perlu mengurus perubahan dengan kepimpinan yang mantap. Pelbagai gaya kepimpinan diaplikasi di organisasi untuk memastikan ianya diurus dengan sebaik mungkin. Gaya kepimpinan yang berkesan akan meningkatkan keberkesanan sesebuah organisasi. Corak inilah berperanan membawa pemimpin dan para pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi mereka. Pemimpin yang berjaya lazimnya mempunyai gaya yang dapat disesuaikan dan diterima oleh pengikutnya. Justeru, pemimpin perlu bijak mengamalkan gaya yang betul agar pengikut dapat diurus dengan baik. Seseorang pemimpin perlu mengetahui cara mengawal atau mempengaruhi para pengikutnya supaya mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.

SERI ISKANDAR, 30 SEPTEMBER 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit (IKTBN) Mertajam, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra telah menganjurkan Program Career Fest ILKBS Zon Utara Dan iDEA Tahun 2019 pada 27 hingga 29 September 2019.

SERI ISKANDAR, 29 SEPTEMBER 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit (IKTBN) Mertajam, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra telah menganjurkan Program Career Fest ILKBS Zon Utara Dan iDEA Tahun 2019 pada 27 hingga 29 September 2019.

SERI ISKANDAR, 3 SEPTEMBER 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan Pertandingan Festival Penghayatan Islam IKBN Seri Iskandar Tahun 2019 pada 3 September 2019 Jam 08.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini adalah di bawah anjuran Unit Pengurusan Pelajar (CPP) yang diketuai oleh Pn. Nur Hazalina Binti Noraini.

SERI ISKANDAR, 30 OGOS 2019 -   Pengarah IKBN Seri Iskandar, Encik Md, Isa Bin Ibrahim hadir sama menyertai Sambutan Hari Kebangsaan 2019 peringkat IKBN Seri Iskandar pada 30 Ogos 2019 jam 10.00 pagi di Dewan Dato Maharajalela. Sambutan ini adalah anjuran dari Jabatan Pengajian Umum (JPU) yang diketuai oleh Encik Kishore Kumar a/l Ayyawoo.

Halaman 1 dari 19
 
Find us on Facebook
Follow Us