Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 06 September 2017 09:02

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 5/2017

SERI ISKANDAR, 5 SEPTEMBER 2017  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

SERI ISKANDAR, 24 OGOS 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan Minggu Keselamatan Dan kesihatan Pekerja pada 28 hingga 29 Ogos 2017 bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini telah berlangsung selama dua hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti seperti Ceramah dari Jabatan Penjara, Bt. Gajah, Polis Diraja Malaysia Perak Tengah, Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar, Agensi Dadah Kebangsaan, Pusat Pemulihan Akhlak, Bt. Gajah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan disusuli dengan demonstrasi kebakaran oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar dan Asas Pertolongan Cemas oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Seri Iskandar.

SERI ISKANDAR, 30 OGOS 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat jabatan sempena meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia bagi tahun 2017 yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari kemerdekaan negara ke-60 yang bertemakan "Negaraku Sehati Sejiwa". Majlis ini telah didakan pada 29 Ogos 2017 jam 2.30petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program-program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga IKBN Seri Iskandar tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara, serta perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Semua aktiviti yang diadakan ini melibatkan semua pelajar dan kakitangan dibawah anjuran Jabatan Pengajian Umum, Cawangan Hubungan Industri Dan Promosi dan Cawangan Penyelarasan Dan Kawalan Kualiti.

IPOH, PERAK, 17 OGOS 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 17 Ogos 2017 jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh, Perak. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh Pn. Usah a/p Parmasavam bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang. 

Rabu, 16 August 2017 16:31

GOTONG-ROYONG PERDANA SIRI 4/2017

SERI ISKANDAR, 16 OGOS 2017 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

SERI ISKANDAR, 9 OGOS 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Institut Kemahiran Belia Negara Bachok, Kelantan pada 9 Ogos 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 30 orang.

SERI ISKANDAR, 4 OGOS 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh, Pahang pada 4 Ogos 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 30 orang.

SERI ISKANDAR, 10 JULAI 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Majlis Pertukaran dan Persaraan pegawai dan kakitangan pada 7 Julai 2017 Jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela, IKBN Seri Iskandar. Majlis ini adalah anjuran bersama Koperasi ( KOOPSI) dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar bagi meraikan pertukaran Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar ke IKTBN Dusun Tua, Selangor pada 10 Julai 2017 dan persaraan kakitangan iaitu Pn. Halimah Bt Bajuri, Ketua Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan serta Pn. Norizan Bt Ismail, Pembantu Perpustakaan.

Majlis turut diseri dengan kehadiran Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. A.Rahman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta kakitangan memenuhi ruang dewan.

Pelbagai jenis hidangan telah disajikan kepada para jemputan dengan mengadakan ruang tapak juadah bagi mewakili setiap jabatan dan bahagian serta sesi lawatan ke tapak reka hiasan juadah oleh Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar bagi penilaian yang tercantik sekaligus menambahkan lagi kemeriahan majlis sambutan aidilfitri pada kali ini. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Unit cawangan Pengurusan Pelajar.

Hadiah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar kepada A. Rahman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Hal Ehwal Pelajar serta cenderahati bagi pemenang cabutan bertuah. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari




SERI ISKANDAR, 21 JUN 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pertak, Selangor pada  20 Jun 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 30 orang. Rombongan ini diketuai oleh Pn. Johana Bt Yusof.

Turut hadir sama sesi taklimat Tn.Hj. Fisal Bin Ramli, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor di bawah Jawatankuasa Latihan.

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran

 

SERI ISKANDAR, 6 JUN 2017 - Peperiksaan penting seperti Peperiksaan Akhir Semesta memerlukan persedian lebih daridapa sekadar membaca semata-mata.  Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.  Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Minggu Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2017 telah diadakan secara serentak seluruh pusat Institut Latihan Kemahiran Belia Negara mulai 5-15 Jun 2017. Ianya merangkumi Subjek Umum Teknikal dan Bukan Teknikal. Bagi Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, pusat peperiksaan ini telah diadakan di Dewan Dato Maharajalela. Seramai 300 pelajar telah mengambil peperiksaan akhir ini sebelum mereka membuat latihan industri di pelbagai syarikat yang telah menerima pelajar ini selama tiga(3) bulan.

Sebelum menjelangnya minggu peperiksaan ini, para pelajar diminta menyiapkan semua kertas kerja yang telah diberikan oleh pengajar dan fail portfolio masing-masing bagi setiap jurusan. Selain itu, sebahagian pelajar membuat kelas tambahan bersama pengajar bagi persediaan sebelum peperiksaan menjelang. Diharapkan semua usaha dan kesungguhan para pelajar ini memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini

 

Halaman 15 dari 20
 
Find us on Facebook
Follow Us