Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

SERI ISKANDAR, 19 DISEMBER 2017 – Seramai 20 orang kakitangan terdiri daripada pegawai P&P dan kakitangan bahagian kewangan & perolehan IKBN Seri Iskandar telah turut serta dalam taklimat e-perolehan modul sebutharga dan tender yang diadakan di Makmal Komputer pada 19 Disember baru-baru ini. Taklimat sehari ini dianjurkan oleh Unit Kewangan IKBN Seri Iskandar, bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan Sistem e-Perolehan Baharu kepada kakitangan IKBN Seri Iskandar khususnya yang terlibat dalam aktiviti perolehan. 

Selasa, 12 December 2017 14:46

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017

SERI ISKANDAR, 12 DISEMBER 2017 - Peperiksaan penting seperti Peperiksaan Akhir Semesta memerlukan persedian lebih daridapa sekadar membaca semata-mata.  Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.  Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

SERI ISKANDAR, 13 NOVEMBER 2017 – Program Kreativiti @ Komuniti atau K@K ini adalah satu usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dalam mencungkil bakat serta kreativiti masyarakat, khususnya di luar bandar. Objektif program adalah bagi mencungkil dan mengetengahkan bakat, meningkatkan kepakaran serta kreativiti pelajar/belia luar bandar. Selain itu, ia juga melahirkan generasi pelapis dalam industri kandungan kreatif dan seterusnya meningkatkan kesedaran masyarakat luar bandar mengenai hasil industri kandungan kreatif bagi memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Isnin, 20 November 2017 09:11

BENGKEL PROGRAM EREZEKI

SERI ISKANDAR, 20 NOVEMBER 2017 - Di arena internet, terdapat beberapa kaedah untuk menjana pendapatan tambahan, termasuk melalui laman-laman yang menawarkan tugasan mudah seperti Fiverr dan sebagainya. Terkini, dalam usaha memperkaya ekonomi digital pengguna tempatan, pihak MDeC turut hadir dengan sebuah perkhidmatan khusus dinamakan sebagai eRezeki, sekaligus memudahkan belia tempatan untuk menjana pendapatan tambahan melaluinya.

SERI ISKANDAR, 16 NOVEMBER 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 40 orang pegawai dan kakitangan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

SERI ISKANDAR, 14 NOVEMBER 2017 - Bahasa Inggeris seperti yang diketahui merupakan bahasa antarabangsa yang penting untuk berkomunikasi malah ia juga aset paling mustahak yang perlu dipelajari oleh generasi muda dalam era globalisasi masa kini.

SERI ISKANDAR, 9 NOVEMBER 2017 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Jumaat, 13 October 2017 09:40

KURSUS KLINIK AKUAN KOPERASI

SERI ISKANDAR, 16 OKTOBER 2017 – Sepanjang penubuhan Koperasi Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Berhad (KOOPSI) telah mengadakan Kursus Klinik Akaun Koperasi pada 12-13 Oktober 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Makmal Komputer, Jabatan Pengajian Umum, IKBN Seri Iskandar.

SERI ISKANDAR, 13 OKTOBER 2017 - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2017 peringkat IKBN Seri Iskandar telah diadakan pada 13 Oktober 2017 (Jumaat) jam 8.00 pagi di Dataran Padang Kawad. Seluruh warga IKBN Seri Iskandar turut serta menjayakan Program Hari Sukan Negara ini. Turut serta dalam program ini En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pengajar dan pelajar.

Jumaat, 06 October 2017 09:28

KURSUS INDUKSI SLDN

SERI ISKANDAR, 5 OKTOBER 2017 - IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Kursus Induksi SLDN pada 5 Oktober 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Makmal Pneumatik, IKBN Seri Iskandar. Seramai 33 orang peserta terlibat yang terdiri daripada coach daripada industri (Panasonic Industrial Devices Malaysia Sdn. Bhd., Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Solution Technologies) dan pengajar daripada pusat latihan (IKBN Seri Iskandar, IKTBN Bukit Mertajam dan IKBN Peretak).

Halaman 13 dari 20
 
Find us on Facebook
Follow Us